Sumpah!! Memang sakit gila kot kena korek. Ini kali pertama aku buat. Lepas nih memang akan dipertimbangkan lagi kalau nak korek kot. Hahaaa. Agak-agak korek apa nih?? Hei!! Ini bukan entry 18sx ke, 18pl ke ekh. Tak de kaitan~
Semalam aku pergi memberanikan diri ke klinik gigi. Sejak aku habis SPM memang dah tak jejak kai dekat klinik gigi nih. Kununlah fokus belajar kan. Sibet jerk kau Noah! Sebenarnya dah lama nak pergi tapi semalam sebab ada duit lebih so aku gagahkan diri juga walaupun hujan rintik-rintik air bergelombang di luar. Aku merempit zoooooom meredah air hujan. Best ooo main hujan!!!!
Aku tak suka pergi klinik kerajaan sebab lambat. Baik aku pergi klinik swasta. Ehh bukan nak menunjuk aku banyak duit tahu. Tapi dalam keadaan tertentu swasta nih ada baiknya kan. Tapi sebab ramai orang dekat Klinik Haslinda tuh, maka sempat jugalah aku melelapkan mata nih. Kena plak air cond kan. Memang cooool jerk mata nih tidur. Orang nak tengok lantaklah. Aku mengantuk!!
Masa tunggu tuh macam-macam bunyi aku dengar. Haishh. Debar jugalah sebab aku tak pernah buat scaling dengan polishing teeth. Aku bajet mesti buat-buat biasa jerk tak guna mesin segala ke apa. Tapi sangkaan aku silap. Bila dah masuk jerk dalam bilik tuh baru aku tahu scaling and polishing teeth macam mana. Masa tuh baru aku sibuk tanya nurse sakit ke tak. Mata aku yang dah kuyu layu pon terus segar bugar!! Nahh ambil kau. Beria sakan nak buat scaling kan.
Maka bermulalah detik-detik itu. Ohh aku suka tapi bila kena korek tuh aku tak suka. Ngilu!! Korang nak cakap aku jakun pun tak pe. Sebab selama nih sehinggalah semalam aku memang tak pernah buat scaling!! Aku kan budak kampung. Kalau pergi klinik pun setakat check biasa jerk. Tapi lepas buat scaling semalam aku rasa macam budak bandar jap. Eheheee. Ayat puaka!
Dan masa doktor sibuk korek-korek segala plak entah ke apa makhluk dalam mulut aku nih, aku telah dikejutkan dengan satu berita. Rupa-rupanya gigi aku tak cukup satu!! Cehh. Selama nih aku check gigi doktor tak cakap apa-apa pun. Baru semalam juga aku tahu gigi aku tak cukup satu. Padanlah pon gigi aku yang kat tepi nih jarang. Siap berangan nak buat braces bagai lagi!! Tapi sekarang niat nak pakai braces tuh akan ditunda sebab doktor suggest aku buat tampal jerk dekat tempat yang jarang tuh. Erkk macam tak cantik jerk. Kang nanti mesti aku senyum nampak lain ;p
*Ada berani nak buat?? credit |
p/s:Minggu depan konvo yeay!!
p/s/s:Sila jaga kesihatan gigi anda!! Pesanan ringkas daripada Cikgu Noah ;p
p/s/s/s:Lepas sekolah terus blah pergi KL. Maaf yerk cikgu-cikgu. Lain kali jangan bagi kerja last minute kepada saya. Peace no war. Selamat bercuti!!!!