Blog anak pak cik Darham, seorang guru Pendidikan Jasmani dan teacher yang mendedikasikan dirinya kepada anak murid yang gedik mengada-ngada. Hidup dan mati keranaNya. Cintanya hanya untuk DIA.
salam dan selamat pagi.... semalam, 21 APRIL 2010.... mengingatkan aku pada dua orang..
yang seorang 23 dan yang seorang 26.... yang berkongsi tarikh dan jantina yang sama.. tetapi tahun yang berbeza.. yang pernah hadir dalam hidupku..*acehhh* yang banyak memberikan kesusahan dan kesenangan untukku..*haha* seorang ingin menakluki dan seorang lagi separuh ingin menakluki.... namun, hingga kini hanya seorang sahaja yang berada dalam hati.. walaupun tidak dapat dimiliki....
........
........
........
........
nOta kHaki:apa ntah cik noah merepek nih..kunun2 nak buat puisi..tapi idea separuh jalan jerk..miahahaaaaa
sambungan daripada amalan murah rezeki #1....meh jom baca lagi..menambahkan pengetahuan dan juga pahala..kui3
6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembira kan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)
7.Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)
8.Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.
9.Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abb as berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
10.Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
salam..kepada sesiapa yang nak join contest sila klik gambar kat atas okeh....birthday giveaway nih adalah yang paling simple pernah cik noah jumpa..ahakssss~kalau tak caya sila klik sekarang!!!!sekarang okeh....
so nak tahu dengan lebih lanjut sila jangan malu dan jangan nak buat tak malu plak..join contest nih cepat sebab due date dia dah nak berakhir....
nOta kHaki:lupa lagi nak upload gambar pasal giveaway yang cik noah menang hari tuh....aisehhh~
Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhira t. Di antaranya:
1.Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan penga bd ian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
2.Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kas ih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa yang memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yan g tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-N as a’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari A bd ullah bin Abb as r.a.)
3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sa bd a Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yan g dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
4.Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah maka hati akan menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)
5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim) Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
akan bersambung lagi.... (o_O)
nOta kHaki:ubah mode kejap..mahu menginsafkan diri~~
pendek jerk entry kali nih....cik noah cuma nak ucap terima kasih berbanyak kat KAK SUE..hadiah yang kak sue pos dah selamat sampai..siap dah try2 lagi..*gediksssss*
kenapa cik noah dapat hadiah??sesiapa yang ketinggalan mehlah baca entry nih..gambar nanti kemudian cik noah upload..sekarang agak banyak kerja yang perlu disiapkan..dan malam nih ada rehearsel kat DIK plak..rehearsel untuk apa????jeng3....nantikan berita kehangitannya pada entry akan datang....
chaoossssssssss~
nOta kHaki:minggu nih cik noah jadi blurrrrrrrrrrrr~
cuaca masih lagi panas kat perlis nih....kekadang jerk ada hujan turun....*ermm..apakah kaitan hujan dnegan tajuk entry cik noah hari nih??*okeh3 cik noah teruskan cerita....
alkisahnya..........
*teruja melihat duit ini??*
elaun buku sebanyak RM600.00 sudah dimasukkan ke dalam akaun BSN anda!!!!eheeee....opsss bukan anda semua..tetapi student IPG Perlis jerk....kuang3....okeh serius beb!!nih betul2 serius..dah macam2 cerita panas keluar tentang elaun buku nih..sepatutnya dapat masa dengan elaun lain hari tuh..tapi disebabkan 'KEPANDAIAN' dan juga 'KEBIJAKSANAAN' seseorang, maka tertangguhlah elaun buku kami tuh....rasanya kalau BPG tak datang check kewangan IPG mesti masalah nih tak selesai..siap ada page lagi kat FB..dasat nih bebudak IPG Perlis....*thums up!!*
dan tentang elaun berita yang menggembirakan..yang paling tak menggembirakan ialah kena beli buku denganKOPERASI....what the hell nih????ko-op tuh pon tahu nak ambil untung jerk..poyo nak mamp**!!suka sangat ambil duit student..pelik bin ajaib betul dengan gelagat manusia yang entah tak disangka..siap ada pangkat 'TUAN HAJI' dah kat nama tuh..so perangai pon kenalah sama macam pangkat yang telah diperoleh kan..*ayat agak skema sebab baru lepas siapkan assignment PSS*..betullah kan orang cakap..nama tuh tak melambangkan keperibadian seseorang..memang dah terbukti nih....
dan juga tak bermakna elaun dah masuk adalah masa untuk bersuka ria, joli sana sini kan..kenalah beringat sementara senang nih..selalunya time senang orang memang payah nak ingat..time susah nanti baru nak ingat kan....lagi2 cik noah nih haaa....tahun nih last dapat elaun..nak tunggu keje dapat gaji lambat kotttt....itupun kalau berkesempatan....
