Friday, September 30, 2011

Kursus KSSR PK: Hari Keempat

Salam dan selamat pagi!

Okay semalam lupa nak update pasal kursus KSSR PK untuk hari keempat. Rushing sebab banyak kerja. Haihhh baru seminggu pergi kursus kan :o

Semalam punya kursus buat instrumen. Instrumen nih kira macam lembaran kerja untuk murid-muridlah. Alaa dalam modul dah ada instrumen dengan evidens. Nih kena buat lagi. Memang thumbs up untuk kursus macam nih!! I like bebeh~

Hari pertama jerk dapat balik awal. Hari-hari yang seterusnya tak berpeluang langsung. Langsung tak fleksibel dengan masa. Cikgu nih kan macam anak murid gak. Tahap memberi perhatian dan fokus tuh akan berkurang kalau asyik duduk jerk kan. Lagi plak dalam bilik yang mempunyai pendingin hawa. Haihhh nak melentok jerklah mata nih.

Okay dua hari nih aku mengalami perasaan yang teruk dengan encik OLLIE. Memang nanti akan ku serbu si pusat servis PROTON tuh. Aku suruh check kenapa kereta aku susah nak hidup kau tak check yerk!! Aku dah call careline dan dia orang suruh report dekat HQ. Haa tunggulah nanti aku dalam proses nak report dekat TRIBUNAL!!







Wednesday, September 28, 2011

Kursus KSSR PK: Hari Ketiga

Salam!

Haaa nih aku tengah curi tulang. Bagus jadi kumpulan pertama nih. Dah habis present boleh suka-suka hati nak dengar orang present ke tidak. Ohh jangan ikut cara cikgu degil nih ekh :o

Nak tunggu kursus nih habis hingga hari Jumaat nih sangat azab. Kalau bawa Juju dengan Chika best juga. Tapi bilik kursus nih kecil. Kang kejap lagi si Chika crabbing dengar satu bilik! Aku juga yang niaya nanti. Haihhh

Nih RPH untuk tahun depan dah siap. Tinggal kena buat rancangan tahunan jerk. Tapi rasanya tak susah kot nak buat rancangan tahunan PK nih.




Kursus KSSR PK: Hari Kedua

Salam!

Hari kedua semalam kursus perghh mantap mata den nih haaa. Sarapan pagi disajikan dengan nasi lemak dan kopi o. Ohhoiii mengantuk kot pagi-pagi makan nasi lemak. Tapi aku tak minum kopi so azab gilalah nak tunggu kursus tuh habis. Say NO to CAFFIEN!!!

Semalam sumpah aku memang penat. Dahlah balik lambat. Tak fleksibel betul JU nih. Ngam-ngam pukul 4 gak dia nak lepaskan balik. Haihhhh aku nih kalau drive petang sorang-sorang memang ngantuk mata nih.




Juju Chika pon dapat main sekejap jerk. Sorry yer anak-anak mommy. Minggu nih sumpah mommy banyak kerja dan sibuk. Minggu depan pon sama gak kena handle bola jaring dengan camping sekolah. Haihhh

Errmmm semalam punya kursus buat bengkel dan RPH. Ohhh complete sudah RPH PK Tahun 2 aku untuk tahun depan. Ehh itu pun kalau aku mengajar lah kan. Totally kursus KSSR PK untuk hari kedua agakkkk bosan!!

Tuesday, September 27, 2011

Kursus KSSR PK: Hari Pertama

Salam!

Minggu nih minggu aku a.k.a Cikgu Wati berkursus. Ohh yeahh lima hari tuh beb. Ohh yeahh lagi tak payah mengadap muka budak-budak. Ppfftttt!! BEST~

Aku diarahkan pergi kursus induksi KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 2 di PKG Sungai Sayong. Ohh wallawehh. Lebih kurang empat puluh lima minit kalau tak banyak lori dan jalan lengang. Aku bawa kereta tak laju pun. Jalan kampung kan. Lopak merata alam. Ehhh tuntutan pun masyuk gak nih. Boleh isis minyak kereta penuh dua kali!!

Sekian sahaja laporan untuk kursus pada hari pertama. Secara keseluruhan sangat memmmmmbosankan dan mengantuk!! Aku tak tahu berapa kali aku menidurkan mata dengan sengaja :p



Friday, September 23, 2011

Cik Laxy Yang Seksi

Salam.

