Sunday, March 25, 2012

Sabtu Dan Ahad Pun Kerja!!

Assalamualaikum.

Lega dapat makan. Penat oo!! Pagi nih training netball. Minggu depan sekolah agama ada exam, so tak dapat nak buat training petang. Kena korban cuti hujung minggu. Tak pe kerja biar ikhlas.

Sesiapun di luar sana jangan cakap cikgu cuti banyak, kerja separuh hari dan macam-macam lagi. Jangan pertikaikan profesion orang lain. Biarlah para-para sakura nih *opss silap plak! Para-para cikgu nih buat kerja dengan tenang, aman dan damai. 

Kalau sibuk canang tugas cikgu-cikgu nih, dapat gaji lebih ke? Aigooo tak faham betullah!! Kau tak tahu kerja cikgu nih bukan setakat dekat sekolah jer. Sampai di bawa ke atas katil lagi. Hahaa itu tabiat aku. Buat RPH, ABM landing dekat atas katil tak bertilam. Best!!

Petang nih nak pergi sekolah lagi. Kemas kelas plak. Minggu nih memang berkampung dekat sekolah. Pak guard pun tahu asyik muka akuuuuu jer datang sekolah masa cuti. Kehkehkeh. Bajetlah kunun aku sukaaa datang sekolah kan :p

Netball, tarian, action song, j.robik.. Rasa macam ada banyakkk lagi nih. Ohh tahun nih agak-agak aku dengan Jaja boleh dapat APC tak? Haa jawab-jawab!!

Sunday, March 18, 2012

Esok Sekolah Yeay!! Ehh Kerjalah....

Assalamualaikum dan selamat pagi dunia!!

Bangun pagi gosok gigi, mandi lambat pun tak pe.. Lalalalaa

Hehee. Biasalah masa cuti nih selalu mandi lambat. Sejuk!! Hari nih hari Ahad. Esok hari Isnin. Ohh esok dah sekolah. Esok dah kerja. Bosannnn!! Malas nak mengadap muka mak tiri. Aigooo. Sebenarnya aku dah mula kerja hari Jumaat, kununnya latihan netball. Tapi hampehhh! Apakah??

Menyampah aku kalau janji dengan budak-budak nih. Lapanbelas orang, aku cuma nampak batanghidung SEORANG jer. Ehh dorang nih sengaja taw. Aku lepuk gak kang. Hari berikutnya aku datang, lagilah tak de batanghidung yang aku nampak. Arghh!! Frust tonggeng-tonggeng nih.

Hari nih nak iron baju, kemas beg, kemas buku. RPH dah buat sebelum cuti, dah hantar pun di pagi Jumaat sebelum cuti. Hahaa. Esok nak ajar apa pun tak ingat. Haihh apapuntakbolehlah!! Tak pe kelas mula pukul 9 pagi esok. Ada masa nak get ready. Ohh tolong jangan ikut cara aku. Bila cuti, semua pun tak ingat. Kahkahkahkah

Seminggu jejari berkuku cawan gelas nih berehat daripada menulis RPH dan segala bagai. Seronok!! Nih tangan sebelah dah bengkak terkehel main dekat playground. Macam mana besok aku nak bawa kereta. Dahlah manual. Aiyoo *tepuk dahi banyak-banyak kali.

Sekarang nak cari kembali mood untuk bekerja. Ohh encik mood yang kacak, gagah perkasa, budiman sekalian alam, ku seru namamu datanglah!! Datanglah segera supaya besok pagi aku tak ketelatan bangun seawal 5.30 pagi!!!!






Saturday, March 17, 2012

Sugar Glider: Cage Set Accessories

Assalamualaikum.

Set aksesori untuk sugar glider. Ada kombo A dan juga kombo B *ingat KFC jer ada kombo ke??

