Wednesday, September 29, 2010

~classmates open house~

anak murid jom siap-siap balik rumah!!!!


salam dan selamat tengah hari you all..


hari nih classmates ND yang perempuan buat open house..
ND dijemput sebagai chef undangan khas..muahahaaa
special menu from ND-my nyummy nyummy spagethi
hooyeahhhhh..sila lelehkan air liur anda.. :)
spagethi nih pon khas untuk adik amal yang minta masakkan daripada tahun lepas..
amal, really sorry yerk sys..kali nih akak tunaikan permintaan tuh


insyaALLAH lepas zohor ND akan bergerak mencari barang keperluan..
nanti nak berkelentung kelentang kat dapur bersama classmates..
oohhh..rindunya nak memasak (O_o)
dan sekarang harus membuat assignments yang masih terbengkalai tuh..
oohhhh..damnit!!
paling menyampahtaksuka bila tangguh-tangguh kerja nih taw..
tak kuasai aiinyah nak mengadap assignments tuh..


haaa....dan yang paling best hari nih segala kelas tak de..
ND and the geng pergi jumpa en. tat minta buat kelas hari lain..
perghhh..nasib en. tat tak buat perangai..
dia pon okeh jerk bila kita orang cakap nak buat open house..
aiilapyoulah en.tat..
next week ND buat kolaborasi pasal presentation tuh ekh..
*kena bodek betul-betul sebab dia penyelia ND*



ND punya spagethi lagi sedap daripada segala spagethi yang ada kat dunia nih taw..
pizza hut punya spagethi pon kalah..
sampaikan kucing pon makan spagethi yang ND masak~



setakat ini sahaja laporan untuk kali ini..
sekian, terima kasih..


nOta kHaki:tung tang tung tang alexander~~

Saturday, September 25, 2010

.serius menyampah tahap gaban.

hari nih sekolah cuti..
anak murid duduk jerk dekat rumah elok-elok ekh..

huhhh.. hari nih merupakan hari yang agak membengangkan ND. tengok tajuk entry pon dah tahu mood ND macam mana. okeh meh sini nak cerita apakebendanya yang buat ND serius menyampah tahap gaban dekat makhluk ALLAH itu.


okeh yerk anak murid sekalian..


hari nih kelas ND anjurkan seminar Kecederaan dalam Sukan dan CPR. pukul 1230 tadi baru habis segala benda nak bagai. sebelum cuti raya hari tuh dah plan kena buat seminar nih untuk subjek PJM3118 tuh. part of course work. kalau dah nama pon seminar mestilah ada jawatankuasa semua kan. dan ND jadi AJK SIARAYA~


kisah selepas kertas kerja siap..


ND bukanlah kena urus segala PA system tuh. cuma ND kena jadi MC jerk. dan partner ND nih memang musuh tradisi dah. kertas kerja tuh meamng dah complete daripada A-Z, dari muka depan sampailah dah diprint out. masa budak kelas tengah tengok-tengok paperwork tuh ada plak seekor mangkukjambankalehitam yang mula buat perangai. ND malaslah nak mention nama dia kan. kang tak pasal-pasal perang besar plak. boleh plak kan si mangkukjamban tuh tukar letak nama dia dekat AJK DOKUMENTASI. perghhh. memang tak boleh blah betul mamat nih *ooppps terkantoi jantina plak* ND memang dah agak sebab kami dulu pernah ada 'sesuatu' tapi terkandas di tengah jalan atas kesalahan masing-masing.


weihh MANGKUKJAMBANKALEHITAM!!!! kau tak reti nak amalkan sikap PROFESIONAL ke? benda yang dah lepas, benda yang dah berlalu, benda yang tak de kaitan dengan paper work tuh tak payahlah kau nak libatkan sama. memang sah-sah kau nih kepaladungu. nak jadi cikgu kenalah tolak tepi benda yang peribadi tuh. nampak sangat kau menunjukkan sikap kau yang tidak KETIDAKPROFESIONALAN langsung. aku relak jerk kena partner dengan kau walau pun dalam hati aku memang dah sumpahseranah kau dengan macam-macam. alih-alih kau buat perangai yang menyebabkan benda kecik jerk macam nih jadi sebesar planet matahari. memang amat sengalpoyohuruhara punya manusia kau nih.


okeh stop sampai di situ.


kisah semasa seminar sedang berlangsung..


