Friday, April 22, 2011

Siapa Boleh Tolong Belikan Kereta??Angkat Kaki Segera!!

Hadoiiiii!! Pening kepala aku kalau bab-bab nak beli kereta nih. Tadi aku dah tanya dekat cikgu-cikgu sekolah pasal kereta nih. Dorang suggest aku ambil kereta Honda City atau Toyota Vios. Umakk aiii!! Aku nih dahlah baru kerja. Bagi plak jenama kereta yang fullamak canggih~

Alasan yang dorang bagi senang jerk. Aku bujang lagi so aku ada kemampuan nak pakai kereta macam tuh. Dan yang penting setiap bulan aku ada saving for future. Saving tuh dah semestinya wajiblah kan. Dapat gaji hari tuh aku cuma usik untuk beli baju raya jerk. Bakinya memang aku simpan untuk beli kereta dan saving. Rumah?? Selepas aku dah ada kereta sejibik.

Alasan kedua sebab gaji pokok aku pun boleh tahan. Yerlah kerja kerajaan kan. Setiap tahun ada kenaikan gaji. So kalau aku pandai manage kewangan aku, insyaALLAH aku boleh pakai kereta jenama famous amos nih. Dan bermacam alasan lagi yang dorang bagi. Hanya kerana aku bujang dan tinggal dekat rumah abah. Jadi tiada apa sangat yang perlu dirisaukan.

Kalau ikut perancangan aku nak beli Proton Savvy jerk. Kununnya aku nih menyahut seruan kerajaan lah nih - Beli Barangan Buatan Malaysia *choiii!. Tapi bila difikirkan tentang satu dua perkara, buat aku tertanya-tanya kembali keputusan nak beli kereta Savvy tuh. Aku kalau boleh tak nak lah kereta yang besar-besar. Aku suka yang comel-comel jerk *yerlah kan sebab aku nih comel

Kereta comel senang aku nak parking dalam pagar. Kalau kereta besar luar pagar lah jawabnya. Lagi plak rumah taman. Berderet kereta susun dekat jalan nih. Siap kena hon lagi kalau jalan sempit. Cettt! Sebab tuh nak kereta comel.

Pak cik aku plak cakap kereta Savvy nih nanti nak jual balik harga tak berapa nak ada sangat. Adoii adoii. Aku nih bukan jenis yang suka pakai benda lama-lama. Sebab sekarang bolehlah aku cakap tak nak beli kereta lain. Lima tahun akan datang, kita bukan tahu kan?? Aku materialistik ;p

Dan satu lagi betulkah beli kereta hujung tahun lagi murah?? Tolong jawabkan untuk aku ;)




*Ouhhh..I heart this car sooooo much~



*Kereta ini tak berapa nak heart sangat ;p