Monday, June 27, 2011

Cikgu Stress Sebab Anak Murid.

Macam mana agaknya rasa stress tuh? Apa petanda orang yang stress? Kalau makan banyak, banyak tidur tuh tanda-tanda stress ke?

Tadi dekat sekolah aku buat medical check up. Yang biasa-biasa jerk macam tekanan darah, BMI segala bagai tuh. Benda dah free kan. Kenalah manfaatkan peluang yang ada ;p

Berat aku dah turun! Yess. Aku memang hooray hooray jerk masa tengok penimbang tadi. Tak tahulah kalau penimbang tuh saja nak tipu mata aku nih kan. Sebelum nih aku memang takur gila nak timbang berat. Sebab aku rasa semenjak dua tiga nih berat aku macam dah melebihi 50kg.

Walaupun berat aku timbang tadi cuma 49kg tapi aku rasa dah ada penambahan lemak dekat tempat-tempat tertentu. Aiisshh. Kena work out lebih nih nak bagi six pack mantap. Ayat puaka betul. Padahal dari zaman maktab aku cuba nak maintain six pack nih. Tapi macam hampeh. Bertahan sekejap jerk sebab aku gila makan!

Bab berat aku turun tuh aku sukalah sikit kan. Tapi bila pegawai tuh cakap aku STRESS, omaigod! Terus aku dah tak sengih-sengih lagi dekat dia. Nak sengih buat apa kan kalau dia cakap aku STRESS!!

Aku rasa banyak kemungkinan aku stress nih. ANAK MURID! Yee itu adalah penyebab utama. Sebab-sebab lain cuma penambah perisa kepada stress yang aku dapat sekarang. Mahu lah kan tak stress dengan anak murid? Kita nak mendidik dia, dia plak mengajar kita. Aishh siapa cakap kerja cikgu tuh senang? Murid sekarang dengan murid dulu memang macam langitttt dengan bumi!

Kalaulah orang cakap kerja jadi cikgu itu senang, memang aku sallute dekat dia. Tabik spring beb aku bagi! Cikgu sekarang banyak cabaran. Bukan jerk banyak kerja, kerenah murid, kerenah mak bapak, kerenah pentadbiran, kerenah cikgu-cikgu dan juga kerenah sendiri. Hahhh!

Sebab tuh aku lagi suka mengajara budak luar bandar. Rasa hormat dorang lagi tinggi kepada cikgu-cikgu nih. Aku bukanlah cikgu yang garang dekat sekolah. AKu tak nak budak takut nak belajar. Aku tak amalkan sistem merotan. Membebel? Jadi cikgu memang kena terror membebel. Itu kelebihan aku. Lawak? Penat berlawak pandai dengan budak-budak. Sepatah kita berlawak, berlori-lori dorang pekena cikgu.


p/s:Lepas nih aku ada alasan nak minta cuti dengan GB. Saya stress, Puan~~

Thursday, June 23, 2011

Tiga Perasaan Sekaligus Buat Jiwa Kacau.

Hari nih last kursus. Pukul 2 petang kang balik rumah. Hooray hooray suka terlompat-lompat katak.

Hari nih juga gaji bulan enam dapat! Yezzaa. Itu aku paling suka. Nak shopping barang-barang untuk anak dua ekor dekat rumah tuh. Shopping raya untuk anak plak ;p

Esok lagi berdebar-debar. Temuduga SPP!! Omaigod~ Bab nih aku tak terkata. Speechless. Blank. Blur. Kosong.

Gaji dah masuk pon kalau hati gundah-gulana fikir pasal temuduga SPP pon tak best gak. Uhuuu. Adakah aku akan dapat si interviewer provok tuh? Ohhoo. Memang jawapan aku akan SENYUM jerklah~

Semalam melantak makan McD dekat Plaza Wetex. Ehee. Orang jakun tak pernah jalan-jalan dekat Muar. Macamlah dekat tempat lain tak de McD ;p

Wednesday, June 22, 2011

Rindu Dekat Anak-Anak Umi

Huaaa aku sudah rindu dengan budak dua ekor tuh. Kalau aku bawa kan bagus. Tak delah aku bosan, rindu nak dengar dorang crabbing. Uhuk uhuk uhuk.

Ohh malam nih malam kedua tidur dekat Hotel Pelangi. Aku suka gila perut aku terjaga. Haha. Makanan superb sedap. Dan aku memang muka tak malu akan ambil lauk lebih daripada biasa ;p

Juju dan Chika, tunggu ekh Umi balik esok. Mesti dorang pon bosan sebab tak de tangan nak gigit malam tadi ;(

Tuesday, June 21, 2011

Ini Baru Namanya Kursus!! Hooyeahhh~

Nahh tadi pukul 2 aku dah tercongok dekat depan Hotel Pelangi, Muar. Superb awal kan aku sampai. Semangat beb nak pergi kursus. Kui3. Padahal aku sebenarnya suka tak pergi sekolah ;p


*Ini dia katil dua bijik. Tengok puas-puas empuk beb~

*Ini toilet. Tapi aku memang menyampah kalau dapat jamban ini. Aku geli~

*Cermin tak berapa nak besar plak. Tak puas mehh nak touch up nanti~

*Tempat buat air dah jadi tempat iron baju ;p

*Nahhh ini katil aku yang punya..


p/s:Hahaa..Kalau pergi kursus macam nih tiap-tiap minggu pon mak sanggup noks~

Mudah-mudahan Dengan Senyuman Aku Lulus Temuduga!!

Esok ada kursus dekat Muar. Ohhh segala baju dan keperluan aku langsung tak prepare. Memang tak de hati sebenarnya nak pergi. Walaupun boleh hooray hooray sebab tak masuk kelas. Tapi kerja dekat sekolah tuh berlambak.

Kursus dah makan masa tiga hari sampai Khamis. Jumaat tuh plak aku ada temuduga SPP dekat Menara Ansar. Dahlah sesi pertama pukul 7.30 pagi! Agak-agak aku nak keluar rumah pukul berapa beb?? Mahu gak aku jadi minah rempit hari tuh kang~

Kemudian hari Sabtu plak ada Hari Terbuka. Ohh da**! Aku dah macam robot minggu nih. Minggu lepas kejar cikgu nak minta markah exam budak. Minggu nih aku jadi tak ketahuan dengan kursus, temuduga dan hari terbuka! *aku harap aku dapat cikgu pembantu untuk hari Sabtu tuh ;(

Sekarang aku sedang lagi meng-emailkan nota-nota berkaitan dengan SPP. Ehh tadi aku baca dengan wall group aku ada sorang geng nih cuma senyum jerk sebab soalan yang ditanya berada di luar jangkaan. Hahhh memang aku akan buat macam tuh pun! Serius aku memang blur dan blank pasal temuduga SPP nih. Skop soalan yang dia nak tanya tuh besar. Jadi aku akan bantai-membantai jerk masa jawab nanti. Mudah-mudahan dengan senyuman dan pahala aku hantar nota, urusan aku dipermudahkan. Aminnn~

Monday, June 13, 2011

Sugar Glider: Chika, Bakal Bini Juju.

Last week aku pergi Bazar Karat dekat JB. Ohh nooo gila sesak! First time baru sampai. SO aku memang jakun banyak. Angah gelak-gelak jerk bila aku membebel payah gila nak cari parking. Aku dah cakap nak keluar rumah awal, nanti senang sikit nak parking kan. Nih tak pasal-pasal kena menapak sebab parking sold out. Errk parking pon boleh sold out ke?

Dahlah ada kaum India buat majlis kahwin kot dekat situ. Huhhh lagilah mencacau mata aku nih nak cari parking. Traffic slow learner betul! Penat der kaki aku tekan clutch. Nasib aku baik sebab enjin tak mati. Hahaa. Bunyinya macam banyak kali jerk aku bawa manual mati enjin. Biasalah aku pemandu amatur baru dua minggu dapat kereta ;p

Nak mencari si seller suggies nih banyak hal gak. Aku mati-mati ingat dia buka booth. Rupanya sembang lepak dekat kedai makan jerk. Padahal aku dah lalu-lalang dekat CIMB tuh dua, tiga, empat kali. Macam manalah boleh tak nampak dia dan kawan-kawan.

Chika-tuhlah nama bini Juju. First time Sepul keluarkan dia daripada pouch, crabbing memanjang. Adehh tak kan aku bakal nak dapat suggie yang garang lagi kot? Mulalah aku rasa macam nak cancel jerk beli Chika. Dengan owner dia pon kena gigit, kencing bagai apatah aku nanti.

Tapi bila tengok Sepul dah cakap-cakap dengan dia, aku rasa okay jerk kot Chika nih. Mungkin dia tahu nak tukar tangan kot. Juju pon sukalah sebab dapat awek. Lepas nih misi Juju nak mengawan plak. Aku suka nanti dapat cucu. Hakhakhak.

Lepas dah sampai rumah, Chika crabbing plak dalam cage. Aishh. Kenapa hal plak dengan Chika nih. Tadi dalam pouch okay jerk pon duduk berkhalwat dengan Juju. Sampai rumah terus tukar mood crabbing plak. Pantang Juju terkena dia sikit, bercrabbinglah si Chika tuh. Aku yang tengok tuh pon naik menyampah dan bingit telinga.

Aku yang bagi makan pon kena gigit tangan. Umakaiiii. Memang makan masa lah nih nak bonding si Chika. Juju pun dah jinak sikit-sikit.

Tapi semalam aku tengok Chika dah okay sikit. Dah mula menggatal-gatal plak dengan Juju. Menyelit-nyelit dengan Juju. Ohh aku suka! Chika dah serasi dengan Juju okay lah tuh. Senang sikit tidur malam aku tak dengar bunyi crabbing Chika.


p/s: Lupa plak nak bagitahu. Chika nih umur dia baru 2 bulan. Juju plak 4 bulan.

Sunday, June 12, 2011

Tak De Kata-Kata..

Speechless. Hilang mood.

Tayar kereta aku pecah. Aku dah berat hati tadi nak bagi pinjam. Tapi sebab aku kesian aku pujuklah hati yang berat nih.

Kereta baru dua minggu pakai dah pecah tayar?? Macam dahsyat jerk aku bawa kereta nih kan. Giat sangat baru dapat kereta aku dah redah highway balik kampung. Semalam pon pergi melantak jalan dekat bazar karat.

And now memang mood aku spoil habis!! Yang aku tahu aku BENGANG~

Tuesday, June 07, 2011

Sugar Glider: Juju Dah Botak Tandanya Nak Mengawan.

Kepala Juju dah nak botak. Yerlah anak sekor tuh dah nak masuk 4 bulan umur dia. Tak lama lagi nak matang dah. Aku kena cari isteri plak untuk dia. Koman-koman pon si isteri dia umur 8 bulan baru nak matang.

Kang tak pasal-pasal kena rogol plak nanti dengan Juju. Ish3. Tak kan anak aku yang sekor nih nak jadi serial rapist plak. Ohh anak. Umi tak rela kau masuk penjara. *Dush dush

Tapi kalau aku beli si isteri yang dah umur 6,7 bulan payah plak nak bonding nanti. Aku juga yang niaya. Nak bonding si Juju nih pon sikit punya masalah problem dia bagi dekat aku. Tak pe lah aku carikan Juju calon isteri yang muda sikit. Tahan-tahanlah dulu nak tunggu isteri tuh matang. Macam kau faham kan Juju~


*Nampak tak dekat garisan hitam tuh?? Tuhlah tanda dia  adalah jantan ;p

p/s:Aku bahagia dengan Juju walaupun dia nakal. Ehh orang nak cakap aku FREAK?? Lantak pi lah hampa nooo~~

Sugar Glider: Juju Nih Kekwat Betul....Ggrrrr~

Aigooo aigooo. Pening aku dengan Juju nih. Hampir sebulan aku adopted dia. Payah betul nak bonding dengan aku. Tapi sekarang nih Juju baik sikitlah. Dah tak kenccing-kencing kalau aku nak pegang dia. Cakaran rimau dia tuh aku dah imun pon~~Aku redha dan rela jerk kalau lengan aku nih penih dengan bermacam jenis garisan yang dia buat tuh.