dah tahu kau tuh AJK SIARAYA datanglah awal check PA system kat dewan. nih boleh plak kau lenggangmaklimahjongang. ewah ewah ewah. bukan kemain kau lagi yerk. ada ke patut AJK TEMPAT yang settlekan segala kerja kau. dah tuh apa kerja yang kau buat? usung kamera pon bukan kau ambil gambar. memang menyakitkan hati jerk perangai kau sekarang. weihh brother. kau agak-agaklah nak buat orang menyampah. sampai kerja kau pon orang lain buat apa kes nih beb?? serupa jerk kalau kau tak payah datang langsung. tak bagi kesan kau ada ke kau tak de masa seminar tadi.


dan lagi satu benda. yang nih memang ND super duper punya bengang. bukan ND jerk tahu. ramai lagi budak kelas yang bengang dengan kau. tengak sedap-sedap si Iqbal bagi ceramah boleh plak kau cari port jadi sleeping beast kan. perghh.. memang tersirap darah juga tengok kelakuan kau tuh. weihh. kan kelas kita penganjur seminar tuh. tunjuklah perangai elok sikit. kau tuh senior kita sama-sama senior. nih kita buat majlis untuk orang kau pulak tunjuk perangai yang tak sepatutnya. pulak tuh kau tidor siap sampai ternganga mulut nak bagai. kalau ikut hati aku nak jerk bubuh listerin yang Iqbal bawak tuh dalam mulut kau. tapi sebab aku PROFESIONAL aku tak buat derrr..


hahhh.. masa LCD stuck tadi pon. eihhh.. kau nih memang manusia bunguks tahu tak. tuh kan bidang tugas kau. boleh plak kan orang lain yang take over kerja kau. aku memang bengang dan tak puas hati bila kau tak buat kerja kau. apa nih weihh. kita dahlah final year kat IPG nih. buatlah sesuatu yang elok-elok sikit agar benda tuh boleh buat orang hargai kita. kalau kau nak orang hormat kau, hargai kau. kau kenalah hormat, hargai orang lain dulu. kisah kita dulu-dulu punya tak payah nak kaitkan langsung. tak de kena mengena dengan seminar tuh. tak de kena mengena dengan orang lain. aku pun tak HINGIN nak buat kerja dengan kau sebab aku tahu kau tuh perangai macam mana.


wahai manusia itu.. sedarlah diri cepat sikit ekh. ke kau nak aku cakap terus depan-depan kau?


nOta kHaki:entry ditulis dalam keadaan emo. superb punya bengang nih~

Thursday, September 23, 2010

RESEPI:Air Kacang Soya

anak murid semua bangun..
salam dan selamat sejahtera..


hari nih cikgu ND nak ajar murid-murid sekalian macam mana nak buat air kacang soya. resepi nih cikgu ND dapat daripada Chef Rai. meh kita tengok apa dia bahan-bahan yang kena gunakan untuk buat air kacang soya nih..



bahan-bahan:-
kacang soya
daun pandan
gula
air




cara-cara membuatnya:-




rendam kacang soya selama 4 jam. Chef Rai cakap kalau lebih masa nanti masam plak.






kacang soya yang telah mengalami perkembangan selepas 4 jam. comey-comey~






kemudian, blender kacang soya tadi. lepas tuh perah guna penapis kain yang selalu mamak bancuh teh. kalau tak de cari napkin BERSIH untuk tapis kacang soya. jangan plak murid-murid guna stokin yerk kalau tak de napkin. (tergelak masa baca celoteh Chef Rai pasal nih)






masak atas api yang sederhana. bubuh daun pandan dan gula ikut rasa. masak lebih kurang 30 minit atau sehingga ada perubahan bau kacang soya. pandai-pandailah korang rasa. jangan lupa air kacang soya nih kena kacau selalu dan jangan guna api besar.






tadaaaa.. dah siap pon kan air kacang soya. boleh dihidangkan panas atau sejuk. kalau nak kalerful murid-murid boleh letak sirap ke, perasa pandan ke perasa tebu ke. sedapkah rasa air kacang soya pastuh tambah perasa tebu??yerkksss....


thanks yerk Rai sebab banyak sangat resepi yang best dan marveles yang Rai buat. selalu gigit jari jerk tengok gambar yang mengiurkan tuh~



nOta kHaki:uhuuu..resepi nih buat masa cuti hari tuh..dah balik asrama memang beli jerklah air soya kat pasar.. ;(

nak suka ke nak cinta??

anak murid semua bangun..
angkat beg pergi balik rumah sekarang!!


