Wednesday, February 29, 2012

Kerja Menjahit Yang Best!!

Salam semua!

Hari nih 29 Februari. Esok 1 March. Ehh sekejapnya rasa! Esok sampai sabtu bawa budak olahraga peringkat daerah Kulaijaya. Tak sempat nak putih pun!!!! Arghhh tension bila budak tanya, 'kenapa muka cher hitam?'

Sekarang aku dah ada kerja sampingan yang baru. Menjual aksesori sugar glider! Yeahh jahit-menjahit tuh you all. Bisnesnih aku buat dengan adik aku. Aku tukang supply barang dan tukang potong kain. Tukang jahitnya dia. Kalau aku jahit confirm lambatttt gila nak siap sebab aku seorang yang sangat detail :p

Alhamdulillah dengan berbekalkan mesin jahit berharga RM50.00 aku beli dekat kedai Mr. DIY, bisnes semakin masyukk. Ka ching ka ching!! Bukan tak nak beli mesin jahit brand stylo mylo. Tapi masa tuh dah tak tahan nafsu nih. Rembat jer dulu yang murah nih. Walaupun murah, Bobo nih tak pernah meragam. Itu yang aku sayang!

Bisnes makanan sugar glider sudah, aksesori pun sudah. Mungkin dalam masa beberapa tahun lagi aku nak breed sendiri sugar glider. Pernah gak berangan dengan Eno *adik aku nak buka kiosk. Tapi sewa kiosk terlalu mahal dan tak banyak yang tahu tentang sugar glider nih dekat tempat aku. Jadi pendam dulu untuk beberapa tahun yang akan datang.

Insya Allah nanti aku nak daftarkan perniagaan yang aku buat nih. Senang kalau dah didaftarkan bawah SSM. Doakan yer semoga bisnes nih akan berkembang :o


p/s: Kerja sampingan ini alhamdulillah untuk mengisi masa lapang. Main job aku tetap berkhidmat untuk anak bangsa. Aminnn










Saturday, February 25, 2012

Bulan Februari Bulan Tension

Salam sejahtera sekalian alam.

Lama sungguh aihh tak meng-update blog picitan nih. Super sibuk mengalahkan PM!! Hahaa. Banyak kerja, banyak cabaran. Tak tahulah kalau pengurusan masa aku tak betul. Tapi sungguh tahun nih kerjaya aku sebagai pendidik betul-betul banyak!!

Terngiang lagi cikgu junior tuh cakap, 'Teruklah kak kerja dekat Johor nih, kerja banyak. Dulu dekat Selangor relax jer.' 

Yerlah ustaz oiii. Dulu tuh masa ustaz buat praktikum. Sekarang nih cikgu betul. Cikgu praktikum dengan cikgu betul kerja memanglah banyak beza. Hadoiii!! Syukur juga ustaz tak pegang kelas. Aku nih dah kalahkan sotong kurita buat kerja tak cukup kaki tangan tahu!?

Guru kelas, Setiausaha HEM, Setiausaha SPBT (menunggu dinaikkan pangkat sebagai PENYELARAS), Jurulatih J.robik, Jurulatih bola jaring, Jurulatih olahraga, cikgu persembahan. Ehh sampai aku tak tahu apa lagi tugas aku yang lain. Paling tak best bila ada majlis muka aku dengan Jaja yang kena urus persembahan. Hadoiii kali kedua!

Bulan Februari adalah bulan stres untuk aku. Sekian terima kasih.

Saturday, February 11, 2012

Keghairahan Dengan Gaji Baru

Salam hari Sabtu.

Hari nih sekolah ganti untuk Raya Cina hari tuh. Bosan weihh!!

Minggu nih semua bising pasal gaji SBPA yang baru tuh. Aku malas nak ambil tahu sangat. Yang aku tahu cukup bulan gaji dapat. Kalau asyik cerita gaji jer nanti orang cakap buat kerja tak ikhlas plak kan kan.

Nih meja gosip dekat bilik guru dah ditampal siap-siap dengan kadar gaji baru yang terkini. Perghh hebat betul nih. Sesiapa yang ada masalah tentang perkiraan gaji bolehlah rujuk di meja gosip sekolah aku ekh. Heheee



P/s: Cikgu yang baru posting tahun 2012 ada kelebihan banyaklah sebab korang punya basic tinggi. Tak kisah pun gaji siapa tinggi yang penting senioriti. Kehkehkeh ^•^

Saturday, February 04, 2012

Gempar: Lepas Projek, Terkunci Dalam Tandas!!


Salam dan selamat pagi sabtu you all!!

Hari nih cuti. Yahoooo! Empat hari cuti weih. Ya bedabeduuuu!! Sekarang aku ada dekat kampung melawat saudara-mara. Dah lama tak balik kampung. Dan Isnin nih ada sugar glider gathering dekat Taman Tasik Putrajaya insya Allah.

Ini cerita hari Selasa yang lalu. Pergi tandas sebab perut sakit menggila. Jadi, ambil keputusan pergilah tandas guru perempuan yang terletak nunnn di hujung tingkat tiga sana. Tutup pintu semua dan siapkan apa yang perlu. Setengah jam kemudian semasa nak membuka pintu....



PINTU TERKUNCI!!!!!!!!!!!!

Weih weih apa nak buat nih. Kelam-kabut sebab ada kelas pukul 10.20. Halamak aih. Panjat singki mengendap dekat tingkap kot-kot ada budak lalu. Okay kebetulan ada sorang anak murid lalu, suruh dia panggil cleaner sebab pintu tak boleh buka dari dalam.

