Sunday, April 17, 2011

Menantikan Kursus Supaya Mereka Rindukan Teacher Comel ;p

Kahh3. Naklah sangat kan budak-budak tuh rindu dekat aku. Lagi suka agaknya kalau aku tak masuk kelas. Aku pun suka gaklah tak payah masuk kelas ;) Taklah weih. Mana boleh sesuka hati tak masuk kelas kan. Tapi bila berdepan dengan budak-budak yang sentiasa cari pasal nih, memang aku tersangat perlukan KURSUS!! Supaya aku tak sakit hati, kepala, jiwa dan raga memikirkan kerenah mereka yang 1001 macacm ~~

Esok, lusa dan tulat aku pergi Kursus J-robik dekat Kompleks Belia dan Sukan Johor. Daripada KL tadi pergilah jap usha-usha tempat. AKu nih bukan hafal sangat jalan dekat Johor nih. Nak pergi hospital pon aku boleh singgah dekat danga bay ;p

Jadi ini pesanan untuk anak-anak murid aku sekalian. Yang budak kelas aku memang aku dah kelentong siap-siap cakap aku tak mahu ajar kelas dorang lagi. Sumpah percaya hidup-hidup sebab ingat aku merajuk dengan dorang. Ngeh3. Biarlah dorang 'merindui' aku selama tiga hari nih. Itupun kalau ada perasaan rindu kan.

Ngaa aku suka kursus j-robik nih sebab nanti dapat tengok perempuan-perempuan yang bodynya seksi-meksi. Auwww!! Atau apakah nanti juga akan ada si jejaka sutun yang seksi juga?? Keh3.. Itu yang aku tunggu esok ;o