Monday, November 29, 2010

mood si pemalas..



salam buat semua..

sudah seminggu blog ini dibiarkan..
ini sekadar entry ringkas..
menandakan diri empunya blog ini masih ada..
cuma mood sudah bertukar yaaa /wahaha




kalau cuti biasalah kan..
blog pon harus mahu rehat kejap..
dan ND mahu pergi merehatkan minda ini..
dan lagi sekarang berada di kedah..
semalam dan semalam lagi pergi shopping dekat Padang Besar..









nota buku dan pensel:
ehh..entry tergantung..nanti ada masa update lagi..aisehhaiiii

Monday, November 22, 2010

cantik kan heels gladiator nih....


semalam ND deactivated FB.hmmm.kan tak pasal-pasal kena tazkirah dengan Jejaka Kacak.padan muka sendiri kan.panjang lebar tazkirah kau dapat.free plak tuh.kau kan dah lama tak dengar tazkirah kan.tuhlah.masa ada tazkirah dekat surau nurul iman, kau main ngelat.dengar dekat bilik jerk.tapi semalam secara langsung kau dapat dengar dekat telinga tuh.tazkirah dekat surau nurul iman pon tak selama tazkirah yang kau dapat semalam..ngeh3



dah sudah.itu cerita semalam.kepada Bella; akak ada sebab kenapa deactivated FB semalam.hari ini dah aktif balik /wahaha.kalau deactivate lama-lama nanti hilanglah keGLAMOURan ND nih.hak tuihh!!dalam keadaan macam nih pon nak perasan tak habis-habis.memang muka tak malu sungguh manusia yang bernama NOAH nih..yer saya mengaku.saya memang muka tak malu /blush.

kalau ada masalah, jiwa tengah kacau, mood memang spoil habis-satu jerk yang ND buat.MENDIAMKAN DIRI.mendiamkan diri dari segalanya.dari FB, blogging, malahan telefon tuh kalau bunyi memang sedaya upaya cuba pekakkan telinga.bukan niat diri untuk mengenepikan semua itu tapi perasaan ini tika celaru, tika keliru, otak tidak dapat berfungsi dengan waras.akibat mengikut kata hati, hahhh ambil kau!!kan dah dapat tazkirah free!!!! /floor

itu kelemahan diri ND.segala masalah yang ND dapat seboleh-bolehnya cuba diselesaikan sendiri.biarlah orang tak tahu apa masalah ND.sebab tuh orang tengok ND nih huru hara sana sini.tapi dalam hati berselirat segala benda.ND tak reti nak luahkan apa yang terbuku dalam hati nih.hatta dengan bestfriends daripada umur 6 tahun pon.dengan adik beradik sendiri pon ND tak luahkan masalah ND.bukan tak percaya tapi mulut ini gatal tak reti nak luahkan dekat orang lain.anggapan ND bila pendam seorang-seorang ini-TAK MAHU MENYUSAHKAN ORANG LAIN.itu jerk.bukan niat ND nak mengenepikan kehadiran dia dalam hidup.tapi biarlah ND rasa sakit sendiri.tak mampu nak lukakan dan tambah masalah dekat orang lain.

mungkin sebab dah lama single.yerlah kan.bila single semua pon buat sendiri.tapi ND memang begini.tak couple pon ND akan selesaikan semuanya sendiri.kalau minta pendapat daripada kawan-kawan pon ND akan guna kiasan.abah yang ajar ND supaya hidup di atas kaki sendiri.ehh ehh.kalau ND hidup atas kaki orang lain habislah.larat ke dia nak angkut ND ke sana ke mari??hahaaa.sebab tuh bila dengan spesies berlainan jantina *ayat kemas* ND akan tunjukkan yang ND nih memang keras kepala, keras hati, kepala batu.sebab??sebab ND tak mahu spesies berlainan jantina dengan ND nih pijak kepala, pandang rendah dekat spesies macam ND.semua yang ND buat ada sebab....kalau tak de sebab tuh sengaja nak cari publisiti.ahaaa

pandangan pertama orang tentang ND mungkin ramai yang beranggapan ND nih sombong, bongkak, muka ketat.itu orang cuma tengok dekat luar jerk.pada hal ND sebenarnya lain daripada yang itu.memang trade mark ND muka ketat *ini adik-adik junior yang panggil okay* tapi muka ketat pon hati ND masih baik ooo.haaa nih dah start nak masuk lif tekan sendiri /XD.

best apa buat muka ketat kan.nak tahu kenapa ND cakap best??tunggulah entry lain ekh.tak bestlah kan kalau semua benda nak cerita dalam satu entry jerk.kita buat hot gossips lain kali plak okay.barulah you all nak datang jengah blog ND cap arnab nih kan ;)





*gambar saja nak tunjuk heels gladiator yang cantik nih.ND punya okies!!!! *



nota pensel dan buku:
kelebihan diri seseorang akan menutup kelemahan diri orang lain (O_o)


nota pen dan buku:
tajuk entry tak de kaitan langsung dengan isi.harap ampun~

Sunday, November 21, 2010

nyah sudah..



akaun Facebook sudah dinyahaktifkan




nota pensel dan buku:
hidup kosong dengan tiba-tiba....

