Sedih aku semalam. Adakah patut aku punya CRK *cuti rehat khas tak diluluskan. Okay aku cukup sedih, bengang yang teramat dengan Puan GB!!
Alasannya mudah jerk sebab cuti bersambung! Choiii. Kan aku dah bagitahu sebab musabab aku nak ambil CRK tuh. Bukannya sesaja macam cikgu nan seorang tuh yang datang sekolah ikut suka hati pukul berapa. Haaa. Nih yang nak protes jerp~~
Ingat nak pergi Perlis tuh boleh ke sehari dua?? Kalau dah perjalanan pon ambil masa setengah hari, mana nak cukup kalau cuti sehari kan. Alang-alang dah 1 Mei nih cuti selama tiga hari apalah salahnya luluskan CRK aku tuh. Damn!! Memang aku bengang~
Siap tanya lagi aku dah interview SPP ke belum. Tak kan aku kena tunggu interview lulus bagai baru boleh apply CRK kot?? Duhhh. Nak suruh aku cuti hari lain. Kalaulah pergi Perlis tuh ambil masa sejam dua memang confirmlah aku tak ambil CRK!
Okay minggu nih aku nak merajuk dengan GB. Yerlah kan aku nih guru kecil jerk. Aku tak mahu masuk pejabat melainkan tulis kehadiran dan buku kedatangan budak. Serius aku dah buat perangai hari nih!!!! Mesyuarat semalam pon aku masuk lambat~