SUKA dan CINTA.





dua perkataan yang dah terang-terang berbeza bunyi dan ejaan. sukakah ND pada dia? atau cintakah kepada dia? atau mungkin juga ND masih keliru dan tak dapat bezakan antara suka dengan cinta. uishhh.. dasat yang amat perasaan ini. tuhlah sibuk lagi nak menggatal. kan sendiri yang dah dapat susahsengsaraderita. padan dengan muka. auuwww.. tak sesuailah dengan aiinyahhh~

kau tahu ke SUKA tuh macam apa? boleh tolong terangkan dekat ND? ND nih memang lembab lagi berbasabasi kalau bab-bab perasaan nih. kunun jerklah kan. padahal lelaki keliling pinggang merata negeri dan negara. hahaa. dah mula fikir lainlah tuh. betul apa. kan setiap negeri dan negara ada ramai lelaki. apa daaa ba alif ngang punya orang. kih3

boleh tak kalau ND cakap suka tuh macam makan ais krim?? kenapa macam makan ais krim? yerlah kan. ais krim tuh kan ada macam-macam rasa, macam-macam warna, macam-macam brand kan. kalau sedap kita makanlah lagi ais krim tuh. kalau tak sedap kita cari ais krim lain plak. betul ke tak? ada ke orang dah makan ais krim yang tak sedap dia nak beli lagi ais krim tak sedap tuh?? kala ada pun mesti orang tuh deria rasa dia dah rosak teruk. orang gila pon tahu benda sedap dengan benda tak sedap kan..

cinta tuh macam mana plak?? aisehhai.. ND pon tak tahu nak describe macam mana cinta tuh. terkedu lidah terpaku mata terstuck otak bila nak fikir macam mana cinta itu. hebat sungguh penangan cinta nih kan. kalau tak, tak delah perempuan yang sanggup serah jiwa dan ragamotorsikal pada kekasih dia kan. haaa.. yang tuh cinta nafsu. habis tuh kalau cinta sejati macam mana? cinta selepas kahwin? cinta kepada ALLAH, rasul dan keluarga itu sudah semestinya. cinta kepada pasangan macam apa? uhhhh.. pening nih haaa kepala den macam mana nak tafsirkan cinta itu seperti apa.

atau pun perasaan cinta itu seperti ini. bila kita rasa selamat dengan dia. bila dia sentiasa berada susah dan senang untuk kita. bila dia mengambil berat tentang kita. bila dia sanggup membela kita tatkala kita dianiaya. dan bila-bila lagi. macam itukah namanya cinta?? cinta itu terlalu agung. sebab itu ada cinta romeo dan juliet. sebab itu ada cinta laila dan majnun. sebab itu juga ada cinta DARHAM dan BUINAH walaupun berbeza negara. kerana cinta DARHAM dan BUINAH telah lahir seorang manusia bernama NOOR ASMAWATI. ehhh.. ada kaitan ke nih??cettt.. saje nak promo diri..

uikkss.. agak lama juga kepala ND memikirkan idea untuk entry nih. sekarang ND sudah ada incik YY. cintakah ND pada YY?? persoalan yang mampu dijawab oleh hati ND sendiri dan tak dapat dikongsi dengan orang lain..


nOta kHaki: mudah-mudahan hubungan kami dirahmati, diberkati dan terpelihara..amin~

Wednesday, September 22, 2010

.perut dilanda badai.

anak murid semua bangun!!
salam dan selamat pagi....
macam biasa kalau tak de bisul boleh duduk~


hari nih ada perhimpunan organisasi dengan menyambut kedatangan pengarah baru kat IPG ND..lepas tuh ada jamuan raya plak..aisehhh..melepaslah nak makan free nih..keh3..ND plak masih dekat bilik..kenapakah??ehee..cuba tengok tajuk entry ND..serius beb perut ND buat hal pagi tadi..


lepas solat berdesup pergi toilet!!telekung pin berterabur jerk letak kat katil..memang emergency punya kes..perut ND meragam, berpusing-pusing macam roller coaster dah..lama kot mencangkung kat dalam toilet tuh..dahlah toilet jadi tempat mandi..hampeh jerk asrama nih asyik tak de air..nak mandi pon kena tawaf dulu cari air kat mana ada..macam siooooooot~


dua kali jugalah ND 'berkampung' dalam toilet..serius sakit beb..bukan sakit sembelit ke cirit birit ke..tapi entahlah ekh..ND nih memang selalu sakit dalam perut..sampai nak menangis dah tadi..nasib tak pengsan walau pun tadi kepala dah pinar-pinar nampak bintang jerk..ku gagahkan diri balik ke bilik dan landing atas katil..ehee..tidur dalam keadaan sujud..boleh bayangkan??bukanlah ND buat sujud syukur ke..tapi terpaksa buat macam tuh bila perut dilanda badai..ingat ombak jerk dilanda badai??perut den nih pon sama haaa..lagi hebat daripada ombak yang dilanda badai tuh..


