Monday, February 28, 2011

Melebih Pula Minah Copycat Nih Ekhh


Siot jerk kan minah copycat nih. Dahlah sesuka hati copycat entry aku! Heii aku bukan famous blogger tahu. Nak copy bagai entry aku buat apa?? Perlukah??


Muka memang dah cun, blog pon cantik comel gitu. Tapi copy plak entry orang. Yang aku jumpa baru ada dua entry aku yang kena copycat oleh perempuan ini. Sengal jerk kan. Aku penat perah idea dalam kepala, cari masa nak tulis entry tapi kau senang lenang bergoyang-goyang copycat entry aku!! Waddefishhhhhh~

Kalau sekali pun kau nak copycat entry orang lain bubuhlah credit dekat resources tuh. Nih dahlan entry copy. NOTA KHAKI tuh pun siap ada nama aku lagi. Aishh. Tak ke pelik kan. Nota khaki nama aku tapi written by nama kau!! Lemak berkrim nih badan kau. Aku babab punggung tuh nak???? Aku cikgu garang okay ;p

Paling aku tersirap kau copy entry yang kureng baik. Maksud aku entry yang aku sumpah seranah orang. Haii cik adik yang comel lagi ayu muka tapi perangai nan hadooo, carilah cerita yang elok-elok ke, informasi ke kat blog aku tuh. Dah tuh siap kau tokok tambah dekat entry yang kau copy. Alahaiii. Patutlah aku baca banyak kali still tak perasan itu entry aku yang kau copy!!!!



p/s:Bengang terlebih jerk dengan minah nih. Dahlah banyak entry orang lain dia copy. HJ~~

Friday, February 25, 2011

Teacher, Cikgu, Ustazah, Coach..Pakej Terbaik ;p


As salam semua..

Baru semalam I dapat jadual. Perghh emmang terbaik punya jadual. I suka gila sampai tak terkata!! Senyum pun tidak, marah pun tidak. I cuba tunjuk muka tak de perasaan dekat GPK. Kunun-kunun biar dia faham maksud tersirat di sebalik muka tak de perasaan I. Tapi tapi hamperh jerk. Dia pun macam kesian tapi nak buat macam mana kan. Sekolah kurang guru~~


You all si cecantik dan kekacak nak tahu ke jadual yang I dapat nih? I pun macam tak sampai hati jerk nak bagitahu dekat you all. Tapi tak pe. Kalau I susah ada lagi orang yang sedang susah kan?? ;p Dan disebabkan kesusahan itu, lepas train netball sekolah I terus demam!! Nahh penangan dapat jadual selepas dua minggu asyik bergosip dengan cikgu sekolah ;)

Baiklah dengan ini diumumkan *bunyi drum*

Saya NOOR ASMAWATI BINTI DARHAM:

GURU KELAS kepada murid Tahun 3 Yakin *yang sangat nakal dan boleh tahan ;p
GURU BAHASA INGGERIS Tahun 2 Nuri, 3 Yakin dan 4 Rhu
GURU PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN Tahun 1 Hussien dan 1 Mahathir
GURU TASMIK Tahun 4 ;)
JURULATIH dan PENASIHAT Kelab Bola Jaring
AJK SPBT


dan banyak lagi yang malas nak tulis....



Tapi yang paling best jumlah waktu mengajar seminggu adalah sebanyak 31 waktu. Wowww!! Tapi I redha tak boleh kata apa. Kita kena ikhlas kan buat kerja. Jadi cikgu bukan perkara yang senang dan tidak boleh dibuat main-main.

So, selepas nih segala title yang ada untuk seorang guru ada pada I. Teacher Wati, Cikgu Wati, Ustazah Wati dan juga Coach Wati. Hahaa meletupppp gitu I suka gila!!



p/s:Dekat sekolah semua panggil I AS atau WATI. Tak de dah nama NOAH. Rindu plak nak dengar orang panggil NOAH ;p

Monday, February 21, 2011

Kerja Dengan Manusia Macam Ini Memang Menjengkelkan..


Aku memang pening, blur gila sekarang nih. Kawan-kawan ramai dah dapat surat pelantikan, isi borang tuh borang nih. Tapi aku masih macam tuh juga. Bila telefon JPN, cakap macam nih. Bila telefon PPD plak cakapnya begini. Arghhh~~


Memang kalau kerja dengan manusia yang macam nih sangat menjengkelkan hati dan perasaan. Orang sana tanya dah dapat borang ke belum. Yang sana plak cakap borang lambat sebab ada hal sekian sekian. Nahh aku yang dekat tengah-tengah nih sakit kepala tahu??

Plak tuh kawan aku siap announce dekat FB, PT dia cakap 25 mac nih dah dapat gaji. Aisehh. Suka kan buat line panas~~Lepas nih siapa cakap pasal gaji memang aku nak fire jerk. Burrrrrrr!!!!



p/s:Bagus juga sekolah nih asyik bagi aku relief kelas. Tak pening kepala aku nak buat RPH~~Aku suka!!!!

