Showing posts with label #exam dan nota toyol. Show all posts
Showing posts with label #exam dan nota toyol. Show all posts

Friday, November 05, 2010

hati dan semangat silalah kuat


hari nih hujan lagi.walau pun mungkin tak selebat hari-hari sebelum nih.sekarang pon tengah hujan panas.wahhh.semua nak cerita pasal hujan dan banjir.dan itu memang sindrom yang sedang melanda Perlis dan Kedah nih.dekat facebook sahaja dah macam-macam gambar tentang banjir sana banjir sini.weiii.i bosan kottttt asyik tengok gambar jerk!!!!cubalah you letak gambar-gambar hot chicks cool dudes perayaan deepavali nih~

minggu depan ada sekeping *berkeping-keping soalannya* lagi kertas peperiksaan yang perlu dijawab.ehhh.darurat time banjir nih tak boleh ke buat pengecualian jawab exam??bagi jerk markah A- kan senang.semua orang dapat markah sama kan adil begitu??tak payah nak susah-susah kepala otak fikir tentang nak study, mana nak selamatkan harta peninggalan kat rumah sewa lagi.oohhh.bajet macam ND nih budak outsider kan.hik3 ;) sebenarnya ini alasan malas nak study

tapi serius beb.fenomena banjir nih telah melumpuhkan semangat orang lebih-lebih lagi manusia yang bernama NORA DANISH NOAH DARHAM nih haaa.bila banjir kan cuaca sejukkkkk jerk.mata pon mulalah stim-stim sehangat taik ayam bila mengadap nota.lagi ditambah dengan perencah perut berdondang dendang.perghhh.resepi yang sangat mantap untuk meninggalkan nota dan segala bahan ilmiah tuh.dalam kepala lutut otak nih cuma terbayangkan makanan yang sedap-sedap belaka tuh.weee weee.i memang gila kentang kuat makan okeh.nasib sahaja badan masih slim trang tang tang dan tidak seperti DOTTIE (O_o) ouchhhh.nak makan pizza hut, nak makan Ayamas, nak makan Kenny Rogers, nak makan Choc Indulgence.uhhh.i memang hebat kalau bab-bab makanan okeh~

sekarang kepala lagi ligat terbayangkan spagethi.uhhhh.janji kepada si Bella masih tak dapat ditunaikan.aisehhaii.minggu depan nak balik dah.harus mencari masa untuk memasak spagethi yang diminta.mampus ND kalau tiba-tiba nyawa ditarik balik tak sempat nak tunaikan janji pada si budak besar Bella itu.mahu tergantung-gantung jerk roh ND nanti kan.tunggu ekh Bel, akak cari masa.lagi pun tengah banjir nih sesak juga nak beli barang dekat kedai.faham-faham jerklah kan~

bila musibah dan bencana melanda, hati dan semangat harus kuat!!ehhh.i sedang memberi motivasi nih okeh.silalah memberi perhatian~segala musibah dan bencana yang ALLAH turunkan kepada manusia nih pasti ada hikmah kan.semua musibah dan bencana alam yang dilimpahkan nih pun atas kesalahan dan kezaliman yang telah manusia lakukan terhadap bumi.ye ke dak??nih mengikut fikiran logik ND ekh.siapa yang tak setuju tidak mengapa.sekadar pandangan daripada umat ALLAH yang diberikan akal dan fikiran untuk berfikir dan meneroka mengapa semua ini terjadi.

dan sekarang ND lagi sedang berusaha gila babas nak menguatkan hati dan semangat supaya mood untuk study kembali ada.nampaknya ND kena bertapa di dalam gua hira' bilik B102 nih lagi.tiada lagi bebelan sengal, tiada lagi datingan, tiada lagi facebooking.ohhhh.itu yang terbaik mungkin!!arghhh.dan yang paling penting kena sorok incik lappy dan incik beruk dekat dalam locker.uhuuu.berkorbanlah sekejap daripada melayari dunia fantasi dan maya demi sekeping kertas peperiksaan.heiii.ayat sudah menjadi sadis dan touching nih!!