nOta kHaki:elaun dah masuk maka tabung untuk beberapa bulan nih terselamat~
weekend yang memboringkan....kepala sengal hati sebal....hhmmm....ditambah lagi dengan malas untuk menyiapkan assignment Psikososial Sukan tuh....nama jerk kerja buddy tapi macam cik noah seorang jerk yang buat....payah betul macam nih....asyik saya jerk yang kena push orang untuk buat kerja....penat kottttttttttt~nak tegur takut terasa plak..sendiri mahu pahamlah kan....aisehhhh
kepala dah pening dengan bermacam-macam teori..paham sangat kot nak buat assignment nih..aduhhhhhhhh....kepala sangat blur untuk mengeluarkan idea..daripada A sampai Z semua saya yang kena buat seorang ke??wahhh..sangat untung dan bertuah orang yang menjadi partner kerja cik noah..senang lenang jerk tak payah memeningkan kepala....mentang-mentang cik noah single kan..*erkkk....apa kaitan single dengan assignment??*
kalau cik noah tak buat memang gerenti benda tuh tak siap..cik noah pon manusia gak..badan nih tahu gak penat buat kerja taw....walaupun bateri dah charge, kemampuan cik noah tuh terbatas..kalau jadi robot pon gerenti dah rosak banyak kali nih....
nOta kHaki:kerana kasihan kat kawan, cik noah yang melarat~
sambungan daripada entry sebelum nih....silakan jangan baca hingga habis kalau anda memang mempunyai ciri-ciri tersebut..ahakssss~
11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya 'lelaki spedo'. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan... apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!
*cik noah:nih namanya lelaki pisau cukur..selalu orang cakap perempuan jerk yang pisau cukur kan..kali nih kita tukar plak-LELAKI PISAU CUKUR..eheee..kalau ada perempuan mata duitan, lelaki pon mesti ada gak yang mata duitan kan*
12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa...
*cik noah:ini workaholic..cik noah pon workaholic gak..tapi still ada masa nak keluar hang out ngan kawan-kawan.. (o_O) kawan-kawan okeh..boyfriend tidak ada!!!!kalau kau asyik ngan kerja kau jerk, baek kau tak payah ada awek kan..kau jadikanlah kerja tuh sebagai bini kau..kau suruh dia masak, iron baju, buatkan air untuk kau..boleh ke??*
13. PANAS BARAN
Aduiii... masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai kawal okeh. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!
*cik noah:uhhuuu..bahaya nih kalau dapat kekasih yang hot tempered..kalau dah mengamuk mahu pecah termometer kott..tipu okeh..nih kes lelaki yang tak boleh kawal perasaan..kalau tak puas hati dihamburnya terus..tak de soal siasat ataupun edisi siasat yerk..nasiblah kau perempuan yang dapat kekasih hati macam nih..sebab tuh banyak kes yang dah kahwin atau pun belum, semuanya redha dan redah jerk kalau dah pasangannya kaki baran..tuh yang banyak jejak kasih sayang kat badan kan??*
14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak... asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak... membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.
*cik noah:FYI, cik noah memang tak suka smokers okeh!!sakit dada den nih haaa..perempuan pon sekarang ramai dah jadi smokers..hhmmm*
15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah... hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.
*cik noah:maaf yerk..cik noah seorang yang sangat pembersih..jadi lelaki pengotor sahaja yang komen tentang ini*
16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam 'food machine'. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?
*cik noah:kahkahkahhhh....makan gelojoh, laju-laju buat apa??bukan kenyang pon kan..perempuan makan sopan sebab ikut sunnah..kunyah 44 kali.. >.<*
17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolehlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.
*cik noah:baek kau kapel jerk ngan kawan-kawan kau tuh..tak payah ada awek..lagi senang kan*
18. TIDAK TAHU MENGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.
*cik noah:elehh....tak payah nak ngengada sangat..perempuan pon ada gak yang jenis macam nih..bila dah dapat kita tak hargai dia..bila dia tak de baru nak ingat hargai dia..*
19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.
*cik noah:lelaki memang pakar putar belit..cik noah tahu sebab cik noah ada pengalaman..apa dia??rahsia okeh..kunun nak tunang tapi hakikatnya skandal ngan kawan cik noah sendiri..hampehhhhh*
20. SUKA KONTROL MACHO
Pergghhh!Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!
*cik noah:bajet nak macho..ingat semua perempuan yang ada kat dunia nih pandang yang macho ke??kalaulah macho tuh boleh bagi kebahagiaan dan kekayaan, meh cik noah pon nak rasa gak dapat kekasih hati yang macho-cho nih*
nOta kHaki:kepada mana2 lelaki yang nak terasa silakan okeh....korang makan cili takkan plak cik noah yang rasa pedas kan..kan..
salam.... ringkas dan padat.... cik noah telah mengaktifkan mode silent untuk berblogging pada minggu ini ekh..too many works at the same time..gonna be crazy okeh~adushhh..okeh cik noah tipu..tak mahu jadi gila yerk..