Saturday, November 20, 2010

menciklah!!jangan buat I jadi monster okay~



huhhhh.rasa macam nak sepak takraw terajang jerk sekor-sekor!!sungguh I sangat bengang tahap bangang!!!!glupp.bila bengang tahap bangang tiba-tiba I jadi speaking plak kan.aisehhh.hebat sungguh I nih.so siapa yang nak I speaking silalah buat I bengang tahap bangang okay~


gara-gara danish si budak kecik tuh I jadi bengang!!ehh korang tahu kan kalau bengang tuh rasa dia macam mana??huhhh.I nih dah hot-tempered, out spoken lagi.so sesiapa yang dah buat taik dengan I memanglah free-free jerk kena serbu dengan mulut I yang dah banyak duit insurans nih.takut kan??tak kiralah orang muda ke orang tua ke.yang salah tuh tetap salah.kalau I marah I memang tak de peraturan.ishhh.bahaya I nih kan.



kalau I tak marah direct pon I akan sindir-sindir, perli-perli.hahh!!macam adik I dengan suami dia nih.I dah pesan jangan bawa Danish keluar sebab dia nak tidur.degil kepala ferum bawa juga.si laki dia pon sama.nih nenek tua tuh punya pasallah.tak habis-habis nak touching sebab I jaga Danish.amboiii nenek.cucu nenek kan berderet-deret dekat rumah tuh.bukan nenek jerk yang ada hak nak jaga Danish okay.kang kalau I dah mula mengeluarkan fakta yang auta nanti tercengang nenek nak faham.nasiblah I nih tahu lagi nak hormat orang.kalau tak memang I dah pergi ambil si Danish tuh dekat rumah nenek tua yang bila cakap nak jerit-jerit.macamlah i nih PEKAK kan.



arghhh!!I cukup mencik bila orang saja nak buat pasal dengan I.I tak suka nak masuk campur hal orang tapi kalau benda yang melibatkan adik-adik I, I memang akan hangin super duper kalah monster tahu!!nih baru sebab Danish.tengok nanti minggu depan I balik kampung, jangan sesekali tanya bila I nak bawa balik Danish ke Johor.amek kau.balasan terhadap orang-orang yang telah menyebabkan I tidur sorang-sorang malam nih tahu!!baru puas hati I./nobigdeal




I memang sayang Danish lebih daripada diri I sendiri.walaupun Danish tuh cuma anak adik I tapi kenyataannya I memang tak boleh kongsi Danish dengan orang lain lebih-lebih keluarga ayah danish tuh.ehh I bukan benci tapi I tak suka jerk.tak sama kan kan??sebab tuh I suka bawa Danish balik kampung.I ada sebab sendiri kenapa I buat macam tuh~ /blush.heiii.yang nak blushing nih kenapa plak??hempuk kepala tuh dengan kelapa nih mahu????


I cuma jumpa danish bila I balik Johor jerk berbanding dengan nenek tua tuh.sepanjang I tak de dekat Johor nih si nenek tua tuh yang jaga.tak boleh ke nenek tua lepaskan Danish kepada I untuk tempoh tak sampai dua bulan nih??padahal *nak ulang banyak-banyak kali juga* dekat rumah nenek tua tuh ada 6 orang cucu-cucu dia.tak cukup ke apa yang ada dekat rumah tuh??pelik lagi weird lah I dengan perangai nenek tua nih.hampeh tahu??


dahlah si Danish nih satu-satunya cucu yang keluarga I ada.mama Danish tengah on the way deliver next baby on march 2011.nak tunggu I??huishhh.lambat lagi kot.adik bongsu I belum ada rezeki lagi sejak dia keguguran.huhhh.sure confirm adik danish nih pon nanti jadi rebutan juga.tapi mama danish dah awal-awal cakap dengan I dia nak berpantang dekat rumah sendiri.haaa tengok.adik I yang cakap macam tuh dekat I tadi petang okay.dia siap suruh mak datang jaga dia pantang lagi.bukan si mak mertua dia tuh.



nota pensel dan buku:
ada sebab kenapa I tak suka dengan NENEK TUA tuh..mencik!!



penganggur super kebosanan..


yeaaaaaaa..
I sangat bosannnn.uhuu.lagi super duper bosan sebab ND sorang-sorang jerk dekat rumah nih.danish pergi rumah nenek tua dia yang sedang merajuk tuh.menciklah kalau orang tua merajuk.touching bagai nak rak.macamlah si danish tuh cucu dia seorang.padahal cucu-cucu dia berderet kottttt.okeh stop mengumpat..ffttt~




baru seminggu dapat gelaran penganggur.ehh silap-silap.baru seminggu dapat kerja tanam anggur dekat rumah nih.huhhh.superb bosan gila.nasiblah ND tak sempat jadi gila lagi kan.kalau tak mahu juga menaip entry yang gila bahlul bangang.oppsss!!nak jadi cikgu kena guna bahasa elok-elok okeh.babab mulut tuh nanti kang.ehh ehh.ND menaip guna mulut ke??hahaaa.ini adalah simptom-simptom kegilaan akan melanda..caitttt~




*heiii.baby kecil comel nih pon dah bosan tahu tak!!apa entah lagi si ND yang memang sejak azali comel nih.lagilah bosannnnnnnn*



kalau ikut rancangan awal, sekarang nih ND dah ada dekat kedah.berfoya-foya di rumah bakal mak mertua.ehheee.bukanlah berfoya-foya pon.cuma nak pergi jalan-jalan dekat sana dengan danish.tapi disebabkan demam yang melanda sehebatnya Badai Mentawai, maka hasrat itu harus ditunda dahulu.lagi parah sebab danish pon sama-sama demam juga.hampeh lah budak kecik nih.ehh jap.korang tahu Badai Mentawai tuh apa??geleng kepala tak tahu??tuhlah.lain kali tengok tv jangan cari kartun, hindustan, korea, semua tuh.berita kenalah tahu dulu.cehhh.ayat I memang ayat puaka kan??? /wahaha


bila jadi penganggur dah bosan tahap gaban dekat rumah, memang dapur rumah ND memang selalu berasap.danish pun suka jugalah bila ND nih masak macam-macam.silap-silap budak kecik tuh yang overweight.bukanlah tak mahu keluar.tapi dekat sini pagi sambung ke tengah hari sambung ke petang sambung ke malam, hujan jerk.memang waktu yang sangat sesuai nak ternak badan.biar yang si kurus-kurus aneroksia dan bulimia tuh tidur banyak-banyak biar otot cepat naik.ehee.tak delah jadi sekeping papan disorong papan kan.buah keranji di dalam perahu.hahhh.sila sambung pantun nih cepat.kalau tak nanti korang berak sembelit lima hari!! ;)


ehh.ND dah penat membebel.nak pergi buat terjahan dekat blog-blog orang lain.kotlah ada cerita sensasi lagi kontroversi.nanti kita boleh share sama-sama kan.


