Wednesday, October 27, 2010

okeh saya FRUST!!

salam dan selamat pagi..

yerk pagi nih ND sudah frust.nih gara-gara Fida Aishah.kenapa tak boleh masuk blog dia lagi?sebab dia hanya invite orang tertentu sahaja.bengonglah si makhluk-makhluk durjana yang kacau hidup dia tuh.kan tak pasal-pasal ND dah tak de inspirasi lagi ;(

siapa Fida Aishah??nanti ND cerita.sekarang sudah tidak ada mood langsung!!huaaa..nak nangis laju-laju macam jet pejuang~ walau pun tadi kegembiraan sebab dah siapkan nota untuk dua subjek.tapi sekarang kegembiraan itu telah dirogol diragut!!buat Fida Aishah, tabahkan hati okeh walaupun ND tahu dia tak baca entry nih.ND sangat geram tahu tak.dia tak kacau orang, tak payahlah korang kacau dia plak..ishhh3.nih yang rasa nak tumbuk muka tembok jerk.

nOta kHaki:munguks betul orang yang tak reti faham bahasa nih~

Tuesday, October 26, 2010

NAK



nak buat anak makan banyak-banyak
nak tidur lama-lama sampai lebam biji mata
nak tunggang BJV sampai minyak kering
nak bunuh marah orang yang cari pasal
nak tumbuk orang yang cari gaduh
nak sepak terajang tampar si mulut puaka
nak jerit dekat lautan pasifik
nak daki bukit dekat tepi padang
nak berenang dekat laut merah
nak terbang di atas angin







dan........





















TAK NAK MENGADAP NOTA DAN BUKU ITU LAGI!!!!


nOta kHaki:
sungguh ini yang amat memeritkan hati ND~

Monday, October 25, 2010

R.E.S.T and F.O.C.U.S

salam dan selamat [agi you all..

minggu ini *rasanya dah start sejak minggu lepas* ND akan berehat daripada facebook, blogging, dting, hanging, shopping dan sebagainya. ND perlu fokus kepada exam. yaa EXAM beb..

kepala nih dah naik bengang sebab study. time nak exam nih macam-macam benda nak buat. uhhhh. superb tension nih! sebenarnya banyak cerita nak kongsi. tapi mungkin selepas exam baru boleh kongsi. tak pelah kan lambat sikit. minggu depan ada dua paper so struggle juga kepala dan otak ND.

bila exam nak menjelang tiba *bajet macam raya* pergerakan ND kurang aktif. nak keluar jauh-jauh pun mungkin fikir banyak kali. yerlah malang kan mana pernah ada bau. sebagai langkah keselamatan ND kena paksa rela untuk tidak berfoya-foya di luar daripada PERLIS. okeh ayat ini memang sedih untuk aii~

dan semalam bila nampak bob dan an kemalangan depan mata lagilah buat hati nih sentap. walaupun tak seteruk mana tapi malang mana pernah bau kan *nih ayat yang kedua kali*. biarlah duduk dekat hostel jerk walaupun keselamatan tuh belum tentu lagi. haiyaa haiyaa haiyaa. demi exam okeh. kalau tak memang tak sanggup ND buat macam nih. lagi pun selagi exam tak mula memang ND berat hati nak pergi mana-mana. nih adalah exam final semester ND. so harus wajib dapat menyelesaikannya. kang tak pasal-pasal nanti extend haru mak mandir haaa.

okeh sudah sampai sini sahaja. nak tulis entry nih pun ND ambil masa dekat 30 minit. nota-nota itu lebih memerlukan perhatian ND.


nOta kHaki:jangan bawa tuyul masa exam~

Saturday, October 23, 2010

nak jadi pemalas

salam dan selamat pagi sayangs~~

hari nih tiada mood nak update blog..
hari nih nak jadi pemalas..
nak makan malas, nak mandi pon malas..
yang rajin cuma golek-golek dekat tilam jerk..

semalam punya penat tak hilang lagi..
pukul 2 pagi baru tidur!!
OMG..memang superb penat..
tambah dengan perut yang sakit..
tuhlah gara-gara nak tunggu dinner..
sanggup tak makan benda berat-berat..
bila dapat makan perut dah masuk angin..