dan kerana hati dan semangat sedang dimotivasikan, ND telah berjaya mengemaskan bilik ini dan membuat sepah di pantry.okeh suka hati ND nak buat sepah dekat mana.lagi pon tiap-tiap bulan elaun ND telah dipotong.you all ingat ND nih nakal sangat ke nak bagi susah mak cik cleaner tuh?ND cuma letak barang-barang ND dekat pantry jerk.penuh separuh cabinet dengan kotak-kotak ilmiah sepanjang ND menjadi penduduk tanpa izin tetap di IPG Perlis nih taw.barang-barang praktikum masih lagi tersimpan rapi lebih-lebih lagi ABM.banyak juga ABM yang telah ND berjaya hasilkan.sayang kotttt nak sedekah dekat tong sampah.biarlah menjadi kenangan masa jadi guru praktikum~~lagi ayat tak boleh blah!!

sekejap ekh.bantuan makanan telah tiba!!!!hip hip hoorayyyy~

ahhhaaa.ini dia bantuan makanan sudah dapat.lauk yang agak best daripada sebelum ini.sup daging dan telur rebus.okehlah tuh kan daripada ikan jaws ikan sardin jerk.ND tak makan sardin so kalau dapat makanan tuh memang tak ambil pon.bukan nak demand tapi biarlah orang lain yang makan.kalau ND ambil tapi tak makan, kan dah buat penganiayaan kepada makanan dan manusia yang memerlukan.ada rasa jugaklah sup daging nih.oohhh perut sudah tidak berdondang dendang lagi.tapi ada ayat tak best masa ambil makanan.BANTUAN MAKANAN YANG TERAKHIR.heiiiii.nih ayat puaka apa nih??alasannya pusat bekalan bantuan makanan dah ditutup!!!!oohhhh what the fish.ND tak mahu komen~


nOta kHaki:masih lagi terus menaip dan menaip tanpa disedari incik beruk sudah lama men'disconnect'kan diri..HAMPA!!!!

Monday, November 01, 2010

berhenti


salam dan selamat pagi semua..

perlis masih lagi hujan sejak semalam..
hingga sekarang pun tak berhenti lagi..
suhu badan dah meningkat panas ;(
roomate pun sama demam juga~
hari nih exam paper EDU3108..
esok plak paper EDU3109..
minggu depan paper major PJM3118..
insyaALLAH dapat jawab dengan elok walaupun demam..


kepada semua kawan-kawan;
ND minta maaf dari hujung kepala hingga hujung kaki.manusia tak lepas daripada buat kesalahan kan~
selamat menjawab peperiksaan untuk semester ini.
siapa yang duduk di belakang, depan, kiri dan kanan ND silalah berikan talian hayat ekh :)
wahhhh..budak semester 8-ini adalah peperiksaan kita yang terakhir sebelum posting!!


nOta kHaki:ND akan aktif berblogging selepas exam habis 9 november 2010 nanti~

Monday, October 25, 2010

R.E.S.T and F.O.C.U.S

salam dan selamat [agi you all..

minggu ini *rasanya dah start sejak minggu lepas* ND akan berehat daripada facebook, blogging, dting, hanging, shopping dan sebagainya. ND perlu fokus kepada exam. yaa EXAM beb..

kepala nih dah naik bengang sebab study. time nak exam nih macam-macam benda nak buat. uhhhh. superb tension nih! sebenarnya banyak cerita nak kongsi. tapi mungkin selepas exam baru boleh kongsi. tak pelah kan lambat sikit. minggu depan ada dua paper so struggle juga kepala dan otak ND.

bila exam nak menjelang tiba *bajet macam raya* pergerakan ND kurang aktif. nak keluar jauh-jauh pun mungkin fikir banyak kali. yerlah malang kan mana pernah ada bau. sebagai langkah keselamatan ND kena paksa rela untuk tidak berfoya-foya di luar daripada PERLIS. okeh ayat ini memang sedih untuk aii~

dan semalam bila nampak bob dan an kemalangan depan mata lagilah buat hati nih sentap. walaupun tak seteruk mana tapi malang mana pernah bau kan *nih ayat yang kedua kali*. biarlah duduk dekat hostel jerk walaupun keselamatan tuh belum tentu lagi. haiyaa haiyaa haiyaa. demi exam okeh. kalau tak memang tak sanggup ND buat macam nih. lagi pun selagi exam tak mula memang ND berat hati nak pergi mana-mana. nih adalah exam final semester ND. so harus wajib dapat menyelesaikannya. kang tak pasal-pasal nanti extend haru mak mandir haaa.