Harih genap seminggu aku guna si samsung galaxy tab 10.1 atau nama gelaran dia CIK LAXY. Kenapa aku beli? Sebab aku kaki game!! Ehhh tak lah sangat kan. Ini aku beli sebagai hadiah untuk diri aku sendiri. Hadiah hari jadi aku.

Best sakan aku dapat Cik Laxy nih. Dah lama aku tak beli hadiah untuk diri sendiri selepas Ollie, Juju dan Chika. Heheee aku tengah merancang nak tambah geng Juju Chika. InsyaAllah mungkin hujung tahun nih kalau ada rezeki lebih selepas modify ollie :p

Danishlah paling suka bila aku beli Cik Laxy. Dia sibuk nak main angry bird. Heiii umur belum tiga tahun dah tunjuk belang nak main game jerk!! Hebat sangatlah tuh kan.


Rakan sekerja aku cakap plak boyfie aku belikan si Cik Laxy nih. Alahaiiiii bertuahnya kan. Pelik ke kalau beli hadiah hari jadi untuk diri sendiri??

Thursday, September 22, 2011

Menabung Untuk Masa Depan

Salam semua!

Aku memang suka simpan duit syiling. Daripada aku tadika sampailah ke hari nih. Alhamdulillah berkat didikan emak abah. Lagi aku suka zaman dulu-dulu bila basuh seluar abah. Aku mesti spotcheck kocek seluar!! Cari duit syiling punya pasal. Hehh

Gambar dekat bawah nih. Gambar last week masa aku nak simpan duit syiling dekat tabung haji. Oohhh aku tak sangka jumlahnya hampir rm200!! Rasa macam nak tidur dengan duit syiling tuh jerk :)

Siapa yang tak suka duit syiling tuh bolehlah hulurkan dekat tabung aku ekh :p



Tuesday, September 20, 2011

Sugar Glider: Lagak Juju Chika Di Pagi Hari

Salam!

Haaa anak mommy nih nak ikut mommy pergi sekolah. Tapi apakan daya mommy tak sempat nak packing barang-barang Juju Chika. Hehh macam nak bawa anak pergi dekat baby sitter jerk kan. Haruslah kena bawa makanan dan segala bagai :p




Monday, September 19, 2011

Cikgu Pinkish Dengan Baju Raya

Salam

Hari Isnin memang moody day, blues day etc etc. Tapi aku suka hari Isnin sebab hari Isnin jerk aku boleh melaram pakai baju kurung, shawl belit-belit, brooch juntai-juntai. Walaupun hari Isnin aku selalu bangun lambat sikit tapi aku masih mempunyai masa untuk bersolek! Ohh gedik sigh

Alalaaa Isnin jerk boleh cantik-cantik dengan baju kurung. Selain daripada Isnin, aku sarung seluar dengan tshirt jerk. Ahaaa sebab itulah hari Isnin aku jadi perhatian dekat assembly. Ohh no!!
Nahhh tadi aku ditegur SANGAT CANTIK oleh seorang cikgu lelaki. Haihhh kalau anak murid yang tegur tak pe lagi. Kalau dah cikgu ambil port juga nahas aku macam nih! Alaaa aku bukan cantik. Tapi celak dengan bedak nih bagi advantage :-)

Ohh dan juga baju kurung moden pinkish nih. Hehhh bila dah pakai baru aku nampak betapa ayu dan sopan baju berwarna merah jambu nih. Alaaa alasan nih nak suruh aku pergi beli baju warna merah jambu banyak-banyak. Ehh majlis nikah nanti nak pakai persalinan warna merah jambulah. Mesti comel si Yusuf tuh. Aku tak payah tanyalah sebab aku memang comel. Auwwww!!






Sunday, September 18, 2011

Sugar Glider: Mini Suggies Gathering

Salam!


Sabtu lalu, 17092011 kita orang (noah, neon, asyen) buat mini suggies gathering dekat Berjaya Times Square. Si mama gedik chiby, azie tak dapat join sebab kena pergi Terengganu. Huhh rugi tak join tahu~


b














P/s: Memang happening gila!

Thursday, September 15, 2011

Putus Asa.

Salam.

