Tuesday, August 30, 2011

Sugar Glider: Chika Semakin Baik

Salam Syawal sayang..

Aku dah mula rasa kebosanan pada Syawal kali nih. Hari nih hujan sejak daripada tengah hari sampailah sekarang. Lagilah sempoi tak de budak-budak datang beraya.

Okay kali nih aku nak cerita sedikit tentang Chika. Chika adalah sugar glider aku yang kedua selepas Juju. Mula-mula aku beli Chika sangat garang. Walaupun dia sangat ‘ngam’ dengan Juju tapi dia tak sangat geng dengan aku. Pilih kasih kan!!

Crabbing memang dah wajib bagi Chika kalau aku nak pegang dia. Mula-mula aku agak stress kenapa dia nih macam tuh sekali. Sebab masa aku bela Juju, Juju tersangatlah baik. Tapi Chika macam langit dengan bumi. Minggu pertama aku bela Chika aku biarkan jerk dia dalam cage dengan Juju. Aku memang tak usik langsung. Aku nak dia serasi dengan cage, serasi dengan Juju, serasi dengan persekitaran dan juga serasi dengan aku.

Nak bondingkan sugar glider nih memang ambil masa. Rezeki aku agaknya dapat sugar glider yang agresif dan tersangat mencabar. Bagi aku sugar glider yang manja adalah satu perkara yang subjektif. Tak semua sugar glider boleh manja kan.

Tapi sekarang setelah hampir tiga bulan aku membela Chika Alhamdulillah dah banyak perubahan yang dia tunjuk dekat aku. Dah tak de crabbing lagi. Chika dah mula nak datang kalau aku hulur tangan. Lama kan masa yang aku ambil. Aku tidak pernah kisah kalau sugar glider aku nih gigit ke, berak kencing merata. Itu lumrah binatang. Dan aku memang suka kalau Chika gigit tangan aku. Kalau Juju yang gigit sakit gaklah sebab dia dah besar ;p


*Tengok kekembangan bulu dia. Hari-hari disajikan dengan ayam~

*Auuww chak anak mommy!! Dah besar jangan nakal yer~

0 makhluk comel yang memekak dekat sini: