Saturday, December 31, 2011

Sugar Glider: Ralphie Semakin Comel!

Salam you all!!

Entry kedua sebelum tirai 2011 berlabuh. Nak crita pasal apa? Mestilah pasal sugar glider kan! Teruja aku memang teruja kalau dengan binatang comel kiut-miut nih :o

Okay dah lebih kurang dua minggu aku jaga Ralphie si WFB tuh. Semakin hari semakin comel!! Awww geram mak jenab tahu? Rasa nak gigit-gigit jerk telinga capang dia tuh. Nak tarik-tarik jerk ekor dia tuh. Nak gomol-gomol jerk badan dia yang dilitupi bulu yang gebu tuh. Setiap kali pegang Ralphie mesti gigit bibir. Kenapa?

Oii bukan aku kemaruk se*& tapi sebab geram kot!! Orang kalau geram mesti ketap gigi, gigit bibir kan kan? Normal lah tuh kan kan. Cuma si Raff nih masih lagi takut-takut. Kalau aku pegang dia nak menyorok jerk masuk dalam baju. Ohh bahaya di situ yerk. Kang nanti macam-macam diterjahnya.

Kalau bab makan memang kuat. Sama naik tocang dengan Chika yang kuat makan tuh. Alhamdulillah Chika tak de masalah masa aku nak gandingkan dorang berdua. Manja-manja gitu. Main gesel-gesel kepala plak. Cuma si Juju nih anti Raff. Asal nampak jerk Raff main mulalah Juju nak tunjuk taiko. Yerlah abang besar kan!! Si Raff nih walau baru berumur hampir tiga bulan, tapi fizikal dia bukan main dabak lagi. Sebab tuh Juju tergugat.








p/s: Insya Allah tahun 2012 nak sambar lagi seekor WFB female plak. kihkihkih. Kemaruk!!

Persediaan 'Back To School'

Salam tahun 2011.

Apa khabar kamu semua? Lama aku tinggalkan blog nih bersawang. M.A.L.A.S itu adalah jawapannya. Bila dah mengadapa budak-budak memang say no to the blog.

Insya Allah ini mungkin enrty aku yang terakhir kot untuk tahun 2011. Padahal rasanya kejap lagi macam nak update enrty banyak-banyak. Banyak okay cerita tertunggak!!

Nih semalam aku pergi shopping barang untuk kerja. Eheee ingat budak sekolah jerk ke yang shopping bagai? Cikgu sekolah nih lagi semangat tahu? Bertambah semangat bila dapat jadi guru kelas Tahun 2 yang paling aktif, paling bising, paling huru-hara. Haaa ambil kau!! 

Tak banyak yang aku beli cuma pen empat batang, buku nota yang coraknya cantik, pemadam whiteboard untuk kelas aku, calculator sebab calculator lama dah lingkup dikerjakan oleh si Danish dan Darwish, kasut sukan, beg kerja, stokin. Baju kurung berlambak jadi aku malas nak buat yang baru. Tunggulah kang kalau dah bosan baru buat. Sedih sedikit tahun nih sebab aku tak dapat ajar Pendidikan Jasmani. Subjek major aku. Disebabkan sekolah kurang guru Bahasa Inggeris makanya penggal pertama tahun 2012 aku kena ajar Bahasa Inggeris sebanyak 34 waktu!!



p/s: Pen kegemaran selamanya sebab dalam sebatang ada tiga warna. Tak payah bawa pen banyak-banyak. Jimatttt lagi ^•^

Thursday, December 22, 2011

Ralphie - WFB With Het 100% Leucistics

Salam.

Sejak ambil Ralphie daripada Kak Allenna terus lupa nak update blog. Ngeheheee. Teruja mak jenab dapat anak mat salleh :p Kalau dah minat kan. Benda mahal pun jadi murah. Miahahaa lepas nih mak jenab makan buah jerklah.

Masa mula-mula ambil Ralphie nih omakk aiii garang!! Habis jari jemari den kena gigit tiga kali. Si Neon pun kena gigit sama. Gigi bukan main tajam! Mommy asah juga gigi tuh kang. Si Kymkim plak budget buat muka comel manja gedik bagai. Sekali dah sampai rumah garang kekwat kemain yerp. Pandai Kymkim berpura-pura talam bermuka-muka dengan bapak dia ;)

Jom layan gambar Ralphie a.k.a King Kong. Budak Ralphie nih kuat makan sebab panggil King Kong jerk. Penangan nama.















