Salam buat semua..
Hari ini aku tak berapa nak ada mood. Memang sangat terasa tekanan yang amat. Sebabnya aku dapat posting dekat SJKC!! Perghh memang terbaik dari ladang~
Tambah lagi dengan salah opsyen. Siap dapat opsyen Bahasa Melayu sedangkan aku opsyen Pendidikan Jasmani. Aku punya minor dengan elektif pon tak de kaitan dengan Bahasa Melayu. Alih-alih kena ajar Bahasa Melayu kan. Dah dua kali aku bengang dekat situ.
Bengang pertama kena tukar daripada Putrajaya ke Johor. Okay yang itu aku boleh terima sebab Putrajaya kos hidup tinggi. Bengang kedua dapat SJKC plak. Aisehh. Aku tak tahu kenapa aku memang bengang dapat SJKC. Sebab tersasar daripada landasan. Betullah kan pepatah Melayu, lain yang diharap lain yang jadi.
Bengang yang ketiga nih memang buat aku betul-betul bengang. SALAH OPSYEN. Perghh. Boleh plak kan orang atasan rujuk surat tawaran masa pra-ijazah. Dey tanggechi. Kalau mereka rujuk surat tawaran masa foundation baik aku posting empat tahun yang lepas!! Tak perlu nak tunggu sampai lima tahun dan bila tahu keputusannya jadi macam ni. Siapa yang tak sedih dan bengang kan??
Bengang yang keempat, SJKC yang aku dapat nih luar daripada daerah aku. Hmm. Masalah juga nak cari rumah sewa dan sebagainya. Aku dah telefon sekolah dan abang/pak cik kerani cakap tak de kuaters. Kalau dapat housemate yang sekepala tak pe lagi. Buatnya dapat yang berkepala lagi haru biru hidup aku. Itu jerk dah tambah masalah aku~
TAPI,
aku suka juga SJKC nih. Bolehlah aku belajar cakap cina sikit-sikit. Dulu aku pernah belajar bahasa cina masa sekolah rendah. Tapi sebab cikgu garang sangat aku pun selalulah tuang kelas. Ngeh3. Natijahnya, masa jawab peperiksaan terkontang-kanting ;p Nak jadi cikgu pun tak boleh garang sangat. Nanti anak murid takut. Tapi baik sangat pun tak boleh gak. Nanti anak murid pijak kepala. Aku nak jadi cikgu yang asertif. Tinggi tuh harapan aku. Mudah-mudahan aku boleh buat.
Bila aku dah tahu cakap cina sikit-sikit, kalau cikgu ke, staf ke, anak murid ke kutuk-kutuk aku sekurang-kurangnya aku tahu dorang cakap apa kan. Manalah tahu kot-kot dorang kutuk aku, tapi aku sengih jerk kunun-kunun faham. Lagi nanti kalau aku nak kutuk orang ke marah orang ke aku boleh guna bahasa cina. Orang yang faham bahasa cina jerklah yang tahu apa aku cakap kan. =p
Hahaa. Tak sangka banyak kebaikan juga nih mengajar dekat SJKC. Kalau dekat SJKT boleh ada hero heroin hindustan, silap-silap aku dapat hero heroin Korea siapa tahu kan?? Bukan senang nak jumpa hero heroin Korea =)
SJKC LAYANG, KLUANG, JOHOR - nantikan kedatangan Cikgu ND okay!!!!
p/s:Aku sedang tabah dan pasrah. Dan juga redha~Ya Allah, selamatkan umatmu di Mesir.Peace no war