Sunday, July 31, 2011

Bila Cinta Beralih Arah

Korang pernah rasa bila cinta beralih arah? Aku bukan pakar dalam percintaan. Tapi bila aku setia, memang aku setia maut-maut punya. Hahaa ayat puaka. Memanglah aku nih nampak macam buat tak kisah jerk tapi aku sebenarnya sayang. Aku bukan romantik. Kunun.

Aku pernah punya seorang sahabat. Sahabat yang aku sayang sampai bila-bila. Dan aku rasa aku tahu dia pon sayangkan aku sampai bila-bila. Okay aku perasan. Perasaan seorang sahabat lama-lama bertukar tak menjadi sahabat. Huhh. Bila lelaki dan perempuan berkawan, mustahil lah kan tak de perasaan lain. Macam tuhlah yang jadi dekat aku dan dia.

Perkenalan di bangku sekolah yang bermula dengan perasaan benci. Sumpah aku memang benci dia sebab dia PLAYBOY. Aku dulu masa sekolah macam anti-lelaki sikit. Kunun aku fokus pada study. Hampeh. Padahal masa sekolah dulu aku banyak skandal. Keliling pinggang sampai nak gaduh-gaduh. Aku tak cun tapi aku hot ;p

Bila kita pendam perasaan, sakit kan? Aku pendam bertahun-tahun. Aku tak tahulah dia pendam berapa lama. Dalam aku pendam perasaan dekat dia, dengan sesiapa jerk aku layan. Kunun nak tunjuk aku nih macam tak perlu dia sangat. Tapi hakihatnya aku perlu dia. Dah lama putus hubungan, akhirnya Allah temukan kembali aku dengan dia.

Kuat betul jodoh aku dengan dia. Sampai emak aku pun tangkap cintan suka dekat dia. Masak bagai kalau dia datang rumah. Keakraban aku dengan dia yang telah disalahertikan. Aku salah faham, dia salah faham, orang lain salah faham. Yes, I am puzzled.

Sumpah!!Hidup Aku Kosong..

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

Puasa kali nih hidup aku makin sayu dan sepi. Aku berpuasa dan berbuka dengan adik-adik. Tak de lagi suara emak.

Cukup. Aku rindu dekat emak. Rindu pada abah juga. Orang cakap bulan puasa nih roh balik rumah dia kan. Ohh aku harap emak dan abah berada di samping aku. Sumpah hidup aku kosong tanpa mereka.

Tuesday, July 26, 2011

Kenduri Arwah ke Kenduri Merisik?

Ini cerita hari sabtu yang lalu. Aku dan adik-adik buat kenduri kenduri arwah untuk mak abah, nenek ayah dan nenek. Adik-adik aku bertungkus lumus buat persediaan kenduri. Aku plak ada bengkel busana, tatarias dan solekan zapin. So aku melenggang mak limah jerk kenduri kali nih.

Rezeki aku dan adik-adik murah sebab ramai yang sponsor. Walaupun cuma tukang masaknya kami tiga beradik jerk. Paling tak sangka habis licin soto dan mihun sup tuh. Wahh Eken kembang hidung sebab dia yang masak supnya. Aku sibuk dengan bengkel jadinya Eno dengan Eken yang uruskan daripada A hingga Z. Aku cuma menguruskan hal-hal berkaitan pembelian barang *sebab dorang tahu aku banyak duit. cettt

Lepas aku habis bengkel dalam pukul 5.30 dah sampai rumah. Ada lah jiran tetangga yang datang. Kemudian adik aku cakap ada berita gembira. Di kala tengah sibuk kemas rumah, masak semua tuh ada orang datang MERISIK aku!!

Ohh whathefish nih. Kawan mak aku nak aku kahwin dengan anak dia. Cett cett cett. Maka Eno dengan berhemahnya menjawab aku nih dah ada yang empunya. Derr kalau aku nih single mingle lagi bolehlah aku pertimbangakan. Nasib gak Eno cakap dia datang seorang diri tak bawa rombongan siap-siap.

Adoyaiii. Anak lelaki dia tuh tak boleh cari sendiri ke? Nih mesti anak mak betul. Aku kenal anak dia pun tidak. Sorrylah kawan. Kalau aku single pon belum tentu aku nak. Sebab aku nih keras hati bila berdepan dengan perasaan.

Kalau tak gamatnya kenduri arwah bertukar jadi kenduri merisik. Hahaa. Aku cakap dengan YY tapi boleh plak dia tanya risik apa. Cehh. Lagi plak dia sangka orang tua yang nak kahwin dengan aku. Apadaa buah hati yang seorang nih. Lampi gak rupanya ;p

Thursday, July 21, 2011

Budak Sekolah Sekarang Memang Pandai

Budak-budak zaman sekarang perghh hebat betul kalau bab jawab-menjawab nih. Sampai kadang aku pun terkedu nak jawab apa. Tapi bila suruh jawab soalan peperiksaan, terkedu plak depan kertas tuh tak tahu nak menulis. Adoyaiii anak muridku..

Semalam aku suruh budak-budak 2 Nuri JANGAN BISING SANGAT. Ohh kelas yang aku ajar memang sentiasa akan bising. Bukan bising yang biasa tapi bising yang agak luar biasa. Sampaikan ada cikgu-cikgu jengah nak tengok ada cikgu ke tidak dalam kelas. Punyalah superb aku nih sampai budak pon tak boleh diam ;p

Back to the topic,

Cikgu: Okay class. Please slow down your voice. Teacher got headache.
Murid: Apa benda teacher?
Cikgu: Teacher sakit kepala lah. Jangan bising sangat boleh tak?
Murid: Teacher nih dah tahu sakit kepala pergilah klinik makan ubat.
Cikgu: *Dalam hati aku rasa macam nak ketuk jerk mulut budak nih* Kalau teacher pergi klinik siapa nak ajar kamu? Sukalah kan teacher tak masuk kelas.
Murid: Bukan teacher. Kalau cikgu lain masuk kelas, kita orang tak boleh bising.
Cikgu: ??!!@#$%

Sungguh aku memang wordless dengan budak-budak nih. Aku malas nak marah-marah dorang. Tapi bila tak dimarah makin melampau plak nanti. Bukan aku seorang jerk yang mengalami situasi nih. Cikgu-cikgu lain pon sama. Sampaikan tengok budak tuh kecil besar, kecil besar jerk.

Sugar Glider: Chika GK a.k.a Gila Kuasa Bukan Goal Keeper Okay

Ohh super comel betul anak aku yang seekor nih. Baru letak bowl depan cage dah meroyan. Baik-baik makanan tuh ada dalam dua bekas, jadi sebekas plak.

Meh layan si Chika yang gila kuasa mengadap bowl makanan. Bila Chika dah puas melantak, dia pergi pas baton dekat Juju plak. Pandai budak dua ekor nih buat sistem giliran pergi makan yerp. Bagus anak-anak umi ekh ;p


*Dulu dia kecil comey jerk. Tapi sekarang lagi comel*

Tuesday, July 19, 2011

Payah Betul Bila Segala Benda Nak Pakai Surat

Semalam aku tak datang sekolah sebab demam. Daripada hari Jumaat sebenarnya aku demam. Tapi sebab aku nih degil aku memang tak pergi klinik atau makan ubat pon. Aku suka demam tuh baik sendiri. Huhh memang lambatlah kalau demam nak baik sendiri.

Kerani pon tak tahu aku cuti semalam. Kalau tak kerana seorang hamba Allah nih cakap mesti dia tak tahu aku cuti semalam. Kan tak pasal-pasal dia tanya mana surat cuti sakit aku. Ishh. Aku cakaplah aku tak pergi klinik. Senang cerita. Dan akhirnya dia bagi aku surat Cuti Rehat Khas. Lahhh. Kalau tak de surat cuti sakit, kena gadai CRK ke? Uhuu. Tak pelah kan. Aku pun tak tahu CRK aku ada berapa hari lagi. Selagi tak sah jawatan CRK aku tuh akan burn jerk kalau tak ambil.

Jadi, pengajaran untuk aku sendiri, lepas nih kalau demam ke sakit ke pergi klinik sana jumpa doktor minta surat cuti sakit!!

Sunday, July 17, 2011

Sugar Glider DIY: Suggie Lullaby Untuk Juju dan Chika Terchinta

Semalam aku memperuntukkan masa selama dua jam untuk menyiapkan suggie lullaby *aku main agak jerk nama aksesori suggie nih* dan juga blanket Juju dan Chika. Huhh. Memang azab bila tak de mesin jahit kan. Tapi bila dah semangat gila nak buat kena jahit guna tangan pon aku sanggup ;p

Aku bukanlah kedekut duit tak nak beli segala benda keperluan Juju Chika nih. Tapi benda boleh buat kan. Apa salahnya aku beli kain fleece tuh dan bagi masa untuk buat. Lagi aku puas hati walaupun aku kena jahit guna tangan. Nampak dah berapa kali aku cakap aku jahit guna tangan. Kan tuh dah menunjukkan kesungguhan aku untuk menjahit kan kan?

Lepas nih bolehlah aku minta mesin jahit sebagai hadiah hari jadi dekat doraemon. Ringan sikit kerja aku nanti bila dah ada mesin jahit kan ;)
Mungkin hasil kerja tangan aku tak cantik. Yerlah aku nih bukan profesional punya tukang jahit. Aku jahit benda nih tengok gambar jerk. Tak de lakar-lakar pon. Guna instinct. Wahhh hebat gak aku jahit guna instinct. 




.::Gambar DIY Suggie Lullaby::.

*Nihlah dia suggie lullaby yang aku buat. Kerja keras beb nak siapkan ;p


Hidup Di SEKEPU~

Aku jarang cerita pasal tempat kerja aku. Ada benda best ke? Aku rasa sekolah macam tuh gak. Bangunan empat tingkat sengaja nak mendera kekuatan fizikal kaki aku. Makanan dekat kantin yang tak berapa nak menyelerakan, kelas yang penuh dengan murid-murid. Huhh bosan.

Tapi aku suka dengan rakan sejawat aku. Sporting, sekepala, dan macam-macam lagi. Memang tak rugi aku dapat sekolah nih walaupun sekolah baru beroperasi. Banyak kerja tuh biasalah. Jadi cikgu bukan setakat mengajar kan ;p

Jomlah layan gambar-gambar cikgu dekat sekolah aku. Ohh yaa sekolah aku nama famous amos adalah SEKEPU. Hahaaa macam lawak jerk masa aku dengar. Ini adalah akronim daripada Sekolah Kebangsaan Putra Utama. Bijak dan sempoi habis~~


*Nih masa maulidur rasul. Aku macam chubby sikit time nih*

*Nih antara cikgu perempuan dekat sekolah aku. Aku bangga sebab aku TINGGI*

*Haaa yang nih geng marhaban SEKEPU ;p Ini masa mesyuarat PIBG kali pertama dengan pakaian rasmi SEKEPU. Tiga dari kiri ialah Guru Besar. Yang inner caca marba macam-macam warna tuhlah aku~~


Sikit jerk pon gambarnya. Nanti ada jerk lagi gambar aku upload. Sejak dah bekerja aku jarang pegang kamera. Asyik kena buat kerja jerk ;(

Wednesday, July 13, 2011

Sugar Glider: Chika Crabbing [Video Bukan Terlampau]

Chika nih kaki crabbing. Pantang kena usik mesti nak crabbing. Kalau Juju yang kacau dia suka plak. Kalau aku yang kacau siaplah dia ber-crabbing!

Tak tahu crabbing tuh apa? Crabbing tuh kira macam dia marahlah kita kacau dia. Bunyi dia memang bising dan tak enak didengar oleh halwa telinga. Aku rasa macam nak picit jerk bila dengar dia crabbing tuh. Uhhh. Bunyi dia barking lagi sedap. ANG-ANG!!


Video Chika crabbing dengan suka hatinya ;p

Monday, July 11, 2011

Sugar Glider: Ini Chikaro Juju, Chika Namanya


*Arghh!!Betapa super comel Chika nih....

Name:Chika
Gender:Female
Adopted Since:19 Jun 2011 (she was 2 months old, bought from Sepul)
Fav. Food:Apple
fav. Drink:Honey
Fav. Veggie:Sengkuang
Fav. Treat:Ayam rebus madu+telur burung puyuh

More info about Chika:
Aku bela Chika nih sebab aku kesiankan si anak bujang teruna aku tuh, JUJU. Dia sekarang dah bukan kemain gatal. So aku kenalah cari chikaro untuk dia. Ohh macam mat rempit plak Juju nih siap ada chikaro ;p

Aku ingatkan nak bela female nih lagi senang walaupun masa tuh umur dia baru dua bulan. Tapi rupanya sangkaan aku meleset. Lagi agresif dan payah nak bonding! Nahh ini yang aku suka kalau binatang nih ganas-ganas.