Saturday, December 17, 2011

Dua Hari Lagi.

Salam sayang semua..

Tinggal lebih kurang dua hari lagi. Yeahhh!! Gembira, suka, tak sabar, terharu semua perasaan pun ada. Alaa perasaan macam budak kecil dapat gula-gula dua biji walaupun rasanya nan hadooo!

Esok malam naik train pergi Kuala Lumpur. Hantar Cinonet a.k.a Gegurl kembali kepangkuan mommynya. Lepas tuh pergi ambil Ralphie a.k.a King Kong dekat rumah Kak Allenna. Hurmm dapatlah kot nanti tengok variations sugar gliders Kak Allenna :p

Lepas dah ambil Ralphie terus shoot balik JB naik train pukul dua petang. Harapnya keretapi tak delay macam dulu-dulu aku naik dua tiga bulan lepas. Delay hampir empat jam!!

Oppsss! Hari yang sama juga dapat gaji. Whoaa double triple best kan. Kalau bab nak habiskan duit memang semuanya best. Lepas tuh merana tunggu gaji masuk. Miahahaaa. Syukur alhamdulillah bila dah kerja tak harapkan duit orang lain lagi.






p/s: Sabarlah wahai King Kong ku yang kacak rupawannnn :-)

Friday, December 16, 2011

Doa Sebelum Dan Selepas Makan

Salam Jumaat sayang :)

Waktu apa, waktu apa sekarang?
Waktu makan, waktu makan sekarang.
Makan apa, makan apa sekarang?
Makan tomyam, makan tomyam sekarang.


Cikgu: Sebelum makan kena buat apa?
Murid: Baca doa, cikgu!!
Cikgu: Okay baca doa sekarang!
Murid: Baik, cikgu.

Dengan lafaz bismillah....






p/s: Penelope pun pandai tadah tangan baca doa sebelum makan. Hebat anak mommy nih ;)

sumber: 1khalifah.wordpress.com

Thursday, December 15, 2011

Yeayyy!! Payslip Disember Dah Keluar.

Salam.

Yehh mak jenab dah terkinja-kinja daripada semalam. Sebabnya mestilah pasal gaji kan. Payslip semalam aku tengok dah ada. Whoaaaa masyuk! *mulut ternganga*

Walaupun gaji aku belum lagi gaji gred baru, tapi syukurr alhamdulillah. Bonus pun banyak. Separuh gaji pun kan :p Mahulah sengih sampai ke kepala. Errkk

Siapa yang dah dapat tunggakan ITP tuh tahniah yerk. Aku punya tak tahu bila nak dapat. Lambat pun tak pe. Mak jenab tak kisah noksss! Janji gaji tiap-tiap bulan dapat. Yeahhh minggu depan nak makan pizza Dominosssss *lompat tinggi lagi*

Siapa yang nak tengok payslip tuh silalah segera menerjah laman sesawang Jabatan Akauntan Negara Malaysia iaitu www.anm.gov.my







Wednesday, December 14, 2011

Sesi Membina Otot Kental

Assalamualaikum. 
Tak jawab dosa, kalau jawab sayangggg. Haaaa cuba teka trademark siapa nih?

Okay hari nih hari membina otot sedunia. Ihikk. Petang tadi aku pergi Hutan Bandar Putra, Kulaijaya. Tempat apa nih? Hehh pergi minta bantuan encik Google ekh. Tak larat den nak cerita panjang lebar pasal tempat tuh.

Dah nama pun hari membina otot kan. Itu maksudnya apa? Apa? Maksudnya nak menguruskan badanlah!! Saja jerk korang kan nak cakap aku gemuk. Cettt *emo tak tentu hala*

Ehee aku bukanlah misi nak menguruskan badan. Kalau badan dah memang kurus kan, tak kan aku nak bagi tinggal sekeping papan lapis kot? Tak sesuailah noks mak jenab kurus melidi. Bak kata Maton Saad, i kan atlet. Choiihoii. Atlet kuat makan :o

Jom layan beberapa keping gambar yang sempat dicapture oleh adik aku. Aku yang beria jogging keliling tasik, tapi Danish plak yang over sakit kaki. Mahulah kan tak sakit. Aku jogging pakai kasut-Nike-baru-beli-bulan-lepas-tapi-hari-nih-saja-nak-tayang-dekat-orang. Kantoi!! Berjogging dengan riaknya sebab pakai kasut baru?! Ohh hilang pahala mak jenab oiiii.