Sunday, February 20, 2011

CIK AYU'S 22TH BIRTHDAY GIVEAWAY


As salam everybody!!

Hari nih I ada join satu birthway-CIK AYU'S 22TH BIRTHDAY GIVEAWAY. Si budak Ayu nih junior I masa dekat IPG tuh. Sekarang dia sudah semester 5. Meh jom kita riki apa dia nak untuk birthway yang dia anjurkan nih ;p







1.Tulis tajuk entry "CIK AYU'S 22TH BIRTHDAY GIVEAWAY" - tak kira la, nak campur huruf kecik dengan huruf besar ke, nak buat huruf besar saja ke, huruf kecil saja ke, janji tajuk entry berbunyi begitu.

2.JADI folower belog HIDUP DAN IMPIAN.

3.COPY BANNER dibawah dan linkkan banner tersebut dengan entry ni. makna kata, promot la entry ni sedaya mungkin. hehe.

4.Letak banner di bahagian getjet dan linkkan.

5.Tulis la ucapan sikit happy birthday sikit.

6.Letak gambar anda bersama member, gambar yang paling cantik dan menarik yang pernah anda miliki. seboleh-bolehnya gambar dalam resolusi tinggi supaya gambar yang dipamerkan cantik dan tak pecah. :)

7.Tulis caption sikit pasal gambar bersama member.

8.Tinggalkan komen anda dibawah entry ni bersama dengan link entry supaya senang Cik Ayu nak melawat ke belog anda. tak payah tercari-cari entry peserta.

9.Last sekali, tag 3 orang kawan anda untuk sertai GA ni.



Ucapan untuk Cik Ayu:
Selamat menyambut hari kelahiran yang ke-22. Dalam dunia ini tiada yang mustahil kecuali mati. Kuatkan semangat untuk menghabiskan sisa-sisa hidup sebagai pelajar. Hahaaa dan selamat juga menjadi seorang guru yang berdedikasi seperti saya!!!! Wallaweyh~~



Geng Pipi Comel Sedunia~~


Kenapa I pilih gambar nih?? Sebab kami saling melengkapi antara satu sama lain. Kelebihan yang kami ada menutupi kekurangan yang ada pada diri masing-masing. Walaupun berbeza usia, negeri, perangai dan segalanya tapi itulah yang membuatkan persahabatan kami bermakna. I love them so much!!!! 

Last but not least, I nak tag orang-orang yang ini:-


3)Korang yang baca entry nih ;p




p/s:Apa hadiah yang Cik Ayu nak bagi??Jeng jeng jeng~~

Kenapa Shawl Menjadi Pilihan Hati ;p


Banyak sebab kenapa aku suka gila dengan shawl. Kalau pergi Jalan TAR memang tak sahlah kalau aku tak beli shawl walaupun sehelai. Dulu era pakai shawl nih tak semeriah sekarang. Aku mula pakai shawl kalau tak silap aku masa umur 15 tahun!! Nahh masa tuh tahun 2002. Sekarang dah tahun 2011. Memang macam langit dengan tanah jerk beza fesyen shawl dulu kala~~



Inilah antara sebab-sebab kenapa aku suka gila kentang dengan shawl ;p



1. Jimat sebab kalau pakai shawl kedut-kedut atau jenis crumple tuh memang tak payah iron. Bukan pemalas tapi fesyen kan ;O
2. Harga memang murah kalau nak dibandingkan dengan harga tudung bawal entah apa-apa tuh. Kadang rm5 pon dah boleh dapat tapi kena tengok juga jenis dan kualiti ;p
3. Macam-macam style gitu kalau pakai shawl. Kau nak belit macam mana pun belitlah janji kau tak mati sebab belit shawl dekat leher ;D
4. Aku jenis yang nak cepat. Kalau tudung bawal tuh kejap nak pin sana pin sini. Dah buang masa aku kan. Shawl simple jerk. Kalau pandai pakai tak guna pin pon boleh ;)
5.Kalau pakai shawl nampak lagi fresh banding pakai tudung bawal sebab tudung bawal kan banyak batu, sulam bagai. Geng mak cik-mak cik sesuai lah pakai shawl. Aku kan muda remaja haruslah pakai yang funky!!





Nah sekarang aku buktikan apa yang aku tulis tuh dengan gambar budak comot ;p



Kawan-kawan tak suka aku pakai tudung macam nih. Dorang cakap aku minah indon. Ggrrr jangan main-main weih. Aku mix blood okay!!

