Friday, December 31, 2010

melabuhkan diari 365 tahun 2010


Salam buat semua..

Hari ini hari terakhir dalam kalendar tahun 2010. Kejap lagi pukul 12 dah masuk tahun 2011. Banyak kenangan manis pahit, suka duka sepanjang tahun 2010 nih. Dan macam biasa setiap kali masuk tahun baru aku memang tak pernah sambut pon. tak pernah ada dalam kalendar hidup aku nak sambut malam tahun baru. Perlukah??

Yang ini entry terakhir mungkin untuk tahun 2010. Kot-kot lepas nih aku terajin plak nak update kan mana nak tahu. Banyak benda nak cerita tapi mungkin pada entry lain kali. Hari nih aku dah spent money almost RM800 for myself. kiranya reward untuk diri aku sendiri sepanjang tahun 2010 nih. At least I have special things for the end of the year 2010 ;p

Apakah dia reward yang aku bagi untuk diri aku?? Haaa. Itu kena tunggu entry lain. Aku malas nak cerita banyak-banyak dalam satu entry. Nanti korang jemu bosan boring plak kan *walaupun follower aku ciput jerk*. Mak tak kisah pon noksss~ Tapi yang paling best untuk tahun 2010 ini adalah jeng jeng jeng aku dah ada pakwe!! Hahaaa. Statement tak boleh blah kan??

Okay berhenti dulu untuk cerita entahapehape tuh. Aku cuma harap segala apa perkara yang terjadi pada tahun 2010 nih dapat memberikan banyak pengertian, pengalaman, pengajaran, tauladan, sempadan kepada aku dan juga orang lain. Huhh. Penat aku nak susun ayat skema. Aku lemah gemalai longlai kalau bab-bab bahasa nih. Ayat selalu tunggang langgang. Mungkin sebab itu aku dilahirkan untuk menjadi seorang guru Pendidikan Jasmani ;p

Dan semoga tahun 2011 yang bakal menjelma nih aku harap lagi aku akan menjadi seorang guru yang berdedikasi, berwibawa, bersungguh-sungguh *ayat apa lagi nak bagi senang hati??* walaupun sinar kemalapan, kegelapan, kekelaman azam aku nih semakin nyata. Ehh. Incik BPG, KPM, dan JPA: BILA NAK BAGI SAYA POSTING HAAAA??


*muncung kasi elok sikit nooo*

 
Terima kasih kerana membaca (O_o)

bila ND memekak lagi:
selamat pergi 2010 dan selamat datang 2011

Thursday, December 30, 2010

Teknologi Wireless Sebenarnya Berasal Daripada Malaysia..tak percaya??


Salam buat semua..

Okay di keheningan malam nih aku nak kongsi satu kisah lawak yang aku ambil dekat sini. Aku selalu singgah sini sebab banyak benda yang best. Mana-mana yang join silalah datang ke sini ekh. Dialu-alukan kedatangan kamu semua ;p


Apa dia kisah lawak yang aku nak kongsi tuh?? Haaa. Meh sini cheq nak habaq mai. Kisah ini berkenaan dengan teknologi wireless. Kamu semua percacya tak kalau aku cakap teknologi wireless tuh berasal daripada Malaysia?? Mesti ada yang geleng kepala laju-laju kan tak percaya. Meh sini aku bagi kamu semua dengar cerita nih ;p

*********************************************************


Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi, Menteri Jepun, Menteri Amerika Syarikat (AS) dan Menteri Malaysia sedang berbincang.


Menteri JEPUN : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenali teknologi robot.



Menteri AS : Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenali teknologi nuklear.



Menteri MALAYSIA : Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami.



Lalu dipanggillah dua orang penggali untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, kedua-dua tukang gali tadi naik ke atas lagi.


Menteri MALAYSIA : Apa yang korang jumpa ?
Tukang gali : Tidak ada apa-apa.
Menteri MALAYSIA : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ?
Tukang gali : Tak de Dato’.



Menteri MALAYSIA : (sambil ‘menjeling kerek’ ke menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa kami bangsa MALAYSIA, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS!!



*kredit


 


Terima kasih kerana membaca (O_o)


p/s:Haaaa.... Percaya tak apa aku cakap tadi??


bila ND memekak lagi:
ohhoii..tahniah HARIMAU MALAYSIA!!

Wednesday, December 29, 2010

incik SUAMI sila baca ini ;p


Salam buat semua..

Rasanya dah dua hari gaklah aku tak update blog.Malas melampau-lampau.Nih tanda aku nak protes sebab surat posting tak sampai-sampai lagi.Ehhh.Aku dah penat jadi baby sitter tahu??

Kembali kepada tajuk asal.Aku nak kongsi tentang petua ilmiah menawan hati wanita.Cehh.Sekarang aku dah pandai nak kongsi bagi petua petui entahapehape.Petua nih aku dapat dekat sini.Petua-petua ini dikemukakan oleh para bijak pandai yang mengkaji mengenai kesukaan wanita yang sentiasa mahu diberi perhatian *ohhh ayat skema*.Insya'Allah petua ini membantu memenangi hati wanita. (KHAS UNTUK SUAMI DAN ISTERI YANG SAH OKAY!!!!)




********************************************************



1. Bila anda pulang ke rumah, cari dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.


2. Tanya dia soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.


3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.


4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.