Chika paling suka gigit tangan aku. Dia nih behave sikit daripada Juju yang suka kencing, berak dekat aku. Tapi se-behave2 Chika nih dia pantang kena usik. Mesti bunyi crabbing tuh. Aku benci dengar suggies crabbing. Dahlah kuat gila, sakit telinga aku!!

Aku suka kacau dia tidur. Sebab dia suka kacau aku time aku nak tidur. Dan sebab masa aku beli dia kecil comel lagi, ada satu masa tuh aku rasa macam nak picit jerk dia nih. Hahaa punyalah zalim kan perasaan aku tuh. Tapi aku tak delah kesampaian hati nak picit-picit anak aku tuh. Dahlah mahal, kang sia-sia plak mati di tangan aku kerana geram sangat sebab comel~

Chika nih tak macam Juju. Kalau Juju makan nak bersuap bagai. Chika nih simple jerk. Aku bubuh makanan dalam bowl dia akan bangun sendiri. Kalau Juju minta ampun banyak-banyaklah dia nak bangun sendiri kan. Kadang tuh Chika bawa buah dalam hammock Juju yang menghabiskannya. Sangatlah pemalas si Juju dan sangatlag perajin si Chika ;p

Aku suka nak tayang Chika dekat khalayak ramai. Tapi nanti bukan orang ramai jerk yang histeria tengok dia, tapi dia pon akan histeria juga. Har har har~

ANG-ANG!!

Sunday, July 10, 2011

Jangan Bagi Kerja Last Minute. Nanti Kau Pun Dapat Hasil Last Minute~

Aku memang pantang kalau orang bagi kerja di saat-saat akhir. Huhh. Aku jelaskan sekali lagi. Aku nih memanglah penyapu baru tapi aku nih bukan robot. Terang sudah maksud aku dekat situ. Walaupun kau senior, janganlah sesuka hati nak buat palat dekat aku kan.

Kalau nak suruh aku pergi meeting MAKLUMkan dengan awal. Bukannya meeting pukul 2.30, pukul 12.00 tengah hari kau baru nak bagitahu. AKu pun mesti dah ada plan aku sendiri. Mana nak ajar J.robik, mana nak kejar masuk kelas, mana nak urus rumah sukan, mana nak urus diri sendiri. Tak kan sebab aku ANAK DARA dan BUJANG, semua benda pun aku kena buat kan????

Kesimpulannya, aku nih manusia biasa. Aku cuba sesuaikan diri dengan persekitaran. Aku rasalah kan aku stres bukan dengan anak murid, tapi dengan rakan sejawat ;)

Thursday, July 07, 2011

Aku Memang Kejam.

Aku bukanlah orang yang baik pon. Dan aku sedang mencuba untuk menjadi baik. Aku bukanlah kejam sampai bunuh orang bagai. Aku kejam dengan perasaan. Kejamnya aku sampai aku tak kisah apa yang orang rasa. Janji aku puas. Walaupun dia tuh orang yang aku sayang.

Workaholic. Ye itu memang aku. Handphone aku bunyi ke tak memang aku put aside. Aku malas nak serabutkan kepala dengan benda-benda lain masa buat kerja. Sebab tuh blog aku update tak tentu masa. kadang dua tiga empat hari baru ada entry. AKu tak suka kepala aku jammed! Otak aku bukan robot.

Aku tak suka orang cakap selindung-selindung. Aku nih dahlah slow learner. Kalau kau cakap pon berlapik-lapik dengan bahasa bunga-bunga tambah suara konon romantik, minta maaflah yerk. Memang aku akan tanya banyak kali sampai aku faham apa yang kau nak cakap. Tak ke buang masa kalau kau dah kena layan aku jawab soalan-soalan semua tuh? Bukan masa aku jerk kau buang, tapi masa kau sendiri pon kau buang. Last-last nanti kau juga yang stress sebab aku nih payah nak faham. Siapa suruh tak cakap direct kan?

Aku tak kisah pon kalau kau nak cakap 'AKU TAK SUKA KAU'. Hahh! Kan senang macam tuh. Ayat dah terang dan aku sendiri dah faham maksudnya. Kalau kau bersimpang siur alamatlah kau mencari pasal dengan aku.