Putus asa. Perasaan yang jarang aku alami. Tapi dengan sugar glider nih aku dah ada rasa putus asa sikit. Kenapa? Hampir lima bulan aku bela Juju dan empat bulan aku bela Chika. Tapi kedua-duanya masih separuh jinak atau semi-tamed. Ehh ada ke istilah semi-tamed?

Aku bela Juju semasa dia berumur tiga bulan. Memang bela seekor nih senang sebab tak de komitmen dekat sugar glider lain. Juju dah semakin jinak dengan aku. Tapi dia suka gigit. Aku tak kisah. Tapi lepas tiga minggu Juju tunjuk perubahan. Dia dah kurang makan, nampak pasif jerk. Aku ajak main pun layan tak layan jerk. Aku pun risau kenapa dengan Juju.

Before I adopted Juju, he had many friends. Owner lama dia ada berapa ekor entah. Bila dengan aku dia sorang-sorang dia jerk. So may be that is a reason why Juju became passive and so on. So then I surveyed at FB to find friend for Juju. Fortunately, I got friend for Juju. Hahaa. Awek cantik punya. I bought Chika, two months from Shaiful Suggies Shop.

Haaaa part nih yang buat rasa putus asa aku tuh timbul. Bila dah ada dua ekor sugar glider, so I have to divide everything into two. Kasih sayang dan masa!! I cant be unfair. Tapi memang terkadang aku tak adil juga dengan budak dua ekor nih.  

Juju bila dah dapat Chika terus tak mahu dengan aku. Silap aku juga terus campurkan dorang dalam cage. Syukur juga dorang nih serasi tak de gaduh-gaduh belasah. Tapi aku kempunan plak bila Juju tak nak dengan aku. Chika mesti crabbing bagai kalau Juju tak de dekat dia. Aku mati akal. So aku pun trial and error. Aku biar dulu tengok dorang nih.

Macam-macam cara aku buat bagi nak jinakkan budak dua ekor nih. Bagi aku dorang jinak ke tidak aku dah tak kisah sangat. Yang penting aku nak dorang nih sihat dan selamat. Syukur hingga ke saat aku tulis entry nih, Juju dan Chika masih bernyawa dan hidup dalam keadaan yang sihat hendaknya.

Mungkin aku salah mendidik anak-anak. Hahaaa. Ayat puaka kan. Yerlah hari-hari aku cakap dengan Juju dan Chika jangan jahat-jahat dengan mommy. Kalau nak bawa Juju, aku kena bawa Chika. Vice versa. Tak boleh tinggal seekor. Hari nih aku bawa Chika pergi sekolah. Huhhh crabbing memanjang kalau aku nak pegang dia. Chika bila tak de Juju dia rasa tak selamat. Aku saja tak mahu bawa Juju sebab hari tuh dia berjaya escaped from pouch dekat bilik guru. Kiranya nih denda untuk Juju lah ;o

Tak pelah Juju Chika. Mommy tak kisah kalau korang berdua semi-tamed pon. Perasaan cemburu tuh memang ada kalau tengok suggies lain jinak bagai dengan owner dia. Tapi tak mengapa. Rezeki masing-masing. Kalau Juju Chika nih subur ada baby baru, nanti aku akan jaga sampai jinak. Tak nak ulang kesilapan lama dah ;p


*Aku tak kan putus asa.

*Mommy sayang Juju dan Chika ketat-ketat.

Wednesday, September 14, 2011

Camera's Fan.

English class with Year 2 Nuri.
They are so hiperactive. Hiper in talking, hiper in moving and hiper in everything!! I am got fatigue after thought them a lesson. Haihh. Pengsan teacher macam nih tahu!!



*Hehhh berebut sakan nak masuk dalam screen



*That girl behind me is sooooooo childish. Always crying if someone ejek dia 



*Nih lagi geng GONGAK~

Doa Penerang Hati



Makna:
“Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat-Mu dan limpahkanlah ke atas kami khazanah-Mu, wahai Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.”


credit: malaysiaku.com http://malaysiaku.com/doa-pendek-2/doa-penerang-hati/

Wordless Wednesday #4

Hehh TIKUSES!