Aku dah korbankan tshirt aku yang belum-basuh dan bau-badan aku yang fresh lepas kursus J.Robik bagi dekat dia. Amboooi bukan kemain dia suka. Bila aku ambil baju tuh nak basuh sebab banyak sangat air kencing dan taik, meroyan terus!! Pusing-pusing cage, lompat sana-sini kununnya marah sebab aku ambil baju tuh.

At last, aku gunting tshirt tuh menjadi perca-perca supaya bila aku nak cuci aku ada spare yang lain. Kalau tak mahu dia hentak-hentak kepala kot~ Aigooo kalau Juju aku hentak kepala, memang serius dahsyat meroyan!

Lagi yang menunjukkan keKEKWATan Juju bila masa makan. Oohhhh mak aiii. Pemalas sungguh dia. Nak tunggu aku suap baru dia makan. Kalau tak dia layankan tidur jek. Nih mesti ikut perangai tuan Zukie dia tuh. Nak kena babab nih. Dah tuh makan siap-siap pejam mata. Perghh hangin jerk aku tengok Juju nih. Nasib kau comel kan~


*Juju suka makan epal. Nampak tak Patrick dekat belakang tuh?? Aku rembat Danish punya~~

Monday, June 06, 2011

Sugar Glider: My New Lover, JUJU

*My first and only him, Juju~~
Name:Juju
Gender:Male
Adopted Since:16 May 2011 (he was 3 months old, bought from Zukie)
Fav. Food:Honeydew
fav. Drink:Honey
Fav. Veggie:Sengkuang
Fav. Treat:Ayam rebus madu


More info about Juju:
Aku bela Juju nih sebab aku pencinta binatang *ayat puaka. Dia suka kencing dekat aku, gigit tangan aku kalau dah habis licking madu dekat jari, suka cirit kalau aku bagi dia makan HPW. Juju paling benci menyampah kalau aku nak potong kuku dia. Sebab tuh aku rela dan redha jerk kalau tangan aku nih penuh dengan cakaran harimau dia tuh.

Aku suka kacau dia tidur. Sebab dia suka kacau aku time aku nak tidur. Ohh paling comel kalau dia barking. Macam nih hah ANG-ANG. First time aku dengar, anjing-cino mana nih yang menyalak dalam bilik aku. Sekali rupanya si Juju nih yang barking sebab dia bosan aku tidur awal ;p

Juju sangatlah pemanja dan layanan yang nak bagi dekat dia mestilah top high class punya! Juju tak pandang kalau kau setakat letak buah depan dia macam tuh jerk. Dia buka mata and then tutup balik! Nahh jangankan dua biji mata, sebelah mata pon dia tak pandang kau. Kalau kau nak bagi dia makan kau kena belai-belai dia dulu. Panggil nama dia yang comel macam aku tuh *haktuihh!!

Kau kena rajinkan tangan suap dia makan. Kan aku dah cakap layanan dia kena top high class punya. Kalau letak jerk dalam bowl memang aku sumpah kau tidur, bila kau bangun balik makanan tuh dia tak usik pon.

Aku tak suka nak tayang Juju dekat khalayak ramai. Sebab aku tahu ramai peminat dia akan histeria terjerit-jerit bila tengok kepala dia terjenguk daripada bonding pouch tuh. Har har har~~

Sunday, June 05, 2011

Bobo Perkasa~~

Yess akhirnya ini harta pertama yang memang bernilai gila yang telah aku beli. Erkk ayat macam tak betul jerk. Setelah empat bulan aku kerja, simpan duit masa belajar dulu jadi inilah yang aku mampu beli. Aku senyum meleret-leret jerk bila tengok Bobo. Lagilah meleret bila tengok nombor kesayangan aku tuh ;p

Hahaa. Memang aku jakun dengan kereta. SO what?? Aku beli pakai duit aku sendiri tak minta duit orang lain pon ekh. Sebab aku tahu aku nih bukan anak orang senang, tak berbapa dan tak beremak sebab tuh aku ingatkan diri supaya berjimat-cermat. Kemudian hari, aku juga yang senang. Macam sekarang bila dah ada kereta sendiri aku tak perlu pening kepala kalau hujan macam mana nak pergi sekolah, kursus jauh-jauh pon tak perlu naik motor lagi.