nota pensel dan buku:
bosan itu perlu ada supaya badan dan otak boleh berehat daripada melakukan apa-apa kerja..huhhh..ayat apa nih??

Thursday, November 18, 2010

soalan cepu cemas



salam you all..hari nih dah hari ketiga ND demam panas+selsema+semput dan segala bagai penyakit lagi..dan terima kasih kepada paan sebab sudi tag ND ekh..dan saya mengambil masa selama sejam untuk menyiapkan tag ini ;( pity me huhhh




1. Apa benda paling penting dalam hidup anda?
nak list banyak-banyak boleh ke? ;)
HANDPHONE-LAPPY-WALLET (yang ada isi duit)


2. Benda terakhir yang korang beli pakai duit sendiri?
topup celcom RM5..tapi tauke kedai bagi lagi free RM5..ngeh3


3. Dimana tempat korang nak langsungkan perkahwinan & apa tema perkahwinan korang?
dewan PWTC boleh tak??tak pon dewan Indera Kayangan kat IPG Perlis nunn.ramai orang boleh datang.
tema??angkasawan campur dengan angkasawati ;)


4. Adakah korang sedang bercinta sekarang?
hahaa..ini soalan cepu cemas kan??YAAA..itu jawapannya~


5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
hingga hujung nyawa..amacam??


6. Novel/buku/majalah yang terakhir korang beli?
buku Dara edisi november..tapi mana entah letaknya..tak baca lagi pon ;(


7. Antara mak ayah korang , mana yang korang lebih mesra?
saya anak ABAH~


8. Namakan orang yang betul2 korang nak jumpa dalam hidup korang?
nak jumpa ABAH ;(


9. Adakah korang basuh baju korang sendiri?
of course beb..saya sangat rajin okeh~


10. Dimanakah tempat yang betul2 korang nak pergi?
Jepun dan Mekah..ohhh sweettttttt


11. Pilih salah satu , peluk atau cium.
ciummm??erkk geli-geli..tak mahu!!
peluk pon geli juga kalau kena dekat bahu..
conclusion:dua-dua pon tak mahuuuuuuuuuu!!!!


12. Beritahu 3 benda tentang orang yang tag anda.
kawan ND..
masih hidup *alhamdulillah*
dia orang yang comel ;)


13. Benda yang korang sayang sangat dalam hidup korang ?
benda yang dibeli dengan duit sendiri..kalau guna duit orang lain sayang sikit jerk kot..eheee


14. 5 lagu yang paling korang suka n slalu dengar :
Rihanna feat Eminem-Love the way you lie
Yuna-gadis semasa
lagi 3??tolong listkan boleh??


15. 5 blogger yang dipertanggungjawabkan utk jawab tag ini :


nOta kHaki:ada orang nak bawa saya pergi tengok harry potter part 1 tak??pleaseeeee

Monday, November 15, 2010

si merah hati terluka....

hari nih encik merah sampai setelah perjalanan selama 5 hari naik keretapi.sian dia naik keretapi lama-lama ekh.aloloooo.busuk-busuk ND.


sangat suka bila tahu encik merah dah sampai.sanggup redah hujan naik bas dengan angah nak pergi jumpa encik merah!!lantaklah hujan pon.bukan ada ribut taufan segala lagi.dalam bas asyik tengok jam jerk takut tak sempat nak jumpa.

tengah syok-syok borak dengan angah boleh plak kan bas nih mati.perghhh.dah pukul 4.30 petang nih.mangkukklah bas nih pon.dah tiga kali asal berhenti ambil penumpang jerk mati terus!!aisehhai.apa kes plak dah.bengang bengang.tapi demi encik merah ND sabarkan juga hati nih.

bila dah sampai dekat stesen keretapi, ND pon ternampaklah si encik merah.dahlah duduk bawah hujan *ada orang duduk atas hujan ke??*sian betul encik merah nih.dah pesan jangan duduk dekat hujan tapi diorang bukan reti bahasa pun.pakai sweater pun haruslah kan basah kalau kena hujan.hahhh ambil kau!!

papppp!!tiba-tiba terpaling pada suatu sudut.wahhhh.plat belajang patah!!!!mencik mencik mencik!!i hate youuu..rasa nak tumbuk-tumbuk jerk muka orang tuh tahu.berani betul membuatkan encik merah tercedera terluka terhiris tercalar.ishhh.muka ND time tuh memang tak boleh blah betul.boleh plak si mamat gumok tuh cakap daripada sana dah patah.hellooooo!!ND pos encik merah dalam keadaan baik okeh.siap balut dengan kotak milo yang ambil dekat hafifah tahu??memang nak kena nih kan.saja membuat onar pada encik merah i.uuuuu~

si mamat gumok tuh cakap kalau nak claim kena tulis surat.weihhh!!kaulah yang sediakan surat tuh.nih aku plak nak kena karang surat rasmi.mangkuk tingkat bertingkat-tingkat betul!!memang muka ND dah muncung lima depa.dahlah hujan, hati plak panas.nasib baiklah si kawan mamat gumok tuh hensem.sejuk jugaklah hati ND nih kan..kih3

tapi kehenseman wajah kawan si mamat gumok tuh tetap tak dapat menyejukkan hati yang membara nih.walaupun cuma plat jerk patah tapi aishhh.ada juga tempat-tempat tertentu yang calar tuh.ishhh.itu nasib baik balut.kalau tak balut lagi ada yang pecah sana-sini kot.