Haaa yang nih time photoshoot. Senang jerk aku pakai shawl. Kalau pakai tudung lain gambar aku tak secantik ini ;p


Tengok nih shawl crumple yang aku suka gila sebab tak payah iron~~


Pakai shawl siap boleh pakai dengan inner macam-macam style lagi ;D


Tips Untuk Kelihatan Comel Di Dalam Gambar =.=


Aku tahu tak semua orang comel macam aku *tettt tapi kita boleh buat-buat comel tak kira masa dan tempat. Ngaaa ini bukan hipokrit ekh. Nih cuma nak memvariasikan kehidupan kita. Cehh kalau hari-hari pun buat benda yang sama bosan gak kan. Sekali sekala ubahlah sikit benda yang membosankan tuh ;p

Ini aku nak kongsi tips untuk kelihatan comel di dalam gambar. Dalam gambar jerk okay!! Kang nanti ada orang salahkan aku kenapa dia tak comel dekat luar gambar plak. Itu mak tak boleh nak jawab sebab kita manusia saling berbeza ;)

Kalau nak comel dalam gambar ambillah gambar posing macam dekat bawah nih. Tak payah nak malu-malu segan blushing bagai. Gambar kau, suka hati kaulah kan nak posing macam mana kan. Haa aku nih terpaksa buat muka tak kesah suruh orang ambil gambar macam nih. Meh jom tengok gambar aku (T__T)




Gambar 1:Hahaa sila abaikan~~ Tapi aku suka ;o


Gambar 2:Kan comel jerk tuh. Tertutup sikit bahagian yang besar ;p

Gambar 3:Wallaweyh!! Main kenyit-kenyit mata plak dia kan. Babab nanti karang!!!!



Aaaa tuhlah dia tips sengal-sengalan daripada aku macam mana nak NAMPAK COMEL DI DALAM GAMBAR. Kalau korang buat tak jadi juga, bukan salah ibu mengandung okay!!!! Selamatlah korang mencuba tips tak seberapa nih ekh. *All the pictures credit to him



p/s:I like camwhoring!!!!

p/s/s:Janganlah plak korang cakap aku nih perasan yerk~~

Friday, February 18, 2011

Sukanya Esok Sekolah Ganti!!!!!


Sejak memulakan kerjaya sebagai seorang cikgu nih, uhhh tidur malam memang tak lena langsung!! Menyampahnya rasa hati. Lagi plak tak dapat jadual kan. Ahh memang huru hara kalau masuk kelas ganti. Budak sekolah zaman sekarang seorang murid ada sepuluh mulut. Kalah mak cik-mak cik kepochi kaki gosip tuh!



Esok plak sekolah ganti untuk cuti raya cina hari tuh. Aisehh dahlah cuti kena ganti plak. Baik tak payah cuti kan. Aku tengok budak cina tak de plak dekat sekolah tuh. Biasalah orang kan, semua perayaan pun nak cuti, nak sambut bagai~

Hari nih masuk kelas Darjah 5. Perghh sikitlah punya diam kan. Aku punya denda senang jerk kalau masuk kelas. Kalau kelas bising, aku tutup kipas. Ngehh3 berjaya juga strategi aku tuh. Tapi faham-fahamlah diamnya sekejap jerk pon. Lastly, aku tutup kipas sampai habis waktu!! Nahh kan cikgu dah cakap jangan main-main dengan cikgu ;p


Tak suka pergi sekolah time cutiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii~

Thursday, February 17, 2011

Luahan Untuk Seorang Manusia


Kadang-kadang kau memang menyengalkan. Tak perlu nak siksa diri sendiri kerana seorang manusia yang belum pasti lagi hidup dan mati bersama kau. Ingatlah hidup di dunia ini untuk apa. Aku pun tak sempurna

Wednesday, February 16, 2011

Terima Kasih TNB Untuk Gigitan Cinta Nyamuk Drakula (>.<)


Huhh!! Malam tadi tengah syok-syok I buat laporan orientasi tiba-tiba plup!! Boleh plak blackout kan. Sengal gila dahlah I punya lappy tak guna bateri. Memang rasa nak cekik jerk leher sesiapa time tuh. Kalau ada mak ponti memang dah kojol dia nyah. Wahh bajet macam berani nak cekik mak ponti ;p


Dengan penuh bersemangatnya I terus call abang-abang TNB sebab ada certain houses jerk yang blackout. Heii mana boleh macam tuh. Orang lain syiok jerk dapat tengok Ummu Hani. Rumah I plak dilimpahi dengan nyamuk-nyamuk drakula yang sentiasa gilakan darah manis I tuh!! Selebet betul tahu??

9.30 malam I call abang-abang TNB *nasib suara sedap ;o* Tapi pukul 11.30 malam baru nampak kereta TNB rinda-ronda jalan depan rumah I. Ehh you all tahu tak I duduk dekat luar rumah taw dilimpahi dengan nyalaan lilin. Sedih I macam duduk dekat setinggan. Sob sob sob. Siap beriadah lagi makan ais krim Malaysia dengan mak buyung dan Danish. Sejuklah sikit hati I walaupun sebenarnya panas mendadak sebab kerja I dah terbengkalai!! Shittake kau~~

Dah puas I beriadah di malam hari I sambung lepak dalam rumah. Omaigucci!! Memang nyamuk drakula menderu-deru datang dekat I!! Danish dah mengamuk nak tidur, siap suruh I jadi kipas bergerak plak. Hukalohh si kecik nih. Nasib comel kalau tak memang dah bagi pang sebiji. 


