Wednesday, May 18, 2011

Macam Sengal Tapi Best

Hari Isnin hari tuh sambutan hari guru peringkat sekolah. Ohh happening nak mampus. Geli ketiak bila tengok cikgu-cikgu lelaki kena solek ;p Dan yang pasti kumpulan aku JUARA. Hahaa. Adalah dua tiga orang yang tak puas hati.

Sebabnya kita orang banyak main tipu ;o. Barulah best kan sukaneka main tipu sikit. Ada cikgu sorang tuh siap peluk aku guling-guling semata-mata nak pecahkan belon dekat kaki. Lagilah siot kan sampai aku tergolek depan anak murid. Budak-budak apa lagi. Gelak besarlah dorang tengok cikgu comel nih tergolek~~

Kali pertama sambut hari guru. Memang memori yang sangat best. Aku suka.

Malamnya plak si Zukie hantar Juju. Uhuuu. Lama aku tunggu Juju nih. Adalah dalam sebulan lebih. Sekarang umur dia dah tiga bulan. Baru tiga hari duduk dengan aku. Hari pertama dia menyelinap keluar daripada cage pergi nyorok dalam almari baju.

Aku nak menangis jerk bila bangun tidur tengok dia tak de dalam cage kan. Sekali boleh plak bergantungan dengan baju aku. Ish3. Jangan kau kencing sudahlah. Semalam plak asyik barking jerk. Aku tak tahulah dia barking ke crabbing. Aku dah tidur dia bangun. Bila aku kejut dia bangun seboleh-bolehnya dia menggulungkan badan tak nak keluar daripada sarang tuh.

Hampeh kan bila pukul 12 tengah malam dengan 4 pagi aku kena main dengan dia. Tak pasal-pasal aku bangun lambat pergi sekolah hari nih. Nasib Danish tak buat hal nak one lap.

Juju nih kalau dah masuk dalam rumah dia memang tak nak keluar. Sampai makan pun aku kena suap. Ohh melampau kau ekh Juju!! Macam aku nih kuli batak kau kan. Bila aku pegang kau gigit. Tak ke macam sengal. Buah yang aku bagi gigit yang kau beri. Memang dasar anak tak kenang budi ;p

Tadi masa aku bagi makan boleh plak kau kencing kan dekat kaki aku. Ohh sangat beradab sungguh kau yerk Juju. Nih mesti tuan tanah kedaung kau tak ajar kan kencing dekat toilet. Nahh sebagai hukumannya aku sumbat balik kau dalam cage! Tapi kau macam tuhlah. Tidur, tidur dan terus tidur!! Bila aku tidur lena kau pula menyalak bagai.

Jumaat sampai Ahad kang kau tinggallah dengan mak tiri. Aku nak pergi berJrobik plak dekat Muar. Makin slim lah mama comel Juju nih *hak tuihhhh!!


p/s:Minta-mintalah suggie Juju nih cepat bonding~~

0 makhluk comel yang memekak dekat sini: