Salam Jumaat pertama 2012..
Penelope mati semalam. Hurmm. Mati tersangkut dekat wheel.
Sebelum pergi sekolah elok jerk dia main wheel dengan Juju. Laju plak tuh!! Tak sangka itu kali terakhir aku tengok Penelope main wheel. Malam sebelumnya dia asyik tengok muka aku jerk. Aku panggil pun dia tengok jerk. Selalunya mesti dia terkinja-kinja kalau aku panggil.
Patutlah semalam aku rasa macam lambat jerk nak balik rumah. Nak tunggu jam pukul 1.20 tuh lambat gila. Bila aku sampai rumah adik aku cakap Penelope dah keras tergantung dekat wheel. Seriously aku memang tak percaya!!
Bila aku naik bilik tengok dengan mata aku sendiri memang aku terkedu! Tapi masa tuh adik aku dah letak dekat hammock. Mata dia terbuka. Dekat kepala dia ada kesan macam kena himpit dengan besi wheel. Wheel tuh aku gantung dan macam-macam kemungkinan yang ada dalam kepala. Lost.
Perit sakit. Aku bela dia hampir tiga bulan. Bulan nih umur dia dah setahun. Juju paling terasa kehilangan Penelope. Bila dia bangun tidur memang Juju mencari-carisi Penelope. Barking tak henti-henti. Makan pun sikit jerk. Haihhhlah. Kena bagi balik si Chika dekat Juju. Juju tuh mentel sikit tak boleh hidup sorang. Kang ada plak yang termenung ingat bini mati. Hhmmm.
p/s: Mommy doakan Penelope aman di sana. Mommy sayang Penelope ketat-ketat ;(
0 makhluk comel yang memekak dekat sini:
Post a Comment