nOta kHaki:lepas nih panjang kaki sebab encik merah dah ada..boleh jalan-jalan cuci mata ;)

Saturday, November 13, 2010

saya memang ego dan pendendam.sekian.





morning morning morning and morningggggg~

ehee.ND sedang lepaking dekat McD sambil menunggu si tukang masak menyiapkan chicken porridge dengan apple pie.nyumm nyumm.kalau dekat PERLIS perghhh memang simpang petala kelapan nak dapat makan McD nih.paling dekat pun kena pergi Alor Setar.punyalah sedih kan tinggal kat PERLIS ;(


entry nih bukanlah nak cerita pasal tak dapat makan McD sepanjang jadi penduduk tetap dekat PERLIS sana.bagus jugalah kan tak de McD.kalau tak mahu juga tiap-tiap minggu lepak McD macam sekarang nih.sekarang kita balik kepada tajuk asal yerk murid-murid ;)

murid-murid tahu tak ego tuh apa??pendendam tuh apa??kalau tak tahu sila rujuk kamus.cikgu ND malas nak terangkan okeh.mehlah sini dengar satu cerita penglipur lara.maaf yerk ND memang tak reti nak kias-kias sebab kias-kias nih buat otak serabut tak faham.lebih baik direct to the point.senang kan??

yeah ini adalah pengakuan berani mati.ND memang ego dan pendendam.so what??you have problems with that things?nak kata ND hutang anda silalah nak kata apa-apa pun.orang lain yang tak tengok tuh bukan ND.orang lain, orang lain punya pasallah kan.tak de kaitan dengan ND pon kalau mereka-mereka tuh bayar.dan memang ND tak nak bayar pon duit rm10 tuh.JELAS??

ye memang sebab dendam lama.memang ND pendendam.pon sebab diri anda juga.tak ingat segala hutang-hutang anda??heiii.hutang tuh bukan setakat duit jerk tahu.ingat semua benda yang melibatkan hutang adalah duit?ehee.ke anda memang mata duitan?nasiblah kan diri anda sebab kenal perempuan yang salah macam ND nih.syukur juga hubungan itu tidak mendapat restu daripada pihak keluarga anda.bak kata orang-orang di luar sana:hubungan tanpa restu tak kan berkat~

nak memaafkan manusia memang mudah.yea dan ND memang sangat mudah untuk memaafkan orang.tapi ingat.melupakan tak mudah seperti memaafkan perbuatan orang.itu ND!!pendendam kah namanya itu?hahhh.lantaklah kan.ND tak dapat gambar tuh so ND tak hutang apa-apa pada anda.dah tersangat jelas lagi tak berselindung.lainlah kalau ND dapat gambar then tak bayar kan.so sendiri mahu ingat bro.ND pon dah terlebih mengingatkan diri.dah terlebih cermin diri.dah terlebih muhasabah diri.orang yang tak sedar diri jerk yang tak kan perasaan salah sendiri.mungkin juga anda kena guna cermin ajaib supaya sedar diri tak??ngeh3..ohhh dan ND masih ingat lagi perkataan 'prostitute' yang anda tinggalkan dan padamkan di wall friendster ND beberapa ketika dahulu.hutang tuh beb kalau tak minta maaf~so kita fair and square kan kan (O_o)

blurpp.kenyang amat makan pie apple nih.sedap-sedap hingga menjilat jari.auwww!!dah sudah.luahan setakat ini sahaja.sekian terima kasih kerana anda sanggup menjengah ke ruang blog yang comel ini ;)


nOta kHaki:bella, walaupun I kakak veteran tapi I still muda belia dan comel kan? ;)

Friday, November 12, 2010

ini hari terakhir..simpan air mata anda~



hari ini hari terakhir ND di Perlis.jangan pernah ada rasa nak jumpa, nak cari ND lagi.heiii simpan siap-siap air mata tuh kalau nak jumpa ND okeh!!kalau keluar juga embun mutiara tuh sumpah ND sepak terajang laju-laju okeh~*sumpah ND tak berani buat..ngeee*



kepada Maton Saad;
akak sayang kamu lebih daripada segalanya *tapi sayang Yusuf lebih lagi ;)*kalau akak nih lelaki sure confirm pasti kita akan jadi hot couple dekat maktab tuh..serius nih.kita kan selalu dancing sama-sama, gosip sama-sama, tengok wayang sama-sama, tidur sebilik, sebantal, setilam, pakai baju, shawl, inner, seluar sama-sama..heiiii banyak betul benda yang kita buat sama-sama kan??tempoh 4 tahun itu tersangat pendek.sungguh pendek.rasa macam baru semalam akak tengok kamu baru daftar masuk IPG.dengan muka kerek gila, sombong tak tentu hala, mata jelingan maut.perghhh!!akhirnya kita jadi serapat ini seperti kakak dan adik.banyak yang sama tentang kita.makan, minum, suka, tak suka, semua ada dalam kepala.dan tentu sekali yang tak boleh lupa kita masak spagethi sama-sama dan melantak macam orang tak makan 3-4 hari~

