Monday, March 28, 2011

Blogger::Jom Sertai Bloglist Blog Bdk Botak Bulan 4-6 2011

Mulut muncung itik. Huahuahua~~

Siapa yang rajin nak join bloglist blogger mehlah ke sini ekh. Kali nih Budak Botak buat limit untuk 100 yang terawal jerk. So siapa yang cepat maka tak kan plak engkau yang dapat kan?? Ehee. Nih main aci cepat. Siapa lambat tak dapat!!!!

Senang jerk nak sertai bloglist Budak Botak nih. Rasanya nih yang paling senang dan mudah yang aku jumpa. Cuma buat satu entry dan nyatakan kejantinaan korang jerk. Amacam?? Ada beranikah?? Dan lagi satu jangan lupa letakkan gambar Budak Botak yang super comel nih dalam entry korang. Serta juga silalah beri komen supaya Budak Botak dapat menerjah ke blog korang.

Huhhh. Panjang dah tuh. Nak tahu lebih lanjut silalah berjumpa dengan Budak Botak~~*

Sunday, March 27, 2011

Cerita Basi::Konvokesyen PISMP 2007 di PICC

Ini cerita basi lagi lemau yang kedua. Banyak sangat cerita basi. Sampaikan semua benda jadi serabut dan huru hara!! Hahh. Esok lagi huru hara sebab Puan Guru Besar nak observe aku ;( Lagi plak kelas Bahasa Inggeris. Aiii lemaulah budak-budak aku tuh jawabnya~~*

Konvo aku dah berlalu dua minggu yang lalu. Tapi sampai sekarang masih lagi terasa keghairahannya. Cehh! Ayat puaka~ Serius kalau diberi peluang aku nak naik stage tuh banyak-banyak kali. Bukan senang ooo nak graduasi. Nak sambung master nanti pun aku tak tahu bila tapi perancangan sudah ada ;p

Yer untuk makluman semua aku dapat Ijazah Kelas Kedua Atas. Uhh agak hampa di situ dan jangan tanya kenapa. Course aku memang tak de pon yang dapat Kelas Pertama. Aku punya CGPA pon ciput jerk. Mana lalu nak lawan dengan student yang dapat Anugerah Emas tuh kan~*



Kunun posing ayu lepas graduate ;p



Ini gambar bersama rakan sekelas aku yang gila-gila pandai~~*



Jangan keji aku~~*Muka suka dapat encik Stitch!!Yeahhhh



Aku nak cik froggy tuh tapi tak dapat ;( Kena tunggu konvo second batch tahun depan *kalau ada lagi spesies froggy tuh


p/s:Nak graduate lagi ;p

Cerita Basi::Rehearsel Konvokesyen PISMP 2007 di PICC

Minta ampun yerk incik blog. Sekarang kau memang dah dianaktirikan~~


Cerita nih pon dah nak seminggu berlaku. Nasiblah banyak entry yang tak publish. Dekat sekolah memang payah nak online. Kang ada jerk nanti seorang dua manusia yang minta macam-macam pertolongan. Sengaja tak nak bagi aku rehat langsung!!

Nah sekarang aku mahu kongsi cerita tentang konvokesyen PISMP 2007. Graduan pertama keluaran IPG *ceh ceh ayat tak boleh blah* yang mengeluarkan ijazah perguruan. Weihh bangga sigh walaupun aku bukan penerima anugerah akademik, pengkhususan apa tah lagi Anugerah Emas IPG ;p


Hari: Selasa bersamaan dengan 15 Mac 2011
Tempat: Dewan Perdana, PICC
Acara: Pendaftaran Graduan dan Raptai *serta reunion antara IPG ;)







Sesi memilih jubah konvo ;p Nasib baik dapat saiz paling kecil. Tak delah jadi macam Harry Potter.