Ehh menyampah plak kau tengok si tikus nih. Sejak dua menjak nih dah pandai ceroboh rumah aku plak. Haihh. Menyampah i noks. Tikuses. Hahaa. Hancur punya cikgu English. Yerlah dorang bukan seekor, tapi berekor-ekor! Aku plural kan lah perkataan tikus tuh. TIKUSES okay what?? Perosak bahasa jangan diikut~

Tikus adalah mamalia yang termasuk dalam suku Muridae (Wikipedia). Hehh. Tikus pun ada suku ekh. Hebat. Arghhh hebat mana pun suku tikus nih aku tetap tak suka! Kang aku pergi dapur ada jerk dia nyelit dekat mana-mana. Pintu dapur tuh suka betul digigit oleh kawanan tikus nih sampai dah ada lubang.

Aku tutup lubang dekat pintu dia masuk ikut lubang paip tandas plak. Hehh. Aku tahu tikuses nih nak kawan dengan Juju Chika kan. Hahaa. Tak payah mimpi ekh sang tikus sekalian. Juju Chika aku dah sorok dalam cage.

Eee aku memang geli dengan tikus. Lagilah hari tuh aku TERpijak ekor dia! Hehh menggeletis aku bila terpijak ekor tikus. Kalau aku terpijak ekor Juju Chika mahu meraung sakan. Sorry aku bukan diskriminasi.

Mahu jerk aku racun geng tikus nih. Tapi nanti niaya plak kalau dia masuk rumah dan meninggalkan jasad tanpa roh. Hahh. Lagi ke tak haru kan kalau dah bau semerbak. Tak hingin aku!!


*Comel ke? Adalah sikit kecomelan mereka tuh. Tapi kalau suku kaum tikus perosak comel macam nih ke? Nih jenis tikus rumah bela kot.

*Okay ini memang COMEL! Baru aku sayang ketat-ketat kan.Peluk cium bagai pun tak pe ;o

*Tapi aku rasa makhluk perasan nih lagi comel. Bahahaaa!! Lempang laju-laju~

Tuesday, September 13, 2011

Sugar Glider: Mini Gathering dan Thanks Neon!!

Ehem ehem. Terharu dengan entry Silampuneon a.k.a mummy Shemie Ninja tuh. Hadiah paling best untuk birthday tahun nih. Love you Neon!! Aku suka belog ko~ Terima kasih untuk entry Happy Birthday: Noah Darham!

Kalau ada masa mehlah click dekat blog Cikgu Pendidikan Khas nih ekh. Banyak info serba serbi info terkini ;o www.silampunenon.com

Weekend nih harapnya dapat gather dengan mama Neon dan papa Asyen. Mama Chiby gedik mengada-ngada plak tak dapat join suggies gathering nih. Aisehh.

Juju Chika mesti suka dapat jumpa geng baru. Aku dapat bayangkan betapa Chika akan crabbing dengan sekuat hatinya, dan Juju akan melayan tidurnya lebih daripada melayan aku. Arghhh cepatlah hari Sabtu!

Birthday kali nih aku nak cari sesuatu. Hahaa. Dalam kepala aku dah terbayang gadjet macam-macam. Hurmm. Apple iPad, Samsung Tab 10.1, apa lagi ekh. Semuanya gadjet. Tak teringin plak aku nak beli handbag, make up bagai tuh.

Presenting the hot suggies!!!! Yeahhhh


*CHIBY anak kesayangan mama Azie. Tak reti duduk elok-elok. Terkangkang macam apa!!

*KAKA-anak kehandsomeman papa Asyen. Tangan papa lebat ooo kalah wolverine ;o

*SHEMIE & NINJA-anak kecintaan mama cool Neon. Dorang suka duduk tempat yang selit-selit. Haihh lucah!!

*CHIKA-anak mommy!! Cute right??

*JUJU-hero mommy!! Saya Abang Long ;o


p/s:Haihh. Mudah-mudahan plan weekend nih berjalan dengan lancar. Aminn~~

Muda Belia Lagi Belum Tua

Hari nih hari ulangtahun kelahiran aku yang ke 24. Hahaa. Macam apa. Ulangtahun kelahiran kunun! Geli ketiak den nih haa ;o

Terima kasih yerk pada kawan-kawan dan kenalan yang sudi memberikan ucapan hari lahir dan hari TUA untuk aku. Alaaa. 24 bukan tua pun. Muda belia lagi okay. Lainlah kala 84. Itu memang dah tua bangka!

Nahh soalan famous bila umur dah banyak nih-BILA NAK KAHWIN?? Ohh no! Sorry noks. Mak penat nak jawab. Next questions please ;o



p/s: Malam nih nak makan kek Secret Recipe ;o

Thursday, September 08, 2011

Bentuk Kezaliman Terhadap Binatang

Baru-baru nih banyak cerita pasal Petknode tuh. Hmm kesian binatang menjadi mangsa. Sedih kot anak kucing yang kecil-kecil tuh mati. Dahlah kurus kerempeng, ada yang muka sedih gila. Ish ish ish.

Kezaliman terhadap binatang tidak terhad kepada perbuatan memukul atau membalingnya dengan sesuatu objek. Tak bagi binatang pun zalim. Memang zalim gila kalau tak bagi makanan dekat binatang. Sedangkan manusia pun parah kalau tak makan, apa tah lagi binatang kan.

Antara kezaliman terhadap binatang:
  • memukul, menendang, melempar dengan sesuatu objek
  • menganiaya, mendera atau membuli
  • mengurung di dalam tempat atau kurungan yang kecil, sempit, atau tidak sesuai
  • menambat dnegan mengikat tali pada leher dengan terlalu ketat sehingga menjerut
  • menunggang secara berlebihan tanpa rehat sehingga ia keletihan
  • memaksanya bekerja atau menggunakannya untuk mengangkat barang-barang yang terlalu berat
  • menyebabkan kesakitan pada tubuhnya atau membuat ia menderita seperti menyimbah dnegan air panas atau mencucuknya dengan benda tajam
  • memaksanya membuat aksi-aksi luar biasa yang bukan aksi semulajadi seperti di dalam sesuatu pertunjukan dengan tujuan untuk mendapatkan wang
  • membiarkan ia kelaparan dengan tidak memberi makanan
  • tidak memberi makanan dan minuman yang cukup
  • tidak menjaga kebersihan dan kesihatan serta tidak menyediakan tempat tinggal yang sempurna
  • menggunakannya untuk perlagaan atau pertaruhan

*Kalau binatang se comel ini dibiarkan tanpa makanan, apalah jenis manusia.
p/s: Kasihanilah binatang yang kita bela. Kita BERTANGGUNGJAWAB terhadap diri mereka sepenuhnya!!

Credit: Majalah Kuntum edisi September 2011

Sugar Glider: Marsupial Comel Kegilaan Remaja

Salam dan selamat pagi.

Hari ini ada berita dan cerita tentang makhluk comel nih dekat Kosmo. Arghh gempak dia punya tajuk berita- Marsupial Comel Kegilaan Remaja. Balik nih nak tunjuk surat khabar dekat Juju Chika. Ehehee

Jom tengok berita tersebut:



COMEL, lincah dan aktif. Demikian rangkai kata yang terpacul di mulut saat melihat haiwan kecil persis tupai yang menjadi kegilaan pencinta haiwan peliharaan eksotik masa kini.

Haiwan berbulu lembut yang manja berpaut di bahu seorang remaja itu digelar sugar glider. Kalau dibawa ke kawasan umum, ia pasti mencuri tumpuan khalayak, malah tidak hairan jika ada yang datang mengerumuni seolah-olah mahu mendekati ‘selebriti’.

Sugar Glider atau nama saintifiknya Petaurus Breviceps merupakan haiwan marsupial kecil yang boleh ditemui di Australia, Tasmania, Indonesia dan Papua New Guinea.

Ia mendapat namanya kerana sifatnya yang menggemari makanan manis dan mempunyai membran peluncur menyamai tupai terbang.

Kemasukan haiwan nokturnal ini di Malaysia bermula sekitar awal tahun 2000 dan semakin mendapat tempat di hati pencinta haiwan sejak ia dipaparkan dalam rancangan dokumentari popular baru-baru ini.

“Sugar glider ini merupakan haiwan sosial dan memerlukan penjaganya meluangkan masa melayaninya selama tiga hingga empat jam sehari.

“Jika dibiarkannya tanpa belaian, haiwan ini akan sunyi dan akhirnya akan mencederakan dirinya dengan menggigit ekornya, bulu di perut dan kemudian memakan isi perutnya sendiri walaupun telah diberi makanan mencukupi,” kata Mohd. Shaiful Akmal Salman, 32, yang merupakan pembekal aksesori dan pembiak baka sugar glider.

Berita selanjutnya di sini.

