Salam buat semua..
Hari ini hari terakhir dalam kalendar tahun 2010. Kejap lagi pukul 12 dah masuk tahun 2011. Banyak kenangan manis pahit, suka duka sepanjang tahun 2010 nih. Dan macam biasa setiap kali masuk tahun baru aku memang tak pernah sambut pon. tak pernah ada dalam kalendar hidup aku nak sambut malam tahun baru. Perlukah??
Yang ini entry terakhir mungkin untuk tahun 2010. Kot-kot lepas nih aku terajin plak nak update kan mana nak tahu. Banyak benda nak cerita tapi mungkin pada entry lain kali. Hari nih aku dah spent money almost RM800 for myself. kiranya reward untuk diri aku sendiri sepanjang tahun 2010 nih. At least I have special things for the end of the year 2010 ;p
Apakah dia reward yang aku bagi untuk diri aku?? Haaa. Itu kena tunggu entry lain. Aku malas nak cerita banyak-banyak dalam satu entry. Nanti korang jemu bosan boring plak kan *walaupun follower aku ciput jerk*. Mak tak kisah pon noksss~ Tapi yang paling best untuk tahun 2010 ini adalah jeng jeng jeng aku dah ada pakwe!! Hahaaa. Statement tak boleh blah kan??
Okay berhenti dulu untuk cerita entahapehape tuh. Aku cuma harap segala apa perkara yang terjadi pada tahun 2010 nih dapat memberikan banyak pengertian, pengalaman, pengajaran, tauladan, sempadan kepada aku dan juga orang lain. Huhh. Penat aku nak susun ayat skema. Aku lemah gemalai longlai kalau bab-bab bahasa nih. Ayat selalu tunggang langgang. Mungkin sebab itu aku dilahirkan untuk menjadi seorang guru Pendidikan Jasmani ;p
Dan semoga tahun 2011 yang bakal menjelma nih aku harap lagi aku akan menjadi seorang guru yang berdedikasi, berwibawa, bersungguh-sungguh *ayat apa lagi nak bagi senang hati??* walaupun sinar kemalapan, kegelapan, kekelaman azam aku nih semakin nyata. Ehh. Incik BPG, KPM, dan JPA: BILA NAK BAGI SAYA POSTING HAAAA??
*muncung kasi elok sikit nooo* |
Terima kasih kerana membaca (O_o)
bila ND memekak lagi:
selamat pergi 2010 dan selamat datang 2011
selamat pergi 2010 dan selamat datang 2011