hanya ini jerk santapan untuk ketika dan saat ini....lain kali kita jumpa lagi....ahakssss~ nOta kHaki:pak incik, kalau ada masa tolong update..you promise me right??eheee.... o_O
jeng..jeng..jeng opsss....terlupa nak bagi salam....assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh teacher *gaya anak murid cik noah bagi salam masa kelas BI*.. tetiba excited nak update blog plak..sebenarnya saje jerk nih..nak buat gempak sikit..tadi kan cik noah tengah meng-update buku rph, jurnal, refleksi dan sebagainya..tetiba baru teringat yang cik noah belum mandi..wakakaaa....lupa beb!!!!tadi kunun-kunun lepas semayang maghrib nak mandilah..tapi disebabkan sejuknya yang teramat, cik noah lambatkan sikit..
tapi bila dah start buat kerja lupa langsung nak mandi!!!!ya ALLAH....bertuah betul cik noah nih kan....nasib baik fellas tak de bau cik noah tak mandi tadi..eheee..tapi sekarang sudah wangi!!!!bergegas pergi mandi walaupun jam sudah menunjukkan pukul 1115 malam....kena mandi juga nanti badan lekit tak boleh tidor....tapi tak basah rambut rasa macam tak syiok plak..aisehh....nihlah gara-gara hujan dan kesejukan yang terlampau..sampaikan cik noah lupa nak mandi..nasib tak lupa diri (O_o)
nOta kHaki:hujan ohh hujan kenapa engkau turun??kalau engkau tak turun mesti aku dah mandi awal..mesti aku dah mandi awal~
heheee..tadi cakap bosan..sekarang boleh plak update blog dengan banyak post..apa macam cik noah nih..cakap tak serupa bikin betul....lantak~
sekarang masa untuk menyiapkan refleksi hari jumaat, jurnal minggu 7+8, serta juga mengedit proposal KT..plus menyiapkan assignment PSIKOSOSIAL SUKAN tuh..bila entahnya nak siap nih..kalau ikutkan hati tadi nak jerk tidor..tapi bila memikirkan kerja yang tak siap, terpaksa post pone dulu waktu untuk mentidurkan diri nih..nanti bolehlah suruh Faizal Tahir nyanyi lagu selamat malam..baru lena tidur cik noah kan..akakaaaaa~
dengan lafaz bismillahhirrahmnirrahim dan salam....
hari nih cik noah mahu memberi sedikit tazkirah..eheee....bajet jap macam ustazah..wakakaaa..bukan mahu tazkirah orang..tapi nak kongsi sesuatu ilmu kepada para pembaca yang budiman..ahaksss....
check it out fellas!!!!
KUASA LAYANAN PEREMPUAN
* Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.
KUASA DOA PEREMPUAN
* Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw: "Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya "Kenapa ya Rasulllah?" Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
KUASA TAQWA PEREMPUAN
* Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.
* Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.
* Kekuasaan taqwa ini pula adalah kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.
* Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw: "Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya.
nOta kHaki:sangat hebat kuasa seorang perempuan kan..renung-renungkan dan selamat beramal..cik noah menjadi insaf sebentar~
salam.... blogwalking tadi terjumpa contest..rasanya masih belum terlambat lagi nak join kan..even contest nih untuk baby tapi cik noah still mahu join juga okeh~i dont care!!!! eheee..semua syarat telah cik noah lakukan..korang pon kalau nak join masih sempat lagi..ada lagi masa sehingga 9 april belum menjelma..jangan lambat2 taw..nanti tak sempat..uhuuuu....giat sangat cik noah nih pehal?? dan inilah gambar yang cik noah nak bagi kat tuan punya blog tuh....
<<<@
<<<@
<<<@
<<<@
<<<@
*nih bukan lakonan taw..danish memang suka tidor style macam nih..*
okeh..sekarang cik noah sudah tipu okeh..*apa nih..kan dah dapat dosa*..nih bukan cik noah yerk..kalau cik noah pon nampak sangat tipu yang ketara kan..time2 cik noah dulu mana nak ada kamera digital pon....
nama baby nih- MUHAMMAD DANISH ZAQUAN
umur dia- 1 tahun 6 bulan
tarikh lahir- 14 oktober 2008
baby nih bukan anak cik noah..tapi anak adik cik noah okeh..*maknanya anak saudara saya*
lagi satu kena reka lagu dodoi untuk baby..erkk....nih yang cik noah tak reti..tapi selalunya nyanyi pok amai2 ngan selawat jerk kalau dia nak tidor..tak pelah..cik noah cuba try buat lagu sendiri..uhukkkk
budak danish sayang,
dengar lagu ini,
acik cakap tidur,
danish kena tidur.
bila besar nanti,
jadi orang berguna,
jangan lupa tuhan,
hidup pon aman.
sekian sahaja lagu yang cik noah reka..kang banyak2 melalut mencarut plak kang..eheee..simple jerk kan..tapi makna penuh mendalam..
nOta kHaki:tuan punya blog, pasnih watlah kontest sleeping mak cik cutie..ngeeee~