5. Berikan perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.


6. Berikan hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.


7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu, jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang dia hendak buat.*hohooo.buat apakah??*


8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.*sweeeeet*


9. Selalu memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.*kalau muka tepek dengan bedak sejuk nak puji apa?*


10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.


11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.


12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.


13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.


14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak.Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.


15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya 'Saya kasihan awak tersinggung'. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.


16. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar, katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.


17. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah, bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.


18. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya. *ouchh!romantika!!*


19. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda,letakkan buku, majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.


20. Jika dia yang selalu membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih. Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.



*motif gambar??saja nak publisiti ;p*




bila ND memekak lagi:
cukuplah tuh 20 tips. nantikan update seterusnya untuk petua terhangattttt ;p

Monday, December 27, 2010

OMG!!Danish suka main dengan anu??


Salam buat semua..

Haaa..pagi-pagi nih aku nak buat cerita kontroversi plak. nih kisah si Danish yang suka main dengan anu dia. OMG!! kenapa plak dengan budak nih nak main dengan anu?? buang tebiat tak pasal-pasal. ish3



alkisahnya begini....



Danish nih baru umur 2 tahun lebih. dah pandai pun cakap sikit-sikit. aku kan baby sitter yang terhormat dekat rumah nih. so sekarang aku guna pendekatan lain. aku nak ajar dia kencing dekat tandas. at least jimatlah sikit dia guna pampers kan. aku pun tak delah asyik nak tukar pampers dia kalau dah bertakung air kencing dia tuh.


lepas dia buat kuih yang wangi sangat tadi aku pun pakaikanlah seluar tanpa pampers. aku pesan elok-elok dekat dia. Danish kalau nak kencing cakap dekat acik ekh. *okay aku tak suka dia panggil aku mak long sebab aku tak kawin lagi.acik along kan lebih muda ;p* okay dah. nih topik nak memperasankan diri plak~


lepas pakai seluar aku bagi botol dekat dia sebab bising minta air. dia pon syioklah kan minum susu. siap offer dekat aku lagi botol susu dia tuh. hampeh der. aku pun tinggal dia kejap kat depan tb. then bila aku datang depan tengok dia tengah main dengan anu dia sambil hisap botol.


wahhhh. terbeliak terbesar mata, terjerit terbising kejaplah mulut aku nih marah dia. dia plak boleh sengih-sengih2 kan tunjuk muka yang cute nak mampus tuh dekat aku! ehhh. menyirap gaklah dengan budak Danish nih. aku membebel dekat dia; 'Kalau Danish main dengan 'kutut' tuh lagi acik potong tangan nak???' saja kan nak bagi dia takut siap jegil-jegil mata gitu haa. tapi dia tunjuk respon sengih-sengih lagi!!


tak boleh jadi betul budak nih. aku biarkanlah kejap kot-kot lepas tuh dia tak main dengan anu dia. tak lama lepas tuh aku tengok balik dia dah tidur dengan botol dekat mulut dan tangan dia masih dekat anu!!!! caitt. budak nih memanglah. aku nak ajar dia kencing dekat tandas tapi bila tak pakai pampers main dengan anu dia tuh plak. aisehhaii kan. on the spot terus aku pakaikan dia pampers!!


aku tak de adik laki atau abang. so aku tak tahulah benda nih. lelaki memang suka main dengan anu ke?? hahahaa. ayat kontroversi nih. 



*nih gambar yang dia tak pegang anu sebab ada pampers*



bila ND memekak lagi:
hati perlu kuat untuk tunggu posting nih

Thursday, December 23, 2010

lari-lari anak dengan BLOGLARIAN....


Salam buat semua..

Cepat plak I nih nak buat entry malam-malam. almaklumlah. sejak jadi baby sitter nih I memang jarang nak update blog. kebetulan malam nih Danish tidur awal, so banyaklah benda yang I boleh buat.





Malam nih I nak ajak you all semua lari-lari anak dengan BLOGLARIAN. apa ke benda tuh?? haa. BLOGLARIAN nih khas untuk blogwalkers macam I kununnya. kalau nak tahu lebih lanjut pasal BLOGLARIAN nih you all semua jejaka kacak dan gadis cantik lekaslah pergi geledah BLOGLARIAN. rugi sangat kalau tak join. I pun baru jerk join nih ;p


Sebelum tuh kalau nak join BLOGLARIAN nih you all kena daftar dan jawab slogan khas yang telah diberikan. okay I nak bagi slogan I yang paling mantap ngetop bangetttt nih~


Saya suka berblogwalking kerana saya dapat tambah kawan, dapat maklumat baru tentang teknologi, fesyen, dan macam-macam lagi. Tapi yang penting saya suka cari kawan melalui blogwalking.


Yaaa. itu adalah slogan picisan I. hak hak tui jerk I nak gelak baca slogan tuh. ayat memang dah skema macam apa. almaklumlah I bukan cikgu bahasa nak guna ayat skema bagai nih.


Dan syarat yang seterusnya ialah kena tag tiga orang dan bagitahu mereka tentang BLOGLARIAN nih..


Orang yang ditag ialah:
-Kanda Yusuf
-Dila Sabbar
-Bella Alias


bila ND memekak lagi:
suka hati~kenapa??jangan banyak tanya okay.

Siapa NORMAL angkat kepala cepat!!!!


Salam buat semua..

Di keheningan malam nih *caitt..ayat sembang* I ada cerita-cerita lawak yang I nak kongsi dengan you all semua. siapa yang dah pernah terbaca tuh tak pelah. nih khas untuk yang belum pernah baca lagi. I pun tak ingat dekat mana I jumpa benda nih. nih pon I copy dekat notes FB I.


Cerita 1
Aminah merenung batang yang semakin menegak itu. Dia terus mengusap-usap batang tersebut, kelihatan air putih mengalir keluar. Aminah pun menjerit "..Nek lemang ni nak buat macam mana, dah masak rasanya.."


******************


Cerita 2
Jalal meramas-ramas kemuncak kedua-dua bukit kecil itu. Hatinya puas dan semangatnya semakin berkobar-kobar. Jari-jemarinya terus menguli tanpa henti. Jalal tidak sabar hendak menyiapkan model untuk projek sainsnya itu yang bertajuk "bentuk muka bumi di kawasan berbukit bukau."


******************


Cerita 3
Zamrul menghisap-hisap puting itu dengan berhat-hati dan perlahan. Dia tidak mahu tergesa-gesa. Sesekali lidahnya menyentuh lembut hujung puting itu dan menyedut keluar sedikit susu. "Cehhh masih panas, dah dekat satu jam aku rendam dalam air suam pun masih panas." Anak Zack yang masih bayi terus menangis meminta susu. Zamrul semakin tension.


******************


Cerita 4
Idham menjerit sambil menghenjut-henjut badannya dengan rakus dan kasar. "Come on baby, lets make it... "..katanya berulang-ulang kali tanpa henti. Kemuncaknya semakin tiba dan Idham kelihatan semakin rakus memacu kudanya untuk menamatkan perlumbaan itu. Dia bertekad untuk memenangi tempat pertama dalam perlumbaan itu.


******************


Cerita 5
Bahagian belakang kereta itu bergegar dan terhenjut-henjut. Aiman yang dari tadi mengintip dari celah-celah pokok dapat melihat dua susuk tubuh manusia sedang melakukan sesuatu di dalam kegelapan itu. Aiman terus mendiamkan diri, dia takut kehadirannya akan disedari. Tetapi setelah lama mengintip Aiman pun lantas bangun dan segera menawarkan khidmatnya untuk membantu mereka menukarkan tayar kereta mereka yang pancit itu.







Kesimpulannya,
Jika anda langsung tidak terfikirkan apa-apa mengenai seks semasa membaca 5 cerita di atas, ini bermaksud anda bukanya seorang yang NORMAL. Sebaliknya jika anda terfikirkan sesuatu yang berkaitan dengan seks, jangan lah anda risau, sebab anda adalah seorang yang normal.


bila ND memekak lagi:
laparlah plak..nak makan prosperity!!nyum3~

Wednesday, December 22, 2010

Mudah saja....lalalalala


Salam buat semua..

Tadi I buat jalan-jalan dekat blog orang kalau tak silap I dekat blog duniakushidadotblogspot. haa. panjang gitu I letak nama blog. sengal~ then I terjumpalah satu survey yang dibuat oleh mahamahudotblogspot. kalau sesiapa yang nak jawab survey tuh bolehlah klik dekat sana <--


inilah dia soalan-soalan survey:-

1) Apakah jenama telepon bimbit yg anda gunakan sekarang?
Motorola

2) Apakah jenama komputer riba yang anda gunakan sekarang?
Dell

3) Apakah jenama kamera digital yang anda gunakan sekarang?
Olympus

4) Apakah saluran jalur lebar yg anda gunakan sekarang?
Celcom

5) Apakah jenama pakaian yg anda selalu beli sekarang?
Soda

6) Di manakah restoran/cafe yg selalu anda singgah untuk makan?
McDonald

7) Di manakan gedung membeli belah yg selalu anda kunjungi?
Jaya Jusco

8) Apakah saluran radio tempatan yg selalu anda dengar?
HotFM

9) Apakah saluran TV tempatan yg selalu anda tonton?
TV3

10) Apakah jenama pewangi badan yg anda gunakan sekarang?
Escada

11) Apakah jenis bahan bacaan yang anda selalu baca?
Wanita



Ingat yerk kawan-kawan. Survey nih hanya valid sehingga 31 DISEMBER 2010. Soalan yang memerlukan jawapan yang sangat mudah dan tidak perlu susah payah pening kepala. ;p


bila ND memekak lagi:
kalaulah soalan exam pon semudah soalan survey nih....*angan-angan kosong*

TUTORIAL:cara nak buat blockquotes comel


Salam buat semua..

I saja nak menepek kejap. sebab sekarang I tengah rajin nak ubah suai blog I nih. dan I juga sedang mencari tutorial di mana-mana. huhh. TENSI!!

Tadi I jumpa tutorial nak buat blocquotes yang comel-comel macam I nih. tak percaya?? nanti kita tengok hasilnya bila I dah berjaya buat okay!! semangat dan kegembiraan itu perlu untuk memberikan motivasi kepada I!!!!






Tadaaaaaaaa!!!!





Noah Darham ialah seorang budak yang sangat perasan diri dia comel



auwww2. comel gitu hah. yeahh I suka sangat okay bila berjaya membuat tutorial yang diajar. sebenarnya I slow learner tapi tak mahu mengaku ;(





Terima kasih kerana membaca (O_o)


bila ND memekak lagi:
I dapat tutorial nih dekat lampuneon

RESEPI:kerabu delima epal


Salam buat semua..


*Uuuu.. terliur tak tengok makanan nih?? Decoration jerk dah superb, apatah lagi rasanya.. nyumm2*


Hari nih I nak kongsi satu resepi yang I buat sendiri. kunun-kunun macam I yang reka cipta resepi nihlah. bagus sungguh I. dahlah bakal cikgu yang dedikasi, pandai masak plak tuh. uishh. memang untung mak mertua yang dapat I kan (O_o). okay resepi nih I buat masa join pertandingan memasak dekat IPG tempat I belajar.

BAHAN-BAHAN:

*timun
*lobak merah
*bawang merah
*bawang putih
*daun limau purut
*cili padi
**ikan bilis goreng
**kacang tanah goreng
-garam dan gula
-perahan air limau nipis
-sedikit minyak
-buah delima
-buah epal hijau (kupas, potong ikut suka hati kemudian rendam dalam air garam)

Perhatian:
bertanda * bahan-bahan perlu dihirs
bertanda ** bahan-bahan perlu ditumbuk
kenapa rendam epal dalam air garam??SEBAB tak mahu epal tuh lebam masa nak hidang~



CARA PEMBUATAN:

1.Campur semua bahan yang telah dihiris di dalam bekas dan gaul rata.
2.Masukkan ikan bilis, kacang goreng, perahan limau nipis, garam dan gula mengikut kesesuaian. Kacau rata bahan tersebut.
3.Kemudian masukkan epal dan buah delima.
4.Letak sedikit minyak untuk membuatkan kerabu tadi kelihatan berkilat.
5.Siap untuk dihidang dan masuk ke dalam perut!!



Terima kasih kerana membaca (O_o)



bila ND memekak lagi:
saya suka masak macam-macam~~

Tuesday, December 21, 2010

Masalah Kulit Wajah Bahagian 2


salam buat semua..

okay yerk anak murid sekalian alam. hari nih cikgu nak sambung cerita tentang masalah kulit wajah bahagian 2. siapa yang tertinggal kelas bahagian 1 silalah rujuk sini. lain kali jangan ponteng kelas tahu!!


5)Masalah PIGMENTASI
Pigmentasi merupakan keadaan kulit yang mengalami perubahan dari segi warna dan rupa.Warna kulit menjadi tidak sekata dan muncul tompok-tompok warna yang lebih gelap daripada warna kulit asal. Keadaan kulit kelihatan kusam, tidak bermaya dan kasar.

CARA MENGATASI:
-->Ambil buah yang mengandungi Vitamin C seperti epal, oren dan sebagainya.
-->Produk yang menggunakan betik sebagai bahan asas baik untuk memulihkan masalah pigmentasi.
-->Elak daripada terlalu mendedahkan kulit pada cahaya matahari.


6)Masalah AKNE
Akne merupakan masalah kulit yang paling kerap berlaku. Akne merangkumi whiteheads, blackheads dan jerawat. Selain itu, terdapat juga tanda-tanda kemerahan (lesion) dengan pembengkakan dalaman yang dipanggil nodul. Akne terdiri daripada yang ringan, sederhana dan teruk. Akne yang ringan hanya terdapat sedikit whiteheads atau jerawat. Bagi akne yang sederhana pula, anda akan mengalami lebih banyak jerawat pada muka dan kemungkinan terdapat pada bahagian dada dan belakang. Dalam keadaan akne yang teruk, anda akan mengalami banyak nodul yang besar dan sakit pada bahagian muka, dada, belakang dan bahagian badan yang lain.

CARA MENGATASI:
-->Penjagaan kulit wajah yang konsisten adalah jalan terbaik untuk mengelak berlakunya masalah akne.
-->Pastikan penggunaan produk bersesuain dengan jenis kulit untuk mengelak timbulnya lebih banyak jerawat atau ruam muka.
-->Jika jerawat tumbuh dnegan banyak, elak menggunakan skrub.


7)Masalah GARIS HALUS
Kekurangan penghasilan kolagen membawa kepada timbulnya garis-garis halus di sekitar mata, dahi dan bahagian wajah lain yang terdedah kepada sinaran matahari. Garis ekspresi wajah dan kulit berkedut timbul di sekitar kelopak mata, leher, rahang dan tangan.

CARA MENGATASI:
-->Guna masker dan krim anti penuaan sebagai langkah pengawalan.


8)Masalah PORI-PORI TERBUKA *bukan PARI-PARI TERBANG TINGGI*
Pori-pori terbuka luas adalah kerana aktiviti berlebihan kelenjar minyak. Pori-pori menjadi tersumbat kerana pengeluaran minyak yang berlebihan. Pori-pori juga boleh menjadi tebal menyebabkan kulit menjadi kasar.

CARA MENGATASI:
-->Selepas penggunaan masker, bersihkan wajah dengan air mineral. Untuk menutup pori-pori terbuka gunakan 'ice blobe' sebagai rawatan. Anda tidak boleh melakukannya di rumah tetapi anda perlu ke salun kecantikan untuk rawatan ini.


Terima kasih kerana membaca (O_o)



senyummmmm ;p


bila ND memekak lagi:
pesanan khidmat negara-jagalah kesihatan kulit anda~

Monday, December 20, 2010

review BLOG:sepatu merah zulaikha


salam buat semua..

okay sayang-sayang semua. hari nih I nak buat review blog plak. macam bosan jerk kan asyik dengar cerita entah pape pasal I kan. jadinya malam nih kita tukar tajuk sikit ekh.
I memang suka gila kentang kalau orang yang buat craft nih. macam si Zulaikha. dan sebab suka sangat I dah tempah dua pasang plushies dekat dia untuk hadiah kahwin kawan I.


Empunya Blog:Zulaikha
Tajuk Blog:Sepatu Merah


meh jom kita tengok apa yang Zulaikha nih buat....


nihlah dia plushies yang I oder daripada Zulaikha. sampaikan Danish mengamuk gila dekat I semata-mata nak plushies nih ;p








okay kepada anda yang memang suka gila kentang goreng dekat plushies yang comel-comel belaka macam I nih silalah ke blog Zulaikha untuk membuat tempahan.


bila ND memekak lagi:
rasa macam nak plak plushies Gogumo dengan Gogomu tuh..ada sesiapa yang bermurah hati??

*under construction*


salam buat semua..

haaa.nih cheq nak habaq mai noo kat hang pa semua. sekarang nih che lagi pusing-pusing kepala nak ubah segala apa benda yang ada dalam blog cheq nih. maksudnya blog under construction. aduhhh. kepala cheq nih memang lembab kalau tiba tang nih noo ;(


ngehhh. cheq dah sediakan segala penukul dan spanar nak renovate blog nih. hebat cheq nooo~


cheq tengok blog cheq nih lama-lama bosan betul!! sungguh nih. hang pa tak kan tak bosan kot?? *geleng kepala* ishhh. tok sahlah hang pa nak bodek cheq. cheq tak de pasembor nak bagi upah kat hang pa noo. so hang pa simpan dulu pujian cacian yang hang pa nak bagi kat cheq. nanti kalau cheq minta barulah hang pa bagi okay??


banyak yang cheq nak renovate dekat blog pinggiran nih. nak buat macam-macam tapi bila mengadap jerk lappy, mata jadi kuyu! caittt. hang pa tak kan tak kesian dengan cheq kot. mesti ada rasa kesian sikit kan?? tak pasal-pasal si Jejaka Tinggi yang jadi mangsa kena edit tuhlah edit nihlah. ngehhh. tak pe JT terror bab-bab edit mengedit nih. cheq nih slow learner (O_o)

bila ND memekak lagi:
sengal!!sebab otak dah karat nak buat semua benda pon macam kura-kura~

Sunday, December 19, 2010

nak tahu tak?? #1


salam buat semua..

ngehee. hari nih I ada lagi info nak kongsi. rajin betul kan I mencari maklumat sini sana. yerlah. I kan penganggur terhormat. haruslah mempunyai banyak masa terluang untuk online dan terjah sana sini.






.:Perkataan 'checkmate' dalam permainan chess datangnya dari frasa Parsi 'Shah Mat' yang bermaksud raja sudah mati.





.:Rambut manusia dianggarkan tumbuh kira-kira 0.00000001 batu per jam.






.:Burung murai adalah satu-satunya haiwan yang boleh terbang secara ke belakang.







.:Seekor iguana mampu bertahan di dalam air sehingga 28 minit.







.:Perkataan robot dicipta oleh Karel Capek yang datangnya dari perkataan Czech ROBOTOVAT yang bermaksud bekerja keras.





.:Kesemua presiden Amerika Syarikat memakai cermin mata. Namun ada juga di antara mereka yang tidak suka dilihat memakai cermin mata di khalayak ramai.







.:Corduray datangnya dari Perancis yang bermaksud 'cord du roi' atau pakaian untuk raja.






.:Tulisan YKK yang terdapat pada zip adalah bermaksud YOSHIDA KOGYO KABUSHIBIBAISHA yang mana adalah pengeluar zip terbesar di dunia.


Terima kasih kerana membaca (O_o)



bila ND memekak lagi:
tinggal dua minggu lagi sebelum posting dan BEKERJA!!

sekilas....TIPS cantik comel macam ND #2~


salam buat semua..

malam nih I nak sambung lagi celoteh tentang tips cantik comel macam I *bluuerkk.muntah pink* hari tuh dah bagi yang part 1 punya sekarang I bagi part 2 punya. sharing is caring kan. memang musim menganggur nih I suka sharing dengan orang lain~





.:Solekan mata tidak akan lengkap tanpa maskara. Bagi mendapatkan lentikan bulu mata yang seksi, anda dinasihatkan menggunakan 'eye curler' terlebih dahulu. Dalam bahasa jawa 'pinjam pelentik bulu mata kau jap'


.:Bibir akan kelihatan lebih padat dan seksi jika penggaris bibir digunakan bagi melukis bentuk bibir.


.:Jika impikan bentuk bibir yang seksi dan lembut, gunakan penggaris bibir dari warna yang lebih lembut daripada warna gincu. Ehh. Kalau susah sangat pinjam jerk bibir Angelina Jolie ke, Megan Fox ke.


.:Jika kulit wajah anda dari jenis yang berminyak, elak menggunakan alat solek berasaskan minyak atau krim. Pilih alat solek dari jenis 'water base foundation' yang dibalas dengan 'pressed powder' dan bedak debu.


.:JANGAN sesekali memadankan warna solekan dengan warna baju. Pilih warna solekan yang bersesuaian dengan warna kulit anda.


.:Pastikan anda menyapu pelembap bibir untuk mengelakkan bibir kering sebelum mengoles gincu.


.:Sebelum tidur, gunakan pelembap yang mengandungi AHA (alpha hidroxy acid) serta enzim 'super superoxide dismutase' *haram jadah apa benda nih*. Pelembap ini berfungsi untuk melindungi kulit daripada hidrasi sekaligus menghaluskannya.




tanpa make up pun saya dah comel kan kan.. ;p


Terima kasih kerana membaca (O_o)



bila ND memekak lagi:
Banyak betul tips. I pon belum tentu buat yang ada ;p

Saturday, December 18, 2010

dicengkam kebosanan dan kerinduan



salam buat semua....

malam nih I sangat bosan. baru petang tadi I keluar naik BJV pergi jalan-jalan. tuh pon sebab nak pergi bayar bil berukband nih. kalau tak memang duduk rumah saja. entah kenapa dekat rumah nih I memang malas nak keluar. kalau terdesak, I akan paksa rela Eno suruh ikut I keluar. tapi kesian plak dekat mak buyung tuh nak ikut I jalan sini sana.



jadi, entry malam nih adalah entry bosan. yeaa. I bosan tunggu surat posting yang tak dapat-dapat nih. penantian satu penyeksaan. memang siksa gila babas beb!! I paling tak suka kena tunggu, sebab I orang yang tepati masa. sebab tuh bila tang posting-posting nih I sangat alert. bantainya I kena posting dekat pantai timur tak ke haru I nanti kan.

ada lagi dua minggu sebelum sesi sekolah 2011 nak bermula. dalam masa dua minggu nih juga I kena sediakan mental dan fizikal. kalau I dapat posting dekat sekolah dekat-dekat jerk dengan rumah I nih memang tak de masalah. tak perlulah I nak susah-susah fikir nak cari rumah sewa segala. kalau jauh-jauh lagi tambah masalah dekat I. I nih cuma ada roda dua jerk. siapa nak angkut segala barang-barnag I kalau kena posting jauh-jauh kan?? ini bukan alasan I tak mahu sekolah jauh-jauh ekh. tapi kalau sekolah dekat banyak faedah yang I dapat kan kan ;p

ehh. secara tiba-tiba I teringatkan TIGA orang kawan. kawan yang ada masa susah senang I dulu. tapi sekarang dah semakin menjauh. uhh. I sedih kalau kawan tinggalkan I. sebab I memang sayangkan kawan tak kiralah apa jantina, bangsa atau agama. walaupun I nih hati kering, keras kepala, degil tapi hati I baik tahu. (O_o)



mereka sahabat terbaekkk~


bila ND memekak lagi:
rindu mereka........

Masalah Kulit Wajah Bahagian 1


salam buat semua..

sekarang I dah gila kentang goreng nak buat segala tips dan petua petui. kenapakah?? ehh. suka hati I lah kan nak buat entry pasal apa pon. ngehh. sendiri rasa sentap~at least ada jugalah I nih bagi maklumat ke pengetahuan ke. tak de lah you all asyik baca entry nak hentam orang, entry masak tak jadi dan segala macam entry yang sengal-sengal syiok gitu.

di keheningan malam nih I nak bagi maklumat tentang masalah kulit muka dan juga solusinya. ini semua maklumat yang ceduk dekat mana-mana sumber yang boleh dipercayai terutamanya majalah Rapi. so check it out!!


1)Masalah JERAWAT *bukan macam I okay. I kes terpencil*
Jerawat merupakan keradangan (inflamasi) tisu pada bahagian kelenjar minyak (sebaceous). Perkataan jerawat lebih menunjukkan kepada jenis jerawat umum iaitu 'acne vulgaris'. Ia merupakan suatu penyakit yang berlaku pada unit 'pilosebaceous' (terdiri daripada rongga rambut dan kelenjar minyak) pada bahagian kulit. Jerawat jenis ini merupakan jenis jerawat yang sering dialami oleh individu terutama remaja dan dewasa pada awal umur 20-an.

CARA MENGATASI:
-->Bersihkan wajah setiap pagi dan malam hari dengan pembersih wajah yang sesuai dengan jenis kulit muka.
-->Guna penyegar supaya kulit sentiasa lembap.
-->Minum air putih dan ambil vitamin C. Air akan membantu membersihkan kotoran dari dalam tubuh, sementara Vitamin C membantu pembentukan sel kulit baru.
-->Agar jerawat cepat kering, gunakan masker khusus untuk jerawat.


2)Masalah JERAGAT@BINTIK PENUAAN
Jeragat merupakan bintik-bintik hitam yang timbul di serata wajah. Kebanyakkannya timbul di bahagian hidung, tulang pipi dan dahi. Jeragat merupakan pengumpulan pigmen di dalam kulit yang mempunyai sedikit atau tiada pigmen. Pigmen di dalam kulit meningkat untuk melindungi lapisan dalam akibat pendedahan berterusan kepada cahaya matahari. Dalam kes tertentu, masalah jeragat boleh membawa kepada masalah kanser kulit.

CARA MENGATASI:
-->Pastikan rutin penjagaan kulit seperti membersih, menyegar, melembap serta penggunaan krim siang dan malam tidak diabaikan.
-->Dapatkan krim anti penuaan yang sesuai dengan jenis kulit dan amalkan penggunaannya.


3)Masalah WHITEHEADS
Binti-bintik kecil berwarna putih yang timbul akibat pengumpulan sebum atau minyak yang mengeras di dalam pori-pori kulit apabila sebum menyumbat folikel rambut yang jauh ke dalam kulit.

CARA MENGATASI:
-->Guna krim anti 'whiteheads' dan jangan lupa untuk menggunakan skrub sebagai rutin penjagaan.


4)Masalah BLACKHEADS
Blackheads bukanlah kotoran dan tidak boleh dibersihkan. Ia terjadi apabila sel kulit mati dan sebum menyumbat folikel rambut di permukaan kulit. Blackheads menyebabkan pori-pori kulit berminyak membesar dan teksturnya menjadi kesat dan kasar. Apabila pori tersumbat sepenuhnya, jerawat akan timbul dan blackheads boleh menyebabkan akne.

CARA MENGATASI:
-->Jadikan skrub dan penggunaan masker sebagai langkah pencegahan. Lakukan rawatan facial untuk mengatasi masalah ini sekurang-kurangnya seminggu sekali.
-->Penggunaan krim pemutih juga antara salah satu cara untuk mengelak blackheads.




alolooo..tomey tomey baby danish nih..macam aunty ND dia kan~


bila ND memekak lagi:
kulit muka I dah kembali licin cuma tak seputih dulu ;(

Friday, December 17, 2010

sekilas....TIPS cantik comel macam ND #1~


salam buat semua


penghulu segala hari nih I nak kongsikan tips-tips untuk cantik comel cun melecun double thumbs up macam I. oohh oohh sangat gilakan publisiti. cukup!! kita teruskan dengan tips-tips cantik comel daripada I. semoga terhibur.. auwww3




.:PASTIKAN anda mengamalkan rutin menyegar dan melembap sebelum proses solekan dimulakan. sebaik-baiknya pelembap diratakan ke seluruh wajah 20 minit sebelum solekan dimulakan.


.:Apabila mencalitkan bedak asas pada wajah, PASTIKAN anda menggunakan bedak asas yang lebih cerah tonanya di seluruh Zon-T.


.:Bagi anda yang berkulit GELAP atau SAWO MATANG, hati-hati bermain dengan warna pembayang mata dan pipi. bagi mewujudkan refleksi cerah pada wajah, bermainlah dengan warna jingga.


.:Jika wajah anda kelihatan BERMINYAK selepas bersolek, ini bermakna bedak asas yang anda pilih tidak bersesuaian dengan kulit wajah anda.


.:Celak atau pensel mata juga penting untuk membentuk mata yang lebih bulat dan galak. selain hitam, mata akan kelihatan lebih daring dengan warna garang dan klasik seperti coklat dan jingga.


.:PASTIKAN anda menggunakan pembayang mata warna dasar yang lembut seperti warna krim. mainan warna-warna gelap dan garang pula lebih sesuai dilakukan di bahagian atas kelopak mata.


.:Sebelum memilih pembayang mata, oleskan ke bahagian belakang tapak tangan kanan. ini kerana warna kulit di sekitar bahagian tersebut adalah paling hampir dengan warna kulit di kelopak bahagian mata.



kalau nak maen bawah cahaya matahari silalah memakai payung yerk..bukan Puteri Lilin tapi jaga kulit ^.^



p/s:tips nih I cari dekat majalah Rapi bilangan 154. bukan tips rekaan I okay~



bila ND memekak lagi:
bangga plak kongsi tips cantik dengan you all yang kacak dan cantik..ouchhh!!!!

hip hip hoorayyy..nak lompat setinggi gunung!!!!


salam buat semua..

hari nih result exam semester 8 dah keluar. ohh. penantian yang menyesakkan kepala. penat I tunggu nak dapat result nih. sampaikan malam ku bermimpi indah gitu. ouchhh!!


ye yeahhh..nak lompat setinggi gunung dalam lukisan
result I tak delah segempak result orang yang otaknya pandai bergeliga. I nih otak picisan jerk. malas nak belajar perah-perah otak nih. dan kalau tak percaya I pernah demam lepas jawab exam!! itu cerita semester lepas disebabkan kesusahan soalan yang ditanya. tanya soalan susah-susah memanglah aku pun susah nak bagi jawapan kan. alih-alih demam terus!!

mesti ada yang tertanya-tanya kan berapalah pointer yang I dapat tuh kan. yerlah mehlah I berterus terang jerk dengan you all. pointer I untuk semester terakhir ijazah hanyalah 3.79!! whoaaa *mulut ternganga keluar air liur* percayakah you all?? masa I tengok dekat website tadi pon macam percaya tak percaya jerk. tapi syukurlah beb. berbaloi dengan usaha I bertungkus lumus tolong mangsa banjir *ehh ada kaitan ke?* masa musim exam hari tuh.

pointer terkumpul I tak delah banyak mana pon. setakat 3.66 jerk. sama dengan roommate I. dapat 3.79 tuh dah kira banyak tuh. nak maintain pointer pon ketar tempurung kepala nih haa. lagilah nak dapat PMGT gedebuk macam PMG. I punya otak nih otak picisan. sekejap ingat kang kejap lagi lupa. habis jerk exam I terus simpan segala nota kaki, nota toyol dalam kotak. tak mahu pandang buat kali kedua ketiga dan keseratus pon!!

sudah malas I nak membebel tatkala orang lain membuat taik mata. ya Tuhan, aku bersyukur dengan kejayaan dan kegembiraan yang telah Kau berikan kepada aku dan kawan-kawanku.

bila ND memekak:
okay. cek mie dengan ed nantikan balasan bang bang kebaboom daripada aku yerk!!!!

Thursday, December 16, 2010

kisah si lesung batu dan sambal kicap


6 Disember 2010, Isnin 1.15 p.m

Tadi masa tengah sibuk tumbuk bawang nak masak, tiba-tiba I teringatkan satu kisah. Kisah si anak mak cik Tipah *bukan nama sebenar* yang bernama Aminah *juga nama palsu* yang sangat pandai membuat sambal kicap. I pon tak pernah terfikir nak buat sambal kicap macam yang si Aminah tuh buat. Eheheee.

Cerita nih mak I yang dendangkan dekat I. Mak cakap buat pengajaran pada masa hadapan. Kisah yang berlaku masa yang zaman sekolah menengah dulu. Kisahnya begini. Mak Cik Tipah nih kira macam best friend Mak Cik Ina *nama sebenar Mak I* lah. Anak sulung dia si Aminah nih tua 3-4 tahun gitu daripada I. I pun tak ingat sangat umur dia berapa dah sekarang. Senior masa dekat sekolah I dulu. Adik dia pon kamceng juga dengan I walaupun kami tak sekamceng kucing ;)


Lalu mak cik Tipah pon cerita lah perihal si Aminah nak buat sambal kicap. You all pon tahu kan nak buat sambal kicap tuh macam mana. Hiris bawang merah, bawang putih, potong cili padi, bubuh kicap. Nahhh. Dah sedia untuk dicicah dengan lauk. Tuh resepi yang simple punya. Kalau nak advance sikit, tumbuklah si bawang merah, bawang putih dengan cili padi tuh. Lepas tuh baru tuang kicap dalam bekas. *Siapa yang tak tahu juga buat sambal kicap semudah ini, memang buta dapur*


Tapi yang si Aminah nih buat lain daripada yang lain. Macam yang cakap mula-mula tadi. I pun tak pernah terfikir nak buat cara macam yang si Aminah nih buat. You all nak tahu ke dia buat sambal kicap tuh macam mana?? Meh sini cheq nak habaq mai.Aminah buat sambal kicap menggunakan proses tumbuk-menumbuk dengan incik lesung batu. Elok jerk dia tumbuk bawang merah, bawang putih dengan cili padi tuh. Dah lumat-lumat siap boleh buat masker lagi. Ehh. You all sanggup nak pakai masker bawang dengan cili padi?? Dan aksi yang paling tak disangka-sangka ialah si Aminah nih pergi TUANG KICAP DALAM INCIK LESUNG BATU UNTUK DITUMBUK SEKALI. Ya Allah. You all boleh bayangkan tak tumbuk kicap CECAIR dalam lesung batu? Mahulah tak percik-memercik macam bunga api kan. Plak tuh si Aminah nih boleh cakap dekat mak cik Tipah kenapa kicap nih percik-percik dekat muka dia. Reaksi mak cik Tipah? Itu I tak tahulah sebab mak I tak cerita.



*ini gambar hiasan dan aminah tak gunakan lesung besar nih nak buat sambal kicap*




Adoyaii. Kenapalah kepala senget punya si Aminah nih. Tak boleh fikir guna logik akal ke?? Untuk pengetahuan you all si Aminah nih budak yang pandai dalam akademik. Dan sekolah I tuh antara sekolah yang star dekat tempat I. Adeh. I tak tahulah plak otak budak pandai nih macam tuh sekali bila menjejakkan kaki dekat dapur. I memang tepuk dahi jerk bila mak cerita macam tuh dekat I. Mak siap pesan macam nih lagi dekat I:’ Angelina Jolie, jangan harap pandai belajar jerk tapi masak pon tak tahu. Orang perempuan belajar tinggi-tinggi pon dapur tuh tempat wajib juga.’ Haaa. Begitulah azimatnya pesanan mak I.  
 
I nih walaupun akademik pandai tapi tak dapat dikesan tapi I agak hebat di dapur. Mak selalu suruh i masak sendiri. Sebab tuh i suka masak benda-benda yang pelik daan mak dengan abah tak makan. Macam spagethi, macaroni. Deii minachi. Mak dengan abah I tuh selera kampong. Tak denya layan makanan macam tuh. I ajak makan pizza hut pon abah siap bagi duit suruh beli sendiri makan dekat rumah. Makan KFC pon tapau jerk bawa balik rumah. Alasan mudah abah: nanti lagi macam-macam nak makan kalau tak tapau. Huhhh. Mudahnya menjadi orang lelaki. Tak memikirkan sesuatu perkara serumit yang difikirkan oleh perempuan.
 
Dan disebabkan kisah si Aminah anak mak cik Tipah tuh I pandai masak. Mak dengan abah tak de nak ajar-ajar I masak macam mana. I selalu masak nasi hangit *sebab tak de rice cooker*. Nak tunggu nasi keringlah. Nak kena kecilkan apilah kalau nasi dah kering. Dan akhirnya abah belikan rice cooker supaya I masak nasi tak hangit lagi. Tambah lagi abah belikan ketuhar sebab dia tahu I suka masak ayam bakar dan mencuba masak kek yang selalu bangkit. Dan macam-macam lagi peralatan memasak yang abah belikan untuk I tahu. Huhh. Baik sungguh hati si abah I tuh kan.




*uhhh..sedapnya sambal kicap makan dengan nenas..nyumm nyumm terliur dah nih*



bila ND memekak:
Otak kalau geliga pon buat sambal kicap pun failed, baik jadi geng katak jerk. Ehhh. I suka tengok Putera Katak!!!!