malam tadi punya cerita agak best..
jamuan Jabatan Pendidikan Jasmani Secangkir Memori..
it was awesome!! full of colors and fashion..
hahaa..tak terkecuali ND..
nanti ada masa ND upload gambar sikit-sikit..

dan yang paling best ND dapat TIGA hadiah..
cenderamata, lucky draw dan anugerah..
ouchh!!blushing jugaklah malam tadi..
TIGA kali nama aii kena sebut nyahhh..
hotlah mak malam tadi..auwww..

nOta kHaki: hari ini mood study ditunda sehingga esok..mahu berdatingan dengan KANDA dekat PULAKO~

Friday, October 22, 2010

baby sitter

ohhh.. minggu ini ND mendapat title baru iaitu baby sitter selama 5 hari. ouchh!! si papa pergi camping jadi si mama perlu mengambil alih tugas si papa.. apakan daya si mama nak menolak kan ;(

uhuuu.. yeahh ND sekarang menjadi baby sitter kepada dua ekor anak yang sangat degil! caittt. sungguh degil si bitbit itu. sanggup dia gigit tangan mama!! anak derhaka ini budak. tapi tak sampai hati nak marah sebab bitbit pasti membuat muka toya bila mama marah kan ;(. tuhlah papa manjakan sangat bitbit dengan momo nih. suka buat mama marah kan~

hari-hari nak makan banyak. dah bagi seorang sikit pon tak cukup lagi. memang pelahap mentekedarah punya anak. ishh3. sian papa dengan mama nanti kena beli pallet banyak-banyak lagi. papa pun suka bagi makan banyak sangat. tuh yang momo pon dah mengalami tumbesaran tubuh badan yang amat dahsyat~ kang kena obesiti mama tak mahu bawa pergi klinik yerk.

kalau nampak jerk mama datang mulalah si bitbit tak reti duduk diam. dengan besi rumah digigitnya semata-mata minta jasa baik mama supaya bawa dia keluar. bila mama bawa keluar habis diselongkar, keluar masuk almari. aippp. memang sungguh aktif dan degil bitbit nih. tak reti nak duduk elok-elok. malu mama nak bawa jalan-jalan taw ;(. momo pon lebih kurang jerk. dahlah kaki tuh dengkot sebelah. ada hati plak kan nak main sorok-sorok dengan bitbit. ishhh.. memang mengundang kemarahan mama jerk nih.

bila waktu malam suka buat bising. mama nak tidur selalu jerk terjaga. anak-anak tak kesian dekat mama ke tak cukup tidur?? bila mama buat kerja, buat nota maka sibuk jugaklah dia membuat bising. mama nak jerk bagi ubat tidur biar aman kejap dunia mama nih. tapi tak sampai hati plak. kang papa tahu habislah mama kena nanti. tengok!! betapa sayangnya mama dekat bitbit dengan momo taw. walaupun ini adalah kali pertama mama jaga momo dengan bitbit. janganlah plak cakap mama nih mama tiri. dalam keadaan sekarang papa jerk yang boleh dan sesuai menjaga bitbit dengan momo. bukan mama tak mahu jaga tapi mama perlu mengikut peraturan. lagi pun dekat rumah papa kan boleh main lari-lari. rumah papa besar tak macam bilik mama nih.

hari ini mama akan kembalikan bitbit dengan momo kepada papa. mama perlukan waktu dan ruang untuk membiasakan diri dengan keadaan. bitbit dengan momo jangan sangka yang bukan-bukan. mama sayang denkat bitbit dengan momo walaupun kuat melantak macam gajah, suka buat sepah dan macam-macam lagi. nanti bila mama dah beli rumah besar macam rumah papa, mama jagalah bitbit dengan momo yerk. nanti mama siap buatkan playground untuk bitbit dengan momo main. tak delah main dekat tempat sempit tuh lagi. bitbit dengan momo nak makan banyak-banyak sampai gemuk gedempol macam gajah pon boleh. tapi kena sabarlah yerk sayang. mama minta bitbit dengan momo faham situasi mama sekarang nih.

















nOta kHaki:sangat comel kan anak-anak Papa dan Mama <3

malam ini..

salam dan selamat pagi..