akak tak mahu jumpa kamu.nanti perlis nih banjir air mata plak.cukuplah dengan banjir hari tuh.kesian plak kalau perlis dapat banjir lagi kan.guguuu.perpisahan memang sangat perit kan maton?dulu kita pisah time cuti semester jerk.habis cuti semester kita jumpa dekat maktab.sekarang nih akak dah tak de cuti semester lagi.yang ada cuti sekolah jerk.habis cuti sekolah kena pergi sekolah.tak boleh dah nak pergi maktab.kalau dapat posting dekat SDI tuh sure mantaplah boleh meronggeng lagi kan.tapi semua tuh akan berubah tahun depan.yaaa.tahun depan tak de lagi yang nak masak spagethi untuk kamu.tak de lagi yang nak bebel-bebel dekat kamu.tak de lagi yang nak bagi duit raya dekat akak.dushhhh!!sungguh akak benci saat ini~



kepada Bella Alias;
tak sangka kita akan ada kenangan photoshoot hari tuh.walaupun kamu cukup shy-shy cat tapi kenangan itu sangat berharga beb.dan spagethi yang kamu minta..ohhh akak sangat minta maaf.kekangan masa dan exam mengatsi segalanya.tapi Bell ingat kan janji akak.nanti akak datang Perlis lagi kita masak, makan spagethi puas-puas dengan Maton.kita lepak makan cucuk-cucuk, tengok sunset dekat kuala perlis, lepas tuh kita pergi karok sampai sakit tekak.walaupun kita rapat cuma sekejap tapi macam banyak benda yang kita buat sama-sama kan.ngaaa.lepas nih hanya Maton jerk yang akan solek Bell.nak harap akak solekkan memang tak tercapai lah kan~sungguh sedih........



kepada Liza, Mira, Tenin;
terima kasih sebab sudi layan akak yang suka menimbulkan berita hot lagi sensasi nih.nanti kita tengok movie sama-sama lagi sampai tidor sempit-sempit 4 orang dekat tilam single tuh.*bila entah nak tengok movie lagi*


mira, nanti kalau ada shawl baru silalah roger akak okeh.kot-kot lah kan boleh beli online..ngeh3.lepas tuh kita buat kerabu delima epal lagi nak?? ;)



kepada Atin, Azie;
hahaaa..Atin, silalah teruskan perjuangan team Netball kita ekh.kekalkan prestasi seiring dengan kontroversi taw.ouchhh!!kasi team kita mantap-mantap punya.

Azie, nanti kirim salam dekat jejaka COKELAT GELAP tuh okeh.nanti ada masa kita menari lagi gelek-gelek bahu baik punya..kah3~



kepada PISMP PJ JANUARI 2007;
ND sayang kamu semua dan adalah benci menyampah gila pada beberapa orang ;). *huhhh still nak buat kontroversi ke ND?dah habis belajar kot*dan kepada si jejaka yang pernah ada hubungan dengan ND tuh, minta maaf banyak-banyak okeh.ND tak kan bayar selagi tak tengok gambar single tuh.orang beli barang online pon dapat tengok gambar kan.so it's on you not me~



kepada Sarah, Meen dan Sarina;
yang menjadi roommates sepanjang jadi penduduk tetap di Perlis nih.minta maaf untuk segala silap yang pernah dilakukan.



kepada sesiapa sahaja;
okeh sudah cukup!!tak mahu ada ucapan panjang berjela lagi.saya benci perpisahan.MUKTAMAD!!!!


nOta kHaki:air mata hari merembes lagi ;(

hei hei sudah ada header baru lah!!

wuuuuu..saja nak heboh satu dunia ND sudah ada header baru!yeayyyy.siapa lagi kalau si buah hati pengarang jantung pisang itu yang buatkan.auwww auwww.tak boleh puji lelebih sesangat.nanti dia kembang kuncup kembang kuncup terus!!!!



cantik mantik kan header baru tuh ;).lepas nih dah tak boleh nak paw si kekasih kacak yang tinggi tuh lagi.sobss sobss.syahdu hati ND.waaaaaaaa.tak mahu tak mahu duduk jauh-jauh!!!!nak kahwin cepat boleh tak mak??ngeeee~~


nOta kHaki:saya sedang teringatkan memori di maktab..sedih~

Thursday, November 11, 2010

jangan ucap selamat tinggal okeh!!!!


esok malam pukul 11 ND akan berangkat meninggalkan bumi perlis nih.hmm akhirnya pengajian selama 5 tahun dan 6 bulan ini akan berakhir sebaik sahaja tayar bas berada di luar lingkungan kawasan perlis.heii ayat tak boleh tahan.budget belajar macam dekat overseas kan.aisehaii.memang kaki perasan betul.i like~~

kepada kawan-kawan sekalian terutama adik-adik junior MIRA, LIZA, ATIN, TENIN, AZIE BAHU, AMAL, AIDA, ZALIKHA, BELLA, AIKHAL, NADIA.uishhh.banyak amat nama nak letak dekat sini tapi nanti jadi entry nama-nama junior plak kan.kepada nama yang tiada tuh janganlah nak terasa bagai.itu cuma beberapa nama yang sedang terngiang-ngiang dalam kepala lutut otak ND nih.

sambung baik ucapan tadi..