KOMBO A:
1 sleeping pouch
1 seeking hut
1 square hammock ATAU 2 rectangle hammock
2 corner hammock

HARGA: RM60.00 sahaja





KOMBO B:
1 sleeping pouch
1 square hammock ATAU 2 rectangle hammock
1 cage base
2 corner hammock

HARGA: RM65.00 sahaja





* Harga TERMASUK kos penghantaran. Price INCLUDE postage.
** Self collect at No. 323, Jalan Serunai 4, Taman Saleng, 81400 Senai, Johor. Any inquiries please call/SMS 0123063776.
*** All these products are under ND GLIDERS HUT.

Friday, March 16, 2012

Sugar Glider: ND Gliders Hut!

Assalamualaikum.

Sekarang ND Gliders Hut dah ada empat ekor sugar gliders yang comel-comel belaka. Ang-ang!! Yang terbaru nih Sherley, lapan bulan. Selepas kematian Penelope tahun lepas, terus mood merundum!! Sedih sangat sebab Penelope mati bukan sebab sakit. 

Juju tersangatlah teruja bila dapat pengganti yang baharu. Mood Juju pun terumbang-ambing selepas kematian Penelope. Aku masih lagi maintain dengan keterujaan Ralphie. Hahaa. Ralphie yang paling mahal. Kalau difikirkan semula, memang gila sikitlah sanggup berhabis ribu riban demi seekor binatang yang kecil molek super kiut nih.

Juju dah setahun lebih, Chika dah sepuluh bulan lebih, Raff dah empat bulan lebih dan Sherley dah lapan bulan lebih. Besar dabak dah anak-anak mommy semua. Menunggu masa untuk menimang cucu nih :p

Jom layan gambar terkini dan sensasi dari penghuni ND GLIDERS HUT.






















Thursday, March 15, 2012

Taman Arnab Bukit Badong!

Assalamualaikum.

Seminggu cuti sekolah, jadi macam-macam tempat pergi terjah. Nanti bila dah sekolah, nak makan pun lupa. Jadi sebaiknya gunakan masa yang ada untuk insan-insan yang tersayang. Muahhh!!

Taman Arnab nih terletak di Bukit Badong, Ijok, Kuala Selangor. Dekat dengan rumah kampung. Sebab tuh setiap kali balik kampung aku mesti singgah dekat Taman Arnab nih. Best!!

Bayaran untuk masuk adalah RM2.00 untuk seorang. Banyak gila arnab, pelbagai jenis baka ada. Sesiapa yang teringin nak makan daging arnab boleh gak beli dekat sini. Yang penting ini adalah perniagaan orang Melayu, produk Muslim.

Selain arnab, ada juga kuda, burung merak, spesies ayam, beruk/monyet/kera, burung comel, guinea pig, ikan toman. Memang tak rugi kalau datang Taman Arnab nih. Jadi sesiapa yang berkesempatan untuk datang, silakan datang. Datang jangan tak datang ewahh!!















Welcome Sherley To The ND Gliders Hut!

Assalamualaikum and very good evening.

Hye my name is Sherley. Before i was named Bella by my previous owner. My new owner thought Bella does not suits with me. So she changed my name to Sherley. And guess what? I loveeeee SHERLEY even it is sounds weird for me.

Now i am living with another three sugar gliders but in a different cage. It is because Juju my new hubby cant meet or even see Ralphie! You know why because Ralphie is a handsome and cool glider. Hahaaa that is what mommy told me past few days.

I think im happy now with Juju. But Juju likes to play alone and it is make me feel quite bored. So for this beginning, i like to sleep and just stay in the pouch. 

Mommy said that im snobbish, arrogant and fierce like a lion! It is because at the first time we met, i bite mommy's fingers!  Mommy was soooo angry with me. But i think it is okay for our first icebreaking session. Hahaaa












Friday, March 09, 2012

Happy Birthday Baby Darwish Ohsem!!!!

Assalamualaikum.

Ini cerita 7 March yang lalu. Hari kelahiran baby Darwish yang pertama. Ahh kesian budak kecil tuh kena palit dengan cream dekat muka!! By the way he loves the cake very much even it is a simple and adhoc party :p




















Tuesday, March 06, 2012

Sugar Glider: Mari Kita Mandi!!