Cantik jerk tonggengan Danish. Tergoda mak~~



I memang menci dengan nyamuk drakula!! Habis tangan dan kaki I yang gebu geban nih digigit!! Nanti esok kalau anak murid nampak mesti kena gelak-gelak jerk. Apalah cikgu nih tangan kena gigit nyamuk. Nak tidur pakailah kelambu! Ohh tidak. Kalau itu jawapan anak murid serius I pakai handsock sampai ke jejari cawan nih ;)


p/s:Bila elektrik dah sedia ada, mata plak tak mahu tidur!!!!

Gagah Perkasa, Gigih Lagi Plak (>.<)

As salam semua!

Wallawehh. Gila penat I hari nih. Pukul EMPAT baru sampai dekat rumah!! Okay hari nih I sangat suka pergi sekolah!!!! Tetttt. Dahlah I nih gagah perkasa, memang gigih betul kalau hari-hari balik lambat~



Sengal betul hari nih ada sukan MSSD dekat SK Bandar Putra. I tak lah jadi pegawai apa tah lagi nak jadi peserta. Umur pun dah terlebih had pon. Lagi pula I nih kan dah berstatus CIKGU comel. Ngehh3. Dahlah sekolah tuh cikgunya ciput tak delah ciput sangat. Kalau dah belas-belas orang pergi nyibuk-nyibuk berapa kerat jerk yang tinggal dekat sekolah kan?? Heii ambil sempoa cepat pergi kira tinggal berapa??!! *Garang tak I??

Dah tak pasal-pasal I kena jaga budak DARJAH 1 okay daripada pagi sampai lah dorang balik. Ohh what??!! Aku menyampah kot nak jaga budak-budak DARJAH 1 nih. Kerenah banyak betul, cakap pun banyak. Aishh pening kepala I tadi~ Baru cerita siapa baca Iqra' dapat pahala *sebenarnya nak suruh budak-budak kepoh tuh diam* tak pasal-pasal ada yang menangis sebab tak bawa Ira'. Alahai budak nih. Sensitif betulllll. I pun salah cakap juga dah kena tukar statement lain. SIAPA BACA BUKU DAN DENGAR CAKAP CIKGU NANTI DAPAT PAHALA!! Yess ayat terbaik I untuk hari nih~~

Balik sekolah terus berdesup pergi pejabat pos. Omaigucci!! Ramai orang dan tentu sekali I pun dapat nombor tercorot. Heii apa nih bagi nombor corot-corot dekat I? Tahulah kan I nih tak cerdik Matematik. Sengal-sengal jerk bagi nombor corot kan. Memanglah terpaku terduduk melangut mengadap manusia hampir sejam lebih. Huhhh!! Aku benci pergi pejabat pos!!!!

Esok petang ada taklimat guru baharu plak dekat SMK Kelapa Sawit. Aiii tak de ke sekolah yang dekat lagi nak buat taklimat kot. Dahlah petang plak tuh. Kalau pagi syok juga tak payah pergi sekolah kan. I nih dahlah minah rempit. Minah rempit yang bersopan tahu?? Naik motor berbaju kurung. Tak macam korang-korang pergi sekolah naik tayar empat. Tapi I bukan Ana Rafali, dia tuh penyanyi siap menang AJL lagi. I nih cikgu ciput-ciputan, dapat Tokoh Guru Comel pun cukuplah ;p



p/s:Terus menguatkan diri bersama si comel-comel~~

Tuesday, February 15, 2011

Hari Gigih Sedunia Walaupun Cuti =.=


As salam!


Hari nih aku gigih bangun awal padahal terang-terang matahari dah keluar masa bangun tadi. Walaupun mata nih rasa berat jerk tak boleh nak buka siap turun tangga pon pejam mata lagi. Weihh dahsyat tuh turun tangga siap pejam-pejam mata. Korang boleh buat tak??(>.<) Kalau boleh buat kita satu geng!! 


Hari nih cuti Maulidur Rasul. Kan hari nih birthday kekasih aku. Elehh. Jangan nak buat tak tahu plak ekh. Korang-korang siap jadikan dia idola lagi kan?? Baik yang si lelaki mahu pun si awek-awek nih. Baik ngaku cepat!! Betul kan?? Tengok berapa ramai yang angkat tangan. Siap lagi tambah dengan angkat kaki =.=


Hari nih tak boleh nak berpeleseran sangat. Kena buat laporan program orientasi guru baharu. Ohhh apakah ini semua?? Masa belajar dah penat nak buat assignments. Sekarang masa kerja pon harus beroirentasi bagai. Dah gaya macam buat SBE dekat sekolah. Aku suka betul sebab tak payah masuk kelas!! Hahaa. Cuma nak menemu dan beramah mesra nih yang aku malas. Kang aku goreng jerk ayat-ayat cinta~~Ngehh3


*peace not war....


p/s:Selamat Menyambut Maulidur Rasul!!Jadikan pengorbanan baginda sebagai inspirasi dalam hidup kita~~ 

Monday, February 14, 2011

Kami Ahli Geng Gemoks Comel Sedunia..Yeahhhh!!