dan lagi satu hari nih kena hantar ARman..tiga salinan lengkap kena hantar..giatlah ND siapkan yang kena edit semalam..sanggup keluar lepas maghrib semata-mata nak pergi binding..tapi bila dah bawak balik, perghhh..boleh plak akak kedai first touch tuh 'terkoyakkan' front page AR ND..siooot nih beb..dahlah nampak kesan koyak tuh..walaupun benda nih bukan fully jilid tapi janganlah sabotaj kerja aku weih..nasib baik kena bayar rm1.50 jerk..angin betul bila hasil kerja ND jadi macam tuh..bersengkang mata kot nak siapkan~


syukur sangat-sangat sebab dapat supervisor en. tat..walau pun dia cakap laju macam kilat kerja ND memang gempak punya..walau asyik kena bebel buat kerja entah pape at least siap dari bab 1 sampai bab 10 dengan jayanya walau pun tak dapat beraya dengan hati yang tenang..keh3..rasa teruja bila jadi antara student yang siapkan dalam masa yang dia nak..ayat bodek nih agak-agak en.tat bagi markah tambahan tak??(O_o)dah habis buat AR nih ada lagi satu assignment menanti..bila entahnya nak buat..ND kalau dah sakit perut macam nih memang nak tidur jerklah..esok nak kena present plak tuh..aisehhhai~




nOta kHaki:dapat update blog time pagi jerk sebab line broadband macam sengallll kalau malam~

Monday, September 13, 2010

..selamat hari lahir baby..

anak murid semua bangun!!!!
salam dan selamat sejahtera semua..
okeh duduk!!

selamat hari jadi,
selamat hari jadi,
selamat hari jadi NOAH,
selamat hari jadi..


hari nih adalah hari ketuaan ND..isk3..sedih hati den nih haa..ramai yang mengucapkan selamat hari tua..cetttt..kasar beb ayat korang..sayu dan pilu hati den taw..sampai hati korang cakap macam tuh dekat birthday girl..ish3..kang tak bagi duit raya nanti baru taw..

tak kisahlah kan korang nak cakap selamat hari tua ke, umur dah banyak ke pape ke..ND sangat tidak hairan pon!!sebabnya bagi ND umur hanyalah angka..apa yang ada ada angka??memanglah angka tuh sentiasa bertambah..bila dah bertambah maknanya makin berusia lah kan..tak kan plak setiap kali birthday umur korang berkurang??ye dak??ND tak kisah pon umur dah meningkat ke-23..sebabnya biarlah umur banyak mana pon JIWA ND TETAP MUDA BELIA BEB!!kah3..kan dah perasan di situ..nihlah namanya jiwa muda kan..

takkan umur dah banyak nak mengaku tua??bukanlah namanya tak sedar diri..tapi takkan umur dah bertambah nak lagak seperti nenek-nenek atok-atok kan..kenalah berperwatakan seperti adanya..jangan lupa diri plak..bukanlah ND suruh korang berlagak muda sentiasa plak..tapi kenalah beringat-ingat taw..ND pon mengingatkan diri sendiri juga..bukan nak membebel merepek meraban dekat korang pon..

memandangkan umur dah meningkat ke-23, tentunya banyak hajat yang ND nak..tapi ND tak mahulah kongsi sekarang..biarlah ia menjadi rahsia dulu..si YY pon ada buat surprise untuk ND..eheee..tapi ND dah tahu apa bendanya..so dah tak jadi surprise lah..tak sabar nak balik perlis..kuang3..


nih kek birthday dari ND untuk anda semua..jangan berebut taw..setiap orang dapat secubit jerk..cukup kan??


nOta kHaki:I DONT CARE AT ALL~~

Friday, September 10, 2010

.raya ku bersama kekasih baru.

anak murid semua bangun!!
salam dan selamat pagi semua..

di kesempatan ini ND nak mengucapkan selamat hari raya maaf zahir (batin tak de kot) kepada semua keluarga, kawan-kawan tak kira di mana anda berada okeh..harap halalkan mana yang terlebih, terkasar bahasa, terkurang ajar dan macacm-macam lagi yang terjahat..


hari ini ND akan beraya bersama si dia yang tersayang..siapa lagi kalau bukan incik AR!!sangat tak suka taw..dan pagi raya nih dah hujan..memang tak de moodlah ND nak pergi beraya..kawan-kawan ramai dah kawen..so mostly semua beraya dekat rumah mak mertua..sedih i taw..kepada incik kanda, jangan raya sakan sangat okeh..saya rindu kamu *wink wink*
 
 
nOta kHaki:rindu pada abah dan emak....