malam ini jamuan makan malam Jabatan PJPK..
tema red carpet..ouchhh!!
tema yang telah mengundang banyak masalah..
dan ND adalah pencetusnya..wowww3..how dare you ND??

malam ini malam melaram..
pakai baju cantik-mantik ikut tema..
meraikan si pelajar semester 8..
ohhh..terharunya hati!! i like~

malam ini malam kemuncak..
malam ini malam perpisahan..
malam ini akan menjadi kenangan..
sama ada pahit mahupun manis..

malam ini jangan pandang ND sebelah mata..
silalah buka mata seluas dunia..
and bare in your mind okeh..
because i'll show off myself tonight.. ;)






nOta kHaki:silalah bersiap sedia kepada yang mahu menyaksikan penampilan ND..muahahaha

Thursday, October 21, 2010

kisah pak guard

salam dan selamat tengah hari..

sejak musim nak exam nih rajin betullll ND update blog. mahulah tak kan. kelas tak de dah. kalau tak pagi sibuk dengan kelas memang jarang nak update blog. si berukband nih kalau malam meroyan sentiasa. langsung tak mahu bagi chance ND update blog. memang line macam haremmm kalau dekat asrama nih ;( ND bayar kot bil tiap-tiap bulan.

entry ini bukan nak kisahkan tentang beruband yang suka meroyan tuh. tapi tentang pak guard yang mahu ND ceritakan. daripada dulu sampai nak habis belajar dah nih ND memang bermasalah betul dengan incik-incik guard sekalian. pada mata guard, ND nih ada jerk yang tak kena. dan begitu juga sebaliknya.

ND nih jenis manusia kalau orang dah buat taik, buat paliang memang sure confirm pasti ND akan bermasalah dengan dia. jadi, janganlah cuba membuat onar dengan ND yerk. ND pon tak mahu membuat angkara terhadap manusia lain. macam tuhlah kisahnya dengan guard nih. asal ND keluar jerk dekat pos pengawal tuh mesti kecoh. seluar ketatlah, tak boleh pakai seliparlah, sticker tampal salahlah. aisehhaii. itu cerita dulu-dulu punya. siap nak bergaduh dengan guard sebab seluar. dan akibatnya pas keselamatan kena rampas. tuh baru satu cerita. banyak kisah lagi tentang ND dengan guard nih. hebat bukan mencari masalah??

tapi bila dah tukar guard baru okeh sikitlah dia orang nih. dah boleh ngam dengan ND. cuma adalah seorang dua yang suka jerkah-jerkah ND dekat pos pengawal tuh. tak pelah kan. lepas nih pak cik sekalian tak boleh nak jerkah ND lagi. silalah mencari pelajar lain untuk dijerkah. serius beb ND paling menyampah kalau kena jerkah. oitt!! ingat den nih telinga pokak ke?? cakap elok-elok tak boleh? syukur mak abah beri didikan yang sempurna supaya hormat orang tua. kalau tak memang sound direct jerk pak cik tuh..

nih dah hari-hari terakhir untuk meninggalkan maktab, nampaknya ND pun sudah mula merobek peraturan yang sedia ada. peraturan perempuan kena ada dekat asrama sebelum pukul 9 dah ditarik balik. so lepas nih bolehlah berfoya-foya di luar sehingga jam 11 malam. oohhh sangat best. tak perlu nak gopoh-gapah balik asrama. mungkin sebab banyak sangat tragedi berlaku kan. ada baiknya peraturan tuh ditarik balik. nihlah kata orang tua. kerana nila setitik rosak susu sebelanga. ;)

nOta kHaki:sayangnya mahu tinggalkan perlis..sobss3

cerita kita bersama

salam dan selamat pagi semuanya..

detik-detik untuk menunggu 9 november 2010 semakin tiba. ishh. sekarang nih asyik nak touching jerk. mahulah kan tak touching. dah semester 8 pon. nak tinggal semua kawan-kawan dekat IPG nih. sobbss3 (T__T)

5 tahun setengah bersama sejak 2005. tapi sekarang tinggal 19 orang jerk daripada 20 orang. sebab minder kemalangan dan kena tangguh pengajian. aisehaii. kan tak best bila graduate nanti tak cukup column ;(.