adik-adik sayang, jangan ditangisi pemergian ku ini.acecehh.walaupun persahabatan kita baru berputik berbunga-bunga taik ayam, tapi apakan daya perpisahan itu pasti akan terjadi.bak kata datuk nenek setiap pertemuan ada perpisahan.setiap perut yang lapar ada makanan kan.heiii.sekarang tengah hujan.serius ND lapar walaupun baru lepas makan nasi goreng ikan masin tadi ;)

ohhhh..tolng jangan ucap selamat tinggal kepada ND.saya tak suka gila terbabas terlanggar pokok dengan ayat itu!!sungguh nih.macam nak pelangkung jerk siapa yang ucap selamat tinggal dekat ND.nasib iman kuat dan masih tebal.kalau tak memang free-free kaw-kaw dapat pelangkung daripada ND ekh.okeh yerk anak murid.saya memang seorang cikgu yang superb ganassssss~

wahhh.sudah tentu dan sangat pasti ND akan rindukan segala kenangan pahit manis sepanjang jadi penduduk tetap di negeri perlis nih.sangat rindukan semua itu nanti ;( dan sekarang perasaan jadi sayu dan sedih untuk melangkah keluar daripada IPG PERLIS.entah bila dapat jejakkan kaki lagi dekat IPG nih.walaupun belajar nunnnnnnnn jauh di utara dan ND tinggal nunnnnnnn di selatan malaysia, ND tetap suka.padahal masa mula-mula dulu aku kot paling menyampah nak balik perlis bila time cuti raya.dah duduk dekat johor, harus dan wajiblah kan balik awal.kematu punggung duduk 12 jam dalam bas tuh!!


nOta kHaki:entry ND selalu tergantung cerita..mood sudah habis!!

Monday, November 08, 2010

tiada kena mengena


esok petang tinggal lagi satu paper.uhh.azab sungguh azab!!nak tunggu exam habis memang sangat azab okeh.tuh belum lagi kalau kena hisab dekat akhirat.memanglah tersangat azab kan??heii..apa nih?nak tukar mood insaf ke??

sekarang masih lagi sempat berblogging dan menonton tb.ehee.sejak musim banjir nih kan ND pun nak menyemak juga tinggal dekat bilik tb.nak juga rasa jadi mangsa banjir yang duduk ramai-ramai tuh kan.tinggal dekat bilik seorang-seorang tak best.tak rasa macam mangsa banjir pon.ngeh3..akibatnya bilik tb nih dah jadi lintang pukang.penuh sana sini dengan tilam, baju, bear, bantal segala harta karum yang busak-budak nih angkut.ish3.pemalas ye korang nih??nak sumbat segala barang dekat bilik tb plak..

ND duduk bilik tb nih pun sebab nak study group dengan classmates.study ke??hoooo.tengok tb lebih banyak daripada berbincang.memang perempuan hantu tengok tb betul kan.bilik ND pun bukan jauh sangat.setakat first floor tuh.buka pintu intai dengan kepala jerk dah nampak bilik.ehhh3.sekarang tengah hujan lebat gila menggila.jangan banjir lagi sudah.penat nak main air banjir tuh.. ;)

esok bila sampai jerk pukul 5 petang maknanya ND dah merdeka daripada menduduki peperiksaan sepanjang menjadi guru pelatih nih.yahuuuuuuuuuuuuuuu!!besok malam boleh jeleskan budak junior.jangan jeles cemburu buta yerk adik-adik sayang.perjalanan anda masih lagi jauh.hari khamis akak ND nih nak balik ke rumah dah.boleh bersenang lenang tanpa menyesakkan kepala lutut otak nih lagi.peace no war~


ehhh..tangan dah tak larat nak tulis lagi.mata nih sebenarnya tersangat mengantuk.dan saya sangat rindukan budak kutun.uhuuu.sudah lebih seminggu tidak berjumpa dan berfoya-foya dengan dia.waaaaa..kutun, bila nak dating nih??sobsss3


nOta kHaki:mood sudah hilang!!idea pun hilang juga!!arghhhhhh~

Sunday, November 07, 2010

khidmat bantuan diperlukan..SEGERA!!


hohoiiii..hari ini hari ahad!!eheee..saja kan nak buat gempak pepagi nih..*pagi??rasa macam nak tengah hari dah kot*cepatlah sampai hari selasa..tak larat dah kepala ND nak tengok mengadap termenung depan segala nota nih dah..tulunlah hamba (T__T)

ehh ehh..tetiba ND rasa nak tukar segala layout kat blog nih.I dah bosan mengadap si janda berhias make up over sangat nih tahu!dah jemu tengok dia asyik macam tuh jerk.siapa yang ada ilmu rajin nak edit blog ND nih sila tampil ke depan cepat!!tersangat memerlukan bantuan nih ;(

bukanlah ND malas nak edit sendiri.tapi bila baca tutorial dekat blog orang perghh.mata nih daripada centre terus jadi juling berpusing-pusing tahu.I benci lah nyah baca tutorial.sebab tak faham.kadang si pembuat tutorial nih pun info yang dia bagi ada yang tak habis.last-last I terkontang-kanting baca tutorial tuh.adehh adehh.segala bulan bintang capricon keluar main pusing-pusing dekat kepala ND nih tahu!!

ND memang benci baca tutorial.kena ada orang ajar secara live.senang nak tanya kalau tak faham itu tak faham ini.ND bukan jenis manusia yang faham kalau setakat baca jerk.nak kena apply sekali baru boleh jadi.ini bila baca tutorial, lepas tuh buat kalau benda jadi tak pe juga.bantainya jadi tunggang langgang tuh yang I mencikkkk sangat-sangat.ada jugalah beberapa blogger yang memang terang habis-habis kalau dia buat tutorial.itu memang ND suka dua ibu jari kaki dan tangan siap angkat.tapi kalau dapat baca tutorial yang info tak habis itu memang nak kasi penampar laju-laju.

kalau nak buat tutorial kenalah perjelas sampai habis kan.I nih dahlah otak lembab sikit kalau nak buat kod segala kod tuh.bukan semua benda pun I boleh dapat tangkap zuppp simpan terus dalam kepala.kepala lutut otak ND nih kena tapis dulu info sampai faham.eeiii nak cakap ND nih lampi pun cakaplah.yang penting I faham apa yang I baca dan I buat.you all yang buat tutorial pun dapat pahala juga kalau I dapat apply ilmu blog nih kan.eheee


nOta kHaki:nak ajar anak murid kena sampai faham.sebab tuh ND jadi cikgu..heiii ada kaitankah??PERASAN!!!!

