Hahaa. Bukanlah aku nih jenis manusia yang dapat gaji terus lupakan dunia. Tapi dunia perguruan aku terlalu banyak kerja. Siapa yang cakap kerja jadi cikgu tuh sikit silalah berfikir berjuta million kali untuk berkata sedemikian! NOKTAH~
Sebelum jadi cikgu memanglah kita tak sangka kerja akan berlambak macam nih rupa. Apa kita ingat cikgu masuk sekolah 7.30 pagi balik pukul 1.20 tengah hari tuh kerja ciput jerk ke?? Silaplah wahai kekacak dan cecantik sekalian. Kerja guru pada masa sekarang ini *cehh ayat gebang lebih bukan sahaja mengajar tetapi juga membebel dan sibuk berniaga. Hahh. Tak percaya ke?
Cuba tengok aku nih. Tak payah tengok akulah. Tengok keadaan sekeliling kita. Kita sibuk macam mana pun Facebook mesti nak online punya kan? Tak dapat lama sekejap pun jadilah asalkan status tuh berubah kata. Betul tak??!
Tapi aku kalau nak update blog memang payah sikit bila time banyak kerja nih. Aku perlukan ketenangan dan kepala otak yang segar untuk update blog. Aku tak mahulah update blog dengan entry entahapehape *sedangkan memang entry aku kekadang entahapehape pun kan ;p
Aku menyepikan diri daripada dunia blogging semenjak dapat gaji pertama bukanlah sebba aku pergi berfoya-foyan dengan segala skandal aku. Tapi aku sibuk menyiapkan segala SBOA *school based oral assessment nih. Sekolah baru kan. Banyak bendalah yang kena buat. GPK dok kalut sekolah lain dah kena pantau. Tuhlah dulu aku tanya cakap tak payah buat lagi. Sekarang siapa yang susah?? Nasiblah kan aku dah buat sikit-sikit. Siap ada cikgu yang nak suruh aku buat kerja dia lagi. Ewah ewah ewah~ Macam aku tak de kerja lain kan ;)
Aku pon baru sempat belanja Eno dengan Danish makan pizza hut. Adik aku yang lagi seorang tuh dah menuntut janji minta aku belanja. Tunggulah hujung minggu nih kalau tak de aral melintang aku rajinkan diri nak turun KL tuh. Mentang-mentang aku beru berWANG, macam-macam yang di demand nya ekh.
*nyumm nyumm sedapnya Kenny Rogers ini (T__T) |