Monday, January 02, 2012

Sugar Glider: Makan Apa Hari Nih Sayangs??

Salam you all!!



Kehandsomean Juju yang botak tak dapat lagi menawan hati Penelope.

Hari kedua di bulan Januari. Ohh aku kepeningan tahap maksima hari nih. Malam tadi tak boleh tidur. Pergi sekolah dengan sememehnya padahal dah mandi-manda siap kunun-kunun nak touch up muka tapi tak jadi ;(

Okay lupakan kisah kepeningan kepala otakku itu. Malam nih cerita pasal sugar glider.Apa aku bagi dekat Juju Chika Penelope Ralphie setiap hari. Maksudnya pemakanan dorang macam mana mengikut diet yang telah aku sediakan. Ohh ada jadual okay!! Ingatkan aku jerk yang ada jadual masuk kelas. Dorang si mamat dan minah suggies nih lagiiiii hebat der.

Juju Chika Penelope Ralphie sukaaaa makan buah nangka! Payah jugalah nak mencari buah nangka. Selang tiga hari aku kena cari stok buah nangka. Apa kau ingat ini cerita zaman Sultan Mahmud kah?!! Sebab dah dorang suka kan makanya aku usaha juga. Bahkan si Danish tuh pun hantu buah nangka.

Malam nih aku bagi makan buah nangka, buah pear hijau dan timun. Di atasnya aku taburkan dengan glider booster dan glider calcium. Selalunya menu wajib dorang ada buah betik. Tapi tengok buah betik dekat pasar tak menggoda langsungjadi aku tak beli. Maklum yerk aku beli buah yang dah siap potong tuh. Tiga untuk rm5. Pelan penjimatan di situ yerk selain dapat mempelbagaikan makanan dorang berempat tuh.

Itu cerita makanan. Minuman dorang plak aku bagi HPW chubbhpetsgarden dicampur dengan setengah sudu susu ENSURE. Wangiiiiii bau dia. Meleleh air liur tadi macam nak minum plak. Haihhh~~

Pasal diet pemakanan dorang nih setiap hari menu adalah berbeza. Kalau hari nih aku bagi HPW esok aku bagi makan gliderSLURP plak. Siang aku jarang bagi minuman sebab dorang tidur! Dan yang selalu menghurungnya adalah geng semut. Benci mak!!














1 makhluk comel yang memekak dekat sini:

Wonder gurLz said... Reply To This Comment

Bkn kah buah nangka byk getah?