Saturday, November 06, 2010

kerana aku, kau, dia, mereka dan kita semua

GRAND DINNER BATCH PISMP JANUARI 2007

ada yang setuju tapi yang tak setuju lagi banyak..
kenapa??mengapa??sebab apa??
boleh fikir sendirilah kan..
lelaki mungkin tak de masalah..tapi perempuan??
baru peringkat perancangan dah ada mulut-mulut puaka bisa..

heii..nih entry umum..
siapa yang nak terasa silakan..
tiada nama si polan dan si polin yang dicatatkan..
segalanya ini berkisarkan luahan dan pandangan..
tak suka, jangan teruskan pembacaan..
walau mungkin anda tahu kebenaran yang nyata..
depan cakap lain belakang cakap lain..
itu lumrah manusia..
kenapa perlu ada dusta nista??

kita berkawan, kita bersama selama hampir 6 tahun..
banyak yang dikongsi banyak yang dirasa..
mahu pun manis atau pun yang pahit..
banyak yang dilalui banyak yang ditempuhi..
walau kadang memberi suka dan kadang memberi duka..
kerana kita semua berlainan..
ternyata aku dan kau berbeza..
malah kau dan dia juga berbeza..
pandangan kita tak pernah sama..
walau kita serumpun sebangsa semalaysia..

kenapa perlu ada stigma itu??
aku budak ini kau budak itu..
kita memang berbeza dari semua segi..
tapi itu bukan penghalang untuk bersatu..
kenapa kita tak pernah seia sekata??
kerana dalam hati tak pernah ada rasa puas hati..
kenapa ada cakap-cakap belakang??
kerana aku, kau, dia, mereka, kita semua
tak mampu nak sakitkan hati secara terangan..

yaaa..
dan kerana aku juga tak mampu..
tak mampu untuk menyakitkan hati kawan..
lebih-lebih lagi perempuan..
walau aku memendamnya keseorangan..
apakah aku juga berdusta nista
meluahkan segalanya di sini??
agar tiada orang yang terasa sakitnya ditusuk sembilu..
hirisnya percakapan yang menikam kalbu..



nOta kHaki:buanglah perasaan itu..perasaan tidak puas hati sesama sendiri..berkatalah benar walaupun pahit..bercakap belakang bukan jalan terbaik..dan aku jadikan kamar ini untuk meluahkan perasaannnnn....

Friday, November 05, 2010

hati dan semangat silalah kuat


hari nih hujan lagi.walau pun mungkin tak selebat hari-hari sebelum nih.sekarang pon tengah hujan panas.wahhh.semua nak cerita pasal hujan dan banjir.dan itu memang sindrom yang sedang melanda Perlis dan Kedah nih.dekat facebook sahaja dah macam-macam gambar tentang banjir sana banjir sini.weiii.i bosan kottttt asyik tengok gambar jerk!!!!cubalah you letak gambar-gambar hot chicks cool dudes perayaan deepavali nih~

minggu depan ada sekeping *berkeping-keping soalannya* lagi kertas peperiksaan yang perlu dijawab.ehhh.darurat time banjir nih tak boleh ke buat pengecualian jawab exam??bagi jerk markah A- kan senang.semua orang dapat markah sama kan adil begitu??tak payah nak susah-susah kepala otak fikir tentang nak study, mana nak selamatkan harta peninggalan kat rumah sewa lagi.oohhh.bajet macam ND nih budak outsider kan.hik3 ;) sebenarnya ini alasan malas nak study

tapi serius beb.fenomena banjir nih telah melumpuhkan semangat orang lebih-lebih lagi manusia yang bernama NORA DANISH NOAH DARHAM nih haaa.bila banjir kan cuaca sejukkkkk jerk.mata pon mulalah stim-stim sehangat taik ayam bila mengadap nota.lagi ditambah dengan perencah perut berdondang dendang.perghhh.resepi yang sangat mantap untuk meninggalkan nota dan segala bahan ilmiah tuh.dalam kepala lutut otak nih cuma terbayangkan makanan yang sedap-sedap belaka tuh.weee weee.i memang gila kentang kuat makan okeh.nasib sahaja badan masih slim trang tang tang dan tidak seperti DOTTIE (O_o) ouchhhh.nak makan pizza hut, nak makan Ayamas, nak makan Kenny Rogers, nak makan Choc Indulgence.uhhh.i memang hebat kalau bab-bab makanan okeh~

sekarang kepala lagi ligat terbayangkan spagethi.uhhhh.janji kepada si Bella masih tak dapat ditunaikan.aisehhaii.minggu depan nak balik dah.harus mencari masa untuk memasak spagethi yang diminta.mampus ND kalau tiba-tiba nyawa ditarik balik tak sempat nak tunaikan janji pada si budak besar Bella itu.mahu tergantung-gantung jerk roh ND nanti kan.tunggu ekh Bel, akak cari masa.lagi pun tengah banjir nih sesak juga nak beli barang dekat kedai.faham-faham jerklah kan~

bila musibah dan bencana melanda, hati dan semangat harus kuat!!ehhh.i sedang memberi motivasi nih okeh.silalah memberi perhatian~segala musibah dan bencana yang ALLAH turunkan kepada manusia nih pasti ada hikmah kan.semua musibah dan bencana alam yang dilimpahkan nih pun atas kesalahan dan kezaliman yang telah manusia lakukan terhadap bumi.ye ke dak??nih mengikut fikiran logik ND ekh.siapa yang tak setuju tidak mengapa.sekadar pandangan daripada umat ALLAH yang diberikan akal dan fikiran untuk berfikir dan meneroka mengapa semua ini terjadi.