Ini kecomelan Juju dan Chika. Ohhh awesome!







p/s: Paling best part Chillue merajuk. Comel!!

Wednesday, September 07, 2011

Sugar Glider: Juju Chika Bermain Wheel

Yeeehawww!!

Kecomelan mereka mengganggu gugat keimanan hatiku. Ohh apakah? Serius semakin hari semakin sayang kepada mereka. Obesesikah aku sama mereka? Yaa yaa yaa. Mereka comel *walaupun garang* tersangat comel!

Marilah menatap wajah anak-anak cemerlang, gemilang dan terbilang nih bersama wodent wheel mereka. Agrhhh rindu sama anak-anak!!

*Belum pun 24 jam wheel nih sampai, dah rabak sticker tuh. Ohh anak-anak mommy!!

*Aww chak!!Mommy, flash kamera nih buat mata Chika julinglah. Please dont opload this picture, mommy!

*Kesumbingan beliau menawan kalbuku. Juju, he's so special for me.

*Nahh she's so cute! So damn cute like her mommy ;p

*Posing terbaik di dalam wheel baru. Gedik punya Chika. Mentang-mentang ada wheel baru asyik landing situ jerk.

p/s:Siapa boleh lawan keunikan dan kecomelan ciptaan Allah kan.

Cikgu Pakai Tatu Ekh?

Ahh budak-budak sekarang. Bukan main penyibuk. Ada ke budak darjah 1 tanya soalan macam nih dekat aku:

"Cikgu pakai tatu apa dekat tangan tuh??"

Glurpp. Mana datang plak aku pakai tatu nih. Haihh baru aku perasan aku pakai inai corak-corak dekat tangan. Ehh kenal plak budak-budak nih dengan tatu. Inai tak kenal plak kan? Aduhaii Mawi betul!

Kang nanti tak pasal-pasal aku dituduh membawa anasir tak elok dekat budak-budak nih. Tak de kerjanya aku nak mencacah tatu oiii anak murid sayang.

Haa lagi satu. Bila pakai inai jerk mesti dikaitkan dengan kahwin atau tunang. Kenapa ekh? Nih yang menyampah kalau pakai inai. Ada PAR tuh cakap aku dah tunang. Aku pun mengiyakan jerklah. Senang cerita nanti dah tak de gosip. Anak murid pun cakap aku kahwin masa cuti raya. Haihh.

Kalau aku dah kahwin tak denya aku nak guna gelaran CIK lagi ;o



*Gambar pinjam dekat encik google*

Aku memang suka pakai inai. Suka sangat-sangat. Paling aku suka inai warna hitam. Sebab lain daripada yang lain. Asyik inai warna merah dengan coklat kan. Masa dekat maktab ada budak panggil aku gothic sebab pakai inai warna hitam. Interview bagai sebab aku pakai inai hitam. Duhhh!


Tuesday, September 06, 2011

Sugar Glider: Smoothies Jambu Madu

Malam nih Juju dengan Chika dapat makanan special. Ehee hari-hari pun special juga. Cuma malam nih rajin lebih banyak daripada biasa. Smoothies Jambu Madu. Nyumm nyumm. Kita kena variety makanan untuk suggies kan?

Resepi yang mudah, cepat dan senang. Bahan-bahan cuma jambu batu, madu, sedikit air. Opps jangan lupa blender yerp. Kalau tak de blender korang pergi pinjam dekat rumah Mak Cik Joyah nun sana ;p

Cara-cara membuat:
1. Potong buah jambu kecil-kecil. Tak nak buang kulit pun tak pe. Ikut selera.
2. Masuk dalam blender. Letak madu dan air sedikit. Jangan banyak-banyak nanti cair tak jadi smoothies plak.
3. Blend sampai hancur lebur.
4. Dah siap bubuhlah dalam bekas. Letak dalam ice cube lagi senang.
5. Bila nak bagi dekat suggies, defrost dulu ekh.
6. Selamat mencuba!!

Agak-agak kalau si suggies tak nak minum, si tuan suggies boleh layan minum juga. Nak tambah HPW ke pun boleh. Tapi selepas blend lah ekh. Kang kalau campur awal-awal, suggies tak nak minum tuan suggies nak minum ke?? Ngaaa~




*Smoothies di dalam bekas yang comel. Senang nak sukat banyak mana dorang minum.