As salam!!

Daripada petang tadi duduk mengadap incik laptop. Kununnya nak buat laporan program orientasi. Hei!! I kan cikgu BAHARU. Haruslah ada orientasi bagai nih~~Tapi daripada tadi juga masih satu muka surat yang lulus. Wahhh. Serius sungguh I blur tahap cipan. Jangan nak hina cakap I pemalas ekh. I memang tak de idea langsung nak menggoreng menatang nih =.=





Kepada ahli-ahli geng gemoks, Maton Saad dan Nana Alias *kami memang kurus walaupun orang panggil gemok* much much miss and love you!! Yeee I bukan lesbo kalau I cintakan mereka ;p


p/s:Gengs, really miss our times....

14 Februari 2011


As salam buat semua!!

Hari nih Hari Kekasih. Apa aku kesah dengan hari valentine. Pada si dia pun aku tak ucap benda-benda jiwang nak bagai. Apatah lagi Hari Kekasih nih. Aku jiwa rock. Yeyeahh!!




Hari nih aku sambut Hari Kekasih dekat sekolah. Hik3. Orang lain dah siap dapat jadual waktu, ketua itu ini bagai. Tapi hari nih baru aku jejak kaki dekat sekolah. Nih semua salah maklumat. Aku telefon sana, sana cakap macam nih. Aku telefon sini, sini cakap macam tuh. Mana satu entah aku nak ikut. Kejilah tuh weih tak bagi aku pergi sekolah!!

First impression aku memang suka sekolah nih walaupun baru buka. Guru Besar, cikgu tak besar pon so friendly. Pak guard, akak kerani, pak cik kewangan semua baik-baik belaka. Dapat plak aku nih kununnya malu-malu tahi ayam. Wahh memang mantaplah sekolah itu nanti. I like~~

Hari nih tak de buat apa sangat. Aku datang sekolah pun pukul 9!! Hahaa. Memang calon cikgu cemerlang nih. Aku bukan sengaja pon. Siap lagi GB cakap aku dapat gaji free seminggu duduk dekat rumah. Kuang3. Bukan salah aku dalam hal ini. Mak pun jadi mangsa keadaan noks~~

Esok Maulidur Rasul. Nahh baru sehari pergi sekolah dah cuti! Ini yang bertambah-tambah aku suka. Dapat plak rumah dekat dengan sekolah. Wallawehh. Cikgu-cikgu dekat situ cakap beruntung gila aku dapat sekolah yang dekat jerk dengan rumah. rezeki aku kan dulu belajar jauh ke utara sana tuh.
p/s:Dekat sekolah ramai cikgu bujang ;p

Sunday, February 13, 2011

Hadiah Buat Abah


As salam semua..

Hari ini hari lahir abah yang ke-53 tahun. Ini juga kali ke tujuh aku sekadar dapat mengucapkan 'semoga panjang umur dan murah rezeki' di kamar hati. Kalaulah abah masih ada..


Aku berkongsi tarikh yang sama dengan abah walau bulan yang berbeza. Kerana itu emak memanggilku anak abah. Dan kenyataannya memang aku anak kesayangan abah walau abah tidak pernah menyatakannya secara zahir di depan adik-adik. 

Satu persamaan yang aku perasan antara aku danabah ialah kami tidak suka menyusahkan orang lain dan mengganggap semua masalah itu dapat diselesaikan sendiri. Banyak lagi persamaan antara aku dan abah sehingga menyebabkan aku tidak sebulu dengan emak. 

Emak kuat membebel dan aku mewarisi sifat itu yang satu selain kebolehan aku memasak. Bukan untuk membangga diri tapi itu kelebihan yang aku ada. Mungkin disebabkan kegarangan dan sifat emak yang suka membebel, aku terasa seperti berada di bumi yang asing apabila berada bersama emak.

Tapi tidak dengan abah. Abah juga segarang singa dan apabila marah memang aku tunduk ke lantai. Pipi ini juga pernah menerima hadiah yang tidak ternilai kerana kedegilan diri sendiri. Berbeza dengan emak. Walaupun mulutnya ringan bercakap tentang itu dan ini tapi emak jarang mengangkat tangan apatah lagi mencubit aku dan adik-adik. Cara mendidik antara emak dan abah yang berbeza pada pandangan mata kasarku.

Abah,

Jika dirimu masih ada lagi di sampingku, pasti abah bangga dengan apa yang telah anakmu capai kini. Kegaranganmu itu menjadikan anakmu ini manusia yang tidak takut gentar kecuali kepadaNya. Pemergianmu ke alam fana telah menjadikan anakmu ini seorang insan yang kuat dan tabah hatinya. Walau sering dilanda dugaan mencabar.