*Aku sentiasa suka 139~~Lepas nih aku nak cari superbike plak ;p


p/s:Aku benci dengar orang cakap anak yatim piatu nih senang hidup bebas tak de orang nak jaga..WTFISH!!

Sejarah J.Robik part #1

J.Robik adalah satu program kecergasan yang diusahakan oleh Kerajaan Negeri Johor yang menekankan kepada penyertaan menyeluruh dari semua lapisan masyarakat ke arah gaya hidup yang sihat dan cergas.

Y.A.B Menteri Besar Johor dalam satu majlis rasmi di Muar telah mencadangkan satu program senaman khas yang beridentitikan ciri-ciri warisan Johor untuk melahirkan rakyat Johor yang sihat dan cergas supaya dalat menghasilkan produktiviti yang tinggi di samping membina semangat dan memupuk rasa cinta dan sayang kepada Negeri Johor Darul Ta'zim serta menghindari pelbagai penyakit akibat daripada sistem kardiovaskular yang tidak berfungsi dengan baik. Cadangan ini telah mendapat liputan akhbar pada Ogos 2002.

Justeru, dalam pertengahan bulan September 2002, Y.B Tuan Haji Ahmad Zahri (Pengerusi Pendidikan dan Gunatenaga, Belia, Sukan dan Kebudayaan Negeri Johor) telah mengadakan satu perbincangan mengejut di Anjung Warisan Johor Bahru pada jam 5.30 petang yang dihadiri oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor (MSN), Pengarah Yayasan Warisan Johor (YWJ) dan wakil Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor (JBSJ) iaitu Puan Salmah Aziz dan Encik Ruhisyam Ibrahim.

Dalam perbincangan tersebut, YB Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Gunatenaga, Belia, Sukan dan Kebudayaan Negeri Johor telah memutuskan supaya diadakan satu gerakan senaman kecergasan berteraskan gerak latihan seni mempertahankan diri iaitu Silat Sendeng, Silambam, Tai Chi dan gerak tarian Zapin sepertimana kehendak YAB Menteri Besar Johor. Gabungan gerak-gerak latihan ini mestilah bersesuaian dengan konsep perpaduan antara kaum seterusnya mewujudkan masyarakat cergas dan sihat. Program ini dinamakan 'Johor-Robik' dan melantik Majlis Sukan Negeri Johor (MSN) sebagai pengerusi dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor sebagai setiausaha projek ini.

Pada awal Oktober 2002, Majlis Sukan Negeri Johor telah membuat persembahan gerak J.Robik yang telah diciptakan kepada YB Tuan HajiAhmad Zahri bin Jamil dalam mesyuarat di Stadium Larkin. Setelah dipersembahkan, YB Tuan Haji Ahmad Zahri menyatakan ianya tidak sesuai dan tidak menepati kehendak YAB Menteri Besar Johor. Oleh itu, beliau telah memutuskan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor untuk mengetuai projek ini.


p/s:Tunggu sambungan sejarah J.Robik part #2 ;p

Friday, June 03, 2011

Mamat Maybank Bikin Panas Hati Jerk~~

Aku memang hangin dekat mamat Maybank nih. Dahlah call aku lepas waktu kerja. Lagi siap salahkan aku tentang sesuatu perkara. Tengok nanti kau. Aku pergi Maybank tuh aku buat aduan pasal kau. Memang tak de adab langsung.

Suka suki kau kata aku tidur ekh. Kau ingat asal petang jerk aku tidurlah?? Kalau dah kau call sampai tiga kali tak jawab tuh maknanya orang tengah sibuk tahu tak!! Nak jerk aku sembur kau balik. Tapi sebab aku nih dah diajar dengan adab dan tatsusila, maka selamatlah dikau wahai Encik F*****S!!