Ini masa nak balik. Aku kan model tak bertauliah. Mana-mana pon boleh layan ambil gambar ;p *aku suka gambar nih




Sesi reunion dengan kawan-kawan sebatch dekat IPG Perlis. Untung aku masih slim. Yang lain semua semakin chubby ;p




Ini gambar sengal. Aku memang suka buat gaya nih~~*






p/s:Klik sini untuk lihat lebih banyak gambar.

p/s/s:Ini adalah entry tergendala. Sekian, harap maklum ;p

Friday, March 11, 2011

Ohh Begini Rasanya Bila Kena Korek..Aishhh


Sumpah!! Memang sakit gila kot kena korek. Ini kali pertama aku buat. Lepas nih memang akan dipertimbangkan lagi kalau nak korek kot. Hahaaa. Agak-agak korek apa nih?? Hei!! Ini bukan entry 18sx ke, 18pl ke ekh. Tak de kaitan~

Semalam aku pergi memberanikan diri ke klinik gigi. Sejak aku habis SPM memang dah tak jejak kai dekat klinik gigi nih. Kununlah fokus belajar kan. Sibet jerk kau Noah! Sebenarnya dah lama nak pergi tapi semalam sebab ada duit lebih so aku gagahkan diri juga walaupun hujan rintik-rintik air bergelombang di luar. Aku merempit zoooooom meredah air hujan. Best ooo main hujan!!!!

Aku tak suka pergi klinik kerajaan sebab lambat. Baik aku pergi klinik swasta. Ehh bukan nak menunjuk aku banyak duit tahu. Tapi dalam keadaan tertentu swasta nih ada baiknya kan. Tapi sebab ramai orang dekat Klinik Haslinda tuh, maka sempat jugalah aku melelapkan mata nih. Kena plak air cond kan. Memang cooool jerk mata nih tidur. Orang nak tengok lantaklah. Aku mengantuk!!

Masa tunggu tuh macam-macam bunyi aku dengar. Haishh. Debar jugalah sebab aku tak pernah buat scaling dengan polishing teeth. Aku bajet mesti buat-buat biasa jerk tak guna mesin segala ke apa. Tapi sangkaan aku silap. Bila dah masuk jerk dalam bilik tuh baru aku tahu scaling and polishing teeth macam mana. Masa tuh baru aku sibuk tanya nurse sakit ke tak. Mata aku yang dah kuyu layu pon terus segar bugar!! Nahh ambil kau. Beria sakan nak buat scaling kan.

Maka bermulalah detik-detik itu. Ohh aku suka tapi bila kena korek tuh aku tak suka. Ngilu!! Korang nak cakap aku jakun pun tak pe. Sebab selama nih sehinggalah semalam aku memang tak pernah buat scaling!! Aku kan budak kampung. Kalau pergi klinik pun setakat check biasa jerk. Tapi lepas buat scaling semalam aku rasa macam budak bandar jap. Eheheee. Ayat puaka!

Dan masa doktor sibuk korek-korek segala plak entah ke apa makhluk dalam mulut aku nih, aku telah dikejutkan dengan satu berita. Rupa-rupanya gigi aku tak cukup satu!! Cehh. Selama nih aku check gigi doktor tak cakap apa-apa pun. Baru semalam juga aku tahu gigi aku tak cukup satu. Padanlah pon gigi aku yang kat tepi nih jarang. Siap berangan nak buat braces bagai lagi!! Tapi sekarang niat nak pakai braces tuh akan ditunda sebab doktor suggest aku buat tampal jerk dekat tempat yang jarang tuh. Erkk macam tak cantik jerk. Kang nanti mesti aku senyum nampak lain ;p


*Ada berani nak buat?? credit


p/s:Minggu depan konvo yeay!!


p/s/s:Sila jaga kesihatan gigi anda!! Pesanan ringkas daripada Cikgu Noah ;p


p/s/s/s:Lepas sekolah terus blah pergi KL. Maaf yerk cikgu-cikgu. Lain kali jangan bagi kerja last minute kepada saya. Peace no war. Selamat bercuti!!!!