Om nom nom nom. Nampak tak kasut baru aku tuh? Laju jerk lari pakai kasut baru :-) p


Tuesday, December 13, 2011

131211-Tarikh Cantik?

Salam.

131211- Best kan susunan tarikh hari nih. Aku suka sebab nombor 13. Aku kan pencinta tegar nombor 13 :

Alang-alang tarikh dah best, mesti ada best atau tak best kan. Hmm rasanya banyak benda tak best kottt. 

Pagi tadi bawa si Ollie kacakwan pergi servis. Hadoiii!! Aku booked servis pukul 9.30 pagi. Kereta aku masuk bengkel pukul sebelas lebih. Okay aku penat menunggu. Banyak gila kereta!! Nasib ada McDonald dekat sebelah. Layankan si Danish main dekat playland. Hilang sikit bosan. Balik rumah dalam pukul satu tengah hari. Aku terus bantai tidur dengan Danish sebab penat menunggu!!

Lagi, tiba-tiba dapat selsema plak. Haa nih yang aku malas. Bersin, bersin, bersin lepas tuh selsema. Payah sangat hidung sensitif teramat. Aku sapu hall jerk pun. Dah tersengau-sengau ajar tuisyen tadi. Bersin depan student tak usah cakaplah. Malu mak jenab oiii. 








Aku nak tunggu tarikh 111213. Hahaaa ada apakah?? Harap apa yang aku impikan menjadi kenyataan. Aminnn

Ralphie a.k.a King Kong

Salam dan selamat petang you all.

Hari nih aku nak kenalkan korang dengan sugar glider aku yang terbaru. Kira nih anak aku yang keempatlah. Dan dia agak istimewa sikit berbanding sugar glider lagi tiga ekor tuh. Miahahaa

Sebelum dapat nama Ralphie, aku panggil dia King Kong jerk. Mana entah aku dapat idea tuh pun aku tak tahu. Tapi rasanya berpunca daripada kametaro lah nih!!

Ralphie nih adalah sugar glider variation white faced blonde het 100% leucistic. Huhhh betul agaknya aku eja tuh. Harga dia aku beli RM4200. Kenapa mahal? Sebab si King Kong nih variation punya. Dia diimport daripada USA. Aku beli daripada orang yang boleh dipercayai dan mempunyai lesen. Sekian.

Ralphie nih sampai 5 disember hari tuh. Aku belum pun ambil dia lagi sebab dia sampai dekat KL. Hari aku dapat gaji bersamaan dengan 19 Disember kang baru pergi ambil dia. Uhuuu geram jerk tengok gambar Ralphie nih!! Awesome beb. Sugar glider is a awesome, cute creature in the world!! Haa kan mak jemah dah mula ber-speaking London. Yerlah dapat baby mat salleh kan. *sengih sampai telinga*









Saturday, December 10, 2011

Si Capang Comel-Danish & Darwish

Salam.

Haihhh bosan sikit bila cuti nih. Tak de pergi holiday pun. Balik kampung pun tidak. Mak ngah dah beberapa kali tanya bila nak balik kampung. Waduhhhh mak jemah lagi sibuk nih jaga anak keponakan.. Hari-hari mengadap muka Danish, Darwish. Dorang pun bosan tengok muka aku kottt.

Sekarang Darwish dah sembilan bulan. Gigi dah ada empat batang. Dah pandai duduk sendiri. Lagi hebat pandai terjun daripada walker!! Aku tak ajar pun skill terjun walker nih. Dia pnuya merangkak style askar. Suka mandi dalam kolam dengan abang dia. Suka sepahkan majalah aku.

Kalau mummy dia pergi kerja pagi rumah elok jerk tersusun balik rumah mesti mummy dia jadi tarzan. Hahaa. Aku biarkan jerk budak beruda nih buat sepah bagai. Kang aku kemas, dorang sepahkan balik. Tak de kerja plak aku nak kemas banyak-banyak kali. 

