Sunday, April 24, 2011

Cerita Basi:Famous Amos Juga Cikgu Rempit Nih~~

Siapa kata aku tak famous amos?? Ingat artis jerk ke yang boleh famous amos?? Cikgu pon boleh famous amos juga tahu ;p

Minggu lepas Isnin sampai Rabu yakni bersamaan 18 hingga 20 April aku pergi Kursus J.Robik dekat Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor. Aku dah bagitahu dekat anak murid siap-siap aku tak de selama tiga hari. Cuma tidak dinyatakan ke manakah tujuku.

Selepas tiga hari aku kembali ke sekolah semula. Belum pun sempat aku parking scooter nih aku dah diserbu oleh anak manusia erkk silap anak murid aku. Aisehhaii. Hilang mood aku terus. Dahlah perut aku lapar tak sempat nak sarap. Datang-datang jerk dah kena serbu dengan muridrazi nih. Apa cer??

Tuh belum lagi aku melalui susur gajah untuk ke pejabat. Yang bukan aku ajar pon sibukkan diri tanya kenapa aku tak datang sekolah. Ohh haii anak murid sayang. Perlu ke aku bagitahu satu dunia?? Aku pergi kursus jerk pon. Dah dorang ingat aku demamlah. Sangat prihatin anak murid aku nih ekh. Rimas aku pagi-pagi dah kena jawab banyak soalan.

Yang agak kelakarnya, si anak murid aku nih siap boleh tanya lagi dekat cikgu-cikgi kenapa aku tak datang sekolah. Ohhh bangga!! Aku bangga bila anak murid ingat dekat aku ;p Cikgu-cikgi yang kaki lepak bilik guru tahulah ke mana hala tuju aku. Yang port dekat bilik-bilik lain mana nak tahu aku pergi mana. Yang dorang tahu aku cuti sakit. Adakah patut??

Dan yang ini buat aku nak gelak banyak-banyak. Anak murid aku suka aku pada setiap hari Isnin! Omaigod!! Sebab aku pakai cantik-cantik, shawl belit sana sini. Kui3. Haruslah kan sayang teacher pakai cantik-cantik setiap hari Isnin. Hari Selasa sampai Jumaat teacher pakai baju sukan jerk. Jawapan aku yang buat anak murid senyummmmmm meleret. Perli lah tuh kan!!


*Ohhh miss this moment~~*

p/s:Tak perlu menjadi selebriti untuk famous amos (o_o) Jadi cikgu-cikgi pon dah terlebih famous~~