Monday, March 07, 2011

Kenapa Aku Tak Layak Jadi JuruJerawat..Ehhh Silaplah Jururawat~~


Hahaa. Kalau baca tajuk entry nih memang ayat nak makan penampar laju-laju kan. Lepas tuh nak kena sepak tunggang terbalik ;p

Ini kisah daripada pengalaman lampau aku. Cehh macam banyak jerk pengalaman yang aku nak cerita nih. Pengalaman nih mestilah yang ada kaitan dengan jurujerawat nih. Ehh silap lagi sekali. Jururawat lah~ Kang nanti kecil hati plak para nurse di dunia nih ;p

Kenapa aku tak layak jadi JURURAWAT?? Nahh siap capital letter lagi tuh tahu. Meh jom kita tengok kenapa aku memang tak layak jadi JURURAWAT *walaupun aku pernah berangan nak jadi sebab kebanyakan jururawat semuanya comel-comel ;p

1. Aku bukan takut darah. Tapi setiap kali aku kena ambil darah atau derma darah aku mesti pengsan!! Macam mana kalau aku nak ambil darah orang kan?? Sudah pasti aku dengan patient sekali pon pengsan juga.

2. Hati aku sangat kasihan. Aku tak boleh tengok orang-orang sakit *ehh bukan orang-orang dekat padi ekh*. Nanti aku cepat emosi mulalah air terjun nak turun. Walaupun muka ketat tapi emosi sentap juga kekadang! Lagi kalau orang tua. Perghhh memang aku kalah emosi.

3. Aku seorang penggeli. Lebih-lebih lagi kalau tengok orang yang luka sana sini. Huhh tuh belum lagi kalau mangsa kemalangan yang pecah otak, putus anggota. Ohh apakah?? Aku memang penggeli!! Siap nanti ada bunyi eeeeeeeeee jerk ;p

4. Aku bukan jenis manusia penyabar. Manusia kan banyak ragam banyak perangai. Kang kalau aku jadi jururawat silap-silap ada yang makan penampar laju-laju kot tambah lagi dengan mulut bebel tak mahu berhenti.


Nah itu jerk kot empat sebab musabab kenapa aku merasakan diri aku nih memang tak layak jadi seorang jururawat. Sebab tuh aku jadi cikgu lol. Tapi aku jadi cikgu pun setakat nih tak de lagi naik penampar atau sengol-sengolan cubit-cubitan dengan anak murid ;p *aku cikgu baik yerk~~


Jadi cikgu boleh fesyen macam-macam pergi sekolah ;p



p/s:Kasihan tengok baby Darwish kena cucuk jarum dekat kaki dan tangan. Kalau aku jadi nurse memang tak kan cucuk-cucuk budak tuh....

Anak Buah Baharu..Ehh Baharu ke Baru??

Yeaa pagi tadi adik aku selamat dan berjaya melahirkan seorang baby boy. Uhh baby boy again!!? Tambah meriahlah rumah aku lepas nih kan. Yang ada seorang nih pon dah huru hara. Tambah lagi dapat adik makin huru hara haru biru rumah tuh nanti. Dan sekarang aku menjadi seorang *atau mungkin seekor* panda yang bermata comel~~

Dengan malam tadi mata tak mahu langsung nak tidur, adik aku boleh plak gerak aku cakap air ketuban dia dah pecah. Aku?? Buat muka blur jerklah sebab mata dan kepala pening tak boleh tidur. Lagi plak cakap pasal air ketuban pecah pagi-pagi buta. Aku offer nak call ambulans ke? Dia tak mahu plak pergi hospital naik ambulans. Kalau aku suka hati dapat naik ambulans. Famous kejap apa kan ;p

Sepemergiaan adik aku ke hospital aku nih menjaga si Danish yang mengamuk plak. Bangun-bangun tanya mama mana. Bila cakap mama pergi hospital terus melalak cakap 'uyut akit' yang mana maksud si Danish tuh perut mama dia sakit. Begitulah mengikut pemahaman aku kan. Untuk pengetahuan si Danish nih baru berusia 2 tahun setengah. Nangis tersedu sedan sebab mama dengan ayah dia pergi hospital. Aku baru nak tidur dah kena layan dia plak. Suruh pasang TV nak tengok kartun! Heii mana nak ada kartun kalau dah jam pukul tiga, empat pagi!!??


Dan akhirnya TV tuh yang tengok dia. Bila aku terlelap dan terlupa nak bobok peha dia merengek tak ketahuan. Demand sungguh si kecil nih ekh. Tidur nak kena peluk, nak kena tepuk. Wajib lagi kena nyanyi lagu-lagu selawat. Perghh!! Memang tak agak-agak mendemand!




