Friday, August 26, 2011

Sugar Glider: Juju Hilang



*Juju, my hero*



Ini salah seekor daripada anak kesayangan aku. Aku tersangatlah sedih hari ini. Tadi pagi dekat sekolah aku sangat gembira sebab berjaya menanda kertas periksa BI untuk tiga kelas. Tapi bila balik rumah aku dikejutkan dengan berita tergempar. JUJU HILANGGGGG!!

Arghh. Sepatutnya aku bawa Juju Chika pergi sekolah hari nih. Nak bagi dorang nih pandai kan haruslah bawa pergi sekolah. Lagipun dah lama aku tak bawa dorang nih pergi sekolah. Ramai yang bertanyakan mereka.

Tapi disebabkan kekalutan dan keghairahan aku nak pergi sekolah, aku tertinggalkan dorang nih dalam pouch dekat bilik. Ohh dalam hati aku tak pe dorang duduk dalam pouch siang-siang nih mesti tidur.

Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Hahh memang kena sangat dengan aku. Memang iyer pon tadi petang hujan selebat-lebatnya. Aku tak sangka Juju nih pandai buka zip pouch. Sebab sebelum nih dia pernah sondol-sondol kepala dekat zip tuh sebab nak keluar.

Memang tercenganglah tengok zip pouch terbuka. Bila aku pegang kenapalah pouch nih ringan jerk. Sekali aku tengok nahh tinggal Chika jerk dalam pouch!! Ehhh apa nih? Mana Juju? Air mata tak payah cerita. Even Juju Chika nih binatang tapi aku sangatttt gila kot dekat dorang ;p

Aku tahu siang-siang nih dia tak kan keluar. Jadi, aku nekad tunggu sampai malam. Letak makanan kegemaran dia dekat tempat yang dia tinggalkan hint bahawa dia dah lari. Aku hampa jugalah bila Juju nih hilang. Aku pun cuai juga sebab tak suruh adik aku masukkan dorang dalam cage. My bad~

Sekarang aku memang menanti dengan penuh harapan. Juju sangat istimewa buat aku. Bukan sebab harga dia mahal. Tapi dia adalah sugar glider yang istimewa sangat. Sebab dia sumbing. Hahaa asyen, azie dengan neon jahat suka ejek Juju sumbing. Tapi aku suka sebab Juju is differ than other suggies. Itu yang buat dia sangat mahal untuk diri aku. Nak dengar suara dia pon sangat susah kecuali masa potong kuku.

Ohhh aku dah mula rindukan Juju. Juju sayang, baliklah nak. Mommy tunggu sampai raya pertama yerk nak~

6 makhluk comel yang memekak dekat sini:

goldfish said... Reply To This Comment

da jumpe ke ngan juju? my mikey pon penah hilang. 2kali. seb bek jumpe balik

noah darham said... Reply To This Comment

@goldfish

goldfish,
dah jumpa balik..pukul 12 malam dia terjun daripada siling loteng..syukur ;p

Unknown said... Reply To This Comment

Hm :'( mimi (my sugar glider) batu hilang td :"(( omg! Cm ne ni hm :"(

Unknown said... Reply To This Comment

#baru

Unknown said... Reply To This Comment

My Karuu baru hilang pagi td.. Dah cari satu Rumah x jumpa. Harap sangat Karuu balik malam ni...... Please...

Anggun Lukman said... Reply To This Comment

Semoga SG ku si refa cept ketemu :(, semalam hilang lepas dr kandang :(