okeh sudah sampai sini sahaja. nak tulis entry nih pun ND ambil masa dekat 30 minit. nota-nota itu lebih memerlukan perhatian ND.


nOta kHaki:jangan bawa tuyul masa exam~

Thursday, October 07, 2010

peperiksaan..perlukah??

salam dan selamat petang you all....

sekarang ND sedang menunggu dak kutun bersiap sedia. katanya nak pergi cari shawl. i am wondering dekat mana dia nak cari shawl. perlis nih payah gaklah nak mencari shawl yang up to date punya. sebab itu ND selalu shopping shawl dekat KL. tak pon online jerk senang even harga mahal sikitlah. tapi berbaloi kot. tambang pergi balik KL dari Kangar jerk dekat rm100 kot.

ehh.. kenapa perlu ada exam? hahaa. ini satu isu daripada ND. daripada mula tadika sampailah dah nak grad nih-EXAM EXAM EXAM!! aii hate exam tau nyah. sakit kepala den nih kalau time exam. kalau benda yang boleh jawab pakai otak cincai-cincai boleh lagi. kalau benda yang fakta macam anatomi tuh.. perghhh!! tapi nasib baik exam anatomi dapat A. jangan tak tahu exam semester lepas ND sampai demam. itu semua kerana penangan subjek psikososial sukan..mantaplah dia punya soalan. segala zaquan adha, nama kampung kat negeri johor pon ada. sah-sahlah kan IPG kat johor yang buat soalan itu..

opp opp.. perlu hold dulu entry nih. setakat ini jerk cerita di waktu kepetangan ini.

nOta kHaki: hebat perutku kerana sudah 5 hari tidak makan nasi~~

Monday, May 24, 2010

ND dah merdeka..


dengan lafaz bismillah dan salam sejahtera semuanya..
okeh friends..entry nih kali nih bukan pasal merdeka yang kita sambut 31 Ogos tuh..nih adalah merdeka versi laen..hik3..versi apakah??versi ND okeh~hari nih ND selesai menjawab exam untuk semester 7!!whoaaa....aippp..mulut tuh jangan nganga luas sangat..kang lalat masuk plak..eheee..macam tak percaya plak ND sekarang dah semester 7..tinggal lagi satu semester jerk lagi dan tahun depan akan posting!!yeayyy..*sila lompat dengan kedua belah kaki ekh*

dan untuk pertama kali hari nih exam start hampir pukul 9..panas gaklah menunggu kat luar dewan tuh..tapi faham-faham jerklah..jam pensyarah pukul 9 tapi jam exam pukul 830 baru start..jadi ada kelebihan masa di situ yerk..dan paper PJM3116 tadi tidak menghampakan ND seperti paper yang sebelumnya..dan peluang untuk dapat A- agak cerah dan setinggi ND..ahaks~

ikut plan petang nih nak berangkat ke KL dah..tapi rasa macam nak balik lambat plak..walaupun sememangnya ada lagi 2 minggu nak habiskan semester nih..minggu depan konvo sure bosan..tahun nih tak de event so balik rumah lagi bagus!!dan tadi plak HEP call guard cakap tak boleh keluar sebelum pukul 12..uhhhh..WTH huhhh??macam-macam perangai HEP nih..lantak koranglah..siapa suruh buat konvo lepas exam..memang sure pasti punya budak akan blah awal..dan ND salah seorang daripada mereka..ND tak kisah~

dan hari nih ND nak layan tengok movie sampai puas..mungkin esok atau rabu baru balik..jalan-jalan ronda KL dulu then baru blah balik johor..dah lama nih tak shopping..eeeiii..kalau nak menghabiskan duit memang laju jekr kan..lagi plak kalau ditahan-tahan..siap terbelalak jerk mata nanti tengok duit keluar macam air..uhuuuu..okeh..malas mahu corat coret banyak-banyak..ND nak sambung tengok movie lagi..phewwww~