Dari jauh anakmu ini mendoakan semoga abah bahagia dan aman di sana. Dalam setiap doa, tidur dan jaga anakmu sentiasa mengingati akan dirimu. Walau zahirnya anakmu tidak dapat bertemu denganmu lagi. Anakmu kini telah faham akan redha dan pasrah dengan pemergianmu itu. 

Semoga abah berada di bawah lindungan Yang Maha Esa di kalangan muslimin dan muslimat. Anakmu berharap di syurga kelak kita pasti bertemu. Aminn



p/s:Tiada pengganti yang layak untuk dirinya~~

Friday, February 11, 2011

sekilas..Tabiat Pemakanan Yang Harus Diamalkan


As salam!!

Wallawehhaiii geng!! Ahaa. Sekarang aku dah ada ayat favourite yang baru iaitu WALLAWEHH. Apa maksud dia aku pun tak tahu. Main ikut sedap mulut jerk sebut. Akhirnya terlekat sampai sekarang. Memang aku nih manusia perosak bahasa betul. Sungguh itu berlaku di luar kawalan ;p

Pada petang Jumaat yang berbahagia ini aku nak kongsi tips pemakanan yang harus *bukan harus dah wajib nih diamalkan untuk anda, anda dan anda semua. Nih ikut logik akal aku dan juga disokong di dalam buku Dara.com

Yang pertama:MAKAN APABILA LAPAR
Ehh kadang tak lapar pun aku makan juga. Tapi ikut masa juga nih. Bila dah biring, tekanan melimpah ruah barulah aku makan ikut sesuka hati. Skala kelaparan untuk makan adalah ketika kamu berasa agak lapar. Bukannya ketika berasa hendak makan walaupun perut tidak lapar.

Kita juga perlu makan sebelum sampai tahap kebuluran kerana jika tidak tubuh anda akan mudah mendapat penyakit sebab nutrisi tidak mencukupi. Jadi, tabiat makan ketika tidak lapar mesti diubah oaky!! Dengar cakap cikgu ND nih~~

Yang kedua:MAKAN APA YANG DIINGINKAN, BUKAN MENGIKUT PERASAAN
Kita harus kenalpasti apa yang ingin kita makan dan kita boleh ketahuinya kerana otak akan menyampaikan isyarat apakah makanan yang kamu inginkan. Senang cerita makanan apa yang terlintas dalam kepala otak korang makan itulah yang korang nak makan dengan SYARAT mesti sudah rasa lapar!! 

Kalau perut kenyang tapi nak makan sesuatu juga itu tandanya kamu hanya mengikut perasaan!! Perghh. Maknanya selama ini aku hanya makan mengikut perasaan. Mahulah tak setiap masa asyik terfikirkan makanan. Ohh sedap!!

Yang ketiga:MAKAN TANPA MENGIKUT NAFSU DAN PERASAAN
Aku kalau makan seorang diri payah nak control. Semua benda pun rasa nak makan. Tapi kalau makan dengan orang lain, aku rasa macam malas mahu makan. Rasa macam kena control jerk kalau makan dengan orang lain. Hahaa. Kununnya macam aku nih bukan jenis kuat melantak!!

Tips yang aku buat ialah elak makan dalam keadaan tergesa-gesa. Nih kalau kes dah lambat. Lebih-lebih lagi waktu sarapan. Aku kalau sarapan kena ambil feeling lebih sikit. Sebab tuh aku selalu lapar padahal pagi-pagi sebelum pergi kelas dah makan macam orang nak makan tengahari plak ;p

Yang keempat:BERHENTI MAKAN APABILA SEDERHANA KENYANG
Kalau dah makan tak reti-reti nak berhenti payahlah beb. Mahulah perut kau nanti tak buncit lepas tuh sendawa bunyi macam kerbau!! Ahahaha.. Jahat aku cakap orang sendawa macam kerbau. Tapi aku kalau makan dekat kedai, mesti kena habiskan sampai licin sebab aku tak sampai hati nak tengok makanan tuh terbuang jerk.

Nahh sebab itu aku tak suka makan dekat luar!! Aku suka masak sendiri dan segala-galanya yang aku bubuh dalam makanan aku, aku tahu apa di dalamnya. Jadi, pesanan khidmat masyarakat ialah rajin-rajinkan diri anda untuk memasak di rumah!!


p/s:Aku dan makanan sukar untuk dipisahkan~~

Wednesday, February 09, 2011

Daripada dugaan dan cabaran akhirnya memberi aku rezeki tidak ternilai~


Salam buat semua..

Sekarang aku dah ada mood malas nak update blog ;( Mencik betul kalau dah ada mood pemalas nih..
Lagi double triple benci sebab sampai sekarang aku tak pergi sekolah lagi..
Uhuuu..kawan-kawan aku dah mula mengajar walaupun subjek memang lari daripada opsyen..Aku plak jadi cikgu mengajar Danish dekat rumah..


Masa mula-mula dapat tahu posting:
Aku dapat dekat Putrajaya..Perghh..Memang azab tuh dapat sana..
Tapi okay juga sebab family belah abah banyak area Selangor..
Weekend boleh lepak kampung ;p
Dah deal lagi dengan Fadh nak jadi housemate..


Tapi, dua hari lepas tuh KPM call tarik balik masuk Johor..
Aisehh..Nih yang aku tak suka kalau kena tarik-tarik..
Aku dah cakap tak naklah masuk Johor sebab aku rasa macam ada agenda jerk main tarik-tarik nih..
Tapi aku plak yang digoda dipujuk rayu supaya terima tawaran tuh..
At last, aku terima tawaran tuh dengan agak berat hati..
Padahal kalau dekat Johor rumah dah tentu tak payah sewa..
Johor tempat aku membesar, tempat aku sekolah dulu-dulu..
Tapi Johor nih besar tahu tak!!Aku membesar pun dekat satu daerah jerk..


Bila dah tahu sekolah:
Nahh!!aku dapat SJKC. Mantap gila!!
Siap opsyen aku pun salah..
Aku penat-penat belajar opsyen Pendidikan Jasmani, alih-alih dia cakap aku opsyen Pengajian Melayu plak..Ishh3
Ingat sekejap ke aku belajar PJ tuh??Daripada ku nih putih sampailah aku nih dah tak putih..
Daripada aku nih dulu chubby sampailah sekarang aku maintain slim ;p Nih berkat aku belajar PJ tahu..
Lalu dengan berat hati aku pun terimalah SJKC tuh..Paling mantap sekolah tuh jauh gila daripada rumah aku..
Kalau merempit naik motor lebih kurang sejam gaklah..Dah bertambah masalah aku ;(


7 februari 2011, PPD Kluang:
Aku kena lapor diri dekat PPD Kluang..Dalam hati tawakal banyak-banyak supaya dipermudahkan urusan ;p
Dah penat dengar taklimat bagai, akhirnya diserahkan plak surat penempatan..
Huhhh!!Aku memang dah agak aku punya opsyen dia tulis PM~ohh what??!!
Aku apa lagi time tuh juga cakap direct dekat pegawai PPD..
dan paling tak sangka dia terus on the spot call JPN suruh tukarkan aku ke sekolah kebangsaan..Yeahhh hoo yeahh!!Ini aku suka gila~~
Sebab dia cakap yang patut dapat SJK adalah opsyen Pengajian Melayu sebab SJK kekurangan guru Bahasa Melayu ;)
Nahh..Aku bukanlah tak mahu ajar BM kan..tapi opsyen aku salah tuh yang membuatkan aku bengang beb..Aku pun tak delah meletakkan harapan yang setinggi gunung Everest supaya ditukarkan ke sekolah lain..


8 februari 2011, rumah sahabat di Kluang:
Aku call JPN untuk tanya status penempatan baru aku..
Alhamdulillah..pegawai PPD Kluang tuh tempatkan aku dekat sekolah yang dekat dengan rumah ;o
Syukur alhamdulillah masih ada insan yang memahami kepayahan aku yang sedikit itu..
Kepada Allah ku panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana telah memakbulkan doa dan hajat ku..aminnn


9 februari 2011, di rumah peninggalan Abah:
Uhuu..Aku masih lagi off day..Kiranya nih cuti tambahan untuk aku sebelum pergi sekolah..
Pegawai JPN tuh suruh aku tunggu surat daripada PPD Kulai sebelum pergi sekolah..Mereka pun tak bagi aku pergi sekolah lagi sebelum dapat surat..
Holidays on earth again!! Wallahweeehh i like~~
Tapi bosan kot duduk dekat rumah sementelah rakan-rakan aku yang lain dah mula menjalankan tugas dekat sekolah ;(
Ada yang dah dapat macam-macam borang lagi..Dah ambil surat SPP lah, surat nak urus gajilah..
Erkk..Aku surat apa pun tak dapat lagi kecuali surat makluman konvo daripada IPG..
Caitt..Aku belum mula kerja dah minta RM200..Binaweeeeeee betul..Dahlah suruh bayar cepat!!




p/s:Tergolek bedebuk dekat simpang nak masuk sekolah..Malu syiot mak bapak pemandu bas ramai..Nasib ada helmet yang tolong mengurangkan rasa kemaluan~~

Sunday, February 06, 2011

Hati Silalah Kuat Lagi~


Salam buat semua..

Sekarang aku dah ada dekat Kluang. Hmm. Aku nih nama jekr tinggal dekat Johor lama. Tapi daerah Kluang nih rasanya baru sekali dua jerk kot sampai. Hari ini aku sampai sebab esok aku kena lapor diri dekat PPD Kluang.