Yang si Danish sibuk menconteng buku. Hari-hari cakap dengan acik comel dia nih nak pergi sekolah. Alaa baru tiga tahun. Nanti masuk sekolah awal-awal dia bosan plak. Tak pasal-pasal aku jadi cikgu dia ajar semua benda yang nak tahu. Demand nak belajar guna Cik Laxy tab. Wahhh melampau. Sebab dia suka tengok gambar yang ada bunyi/suara.







Friday, December 09, 2011

Sugar Glider dan Mealworms

Salam.

Beberapa hari lepas aku beli mealworms a.k.a ulat roti? Nak buat apa? Haaa nak bagi dekat budak empat ekor nihlah-Juju Chika Penelope Gegurl. Kesian plak dorang makan buah, sayur, hpw, slurp, ayam jerk. Sekali sekala bagilah plak makan benda hidup. Nak bagi cengkerik susah plak binatang tuh suka lompat-lompat. Tuh belum lagi kalau bau pee yang sangat harum kalau makan cengkerik. Pengsan mak jemah noks :p

Tapi sebelum nak bagi dorang makan fresh from farm, aku 'gutload' kan dulu si mealworms nih. Apa benda 'gutload' tuh kan? Aku pun baru jerk dengar sejak bela sugar glider nih. 'Gutload' tuh kira macam proses nak bersihkan si mealworms nih. Ini ikut fahaman yang aku senang fahamlah. Sebab apa nak 'gutload'?

Sebabnya selalu dekat pet shop mealworms nih dibagi makan oat/roti/dan sebagainya. Sugar glider plak tak boleh makan benda yang ada kandungan yis/ragi macam roti/nasi. Jadi sebab itulah pentingnya 'gutload' nih. Tapi tak ramai yang tahu tentang 'gutload'. Sebab tuh bedal jerk bagi makan mealworms fresh dari pet shop. Aku tahu nih pun daripada Louis Sugar Glider.

Macam mana nak buat 'gutload' dekat mealworms? Haaa ekau bagilah si mealworms nih makan sayur! Aku mula-mula macam blur juga nak bagi sayur apa. Aku try bagi kobis bunga warna putih tuh. Ohhh seronok mealworms nih makan. Sekejap jerk dah habis. Then aku bagi mealworms nih makan kacang buncis. Sampaikan adik aku cakap 'kamu nak ternak ulat roti plak ke?' Ohhh sentap mak jemah okay!! Hari pertama aku beli mealworms nih tak delah dabak sangat. Selepas dua hari aku tengok dah montel-montel plak. Haihhh ko jangan obes yerk mealworms.






Wednesday, December 07, 2011

Legoland Malaysia Imaginasi Masa Kanak-Kanak Ribena

Salam.

Dah tengok berita kan? Dah baca surat khabar kan? So tak perlulah aku panjang lebar dekat sini. 

Tiba-tiba bangga meluap-luap sebab Legoland tengah dalam pembikinan dekat Nusajaya Kota Iskandar tuh. Weee tak sabar nak tunggu pembukaan Legoland.

Masa kanak-kanak memang benda nihlah yang aku suka main dengan adik-adik. Kunun berangan buat rumahlah, robotlah. Paling best bila tak cukup lego lepas tuh musnahkan adik-adik punya lego. Ohh nice weih zaman kanak-kanak ribena.

Sekarang pun aku masih main dengan lego nih. Si Danish yang punya. Aku siap ambillah sedikit lego dia letak dalam banglo ND untuk mainan si para sugar gliders nih. Ihikk. Dia selalu minta aku keluarkan balik lego dia. 






Wordless Wednesday #6


Tuesday, December 06, 2011

Little Update.

Salam.

Baru perasan bulan nih tak de entry lagi. Sorry noks mak jemah sangat sibuk!! Sibuk mengalahkan perdana menteri yang bersidang UMNO ke? Ishhh tidaklah aii sampai sesibuk itu.

Kalau dah jadi baby sitter nih memanglah payah mak jemah nak update entry noks. Kalau setakat update status facebook ke twitter ke gagahlah lagi. Karang berebutlah mak jemah dengan si Danish nak pegang tab. Tuh belum lagi kalau Darwish tumpang sekaki.

Dah sekian. Cuma nak bagitahu jerk mak jemah sibuk :p