Showing posts with label #white faced blonde sg. Show all posts
Showing posts with label #white faced blonde sg. Show all posts

Saturday, December 29, 2012

Sugar Glider: Dior dan Darrel (male WFB 50% leu het)

Assalamualaikum,

Entri untuk mengubat kerinduan terhadap Celia.

Memandangkan sekarang dah ada 11 ekor sugar glider (termasuk Celia) kadang-kadang aku lupa nak update tentang dorang. Bila dah cerita tentang A, lupa plak nak cerita tentang B. 

Dior and Darrel are my not-very-newly-joeys. They are from Ralphie (WFB 100% leucistic het) and Chika (classic grey). Both of Dior and Darrel are male WFB 50% leucistic het.Out of pouch (OOP) date on 21 November 2012. 

Dior means golden gift (lineage), while Darrel means beloved (lineage).


*Day 2 OOP

*Darrel, day 14 OOP

*Dior, day 14 OOP

*Dior, day 35 OOP, 41 grams

*Darrel, day 35 OOP, 40 grams
 


Thursday, November 29, 2012

Sugar Glider: Tentang Anak Berbulus Gebu-Gaban

Assalamualaikum.

Dah lama tak cerita pasal sugar glider. Banyak perangai dorang dan banyak cerita yang boleh diceritakan. Cuma aku lagi suka cerita ikut mulut kot :p

Sehingga ke saat aku menulis entri ni, bilangan sugar glider aku ada sebanyak sembilan ekor dan dua ekor in pouch. Jadi jumlah besar adalah seramai sebelas ekor! Woaa ramaikan rakyat jelata sugar glider aku. 

Mari kita imbas semula nama-nama ND Gliders Hut ;)

Family 1:-
Juju
Sherley
Chad
Pino
In pouch 2 ekor

Family 2:-
Ralphie
Chika
Dior
Darrel

Family 3:-
Celia

Jantan ada enam ekor dan betina ada tiga ekor. Aduhai pun. Bila banyak jantan ni memang kena tahan hidung. Lagi-lagi bila waktu matang. Memang akan ada bau yang sangat harum! Niat untuk menjual tu ada. Tapi belum jumpa pembeli yang betul-betul sesuai. Mungkin akan diberi percuma kepada pembeli yang sesuai. Kalau tak de juga, in shaa Allah akan dikembiri. 

Celia-female masked mosaic ringtail 25% cremeino het
Dior dan Darrel-wfb male 50% leucistic het


Tuesday, May 22, 2012

Sugar Glider: Ralphie-WFB with het 100% leucistic (gambar)

Assalamualaikum.

Raff sekarang dah baik sikit. Dulu dengan siapa pun dia tak nak kecuali dengan mummy Noah nih. Itu pun lepas dah bagi gigitan drakula baru dia nak. 

Hari tuh bawa pergi event sugar glider dekat IOI mall. First time kot dia pergi sendiri dekat Sepul. Gigit pun tidak. Padahal tak pernah jumpa abang Sepul. Then next person Ku Lik. Ku Lik pun rasanya dah tiga empat kali dia jumpa. Mungkin dah kenal bau.

Tapi sungguh kalau Raff dekat tangan mummy Noah nih memang takkanlah dia pergi dekat tangan orang lain. Kau paksa ambil dia memang kau kena gigitlah!! Tuh yang ada muka kecewa sebab tak dapat pegang Raff tapi kena gigit ^•^





Friday, March 16, 2012

Sugar Glider: ND Gliders Hut!

Assalamualaikum.

Sekarang ND Gliders Hut dah ada empat ekor sugar gliders yang comel-comel belaka. Ang-ang!! Yang terbaru nih Sherley, lapan bulan. Selepas kematian Penelope tahun lepas, terus mood merundum!! Sedih sangat sebab Penelope mati bukan sebab sakit. 

Juju tersangatlah teruja bila dapat pengganti yang baharu. Mood Juju pun terumbang-ambing selepas kematian Penelope. Aku masih lagi maintain dengan keterujaan Ralphie. Hahaa. Ralphie yang paling mahal. Kalau difikirkan semula, memang gila sikitlah sanggup berhabis ribu riban demi seekor binatang yang kecil molek super kiut nih.

Juju dah setahun lebih, Chika dah sepuluh bulan lebih, Raff dah empat bulan lebih dan Sherley dah lapan bulan lebih. Besar dabak dah anak-anak mommy semua. Menunggu masa untuk menimang cucu nih :p

Jom layan gambar terkini dan sensasi dari penghuni ND GLIDERS HUT.






