Assalamualaikum.

Sugar glider korang wangi tak? Ke busuk? Pernah mandikan tak? Atau memang tak pernah langsung korang cium bau badan sugar glider korang?

Semalam aku mandikan Juju Chika Ralphie. Sebelum nih lap pakai wet tissuejer. Sebab aku tak yakin plak nak mandikan dengan air. Takut dorang mati kalau tak dikeringkan dengan betul. Lagilah kalau Raff yang mati. Meroyan kot aku nanti. 

Sebelum aku mandikan dorang bertiga, aku potong kuku dulu. Bagi dorang main-main atas kerusi dan biar ada perasaan gembira dan tak terkejut. Cehhh padahal aku takut sebenarnya nak mandikan dorang. Kuatkan hati nihh.

Aku tak simbah air direct kepada dorang. Aku ambil air letak dalam tangan dan usap perlahan-lahan. Sambil tuh tenyehlah bulu-bulu dorang tuh kot ada taik kering terlekat. Dah habislencun-lencan, jangan lupa LAP SEGERA DENGAN TUALA KERING! Penting nih tau. Kang kesejukan plak gliders korang. Kang bertemu ajal plak kang. 

Kemudian, aku guna conditioner khas untuk sugar glider. Mula-mula nak beli shampoo tapi tauke tuh cakap gliders aku bersih tak comot. So better i bought the conditioner than the shampoo.Haa kang dah speaking!

Spray sikit dekat badan, bawah badan, ekor, bontot. Tapi JANGAN kena mata sebab PEDIH. Aku belum vuba lagi dekat mata aku. Dah spray splushh splushh dengan conditioner tadi lap lagi dengan tuala. Lepas tuh pandailah dorang grooming sendiri.

Sekian, terima kasih.













Monday, March 05, 2012

Sugar Glider: Menu Dinner Malam Ini.

Assalamualaikum.

Apa khabar semua sugar gliders? Semoga bertambah sihat dan ceria selalu. Ececehh. 

Hari-hari kena fikirkan menu untuk Juju Chika Ralphie nih. Sampaikan aku pening kepala nak buat menu untuk dorang nih. Chika tak de masalah bab makan. Juju dengan Raff nih agak memilih. Demand tokkk!

Hari nih super busy mommy buat kelainan sedikit. Aku racik-racik buah betik, jambu air, kentang rebus, bendi rebus dan daging ayam rebus. Dicampukan sedikit dengan madu. Nak tahu jadi apa, meh tengok rasanya. Aku dah rasa tadi sedap juga nih!!





Sunday, March 04, 2012

Minggu Super Penat!!

Assalamualaikum.

Hari nih berpeluang tidur lepas solat zohor. Dah berminggu aku tak dapat 'rehat' pada waktu petang. Dua minggu bergelumang dengan olahraga. Dalam masa yang sama kena train budak untuk bola jaring dan persembahan PIBG. Penat!!

Kesian kelas yang aku ajar, lagi-lagi 2 Bayan. Nasiblah korang dapat cikgu yang selalu keluar. Aku suka tapi PENAT! 

Semalam sekolah ganti, hari nih mesyuarat PIBG. Lagilah super penat. Cikgu-cikgu lain tolonglah jangan kata macam nih dekat aku. 'As, penat ke?' Aku rasa macam nak tembak pakai M16 taw. Kau dah tahu aku berulang dari Bandar Tenggara nak sampai sekolah settlekan masalah boleh plak kau tanya penat ke tak. Aiyooo!!

Hebat kan cikgu SK PUTRA UTAMA. 12 hari kerja tanpa cuti. Aku nih dari 6.30 pagi sampai 6.30 petang. Tuh pun jangan lagi ada yang kata cikgu tak de kerja. Orang yang sibuk kata cikgu tak de kerja tuhlah dia yang tak de kerja!!