Monday, March 07, 2011

Kenapa Aku Tak Layak Jadi JuruJerawat..Ehhh Silaplah Jururawat~~


Hahaa. Kalau baca tajuk entry nih memang ayat nak makan penampar laju-laju kan. Lepas tuh nak kena sepak tunggang terbalik ;p

Ini kisah daripada pengalaman lampau aku. Cehh macam banyak jerk pengalaman yang aku nak cerita nih. Pengalaman nih mestilah yang ada kaitan dengan jurujerawat nih. Ehh silap lagi sekali. Jururawat lah~ Kang nanti kecil hati plak para nurse di dunia nih ;p

Kenapa aku tak layak jadi JURURAWAT?? Nahh siap capital letter lagi tuh tahu. Meh jom kita tengok kenapa aku memang tak layak jadi JURURAWAT *walaupun aku pernah berangan nak jadi sebab kebanyakan jururawat semuanya comel-comel ;p

1. Aku bukan takut darah. Tapi setiap kali aku kena ambil darah atau derma darah aku mesti pengsan!! Macam mana kalau aku nak ambil darah orang kan?? Sudah pasti aku dengan patient sekali pon pengsan juga.

2. Hati aku sangat kasihan. Aku tak boleh tengok orang-orang sakit *ehh bukan orang-orang dekat padi ekh*. Nanti aku cepat emosi mulalah air terjun nak turun. Walaupun muka ketat tapi emosi sentap juga kekadang! Lagi kalau orang tua. Perghhh memang aku kalah emosi.

3. Aku seorang penggeli. Lebih-lebih lagi kalau tengok orang yang luka sana sini. Huhh tuh belum lagi kalau mangsa kemalangan yang pecah otak, putus anggota. Ohh apakah?? Aku memang penggeli!! Siap nanti ada bunyi eeeeeeeeee jerk ;p

4. Aku bukan jenis manusia penyabar. Manusia kan banyak ragam banyak perangai. Kang kalau aku jadi jururawat silap-silap ada yang makan penampar laju-laju kot tambah lagi dengan mulut bebel tak mahu berhenti.


Nah itu jerk kot empat sebab musabab kenapa aku merasakan diri aku nih memang tak layak jadi seorang jururawat. Sebab tuh aku jadi cikgu lol. Tapi aku jadi cikgu pun setakat nih tak de lagi naik penampar atau sengol-sengolan cubit-cubitan dengan anak murid ;p *aku cikgu baik yerk~~


Jadi cikgu boleh fesyen macam-macam pergi sekolah ;p



p/s:Kasihan tengok baby Darwish kena cucuk jarum dekat kaki dan tangan. Kalau aku jadi nurse memang tak kan cucuk-cucuk budak tuh....