Thursday, March 01, 2012

Ka Ching Ka Ching!! Rezeki Malam Jumaat.


#
Assalamualaikum.

Alhamdulillah minggu nih rezeki bertambah. Tadi baru lepas jumpa customer.  Encik Junaidi namanya. Dia order cage set sugar glider 6 set. 

Tadi sempat borak sekejap. Katanya dia tengah setting buka pet shop dekat Taman Universiti, Skudai. Cage set yang dia beli nih jual satu set dengan sangkar sekali. Aku pun dah agak sebab sebelum nih customer aku beli satu set jer.

Alhamdulillah untuk minggu pertama aku memulakan bisnes nih aku dah menjual 10 cage set. Woww!! Lepas nih kena pelbagaikan lagi corak yang ada. Ada seorang customer nih cakap cage set aku jual nih murah.

Aku buat dua set. Set A dan Set B. Set A ada lima barang (sleeping pouch, hammock, corner hammock, seeking hut) dengan harga RM50 untuk Semenanjung manakal RM55 untuk Sabah Sarawak.

Set B pun ada lima barang juga (sleeping pouch, hammock, corner hammock, cage base) dengan harga RM55 untuk Semenanjung dan RM60 untuk Sabah Sarawak. Kalau belian lebih dari sepuluh cage set, akan dapat harga borong. Buahahaaa! 

Nak cari duit senang jer :p Yang penting usaha dan tawakal serta jangan putus asa.






0 makhluk comel yang memekak dekat sini: