Tuesday, April 26, 2011

Oohhh Merajuk Dengan Guru Besar!!!!

Sedih aku semalam. Adakah patut aku punya CRK *cuti rehat khas tak diluluskan. Okay aku cukup sedih, bengang yang teramat dengan Puan GB!!

Alasannya mudah jerk sebab cuti bersambung! Choiii. Kan aku dah bagitahu sebab musabab aku nak ambil CRK tuh. Bukannya sesaja macam cikgu nan seorang tuh yang datang sekolah ikut suka hati pukul berapa. Haaa. Nih yang nak protes jerp~~

Ingat nak pergi Perlis tuh boleh ke sehari dua?? Kalau dah perjalanan pon ambil masa setengah hari, mana nak cukup kalau cuti sehari kan. Alang-alang dah 1 Mei nih cuti selama tiga hari apalah salahnya luluskan CRK aku tuh. Damn!! Memang aku bengang~

Siap tanya lagi aku dah interview SPP ke belum. Tak kan aku kena tunggu interview lulus bagai baru boleh apply CRK kot?? Duhhh. Nak suruh aku cuti hari lain. Kalaulah pergi Perlis tuh ambil masa sejam dua memang confirmlah aku tak ambil CRK!

Okay minggu nih aku nak merajuk dengan GB. Yerlah kan aku nih guru kecil jerk. Aku tak mahu masuk pejabat melainkan tulis kehadiran dan buku kedatangan budak. Serius aku dah buat perangai hari nih!!!! Mesyuarat semalam pon aku masuk lambat~

Sunday, April 24, 2011

Cerita Basi:Famous Amos Juga Cikgu Rempit Nih~~

Siapa kata aku tak famous amos?? Ingat artis jerk ke yang boleh famous amos?? Cikgu pon boleh famous amos juga tahu ;p

Minggu lepas Isnin sampai Rabu yakni bersamaan 18 hingga 20 April aku pergi Kursus J.Robik dekat Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor. Aku dah bagitahu dekat anak murid siap-siap aku tak de selama tiga hari. Cuma tidak dinyatakan ke manakah tujuku.

Selepas tiga hari aku kembali ke sekolah semula. Belum pun sempat aku parking scooter nih aku dah diserbu oleh anak manusia erkk silap anak murid aku. Aisehhaii. Hilang mood aku terus. Dahlah perut aku lapar tak sempat nak sarap. Datang-datang jerk dah kena serbu dengan muridrazi nih. Apa cer??

Tuh belum lagi aku melalui susur gajah untuk ke pejabat. Yang bukan aku ajar pon sibukkan diri tanya kenapa aku tak datang sekolah. Ohh haii anak murid sayang. Perlu ke aku bagitahu satu dunia?? Aku pergi kursus jerk pon. Dah dorang ingat aku demamlah. Sangat prihatin anak murid aku nih ekh. Rimas aku pagi-pagi dah kena jawab banyak soalan.

Yang agak kelakarnya, si anak murid aku nih siap boleh tanya lagi dekat cikgu-cikgi kenapa aku tak datang sekolah. Ohhh bangga!! Aku bangga bila anak murid ingat dekat aku ;p Cikgu-cikgi yang kaki lepak bilik guru tahulah ke mana hala tuju aku. Yang port dekat bilik-bilik lain mana nak tahu aku pergi mana. Yang dorang tahu aku cuti sakit. Adakah patut??

Dan yang ini buat aku nak gelak banyak-banyak. Anak murid aku suka aku pada setiap hari Isnin! Omaigod!! Sebab aku pakai cantik-cantik, shawl belit sana sini. Kui3. Haruslah kan sayang teacher pakai cantik-cantik setiap hari Isnin. Hari Selasa sampai Jumaat teacher pakai baju sukan jerk. Jawapan aku yang buat anak murid senyummmmmm meleret. Perli lah tuh kan!!


*Ohhh miss this moment~~*

p/s:Tak perlu menjadi selebriti untuk famous amos (o_o) Jadi cikgu-cikgi pon dah terlebih famous~~

Friday, April 22, 2011

Jeng3..Perancangan Cuti 1 Mei *Ngelat Kerja Jap ;p

Ohooo. Minggu depan cuti panjang sikit. Kenapakah?? Sebab cuti 1 Mei. Yess!! Dah berbulan aku plan nak turun Perlis. Akhirnya cuti 1 Mei ini yang aku nantikan. Harapnya tak de apa-apa program sepanjang aku nak cuti tuh.

Okay aku siap dah ambil borang CRK *cuti rehat khas. Pssst: Alasannya adalah sulit. Aku tak boleh kongsi dekat sini. Mampus aku kalau orang-orang sekolah aku tahu. Tapi borang tuh tak hantar lagi pon. Padahal dah seminggu aku ambil. Excited nak cuti lah katakan kan ;p

Besarlah harapan aku supaya GB meluluskan permohonan CRK aku tuh. Bukan senang derr nak dapat cuti. Dan juga semoga alasan yang aku berikan nanti adalah munasabah ;p. Keh3. Sekarang sudah pandai nak ngelat kerja yerp. Tapi aku tak delah ngelat macam cikgu senior tuh. Datang sekolah pon pukul 9. Aisehhhaiii. Dah kena sound pon begitu lagi.

Kepada orang-orang yang menunggu kedatangan aku ke Perlis, silalah sediakan lauk pauk yang sedap sehingga menjilat jari. Terutamanya si kekanda, dan juga ahli GENG PIPI ;P

Siapa Boleh Tolong Belikan Kereta??Angkat Kaki Segera!!

Hadoiiiii!! Pening kepala aku kalau bab-bab nak beli kereta nih. Tadi aku dah tanya dekat cikgu-cikgu sekolah pasal kereta nih. Dorang suggest aku ambil kereta Honda City atau Toyota Vios. Umakk aiii!! Aku nih dahlah baru kerja. Bagi plak jenama kereta yang fullamak canggih~

Alasan yang dorang bagi senang jerk. Aku bujang lagi so aku ada kemampuan nak pakai kereta macam tuh. Dan yang penting setiap bulan aku ada saving for future. Saving tuh dah semestinya wajiblah kan. Dapat gaji hari tuh aku cuma usik untuk beli baju raya jerk. Bakinya memang aku simpan untuk beli kereta dan saving. Rumah?? Selepas aku dah ada kereta sejibik.

Alasan kedua sebab gaji pokok aku pun boleh tahan. Yerlah kerja kerajaan kan. Setiap tahun ada kenaikan gaji. So kalau aku pandai manage kewangan aku, insyaALLAH aku boleh pakai kereta jenama famous amos nih. Dan bermacam alasan lagi yang dorang bagi. Hanya kerana aku bujang dan tinggal dekat rumah abah. Jadi tiada apa sangat yang perlu dirisaukan.

Kalau ikut perancangan aku nak beli Proton Savvy jerk. Kununnya aku nih menyahut seruan kerajaan lah nih - Beli Barangan Buatan Malaysia *choiii!. Tapi bila difikirkan tentang satu dua perkara, buat aku tertanya-tanya kembali keputusan nak beli kereta Savvy tuh. Aku kalau boleh tak nak lah kereta yang besar-besar. Aku suka yang comel-comel jerk *yerlah kan sebab aku nih comel

Kereta comel senang aku nak parking dalam pagar. Kalau kereta besar luar pagar lah jawabnya. Lagi plak rumah taman. Berderet kereta susun dekat jalan nih. Siap kena hon lagi kalau jalan sempit. Cettt! Sebab tuh nak kereta comel.

Pak cik aku plak cakap kereta Savvy nih nanti nak jual balik harga tak berapa nak ada sangat. Adoii adoii. Aku nih bukan jenis yang suka pakai benda lama-lama. Sebab sekarang bolehlah aku cakap tak nak beli kereta lain. Lima tahun akan datang, kita bukan tahu kan?? Aku materialistik ;p

Dan satu lagi betulkah beli kereta hujung tahun lagi murah?? Tolong jawabkan untuk aku ;)




*Ouhhh..I heart this car sooooo much~



*Kereta ini tak berapa nak heart sangat ;p

Sunday, April 17, 2011

Menantikan Kursus Supaya Mereka Rindukan Teacher Comel ;p

Kahh3. Naklah sangat kan budak-budak tuh rindu dekat aku. Lagi suka agaknya kalau aku tak masuk kelas. Aku pun suka gaklah tak payah masuk kelas ;) Taklah weih. Mana boleh sesuka hati tak masuk kelas kan. Tapi bila berdepan dengan budak-budak yang sentiasa cari pasal nih, memang aku tersangat perlukan KURSUS!! Supaya aku tak sakit hati, kepala, jiwa dan raga memikirkan kerenah mereka yang 1001 macacm ~~

Esok, lusa dan tulat aku pergi Kursus J-robik dekat Kompleks Belia dan Sukan Johor. Daripada KL tadi pergilah jap usha-usha tempat. AKu nih bukan hafal sangat jalan dekat Johor nih. Nak pergi hospital pon aku boleh singgah dekat danga bay ;p

Jadi ini pesanan untuk anak-anak murid aku sekalian. Yang budak kelas aku memang aku dah kelentong siap-siap cakap aku tak mahu ajar kelas dorang lagi. Sumpah percaya hidup-hidup sebab ingat aku merajuk dengan dorang. Ngeh3. Biarlah dorang 'merindui' aku selama tiga hari nih. Itupun kalau ada perasaan rindu kan.

Ngaa aku suka kursus j-robik nih sebab nanti dapat tengok perempuan-perempuan yang bodynya seksi-meksi. Auwww!! Atau apakah nanti juga akan ada si jejaka sutun yang seksi juga?? Keh3.. Itu yang aku tunggu esok ;o

Tuesday, April 12, 2011

Dah jadi OKB Senyap Plak daripada Dunia Blogging Yerp~~

Hahaa. Bukanlah aku nih jenis manusia yang dapat gaji terus lupakan dunia. Tapi dunia perguruan aku terlalu banyak kerja. Siapa yang cakap kerja jadi cikgu tuh sikit silalah berfikir berjuta million kali untuk berkata sedemikian! NOKTAH~

Sebelum jadi cikgu memanglah kita tak sangka kerja akan berlambak macam nih rupa. Apa kita ingat cikgu masuk sekolah 7.30 pagi balik pukul 1.20 tengah hari tuh kerja ciput jerk ke?? Silaplah wahai kekacak dan cecantik sekalian. Kerja guru pada masa sekarang ini *cehh ayat gebang lebih bukan sahaja mengajar tetapi juga membebel dan sibuk berniaga. Hahh. Tak percaya ke?

Cuba tengok aku nih. Tak payah tengok akulah. Tengok keadaan sekeliling kita. Kita sibuk macam mana pun Facebook mesti nak online punya kan? Tak dapat lama sekejap pun jadilah asalkan status tuh berubah kata. Betul tak??!

Tapi aku kalau nak update blog memang payah sikit bila time banyak kerja nih. Aku perlukan ketenangan dan kepala otak yang segar untuk update blog. Aku tak mahulah update blog dengan entry entahapehape *sedangkan memang entry aku kekadang entahapehape pun kan ;p

Aku menyepikan diri daripada dunia blogging semenjak dapat gaji pertama bukanlah sebba aku pergi berfoya-foyan dengan segala skandal aku. Tapi aku sibuk menyiapkan segala SBOA *school based oral assessment nih. Sekolah baru kan. Banyak bendalah yang kena buat. GPK dok kalut sekolah lain dah kena pantau. Tuhlah dulu aku tanya cakap tak payah buat lagi. Sekarang siapa yang susah?? Nasiblah kan aku dah buat sikit-sikit. Siap ada cikgu yang nak suruh aku buat kerja dia lagi. Ewah ewah ewah~ Macam aku tak de kerja lain kan ;)

Aku pon baru sempat belanja Eno dengan Danish makan pizza hut. Adik aku yang lagi seorang tuh dah menuntut janji minta aku belanja. Tunggulah hujung minggu nih kalau tak de aral melintang aku rajinkan diri nak turun KL tuh. Mentang-mentang aku beru berWANG, macam-macam yang di demand nya ekh.


*nyumm nyumm sedapnya Kenny Rogers ini (T__T)

Wednesday, April 06, 2011

Pandang-pandang Jeling-jeling Orang Mendapat Gaji Pertama. Ada Berani????

Cettt. Kunun tadi berangan nak masukkan duit dalam akaun. Sekali bila check baki ada 38++!! Omaigoddd!! Aku terpaku kejaplah kan depan mesin ATM tuh. Setahu aku kerani cakap dia salah buat aku punya gaji. Itu pun dua minggu yang lepas dia bagitahu. Jadinya aku tak expect langsung akan dapat gaji bulan Februari dengan bulan Mac. Sebab aku dah agak gaji aku mesti masuk hujung April nih ;(

Tapi bila gaji dah masuk alamakkkk sukahati lah beb!! Minggu nih pon banyak orang bank yang datang sekolah sebab ada cikgu-cikgu yang nak buat loan. Aku cuma pandang-pandang, jeling-jeling pasang telinga jerklah dengar orang bercerita pasal loan nih. Orang tak dapat gaji lagi kan..