banyak cerita suka dan duka antara kita semua. yang manis jadikan kenangan dan yang pahit jadikan pengalaman. *nak mula touching dah nih* ND pun salah satu manusia yang selalu menimbulkan masalah dalam kelas. hahaa. bajet kan besar kepala. yang tak suka yang tak setuju pasti ND orang yang pertama. direct to the point!! tak de selindung-selindung dah.

bila dah bersama selama 5.5 tahun masing-masing dah tahu perangai. sabri yang dulu tak berani nak cakap sekarang bukan main hebat lagi. cik mie yang dulu chubby macam dottie sekarang pon dah slim macam ND. *ayat apakah itu? perasan betulll* fiza dengan cik din pon dah couple sekarang nih. mana yang putih dah tak putih lagi. dan mana yang gelap tuh semakin gelap *tak mahulah sebut siapa orangnya..kang kena fire plak den* (O_o)

terlalu banyak benda yang ingin dikongsikan. walau cuma perempuan 4 orang dan lelaki 15 orang. wahhh. back up besar budak perempuan nih. tapi selalunya budak perempuan yang back up budal lelaki. lebih-lebih lagi hal tak datang kelas.. ishh3.. *geleng kepala ND taip ayat nih*

meh jom layan video nih. didedikasikan oleh Iqbal untuk classmates tercinta. sedih ooo tengok video nih.. nak start touching dah....





nOta kHaki:kau sentiasa di hatiku~~

Wednesday, October 20, 2010

terbaik daripada si kekasih

salam semuanya..

hari ini 20.10.2010.. best bukan tarikh hari ini?? on top of that, i want to make a special entry to my lover..keh3..ayat pon macam tunggang langgang jerk nih.. (O_o)


ini adalah hadiah hari lahir ND yang dah sebulan berlalu. ini adalah hadiah terbaik dalam hidup yang pernah ND dapat. walaupun mungkin tidak semahal emas intan permata tapi usaha si dia untuk menghasilkan potret ini sungguh mengharukan sanubari ND. belum pernah lagi ada manusia yang bergelar kekasih memberi ini kepada ND. sobss3


meh jom tengok couple potret yang si dia hasilkan untuk ND. dan ini adalah kali pertama dia menghasilkan couple potret. ouchhh!! bangga aii nyah~~





potret nih saiz kertas lukisan jerk. cuma setelah diframekan maka potret ini telah menjadi besar. puas tuh tengok tiap-tiap hari. disebabkan tempat dalam bilik ini adalah terhad, maka dengan itu ND telah letakkannya di atas katil. manusia-manusia yang singgah bilik pasti akan tertoleh untuk melihat potret ini dan sekali gus akan berasa teruja. woowww!! sweetnya. aii nak potret macmca nih juga. berapa ekh harga potret buat macam nih?? *hahaa..ini adalah ayat yang telah diubahsuai*


meh kita tengok yang close up punya. tapi ND rasa macam chubby juga dalam potret nih. padahal gambar yang dia guna tuh masa ND shoot time bulan puasa. aisehhaii. barulah nak berangan jadi kurus dalam gambar. ;(





cikgu cakap: siapa nak tempah potret boleh KLIK SINI.


nOta kHaki:kanda, dinda suka kalau kanda lukis potret dinda banyak-banyak *ini ayat nak minta potret lagi*

Tuesday, October 19, 2010

rindu segalanya

salam semuanya..

ini adalah entry pendek. sangat jarang ND akan update blog di waktu petang. mungkin hari nih BB tidak meroyan seperti sedia kala. i lap u lah BB!!ngeh3

aku rindu pada semuanya
pada segalanya yang berlaku dalam hidup ini
yang manis mahu pun yang pahit
yang suka mahu pun yang duka
tak ku peduli apa yang telah merubah diri ini
kerana itu lumrah kehidupan manusia
biar banyak mana halangan
biar setinggi mana pun cabaran
biar sedalam mana pun lautan pancaroba
akan ku cuba harunginya dengan sabar
kerana liku-liku kehidupan mendewasakan aku
sehingga aku berdiri pada hari ini
aku hari ini bukanlah aku 10 tahun yang lalu
dan kehidupan aku pada masa akan datang
telah ditentukan oleh Qada' dan Qadarnya
dan aku juga pasrah dengan ketentuan-Nya....