Sebab tuh lah kenapa LELAKI tak sesuai duduk dekat kaunter pertanyaan. Aku bukanlah nak diskriminasi tapi nih kenyataan beb. Jangankan kaunter pertanyaan, jadi juruwang pon tak sesuai juga. Nak bukti?

Pagi tadi aku pergi shell. Masuk dalam aku disambut dengan ramah oleh juruwang PEREMPUAN. Aku tahulah sebab orang yang jadi juruwang nih memang selalu kena ramah, ucap selamat datang, terima kasih dan macam-macam lagi.

Dua minggu lepas, aku pergi shell dekat Hentian Kulaijaya nak isi minyak. Aku masuk dalam si LELAKI tuh tak ucap sepatah haram pon. Yang aku nampak mata dia duk tenung aku atas bawah. Wadehel kan!! Aku memang benci tahap cipan kalau lelaki tenung-tenung perempuan macam tuh. Bukan aku tak pakai baju pun masuk dalam stesen minyak tuh!!

Nih lagi bukti kedua. Kes petang tadi. Banker *perempuan* sebelum nih cakap aku start bayar kereta bulan TUJUH! Si banker lelaki nih plak cakap bayaran pertama 30 Jun. Aku tanyalah balik, "Ehh banker sebelum nih cakap bulan TUJUH start bayar. Tapi kenapa awak cakap 30 Jun plak?"

Banker LELAKI: "Ohh mesti ada salah faham di pihak cik. Tadi saya cakap 30 Jun awak a'a a'a jerk."

Aku: "Tak kan kau cakap aku nak menyampuk plak". 
*Dalam hati aku sangat membara sebab dia terus-terusan menyalahkan aku!!Sibet kau~

Dan akhirnya setelah aku dan banker LELAKI perang mulut kejap, dia cakap macam nih:

"Nanti cik tunggu agreement sampai. Kalau ada tak puas hati cik boleh call waktu pejabat."

Aku plak menjawab:

"Okay nanti saya nak buat aduan pasal adab pekerja. Boleh plak awak call saya di luar waktu pejabat." 
*Nah sebiji aku bagi dekat kau!

Hahaa..Nasib baik di akhir peperangan, kau cakap SORRY MENGGANGGU WAKTU CIK. Tahu pun kau kan kacau waktu aku. Dah tergendala masa aku nak pergi beli ayam!!


p/s:Aku bukan diskriminasi dengan LELAKI. Peace not war ;p

Wednesday, June 01, 2011

Sugar Glider: Juju Bukan Tikuslah Sengal!!

Bengang betul bila orang panggil Juju nih tikus! Eiii tak de makna okay aku nak bawa tikus ke hulu ke hilir!! Yarkssss~~

Tuhlah nih mesti masa dekat sekolah dulu cikgu Sains ajar tak habis. Sugar glider kau panggil tikus@tupai. Tupai tuh okay lagilah comel sikit. Nih disamakan plak dengan TIKUS! Ewww jijik aku dengan tikus taw.

Sugar glider nih spesies marsupial. Tikus tuh spesies rodent. Kan dah beza tuh. Tuhlah kau malas nak cari ilmu. Main serkap jarang jerk cakap Juju aku tikus. Wadehel!!~ Tahu-tahu buka internet cari gosip dulu. Sebab tuh tak boleh beza tikus dengan suggie.

Sebab Juju nih ekor panjang, mata besar, bulu dia warna cokelat kau kata dia tikus ekh. Ohhh buta ilmu betul kan. Kalau tak tahu jangan main cakap jerk. Kan ke elok tanya apa nama binatang comel tuh. Tak pon kau Google jerk banyaklah info pasal binatang kononnya freaky tuh.


*Tengok pakai mata hati bukan pakai mata kepala. Tikus ada line dekat tengah-tengah kepala ke??


p/s:Sugar glider nih binatang paling comel okay~~Aku tumbuk kang siapa cakap aku bawak tikus dalam pouch!!