*From GOD tapi siapa yang buat?? Eheheee ;p credit


p/s:Entry yang sepatutnya publish pada jam 13.00....

Sunday, March 06, 2011

Bersiapsiaga untuk Esok dan Seterusnya!!


Hahaaa. Ayat tak boleh blah langsung kan. Gayanya macam aku nak pergi berperang jerk. Memang pon nak berperang sebab esok aku punya English class berderet selama tiga jam!! Nah ambil kau. Terbelit bagai esok lidah aku mengajar~~

Memang aku tak suka hari Isnin. Sebabnya yang inilah. Sekali tiga jam terus aku mengajar. Tambahan lagi setengah jam untuk subjek lain. Memang awal-awal kena isi perut. Kalau tak terkulai layu esok masuk kelas.

Semalam ada kursus LDP balik rumah terus terkulai layu. Superb penat sebab tiga minggu berderet hari sabtu kena kerja. Hari nih baru terkial-kial nak buat ABM dengan worksheets budak. Nahh ambil kau lagi sekali. Baru jerk siap photostat lukisan untuk subjek kesihatan darjah 1 esok. Tak delah cantik sangat aku lukis. Cuma nampak bentuk gaklah ayam tuh macam mana ;p dan aku harap budak tak banyak songeh bila tengok lukisan aku tuh.



Ehee. Nih masa aku melukis. Cantik kan kan?? Kalau tak nak kena babab sila cakap cantik. Ohoo..


Yang nih dah siap photostat punya. Malas nak photostat dekat kedai. *Bukan untuk menunjukkan yang aku nih kaya raya padahal kayap jerk sebab tak dapat gaji lagi ;(


p/s:Hari-hari terus menguatkan diri!! Fight-Ohh~

Friday, March 04, 2011

Aku Ada FaceBlog!! ;p


Dah beberapa minggu aku join FaceBlog nih. Baru hari nih berkesempatan nak update blog bagai. Kalau korang nak join FaceBlog nih bolehlah pergi ke sini ekh.


Dan jangan lupa buat satu entry khas untuk FaceBlog nih. Aku copy dan credit jerk daripada FaceBlog nih ;p Dasar pemalas!!!!

Inilah dia entry yang dicopy credit tuh..


SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTI FACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMA FACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA. TERIMA KASIH~~



sekilas..Tips Nak Bibir Merah Delima Macam ND~~wuuuuu


Hahaaa. Sesiapa yang nak gelak guling-guling silakan okay! Aku memang suka buat lawak gila kentang kalau dah lama tak update blog. Meroyan sikit bila dah beberapa hari nih blog tak diusik. Lagi-lagi sejak kes copycat entry nih. Huhhh



Siapa yang tak nak bibir seksi meksi macam *aku kan* Angelina Jolie kan?? Aku suka tengok bibir perempuan yang seksi meksi tuh. Kalau yang mungil comel lote tuh aku tak suka sangat. Aku suka yang sejenis sespesies Angelina Jolie tuh. Aku suka sebab bibir aku pun seksi meksi macam Angelina Jolie tuh!! Hahaa. Memang lawak budus nih..

Okay nih ips yang aku buat. Sebab bibir aku ada masalah mengelupas plak. Nihlah padah kalau duduk terperap dekat bilik guru kan. Kena plak air cond. Memang kering selalu bibir aku nih. Jangankan kurang minum air padahal dalam sehari memang aku tak lupa nak minum air masak lebih daripada 2 liter. Auww bajet aku nih jaga kesihatan sangat~~

Korang kenal halia kan. Ataupun dalam bahasa orang putih mat salleh GINGER. Korang hiris nipis-nipis lepas tuh sapu dekat bibir. Jangan lupa sertakan dengan selawat. Amalkan selalu sebab tips nih bagus untuk memerah delimakan bibir korang tuh. Aku tak suka pakai lipstik sebab kawan aku ada yang pakai lipstik bibir dia jadi hitam. Errkk. Dahsyat~ 



Wowww!! Seksinya bibirku (T__T) *credit



p/s:Aku suka perempuan bibir seksi bukan makna aku lesbo okay!!