Damn~Badan, pinggang, punggung aku sakit gila. Nihlah panahan naik motor kan. Yerlah aku mana ada kenderaan lain pon selain tayar dua nih. Ini pun nasib baik ada. Kalau tak de lagilah haru biru hidup aku. 



Aku bukanlah nak merungut tapi sekolah yang aku dapat nih tak tercapai akalku dengan kudrat yang aku ada. Seorang cikgu nih minta aku berusaha untuk tukar sekolah. Manusia kan ada budi bicara. Mudah-mudahan diberi kelembutan hati untuk memikirkan masalah aku nih *walaupun masalah lain lagi banyak dia nak fikir kot. Aku bukanlah kekwat nak minta tukar sekolah. Aku memang tak kisah pon dapat sekolah mana tapi bila tak de rumah sewa aku memang agak down sikitlah. Lagi plak nak kongsi dengan bangsa lain. Uhuuu


Dah dah dah. Mata dah mengantuk. Esok pun aku dah confuse kena lapor diri pukul berapa. Hari nih kali pertama aku bawa motor ikut highway. Perghh. Aku rasa pemandu tayar empat dan bertayar-tayar besar tuh sangat pentingkan diri. Mentang-mentang aku tayar dua jerk. Terhuyung hayang aku dibuatnya. (T__T)


p/s:PENAT.

Wednesday, February 02, 2011

Hati Mahu Cekal, Badan Harus Sihat, Otak Mesti Berfungsi


Salam buat semua..

Hari ini aku tak berapa nak ada mood. Memang sangat terasa tekanan yang amat. Sebabnya aku dapat posting dekat SJKC!! Perghh memang terbaik dari ladang~


Tambah lagi dengan salah opsyen. Siap dapat opsyen Bahasa Melayu sedangkan aku opsyen Pendidikan Jasmani. Aku punya minor dengan elektif pon tak de kaitan dengan Bahasa Melayu. Alih-alih kena ajar Bahasa Melayu kan. Dah dua kali aku bengang dekat situ.

Bengang pertama kena tukar daripada Putrajaya ke Johor. Okay yang itu aku boleh terima sebab Putrajaya kos hidup tinggi. Bengang kedua dapat SJKC plak. Aisehh. Aku tak tahu kenapa aku memang bengang dapat SJKC. Sebab tersasar daripada landasan. Betullah kan pepatah Melayu, lain yang diharap lain yang jadi.

Bengang yang ketiga nih memang buat aku betul-betul bengang. SALAH OPSYEN. Perghh. Boleh plak kan orang atasan rujuk surat tawaran masa pra-ijazah. Dey tanggechi. Kalau mereka rujuk surat tawaran masa foundation baik aku posting empat tahun yang lepas!! Tak perlu nak tunggu sampai lima tahun dan bila tahu keputusannya jadi macam ni. Siapa yang tak sedih dan bengang kan??

Bengang yang keempat, SJKC yang aku dapat nih luar daripada daerah aku. Hmm. Masalah juga nak cari rumah sewa dan sebagainya. Aku dah telefon sekolah dan abang/pak cik kerani cakap tak de kuaters. Kalau dapat housemate yang sekepala tak pe lagi. Buatnya dapat yang berkepala lagi haru biru hidup aku. Itu jerk dah tambah masalah aku~

TAPI,
aku suka juga SJKC nih. Bolehlah aku belajar cakap cina sikit-sikit. Dulu aku pernah belajar bahasa cina masa sekolah rendah. Tapi sebab cikgu garang sangat aku pun selalulah tuang kelas. Ngeh3. Natijahnya, masa jawab peperiksaan terkontang-kanting ;p Nak jadi cikgu pun tak boleh garang sangat. Nanti anak murid takut. Tapi baik sangat pun tak boleh gak. Nanti anak murid pijak kepala. Aku nak jadi cikgu yang asertif. Tinggi tuh harapan aku. Mudah-mudahan aku boleh buat.

Bila aku dah tahu cakap cina sikit-sikit, kalau cikgu ke, staf ke, anak murid ke kutuk-kutuk aku sekurang-kurangnya aku tahu dorang cakap apa kan. Manalah tahu kot-kot dorang kutuk aku, tapi aku sengih jerk kunun-kunun faham. Lagi nanti kalau aku nak kutuk orang ke marah orang ke aku boleh guna bahasa cina. Orang yang faham bahasa cina jerklah yang tahu apa aku cakap kan. =p

Hahaa. Tak sangka banyak kebaikan juga nih mengajar dekat SJKC. Kalau dekat SJKT boleh ada hero heroin hindustan, silap-silap aku dapat hero heroin Korea siapa tahu kan?? Bukan senang nak jumpa hero heroin Korea =)

SJKC LAYANG, KLUANG, JOHOR - nantikan kedatangan Cikgu ND okay!!!!


p/s:Aku sedang tabah dan pasrah. Dan juga redha~Ya Allah, selamatkan umatmu di Mesir.Peace no war