Juju dengan Chika pon tak berani nak keluar daripada pouch bila nampak aku dekat cage. Dorang pon tahu aku sekarang tengah kejam sebab banyak kerja. Sian betul budak dua ekor tuh.

Dua Kali Bengang.

Semalam Bobo kemek lagi. Kali nih aku betul-betul tak tahu siapa yang langgar dia sampai kemek! Macam sengalll kot. Hari tuh kemek. Nih kemek lagi dekat tempat tayar. Ohh dah macam aku nih tak reti jaga kereta plak. Padahal baru sebulan aku guna~

Aku malas nak tuduh sesiapa tapi orang yang disyaki tuh adalah. Aku rasa macam nak pergi pancitkan tayar dia dengan paku jerk! Hahaa kan aku memang jahat. Tapi jahat tuh aku simpan dalam hati.

Yang kemek hari tuh pon tak berketuk lagi, tambah lagi plak kemek yang nih. Memang superb aku bengang gila. Nihlah payah kalau duduk rumah taman. Parking sebijik kereta pon payah. Rumah aku dahlah macam bajet kaya ada tiga motor. Tak pasal-pasal Bobo kena parking luar. Dah parking luar ada plak manusia yang buat sibet kan~

Dah bengang pasal Bobo, aku mengadu dekat someone. Aku plak yang kena ceramah. Lagilah aku hangin. Dahlah tengah mood tak stabil. Lagi berasap berapi jerk dada aku nih. Macam nak hamburkan apa yang aku rasa semua! BENGANG!!

Saturday, July 02, 2011

Jom Tengok Majalah 3 Malam Nih~




Apa yang best sangat pasal Majalah 3 malam nih? Nih bukan jerk pasal Nurul Syuhada Nurul Ain tuh. Hehee. Sebabnya ada pasal sugar glider! Yess. Aku nak tengok si Epul, Zaffy dengan boyfie dia. Keh3. Mesti comel si Zaffy tuh *dia memang comel okay ;p

Lepas nih makin banyaklah orang-orang yang nak membela sugar glider. Harapnya orang-orang yang nak membela bukan sebab ikut trend okay. Macam aku memang sebab minat gila dekat binatang ciptaan Allah yang super comel nih~ Dan kau jangan berkira pasal duit kalau nak membela binatang nih. Perlukan banyak $$ dan juga kesabaran, ketabahan untuk melayan kerenah suggies.

Ohh tiba-tiba aku terpandangkan si Juju dan Chika yang sekarang dah makin nakal. Susah beb nak bonding budak dua ekor tuh. Dah sayang punya pasal, tangan kena gigit pon aku sanggup~


*Ini dia makhluk super comel-Juju dan Chika~

Friend Dengan Aku Sebab Nak Tahu Apa Aku Buat??

*BACKOFF~


Memang sikit bengang aku dengan makhluk yang macam nih. Kau add aku dekat FB sebab nak jadi minah mamat kepohci ekh. Lepas tuh report merata alam. Uhhh what the fish lah kan perangai macam tuh. Aku tak tahu kenapa orang susah sangat nak faham JANGAN KACAU ORANG KALAU DIA TAK KACAU KAU.

Duduk diam-diam sudahlah. Mentang-mentang aku senyap, suka-suka hati kau kan nak pijak-pijak kepala aku. Apa sebab kau ada pertalian darah dengan aku, maka aku menghalalkan semua benda yang kau buat ke? Perlu ke kau jadi stalker, tengok gambar aku, then kau tayang dekat mak bapak kau?

Ohh lupa kan. Aku tak de mak abah. Sebab tuh aku tak boleh nak tunjuk dekat dorang lagi. Itu yang membuatkan kau rasa kau patut tunjuk, tayang, hebahkan gambar aku dekat mak bapak kau dan sekutu-sekutu kau yang lain kan. Terima kasih buat susah kau jerk~

Siapa boyfie aku pun kau nak sibuk. Dulu bila aku bawa balik boyfie datang kampung, macam-macam kau mengumpat mengutuk mengata. Sekarang bila aku ada boyfie tak bawa balik kampung, kau pun still nak mengumpat mengutuk mengata. Ohh kenapa nih beb? Kau janganlah susahkan diri kau tuh dengan hal aku. Biar aku jaga hal aku cukup!

p/s:Aku tak nak kau makan daging saudara sendiri. So faham-fahamlah~