Thursday, February 02, 2012

Medical Check Up For My Suggies

Salam you all.

Semalam petang aku bawa Juju, Chika dan juga Ralphie pergi buat medical check up. Aku risau dekat Juju dan Chika tuh sebab tumbesaran dia macam terbantut jer. Padahal makan minum semua sampai tak cukup. Tuh pun dah tak letak wodent wheel nak bagi dorang berisi sikit. Tapi nan-hadooo jer. 

Jadi tanpa membuang masa aku bawalah dorang bertiga jumpa veterinar dekat Koh Animal Clinic and Surgery. Klinik tuh terletak di no. 62, Jalan Kemunting, Taman Kebuh Teh, Johor Bahru. Ambil ko siap dengan alamat. 

Heiii penat aku cari klinik tuh tahu? Dia punya papan tanda tuh jangankan orang celik, orang yang buta pun tak nampak! Ehh dah buta memanglah mata tak boleh nampak kan? 

Masa sampai tuh tak banyaklah patient yang ada. Ada seekor kucing, dua ekor anjing. Mula-mula vet tuh check Raff. Check jantung, mata, telinga, ekor, spesimen najis, mulut. Alhamdulillah semuanya okay dan vet tuh terkejut bila aku cakap Raff berumur tiga bulan. Debab dan besar! USA punya mari beb. Juju Chika pun kalah :p Ohh vet tuh puji Raff comel dan cantik. Bangga omak nih Raff~~

Then, check Juju dan Chika plak. Vet tanya umur dorang. Aku cakap Juju 11 bulan dan Chika 9 bulan. Muka dia pun terkejut sikit sebab badan dia kecil. Dah check semua,vet cakap okay tak de masalah. Vet bagi multivitamin untuk Juju dan Chika. Kena bagi makan madu dengan mealworms. Alaa aku malasgila nak bagi mealworms. Malas nak gutload mealworms sebab semut mesti lancarkan perang dunia kesepulohh!!

Kos medical check up untuk ketiga-tiga ekor sugar glider ini adalah sebanyak RM75.00 sahaja. Okaylah tuh seekor makan belanja RM25.00 plus dapat multivitamin lagi. Lepas nih aku harap tumbesaran Juju dan Chika akan kembali normal. Uhuuu sayang anak mommy!! Muahh muahhh







Thursday, January 26, 2012

Sugar Glider: New Pictures of Ralphie Raff!!

Salam you all.

Ada yang cakap aku sekarang semakin mensisihkan Juju dan Chika sejak dapat Ralphie. Haruslah kan sebab Ralphie sekor-sekor dia jer tak de geng. Juju dah ada Chika okaylah tuh noks!!

*Sebenarnya nak cakap sebab Raff tuh handsome lagi daripada Juju. Raff baik, sopan-santun berbudi pekerti tak macam Juju yang suka lompat dekat muka bila mommy buka pintu sangkar, gigit tangan kalau lambat bagi makan. 













Friday, January 13, 2012

Sugar Glider: Ralphie Peneman di Sekolah.

Salam you all.

Semalam kali pertama bawa Raff pergi sekolah. Sebab jadual tak pack tuh yang bawa Raff jadi teman. Hehee. Bagi dia rasa dalam air cond plak. Asyik kipas jerk kan.

Juju Chika dah pernah bawa tahun lepas. Sampai kan si Juju tuh pernah escaped from bonding pouch in teacher room! Huru hara kot time tuh. Yang kelakar sikit, Chika langsung tak lari walaupun pintu bonding pouch ternganga :p

Mehlah layan gambar Raff dekat sekolah. Sayang Raff dottie tie!! Muahh muahh cium ekor ;)













Wednesday, January 11, 2012

Sugar Glider: Semakin Hari Semakin Sayang Pada Raff!!

Salam sayang semua!!

Ohh semakin jatuh cinta pada si Raff nih. Kasihku kepada mu mengatasi kasihku kepada Juju Chika dan arwah Penelope. 