Dah berminggu-minggu gaji masuk aku pun tak tahu. Kerani nih pon satu hal juga. Kot-kot nak mainkan aku janganlah sampai macam nih. Minggu nih aku jadi Orang Kaya Baru. Kena tunaikan hasrat Danish nak makan pizza!! Yerp aku memang jakun sikit walaupun ada kawan-kawan aku yang dah dapat gaji. Tapi tidak mengapa. Lambat dapat gaji lambat jugalah habis kan ;p

Esok dan lusa aku akan berkampung di padang. Pesanan kepada Encik GPK 1 silalah beri relief kelas aku yang banyak tuh kepada cikgu-cikgi yang selalu MC okay. Hahh ini misi membalas dendam. Sebab aku tak pernah ambil MC dan selalu dapat relief mengalahkan kelas yang diajar~~



p/s:Nak shopping Suggie ;p

Monday, April 04, 2011

Anak Murid yang Teacher Kasihi..Tolonglah Ekhhh

Hurmm. Aku tak suka marah-marah orang lagi-lagi budak sekolah. Tapi kalau dah dorang buat salah kalau tak marah juga tuh memang tak de perasaan langsung lah kan. Kadang sakit hati jerk bila budak dengan muka selamba taik kelawar cakap TERLUPA bawa buku!! Cehh waktu subjek lain boleh plak bawa buku kan. Time aku suruh keluar buku BI ada-ada alasan.

Aku pun dulu masa sekolah guna gak alasan TERLUPA tuh. Tapi kalau dah tiap-tiap kali aku masuk kelas asyik TERLUPA juga memang sengaja nak buat perang dunia kesepuluh dengan Teacher Wati kan. Tunggulah korang time Hari Bersama Pelanggan. Akanku laporkan segala macam perangai dan sifat pemalas tuh kepada mak bapak korang!! Hahahahaaa ;p

Mahu aku tak hangin. Bila aku denda suruh buat kerja dekat lantai pon muka macam tak de perasaan bersalah! Heii anak murid. Jangan derhaka cakap cikgu okay. Nanti tak berkat ilmu yang korang dapat. Padan muka kan!!

Dorang dahlah seramai 43 orang, aku plak seorang diri jerk. Kalau dah 44 orang bercakap siapa yang nak dengar?? Alamatnya aku terpaksa diamkan mulut dan tadahkan telinga dengarkan bebelan budak becok mengalahkan mulut murai. Mana yang buat kerja mulut bising tak pe lagi. Nih dahlah mulut bising kerja tak juga buat. Bila suruh hantar buku memanjang jerk tak pernah siap. lagi-lagi murid LELAKI. Pemalasnya ya Ampunnn! Aku bagi kerja lebih sikit merungut banyaklah, susahlah. Padahal dorang suka minta jawapan tanpa membaca arahan. Ohh ingat aku nih cikgu yang boleh rewind reverse ke??

p/s:Geram macam mana pun alhamdulillah tangan masih tak 'sentuh' dorang. Sabar pon ada batas..Tunggulah sampai bila~~*

Hari Isnin Adalah Hari Untuk Kuruskan Badan dan Kuatkan Otot Hamstring~

Yee..Aku bukan sengaja nak mendiamkan diri tapi serius aku banyak kerja yang kena buat. Junior lah katakan. Memang tak cukup tangan nak buat kerja. Otak pon dah hampir jammed. Kesiannn kan~~

Nak jadi cikgu mana ada senang kan?? Lagi plak bila ada PPGB nih (Program Pembangunan Guru Baharu). Ohh aku suka dengan benda-benda yang membebankan nih okay ;p Dah dua bulan aku kerja fail PPGB pun terkontang-kanting lagi. Laporan entah mana hala. Dengan kelas mengajarnya, latihan itu ini, latihan bola jaringnya. Ohhh mak aii!! Terlalu banyak tugas guru okay. Aku bukan nak merungut tapi sekadar bagi tahu tugas guru sekarang bukan sekadar masuk kelas dan mengajar.. Lebih daripada itu~~

Hari ini aku demam lagi. Tengok?? Punya dahsyat buat kerja sampai demam kan. Hari Isnin memang hari kepenatan untuk aku. Kelas berderet 3 jam 30 minit tanpa henti!! Dah naik bangunan kena turun plak. Kang lepas sejam naik turun lagi. Setiap hari Isnin aku kurus~ Dan otot hamstring aku juga semakin kuat. Ohh gagah perkasa ;p

Ada sesuatu yang membuatkan aku sedikit terkilan. Aku kena train budak bola jaring dan dalam masa yang sama kena masuk kelas. Ohhh umpama aku nih seperti robot agaknya. Kesudahannya tadi aku bawa budak belajar dekat padang. Huhhh terbaik sungguh!! Mahulah kan aku tak demam kalau sekejap kena pergi padang sekejap kena masuk kelas. GPK tuh berkira betul nak buat relief untuk aku. Dah tahu aku ada training lagi dia tambah bagi relief plak. Sadis sungguh~ Tapi aku kan cikgu baru. Kenalah terima itu ini dulu. Nanti dah senior sikit barulah aku tunjuk taring kan ;p