@>--

@>--

@>--

@>--


*mahu lompat kegirangan seperti ini..tapi sekaarang musim hujan kat perlis..mahu becak kaki kalau lompat-lompatan kat bendang~*


nOta kHaki:pagi-pagi sudah ditegur oleh incik kanda..blushing ND jawab exam tadi..oucchh!!

Sunday, May 23, 2010

selamat malam....


salam dan selamat pagi ahad....


yeayy..sudah hari ahad nih..esok isnin plak..dan harus berdepan dengan paper yang terakhir..ahaaa..ND likes this okeh..dan kemudian derita exam pon berakhir..dan masa berehat pon bermula..


tadi petang menghabiskan masa di kuala perlis..bila time exam nie ND memang suka lepak kat pantai..tengok macam-macam gelagat orang..sambil ambil angin..bukan buang angin okeh!!dalam dok-dok tengok pantai dengan gelagat orang ND tetiba dapat ilham plak..feeling jiwang plak kan time dok berangan tuh..siap ada sajak lagi haaa..tapi nanti sajak tuh ND upload laen ekh..kena bagi edit dulu..macam kelakar jerk bila baca balik sajak tuh..dahlah tulis atas tisu..tak boleh blah betul..dah macam cerita hindustan nih haa..cerita apa ntah tuh..mohabbatein kan..kan..

dan sekarang ND nak tidur ekh..terlalu berat dah mata nih..eyebag pon dah ada..kira macam dah nak jadi mata panda nih..uhuuuu....nih semua gara-gara incik exam..


nOta kHaki: selamat malam semua..esok insyaALLAH kita jumpa lagi~

Thursday, May 20, 2010

mood menghitung hari....


salam dan selamat tengah hari khamis..

hari nih sangat lepak..dua hari berturut ada paper..dan semalam memang kritikal jawab exam..tak pernah-pernah lepas jawab exam DEMAM!!gila nih penangan exam..lebih-lebih lagi paper Psikososial Sukan tuh..nak keluar muntah hijau, biru segala warna semalam..kali nih exam ND malas nak ambil port pasal spot..laen-laen semua sibuk study spot..ND relax jerk baca nota..pada hal dalam hati gundah gulana..

semalam memang tensi habis tahap gaban..serius tak tipu..kot-kotlah bajet boleh keluar awal..memang ND siap awal tapi perasaan nak keluar awal daripada dewan tak de plak..tunggu jerklah check jawapan yang entah pape tuh..makin dicheck rasanya macam makin banyak nak tambah..mahu pening kepala incik Muftar nak tanda nanti..kalau ND pon payah nak faham bahasa ND lagi kan plak incik Muftar nak faham..memang piiiiiii jawabnya..

malam tadi lepas makan ubat *serius terpaksa makan sebab exam tak habis lagi* layan tengok movies kat bilik aida..kasi kepala release sikit..terjerit terkejut juga tengok citer hantu..lagi plak citer thailand..masyukkkk jerk kalau bab-bab hantu maen keluar ikut suka hati..

dan sekarang kepala masih lagi berbisa dan suhu badan pon macam nak meningkat lagi..adehhh..tadi review nota pon kepala macam dah lalok..tapi lalok-lalok pon sempat nak update blog kan!!ahaksss....tiada jawapan yang sesuai di situ..begitu hebat penangan Psikososial Sukan sampaikan kepala ND mengong-mengong tak ketahuan nih..