Sebab si Raff adalah sugar glider yang kacakwan lagi perkasa. Hahaaa. Kepala pun nak botak dah tuh. Haihhhlah tunggu mommy bergaji dengan banyaknya okay! Awek Raff bukannya murah pun. Paling murah pun 3.5k kotttt. *tiba-tiba bintang berpusing keliling kepala

Umur Raff sekarang dah tiga bulan. Ohh DEBABnya dia! Nih yang nak panggil RAFF DOTTIE TIE. Ouchh nama bukan kemain over you!! Haruslah over kan. Harga pun riban-riban. *kesat air hingus sebab kena ikat perut untuk dapatkan Raff ;(







p/s: Nak tengok banyak lagi silalah datang ke facebook saya ekh -Noah Darham ;)



Monday, January 02, 2012

Sugar Glider: Makan Apa Hari Nih Sayangs??

Salam you all!!



Kehandsomean Juju yang botak tak dapat lagi menawan hati Penelope.

Hari kedua di bulan Januari. Ohh aku kepeningan tahap maksima hari nih. Malam tadi tak boleh tidur. Pergi sekolah dengan sememehnya padahal dah mandi-manda siap kunun-kunun nak touch up muka tapi tak jadi ;(

Okay lupakan kisah kepeningan kepala otakku itu. Malam nih cerita pasal sugar glider.Apa aku bagi dekat Juju Chika Penelope Ralphie setiap hari. Maksudnya pemakanan dorang macam mana mengikut diet yang telah aku sediakan. Ohh ada jadual okay!! Ingatkan aku jerk yang ada jadual masuk kelas. Dorang si mamat dan minah suggies nih lagiiiii hebat der.

Juju Chika Penelope Ralphie sukaaaa makan buah nangka! Payah jugalah nak mencari buah nangka. Selang tiga hari aku kena cari stok buah nangka. Apa kau ingat ini cerita zaman Sultan Mahmud kah?!! Sebab dah dorang suka kan makanya aku usaha juga. Bahkan si Danish tuh pun hantu buah nangka.

Malam nih aku bagi makan buah nangka, buah pear hijau dan timun. Di atasnya aku taburkan dengan glider booster dan glider calcium. Selalunya menu wajib dorang ada buah betik. Tapi tengok buah betik dekat pasar tak menggoda langsungjadi aku tak beli. Maklum yerk aku beli buah yang dah siap potong tuh. Tiga untuk rm5. Pelan penjimatan di situ yerk selain dapat mempelbagaikan makanan dorang berempat tuh.

Itu cerita makanan. Minuman dorang plak aku bagi HPW chubbhpetsgarden dicampur dengan setengah sudu susu ENSURE. Wangiiiiii bau dia. Meleleh air liur tadi macam nak minum plak. Haihhh~~

Pasal diet pemakanan dorang nih setiap hari menu adalah berbeza. Kalau hari nih aku bagi HPW esok aku bagi makan gliderSLURP plak. Siang aku jarang bagi minuman sebab dorang tidur! Dan yang selalu menghurungnya adalah geng semut. Benci mak!!














Saturday, December 31, 2011

Sugar Glider: Ralphie Semakin Comel!

Salam you all!!

Entry kedua sebelum tirai 2011 berlabuh. Nak crita pasal apa? Mestilah pasal sugar glider kan! Teruja aku memang teruja kalau dengan binatang comel kiut-miut nih :o

Okay dah lebih kurang dua minggu aku jaga Ralphie si WFB tuh. Semakin hari semakin comel!! Awww geram mak jenab tahu? Rasa nak gigit-gigit jerk telinga capang dia tuh. Nak tarik-tarik jerk ekor dia tuh. Nak gomol-gomol jerk badan dia yang dilitupi bulu yang gebu tuh. Setiap kali pegang Ralphie mesti gigit bibir. Kenapa?

Oii bukan aku kemaruk se*& tapi sebab geram kot!! Orang kalau geram mesti ketap gigi, gigit bibir kan kan? Normal lah tuh kan kan. Cuma si Raff nih masih lagi takut-takut. Kalau aku pegang dia nak menyorok jerk masuk dalam baju. Ohh bahaya di situ yerk. Kang nanti macam-macam diterjahnya.

Kalau bab makan memang kuat. Sama naik tocang dengan Chika yang kuat makan tuh. Alhamdulillah Chika tak de masalah masa aku nak gandingkan dorang berdua. Manja-manja gitu. Main gesel-gesel kepala plak. Cuma si Juju nih anti Raff. Asal nampak jerk Raff main mulalah Juju nak tunjuk taiko. Yerlah abang besar kan!! Si Raff nih walau baru berumur hampir tiga bulan, tapi fizikal dia bukan main dabak lagi. Sebab tuh Juju tergugat.








p/s: Insya Allah tahun 2012 nak sambar lagi seekor WFB female plak. kihkihkih. Kemaruk!!