nOta kHaki:sebanarnya nak tulis entry pasal rindu nak memasak. sekarang jadi entry lain plak. aisehhaii~~

masa semakin tenat

salam semuanya..

masa semakin tenat. yeahh. kalau orang nazak, nafas tuh dah tersekat dekat kerongkong jerk. kira masa sekarang nih dah parat-parat hidung jerk.

tiga minggu lagi untuk ND menghabiskan sisa-sisa kehidupan sebagai guru pelatih. oohhh. tahun depan bergelar GURU!! dahsyat nih. dah lama nak dapat gelaran tuh. tak sama dengan feel masa buat praktikum. mampukah ND??

kepada adik-adik junior tersayang, mesti korang semua rindu pada akak senior yang seorang ini. yang sellau menimbulkan masalah, yang membuatkan kalian ketawa, dan macam-macam lagi benda yang ND dah buat. aishh. nak buat ayat touching plak dah nih.

tinggal seminggu lebih jerk lagi nak final. study pon tak habis lagi. seminggu untuk study tiga kertas. mahu juga demam lagi nih. harapnya soalan tak mendera mental ND macam sebelum nih. dan tiga minggu lagi untuk berjumpa dengan si kekasih. lepas exam, balik rumah terus!! nihlah padah KISSM tak de. tahun depan posting entah di mana-mana. memang tak jumpalah si kekasih nih. lainlah kalau posting dekat perlis atau kedah. mahunya dapat nun di sabah ke sarawak, tak ke niaya nanti. ;(

nOta kHaki:nak posting jerk terus dekat maktab nih boleh tak??

photoshoot KEBAYA

theme: kebaya
date: 9 october 2010
location: arau
talents: Noah Darham, Bella Alias, Liana Hany & Izzati
photogs: Dya, Cikgu Own, Hasnizam, Aziman, Ahamad Suhaimi, etc

















nOta kHaki: i love KEBAYA <3

Sunday, October 17, 2010

merah terbakar

salam and morning fellas..

sepatutnya entry nih published malam tadi. tapi disebabkan kebengongan berukband maka ia pon publish hari nih. pity me uhh??

semalam ada karnival sukan dekat IPSAH. dan syukur alhamdulillah team netball jadi JOHAN. team bola sepak plak dapat tempat ketiga. tahun nih saja team netball dah jadi JOHAN sebanyak dua kali dalam karnival yang kami sertai. alhamdulillah....

tapi banyak juga yang tak best semalam. biasalah kan. setiap benda pasti ada kekurangannya. paling haru bila tiada makanan disediakan walau pun pendaftaran kena bayar RM60. adoyaii. datang setakat lawan kemudian kalau team kalah awal balik. kesian beb. netball tak pe jugaklah kan cuma ada 5 team. bola sepak tuh kesianlah sebab banyak team. yang datang jauh-jauh macam kita orang daripada perlis nih. bila beli makanan dekat kafe, lauk plak seperti hidup segan mati tak mahu.. huahuahua. akhirnya ND makan nasi dengan lauk telur. gagal untuk memenuhi tuntutan CIK PERUT yang sudah lima hari tidak makan nasi. pity me again.. ;(

tapi tidak mengapalah kan. at least kemenangan sudah di tangan kami walau pun perut berdondang dendang. lagipun maktab ada bagi duit RM10 setiap orang. kot-kotlah menang nih maktab bagi duit lagi kan. siapa tahu rezeki tak nampak nih kan. semalam pon kali pertama ND jadi pengadil netball. syiok jugaklah meniup si wisel tuh. coach ND yang suruh sebab nak gilap bakat terpendam. hua3 ayat memang tak boleh blah betul. (o_o)

bila dah main game macam nih kulit pon sudah pastinya bertukar warna. ND yang jadi pengadil nih pon dah merah-merah mak ngah apa tah lagi team ND yang main. cuaca semalam memang agak dahsyat jugalah. kalau dah libatkan diri dalam sukan memang payah nak dapat warna kulit seperti asal.

nOta kHaki:bila entah nak study nih ;(

Thursday, October 14, 2010

.bitten by CHARLIE.

salam and morning fellas!!

uihh. dah lama betul tak tulis entry guna english. tak pelah. sekarang bulan bahasa kebangsaan. writing using malay is better. ngeh3

My armpit was bitten by charlie. itu tajuk berita pagi nih. siotlah charlie nih. mula-mula ingatkan melecet tapi rupa-rupanya si charlie yang gigit. weih sakit der. macamlah tak de tempat lain nak gigit kan. dahlah ada LIMA kesan gigitan dia tuh! uhhh dahsyat beb!! nasib dia tak naik dekat muka. syukur~ tapi sakit juga bila dia gigit dekat armpit nih. tak selesa semua pun ada. lagi-lagi kalau berpeluh. uhhh pedih kot.
pesanan untuk si charlie:
tak pelah kalau nak gigit pon. tapi jangan sangka ND tak akan ambil tindakan yerk. memberi amaran kepada binatang?? ohhhh what the fish ND??


nOta kHaki:kepada orang-orang yang nak emo tak tentu pasal, sila muhasabah diri anda dulu~~

Sunday, October 10, 2010

hari ini 10.10.10

hari ini tarikh istimewa.. tak kan ada lagi 10.10.10 selepas hari ini..


hari ini....

syukur masih bernafas di bumi Allah
dikasihi oleh si cinta hati
88 hari tak jumpa emak
117 followers blog
1658 friends FB
sudah 23 tahun 27 hari
sudah 32 hari bersama dia
sudah 193 hari kenal dia
danish berusia 1 tahun 11 bulan 27 hari
tinggal 21 hari final exam
terkenangku pada abah


nOta kHaki: mata terbeliak besar tengok 'tinggal 21 hari final exam'

10 oktober 2010

10 oktober 2010 a.k.a 10.10.10

best sangatkah tarikh tuh? berkeramat amatkah tarikh itu? atau kerana kesemuanya adalah nombor 10? kalau minah dan mat salleh sebut TEN TEN TEN. minah dan mat jawa sebut plak SEPULUH SEPULUH SEPULUH. uishhh. semput nih nak sebut sepuluh banyak kali.


manusia lazimnya sukakan sesuatu yang unik. macam tuh juga dengan tarikh. 01.01.01 lah, 02.02.02 lah, 03.03.03 lah. dan sekarang 10.10.10 plak. hebat betul angka-angka nih kan. unik ke semua nombor-nombor yang ND tulis tuh? atau ianya sekadar angka yang tak memberi makna apa-apa??haaaa. siapa boleh jawab?? angkat kaki cepat!!!!


ND pon suka juga dengan nombor-nombor nih. sebab tuh ND suka nombor 139. semua nombor ganjil kan. mungkin bagi ND nombor genap tak berapa nak best kalau bandingkan dnegan nombor ganjil. nombor genap senang nak kira. 2,4,6,8 dan seterusnya. kalau nombor ganjil nih ada jugak yang gagap nak sebut kan. *geleng kepala* haaahhh. jangan nak tipulah. ND pon kadang gagap juga kalau sebut nombor ganjil. mungkin kerana itu nombor ganjil istimewa dan unik.


macam nombor 10. bagi ND tiada apa yang best sangat ;). walaupun susunan tarikh hari ini adalah 10.10.10. cuba kalau nombor ganjil. 09.09.09 kan lagi best kan?? *sila angguk kepala*. mesti ramai orang yang pilih tarikh hari nih buat sesuatu yang memberikan memori paling manis dalam hidup. macam tunang ke nikah ke couple ke. kan kan. ND punya tarikh anniversary lagi best - 08.09.10.. haaaa. kan lagi senang tarikh tuh. berderet jerk nombornya. nak ingat pon lagi senang. jangan tanya kenapa ND pilih tarikh itu sebagai anniversary. ;)


yaaa dan pada tarikh keramat 10.10.10 ini tiada apa yang best pon ND buat. apa tah lagi keluar berdating dengan si YY. dia pon sibuk dengan projek kereta dia. ishh. jeles plak tengok mini kereta futuristik yang dia buat tuh. nasib jerklah ND nih tak berfikiran kreatif macam dia. kalau tak mesti lagi advance kereta ND *hahaa..puji diri lagi..tak baik taw* dan esok yerk anak murid sekalian. sekali lagi cikgu nak beritahu. esok isnin Cikgu kena buat presentation tesis. adehh adehh. turn ND nombor 5 beb. adoyaii. sejak pagi tadi perut dah berdondang dendang. apa yang jadi esok nanti ;(

nOta kHaki: cinta kosmik mu yang membara..cinta kosmik mu yang menyala....
(O_o)

Friday, October 08, 2010

~wah terharunya oleh cik kumbang~

anak murid lekas bangun!!
assalamualaikum dan selamat pagi~


sob..sob..sob.. tetiba ND terasa sangat terharu apabila cik kumbang sudi buat special entry untuk ND. terima kasih daun keladi yerk cik kumbang. touching beb. adehh. nak tahu lebih lanjut meh KLIK SINI ekh..jangan klik tempat laen taw~


cik kumbang,
aii jeles taw tengok page you.. macam best gitu haaa. dahlah comey sebab ada babybrid *apakah??* lepas nih gerenti nak tengok selalu blog you.. uhuuu.. apa pun terima kasih untuk special entry tuh. really love it.

nOta kHaki:siapa promote blog ND, ND bagi upah senyuman. cik kumbang dah dapat upah senyuman tuh~~

Thursday, October 07, 2010

peperiksaan..perlukah??

salam dan selamat petang you all....

sekarang ND sedang menunggu dak kutun bersiap sedia. katanya nak pergi cari shawl. i am wondering dekat mana dia nak cari shawl. perlis nih payah gaklah nak mencari shawl yang up to date punya. sebab itu ND selalu shopping shawl dekat KL. tak pon online jerk senang even harga mahal sikitlah. tapi berbaloi kot. tambang pergi balik KL dari Kangar jerk dekat rm100 kot.

ehh.. kenapa perlu ada exam? hahaa. ini satu isu daripada ND. daripada mula tadika sampailah dah nak grad nih-EXAM EXAM EXAM!! aii hate exam tau nyah. sakit kepala den nih kalau time exam. kalau benda yang boleh jawab pakai otak cincai-cincai boleh lagi. kalau benda yang fakta macam anatomi tuh.. perghhh!! tapi nasib baik exam anatomi dapat A. jangan tak tahu exam semester lepas ND sampai demam. itu semua kerana penangan subjek psikososial sukan..mantaplah dia punya soalan. segala zaquan adha, nama kampung kat negeri johor pon ada. sah-sahlah kan IPG kat johor yang buat soalan itu..

opp opp.. perlu hold dulu entry nih. setakat ini jerk cerita di waktu kepetangan ini.

nOta kHaki: hebat perutku kerana sudah 5 hari tidak makan nasi~~

.i am good for nothing.

you are just to good to be true..
i cant take my eyes on you..

ehhhh3..pagi-pagi nih dah nyanyi plak. apa kehal nih yong?? eheee.. saja nak mengasah bakat terpendam nih. siapa ekh nyanyi lagu tuh? lupa plak nama makhluk seorang tuh. ada sesiapa ingat tak??


tak ingat yer tidak mengapa. ND pon malas nak ambil port. cuma teringat kembali era keGOJESan semasa zaman sekolah dulu. hakk tuiii hang!! perasan amat!! serius beb. ND bukan manusia jenis masuk bakul angkat sendiri. tapi itu kenyataan. hahaa.. ayat senang nak bagi tahu ND memang glamour dekat sekolah. geleng kepala tak percaya?? lantak hanglah.. cheq tak heran hang nak caya ke tak.. ;)


i am good for nothing.... apa ekh? tajuk entry sebenarnya tak de kaitan pon dengan isinya.. saja kan nak gempak jerk lebih. macam tak tahu ND nih suka buat kecoh macam mak ngah balik kampung. MINAH KEPOCHI kan. sebenarnya dah tak tahu nak tulis apa nih. nanti ada idea ND sambung entry laen plak. kepala terbengong jap..

nOta kHaki: nak sambung nyanyi lagi.. i love you baby dont bring me down i pray i need you baby~~