dan hari isnin nanti ada paper last-Penyelidikan Tindakan..kali nih tak tahulah plak gaya macam mana penangan yang ND dapat..kalau demam memang bagus sebab ND boleh balik rumah..ponteng terus kuliah dan ambil kesempatan untuk cuti selama sebulan!!nasiblah siapa suruh buat minggu konvo lepas exam..kena plak tak de pesta konvo..kalau ikut hati malam lepas habis exam ND nak balik..tapi nampak sangat keHOMESICKannya..relax-relax dulu kasi otak balance..mungki paling lambat hari selasa ND akan berangkat meninggalkan bumi Perlis nih selama sebulan..kalau HEP nak ambil tindakan pon buatlah..buku kehadiran dah tutup!!nak bagi LAM-PT pon kena tunggu ND daftar untuk semester depan..wakakaaaaa..ND bukan contoh senior yang baik yerk..sila jangan ikut..
 
okeh..malas nak bebel taip panjang-panjang..sekarang mahu layan maen games..then akan sambung untuk study lagi..chowzzzzzzzzzzzzzzzzz~


nOta kHaki:hatiku berbunga riang kerana dia..cewahhhh

Tuesday, May 18, 2010

exam yang buatkan aku pusing~

salam dan selamat tengah hari semuanya..hari ini ND baru jerk habis selesai tamat menduduki paper EDU3107..paper apakah itu??mesti korang tak pernah jumpa kan kedai mamak atau apek tepi jalan yang jual surat khabar tuh..eheee..nih adalah subjek ND untuk semester ini..iaitu BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK..
nak jadi cikgu macam-macam paper kena ambil..pusing kepala ND nih haaa....hari nih tamat paper EDU tapi esok petang ada paper PJM3117..aikkk??apa kebenda plak dah nih??yang nih paper major..PSIKOSOSIAL SUKAN..perghhh..mantap ND semester nih..baru nak release tension tetiba esok ada exam lagi plak..adehhh..dah lah PJM nih banyak teori..memang bungkus lah esok ND jawab exam..tapi tak pe..esok kanda ND pon akakn exam juga..
kanda??siapalah mamat tuh ekh??eheee....tettttt..tak boleh gosip ekh..kena fokus untuk exam dulu taw..dah habis exam nanti baru leh gossip-gossip nih..sebenarnya malam tadi ND dah berjaya menyorokkan incik BB dengan incik LAPPY..semuanya gara-gara nak fokus exam..tapi sekarang nih terlanggar pantang plak..tak boleh tahanlah kalau tak update blog..dan rasanya dah lama gak ND tak update blog nih..isk3 ='(
okeh3..tak boleh online lama-lama nih..kalau kanda ND taw habislah kena kutuk nanti....ouccchhh!!kali nih exam memang semangat ND berkobar-kobar sebab ada kanda..aippp..dah start nak menggediks plak kat blog..


nOta kHaki:hari nih berpantang lagi..nak sorok BB ngan LAPPY jauh-jauh sikit~

Saturday, May 15, 2010

sebelum ku menutup mata....



salam dan selamat hari sabtu..

eheee..jam dah hampir pukul 1 pagi..tapi cik noah masih lagi tak tidor..sibuk study dengan fesbuk nih haaa..ahaks..okeh3..cik noah study gaklah..tapi ditemani oleh incik fesbuk dan juga kanda serta si boooolat..*booolat jangan marah ekh*


bila baca tajuk entry macam lagu acha plak..eheee..kunun-kunun mood nak jiwang nih..tapi terkandas sebab sekarang tengah mood study..mungkin mood jiwang diaktifkan selepas mood study dan mood exam berakhir pada 24 mei..oohhh..cepatlah exam nih habis!!

plan untuk hari sabtu nih mungkin duduk saja kat bilik..lagi pon ahad nak keluar..so, sabtu kena duduk kat bilik..tak boleh jalan-jalan tak ketahuan..wajib harus siapkan nota untuk PJM3117..habis jerk exam EDU3107, esoknya petang exam PJM plak..adehh..bungkus cik noah macam nih..tiga paper jerk pon macam banyak..

sebenarnya saja nak update blog dengan cerita yang entah pape nih..otak mengong lepas study kejap..okehlah..sebelum tidor jangan lupa basuh kaki ambil wuduk..biar nanti tidurnya dalam iman..kotlah esok dah tak bangun..dan juga baca doa okeh..nak cik noah bacakan doa tidor tak??akekeee..baca sendiri okeh..


nOta kHaki:dilanda insomnia lagi nih....kanda dan juga booooolat sudah tidur..