Entah berapa belas minit aku tunggu budak tuh panggil cleaner. Bila dah terkunci macam nih rasa lamaaaa sangat! Cleaner datang pun masih tak dapat selesaikan masalah. Panggil cikgu lelaki. Alahaiii esok mesti jadi hot news dekat sekolah nih. Malulah mak jenab weihhhh

Lepas dah godek-godek bagai pintu akhirnya terbuka dengan sendirinya!! What??! Aku berhempas-pulas tak bergolok gadai nyawa nak buka pintu. Sekali pulas dia terbuka macam tuh jer?? Kepelikan melanda aku....

Tak kisahlah asalkan aku dapat keluar dari tandas dengan selamat. Tak payah nak tunggu esok hari, lepas aku habis kelas dah kecoh dekat bilik guru. Para cleaner pun dah kecoh, apatah lagi anak murid. Hahhh famous tak memasal.

Semalam aku nak melabur pergi tandas tuh lagi. Tapi terkunci lagi. Aikkk?? Memang tak bagi aku berurusan jer dalam tandas nih kan kan. Dah kena masuk tandas OKU dekat bawah nun!! Puas hati melabur dengan senang hati :p



Thursday, February 02, 2012

Stress....

Salam you all.

Hurmm tak tahu kenapa minggu nih aku agak stress. KSSR memang buat aku stress. Lagi-lagi bila ajar kelas tercorot nih. Guru kelas lagi. Ajar plak BI. Seminggu 10 waktu. 

2 Bayan nih ada 24 orang jer. Tapi aku memang dah tahu awal-awal siapa anak murid yang termasuk dalam kelas nih. Ohhh murid tak ramai tapi perangai superbb marvelous!! Dah dua hari sakit kepala memikirkan cara apa lagi supaya dorang nih nak buat kerja. 

Sebelum nih stress lah juga cuma tak berapa ambil port sangat. Cikgu mana weih yang tak sayang anak murid. Walaupun geram tapi aku kesian sangat dengan murid kelas belakang nih. Dulu syukur alhamdulillah sekolah rendah aku duduk kelas pertama melainkan Darjah 1 dan Darjah 2 duduk kelas kedua. Aku tahu apa perasaan duduk kelas bukan pertama. Lagilah kelas nombor lima!! Lagi plak jadi guru kelas, siapa yang nak kan??

Kadang aku menangis dalam hati sebab tak dapat nak didik budak-budak nih dengan elok. Kalau sejam tuh rasanya banyak aku membebel nak bagi dorang nih terurus dulu. Aku tak boleh tengok kalau kelas kotor, meja tunggang-langgang, sampah sana sini. Kalau dah bilik darjah pun serabai, lagilah aku tak de mood nak mengajar. Apa tah lagi nak belajar. Memang main jerlah sampai habis waktu!!

Aku mengadu pada Allah supaya aku diberi kekuatan dan ketabahan untuk mengajar mereka ini. Juga dilembutkan hati mereka supaya dapat menerima apa yang aku sampaikan. Ehh esok aku nak bagi dorang minum air Yaasin biar mudah menerima pelajaran. Tengokk!! Aku sayang anak murid aku walau dorang selalu membingungkan kepala aku....



Ini anak murid kelas yang aku jaga tahun lepas. 3 Yakin. Ada 43 orang. Selalu buat aku sakit hati tapi aku tahu dorang sayang aku :o

Medical Check Up For My Suggies

Salam you all.

Semalam petang aku bawa Juju, Chika dan juga Ralphie pergi buat medical check up. Aku risau dekat Juju dan Chika tuh sebab tumbesaran dia macam terbantut jer. Padahal makan minum semua sampai tak cukup. Tuh pun dah tak letak wodent wheel nak bagi dorang berisi sikit. Tapi nan-hadooo jer. 

Jadi tanpa membuang masa aku bawalah dorang bertiga jumpa veterinar dekat Koh Animal Clinic and Surgery. Klinik tuh terletak di no. 62, Jalan Kemunting, Taman Kebuh Teh, Johor Bahru. Ambil ko siap dengan alamat. 

Heiii penat aku cari klinik tuh tahu? Dia punya papan tanda tuh jangankan orang celik, orang yang buta pun tak nampak! Ehh dah buta memanglah mata tak boleh nampak kan? 

Masa sampai tuh tak banyaklah patient yang ada. Ada seekor kucing, dua ekor anjing. Mula-mula vet tuh check Raff. Check jantung, mata, telinga, ekor, spesimen najis, mulut. Alhamdulillah semuanya okay dan vet tuh terkejut bila aku cakap Raff berumur tiga bulan. Debab dan besar! USA punya mari beb. Juju Chika pun kalah :p Ohh vet tuh puji Raff comel dan cantik. Bangga omak nih Raff~~

Then, check Juju dan Chika plak. Vet tanya umur dorang. Aku cakap Juju 11 bulan dan Chika 9 bulan. Muka dia pun terkejut sikit sebab badan dia kecil. Dah check semua,vet cakap okay tak de masalah. Vet bagi multivitamin untuk Juju dan Chika. Kena bagi makan madu dengan mealworms. Alaa aku malasgila nak bagi mealworms. Malas nak gutload mealworms sebab semut mesti lancarkan perang dunia kesepulohh!!

Kos medical check up untuk ketiga-tiga ekor sugar glider ini adalah sebanyak RM75.00 sahaja. Okaylah tuh seekor makan belanja RM25.00 plus dapat multivitamin lagi. Lepas nih aku harap tumbesaran Juju dan Chika akan kembali normal. Uhuuu sayang anak mommy!! Muahh muahhh