dan sekarang ND lagi sedang berusaha gila babas nak menguatkan hati dan semangat supaya mood untuk study kembali ada.nampaknya ND kena bertapa di dalam gua hira' bilik B102 nih lagi.tiada lagi bebelan sengal, tiada lagi datingan, tiada lagi facebooking.ohhhh.itu yang terbaik mungkin!!arghhh.dan yang paling penting kena sorok incik lappy dan incik beruk dekat dalam locker.uhuuu.berkorbanlah sekejap daripada melayari dunia fantasi dan maya demi sekeping kertas peperiksaan.heiii.ayat sudah menjadi sadis dan touching nih!!

dan kerana hati dan semangat sedang dimotivasikan, ND telah berjaya mengemaskan bilik ini dan membuat sepah di pantry.okeh suka hati ND nak buat sepah dekat mana.lagi pon tiap-tiap bulan elaun ND telah dipotong.you all ingat ND nih nakal sangat ke nak bagi susah mak cik cleaner tuh?ND cuma letak barang-barang ND dekat pantry jerk.penuh separuh cabinet dengan kotak-kotak ilmiah sepanjang ND menjadi penduduk tanpa izin tetap di IPG Perlis nih taw.barang-barang praktikum masih lagi tersimpan rapi lebih-lebih lagi ABM.banyak juga ABM yang telah ND berjaya hasilkan.sayang kotttt nak sedekah dekat tong sampah.biarlah menjadi kenangan masa jadi guru praktikum~~lagi ayat tak boleh blah!!

sekejap ekh.bantuan makanan telah tiba!!!!hip hip hoorayyyy~

ahhhaaa.ini dia bantuan makanan sudah dapat.lauk yang agak best daripada sebelum ini.sup daging dan telur rebus.okehlah tuh kan daripada ikan jaws ikan sardin jerk.ND tak makan sardin so kalau dapat makanan tuh memang tak ambil pon.bukan nak demand tapi biarlah orang lain yang makan.kalau ND ambil tapi tak makan, kan dah buat penganiayaan kepada makanan dan manusia yang memerlukan.ada rasa jugaklah sup daging nih.oohhh perut sudah tidak berdondang dendang lagi.tapi ada ayat tak best masa ambil makanan.BANTUAN MAKANAN YANG TERAKHIR.heiiiii.nih ayat puaka apa nih??alasannya pusat bekalan bantuan makanan dah ditutup!!!!oohhhh what the fish.ND tak mahu komen~


nOta kHaki:masih lagi terus menaip dan menaip tanpa disedari incik beruk sudah lama men'disconnect'kan diri..HAMPA!!!!

Thursday, November 04, 2010

banjir versus exam

salam dan selamat pagi you all..


sekarang musim banjir..okeh serius perlis punya banjir teruk gila!!lagi teruk sebab banjir time exam.oohhhh.tersangat menduga fizikal, mental dan emosi beb.syukur asrama belum naik air walaupun tasik hanafi PULAKO tuh dah melimpah ruahkan air dekat jalan.


nak study pon malas.semuanya mood banjir.makanan dahlah terhad.faham-faham jerklah kan kalau dapat bantuan makanan macam mana.lauk ikan jaws sardin, ikan bilis, ikan kembung, telur.sayur dan buah tak de.syukur dapat bantuan makanan nih.terisi jugaklah perut nih daripada berdondang dendang.lagi syukur double triple sebab incik YY masakkan untuk ND.nasiblah dia sangat pemurah untuk meredah banjir semata-mata hantar makanan dekat ND.makin sayang okeh!!


minggu depan ada paper lagi.paper yang terakhir.tapi suasana banjir nih memang dah melunturkan semangat untuk study.tengok kawan-kawan yang terpaksa pindah balik ke maktab sebab rumah banjir teruk.bagus juga kan ND tak jadi outsider.dengan mood exam dan mood banjir semua pun jadi tak ketahuan.ada hikmah di sebalik musibah nih kan kawan-kawan.hati mesti kuat okeh!!tak dapat jawab exam nanti kita buat discussion.macam tak faham-faham pula.dah berapa kali kita exam sama-sama kan??


tiada mood lagi dah.serius jiwa dan minda memang kekosongan.perasaan itu dibawa berlalu pergi oleh air banjir.sedih yang amat.sungguh!!


nOta kHaki:
semalam menyelamatkan kucing.walaupun gila bapak benci dekat kucing tapi ND sanggup pegang dan dukung dia untuk dibawa balik ke maktab.dan cakaran meow2 dia menjadi bukti kebaikan hati ini (O_o) *bangga beb selamatkan kucing*

Monday, November 01, 2010

berhenti


salam dan selamat pagi semua..

perlis masih lagi hujan sejak semalam..
hingga sekarang pun tak berhenti lagi..
suhu badan dah meningkat panas ;(
roomate pun sama demam juga~
hari nih exam paper EDU3108..
esok plak paper EDU3109..
minggu depan paper major PJM3118..
insyaALLAH dapat jawab dengan elok walaupun demam..


kepada semua kawan-kawan;
ND minta maaf dari hujung kepala hingga hujung kaki.manusia tak lepas daripada buat kesalahan kan~
selamat menjawab peperiksaan untuk semester ini.
siapa yang duduk di belakang, depan, kiri dan kanan ND silalah berikan talian hayat ekh :)
wahhhh..budak semester 8-ini adalah peperiksaan kita yang terakhir sebelum posting!!


nOta kHaki:ND akan aktif berblogging selepas exam habis 9 november 2010 nanti~