Friday, May 14, 2010

mode kureng aktif....


salam dan selamat petang jumaat....

dah beberapa hari tak update blog nih..adehh..sekarang cik noah dah tukar kepada mode study..tuh yang malas nak update blog..bajet kunun-kunun macam studylah..tapi sebenarnya study dengan incik fesbuk!!wakakaaaa..

next week exam akan start..18hb paper EDU3107-Bimbingan dan Kaunseling..dan kemudian esoknya 19hb paper PJM3117-Psikososial Sukan..dan paper last 24hb-Penyelidikan Tindakan 1..perghhh..tak suka betul timetable exam nih..dua paper berturut!!dahlah PJM3117 tuh paper yg agak killer kan kepala otak nih..adehhh..lingkup+bungkus nanti..exam dlaam Dewan Indera Kayangan memang tak best..panas!!!!

okeh3..tak mahu mengeluh banyak sangat..sekarang perlu fokus!!hari ahad nanti nak pergi jalan-jalan release tension..mahu ikutkah??


eheee..gambar bersama abah..encik badrul zaman..sayang abah!!


nOta kHaki:exam..tidor..makan....jalan-jalan

Monday, May 03, 2010

ke seru namamu~


salam dan selamat semuanya..selamat apa??selamat apa-apalah yerk..

sekarang cik noah sedang memuja, memanggil-manggil, menyeru mood untuk study..tolonglah wahai incik STUDY..segeralah kau hadir dalam hidupku sekarang..cik noah sangat perlukannya..please.please..please....incik STUDY, tolonglah datang..cik noah sedang mengalami masa-masa yang agak kritikal nih..

cik noah sangat giat untuk study..jadual exam tak dapat lagi..entah bila exam start..yang pastinya minggu study ada 2 minggu dan minggu exam 2 minggu..kemudian ada pesta konvo sebelum cuti semester bermula..yeahhhhh..cuti itu yang cik noah sedang nantikan!!!!


nOta kHaki:study..makan..tidor..~~

hari ini kau datang riang~


salam dan selamat pagi isnin semuanya....

hari nih isnin..isnin??lahh ye ker hari isnin..ingatkan baru hari ahad..*sila dush dush*..okeh memaen jerk..hari nih cik noah akan bertukar rutin..BERTUKAR!!hahaaa..hari ini rutin MENGAJAR sudah tamat..dan rutin BELAJAR plak yang bermula..aisehhh..dua-dua pon tak mahu..

punya awal gila cik noah update blog hari nih..punyalah semangat nak belajar kan..kuikuikui..*sila muntah sekarang!!*memang rutin biasa cik noah akan bangun sebelum subuh..lepas subuh tidor balik..kuang terlintang pukang (**,)..tuh pon kalau ngantok gila beb..kalau tak ngantok layan buat kerja laen..

pagi nih ada perhimpunan..whooaaaaaa..tak suka!!tak suka!!sebab ada perhimpunan organisasi sekali..mesti gerenti sure banyak bebelan sengal macam cik noah nih..lagi plak sekarang banyak cerita hot masyuk sedang melanda kat sini..aisehhhh..selalu kat sekolah time perhimpunan duduk sedap landing baek punya kat atas kerusi..tetapi hari nih tidak lagi!!cik noah akan menggunakan kudrat kedua-dua belah kaki bionik cik noah nih untuk menahan segalan omelan dan bebelan yang bakal dikeudarakan bermula jam 730 pagi nanti..huhhhh..WTH~

oppppssss!!pagi-pagi sudah mencarut??tak baik tak baik..lagi 2 minggu study week..then exam!!yeahhh exam itu yang cik noah tidak mahu berlaku!!kenapa perlu ada exam??buatlah exam tak bertulis..penatlah asyik jawab exam pakai tangan..*tetiba rasa sangat rindukan ujian amali..uhukkkk*


nOta kHaki:syukur ku masih diberi peluang untuk bernafas..alhamdulillah