Friday, February 11, 2011

sekilas..Tabiat Pemakanan Yang Harus Diamalkan


As salam!!

Wallawehhaiii geng!! Ahaa. Sekarang aku dah ada ayat favourite yang baru iaitu WALLAWEHH. Apa maksud dia aku pun tak tahu. Main ikut sedap mulut jerk sebut. Akhirnya terlekat sampai sekarang. Memang aku nih manusia perosak bahasa betul. Sungguh itu berlaku di luar kawalan ;p

Pada petang Jumaat yang berbahagia ini aku nak kongsi tips pemakanan yang harus *bukan harus dah wajib nih diamalkan untuk anda, anda dan anda semua. Nih ikut logik akal aku dan juga disokong di dalam buku Dara.com

Yang pertama:MAKAN APABILA LAPAR
Ehh kadang tak lapar pun aku makan juga. Tapi ikut masa juga nih. Bila dah biring, tekanan melimpah ruah barulah aku makan ikut sesuka hati. Skala kelaparan untuk makan adalah ketika kamu berasa agak lapar. Bukannya ketika berasa hendak makan walaupun perut tidak lapar.

Kita juga perlu makan sebelum sampai tahap kebuluran kerana jika tidak tubuh anda akan mudah mendapat penyakit sebab nutrisi tidak mencukupi. Jadi, tabiat makan ketika tidak lapar mesti diubah oaky!! Dengar cakap cikgu ND nih~~

Yang kedua:MAKAN APA YANG DIINGINKAN, BUKAN MENGIKUT PERASAAN
Kita harus kenalpasti apa yang ingin kita makan dan kita boleh ketahuinya kerana otak akan menyampaikan isyarat apakah makanan yang kamu inginkan. Senang cerita makanan apa yang terlintas dalam kepala otak korang makan itulah yang korang nak makan dengan SYARAT mesti sudah rasa lapar!! 

Kalau perut kenyang tapi nak makan sesuatu juga itu tandanya kamu hanya mengikut perasaan!! Perghh. Maknanya selama ini aku hanya makan mengikut perasaan. Mahulah tak setiap masa asyik terfikirkan makanan. Ohh sedap!!

Yang ketiga:MAKAN TANPA MENGIKUT NAFSU DAN PERASAAN
Aku kalau makan seorang diri payah nak control. Semua benda pun rasa nak makan. Tapi kalau makan dengan orang lain, aku rasa macam malas mahu makan. Rasa macam kena control jerk kalau makan dengan orang lain. Hahaa. Kununnya macam aku nih bukan jenis kuat melantak!!

Tips yang aku buat ialah elak makan dalam keadaan tergesa-gesa. Nih kalau kes dah lambat. Lebih-lebih lagi waktu sarapan. Aku kalau sarapan kena ambil feeling lebih sikit. Sebab tuh aku selalu lapar padahal pagi-pagi sebelum pergi kelas dah makan macam orang nak makan tengahari plak ;p

Yang keempat:BERHENTI MAKAN APABILA SEDERHANA KENYANG
Kalau dah makan tak reti-reti nak berhenti payahlah beb. Mahulah perut kau nanti tak buncit lepas tuh sendawa bunyi macam kerbau!! Ahahaha.. Jahat aku cakap orang sendawa macam kerbau. Tapi aku kalau makan dekat kedai, mesti kena habiskan sampai licin sebab aku tak sampai hati nak tengok makanan tuh terbuang jerk.

Nahh sebab itu aku tak suka makan dekat luar!! Aku suka masak sendiri dan segala-galanya yang aku bubuh dalam makanan aku, aku tahu apa di dalamnya. Jadi, pesanan khidmat masyarakat ialah rajin-rajinkan diri anda untuk memasak di rumah!!


p/s:Aku dan makanan sukar untuk dipisahkan~~