Monday, September 06, 2010

sungguh sayangku hanya pada AR!!!!

anak murid, semua bangun!!!!
salam dan selamat tengah hari....

heheee..
sedang tekun dan gigih menghadap si lappy..
kepala ligat menyusun ayat untuk si encik AR..
kepala pusing otak pening mata juling..
ayat kegemaran ND tatkala mengalami kecelaruan fikiran..
semuanya kerana dia-si AR..


AR mengganggu lena malamku..
malamku tak lagi indah diulit mimpi..
mimpi yang hadir cuma mimpi ngeri..
dan raya juga tak memberi sebarang erti..
baju raya, kuih raya, duit raya..
semua itu hanya ilusi mainan jiwa..
seolah-olah raya itu tidak ada..
oohhhhh AR..
hebat sungguh penangan tamparan kau..


keh3....ada hati nak bermadah puitis..
nak buat ayat AR pun tunggang langgang..
lagikan pula nak bermadah pujangga bagai..
danish dengar pun dah terkekek-kekek..
elehhh..kau budak umur 2 tahun..
apa ND cakap semua pun kau gelak..
kuang3....


wahai si comel danish ku sayang..
tidurlah yerk sampai ke petang..
ND perlukan masa dan privasi sekejap..
jangan kau bangun selagi mami tak balik kerja..
terfikir sejenak..
hari nih nak masak apa ekh??
tiba-tiba teringin nak makan salad..
nyummm nyummm..


nOta kHaki:anak murid, jangan jadi sengal seperti cikgu ND okey~

Saturday, September 04, 2010

RESEPI:begedil nestum ayam makaroni nyumm nyumm

salam dan selamat sejahtera you all....



hari nih ND nak kongsi satu resepi yang ND buat tadi..eheee..nih resepi yang terngiang-ngiang dekat dalam kepala..jom kita tengok apa dia resepi yang ND nak kongsi tuh..






~BEGEDIL NESTUM AYAM MAKARONI~


bahan-bahan:
kentang
isi ayam
makaroni
carrot
nestum
telus
garam
minyak



cara-cara:
1.rebus kentang sampai empuk(letak garam sikit). kemudian lenyek dan ketepikan.
2.ambil isi ayam yang telah direbus dan siat-siatkan menjadi kecil.
3.carrot dipotong dadu dan celurkan dalam air panas.
4.rendam makaroni dalam air. bila dah lembut rebus dalam air panas sampai empuk. jangan biar sampai lembik ekh.
5. campurkan semua bahan 1-4 dalam mangkuk dan kacau guna tangan.
6.bila dah kacau rata, apa lagi mulalah menggentel mengikut kreativiti anda..
7.bila dah siap, golek dalam telur dan salutkan dengan nestum.
8.sedia untuk digoreng!!




nih masa proses mencampurkan segala bahan-bahan buangan tadi..hik3





selepas selesai menggentel..ND punya begedil nih bulat2 sebab senang nak makan..keh3..comel apa bila dia punya bentuk chubby kan..terliur tadi petang nak siapkan..





yang nih selepas dibalutkan dengan nestum..aihh..tahan air liur jerk masa nih..si danish dah ngap 2 biji walaupun belum digoreng lagi..budak budak..





tadaaaa..nihlah dia begedil ND selepas digoreng..baunya sangat wangiiiii..


nOta kHaki:kalau dekat rumah ND suka masak yang pelik-pelik..bereksperimen dengan resepi..

Thursday, September 02, 2010

tidurlah sayang....

salam you all..

sampai kat rumah pagi tadi..
sangat penat dan letih..
dalam bus melantak tidur..
sekarang pon masih mengantuk nak bagai..
sang kekasih AR sedang menunggu..
uuhhhh..
tak mahu update banyak-banyak..
kepala otak, kepala lutut serabut..


nOta kHaki:rasa nak tidur lagi bila tengok danish tidur..aisehhh..~