Sunday, May 29, 2011

Sugar Glider: Hari Pertama Juju ke Sekolah. Bagus Budak Kecil Nih~

Aaaa ingat orang jerk ke yang nak pergi sekolah?? Juju nih pon nak juga pergi sekolah. Bosan kot jaga budak exam. Lebih baik aku bawa Juju pergi sekolah. Biar beradab dan cepat pandai sikit ;p dan lagi tak delah aku penat melayan kerenah budak-budak yang minta jawapan dekat aku~Huhhhh

'Ti, tak de binatang lain ke nak bela?Ada bela binatang luar biasa,' *sesetengah cikgu panggil aku TI

Nahhh itu dia soalan yang aku dapat. Nak bela kucing?? Aku pembenci kucing. Arnab? Dah empat ekor mati. Kura-kura pon ada juga dekat rumah. Ikan ada dah 2 ekor. Burung?? Aku tak suka burung. Makanya dengan itu aku nak bela binatang yang luar biasa. Macam sugar glider nih.

Dah lama aku usha dekat uptown damansara. Tapi time tuh aku tak kepingin sangat sebab sibuk dengan final year. Laa nih dah kerja asyik mengadap muka orang jerk baik aku cari partner bukan orang kan. At leasr tak delah tension sangat kalau mengadap binatang nih kan.

Juju sangat suka hati pergi sekolah. Memang dia menjaga adab dan tatasusila betul. Selalunya kalau pagi-pagi pukul 7 nih tak de makna dia nak tidur. Memang kau sangat behave anak. Sampai aku pun jadi bosan tengok kau tidur jerk~


*Nahh membuta jerk kau dekat sekolah ekh~~


*Nih selimut kesayangan Juju. Aku korbankan sehelai tshirt nak bagi dia bonding. Tapi suka gigit aku gak..Gggrrr~~




p/s:Sepatutnya entry nih publish hari Rabu ;p

Tuesday, May 24, 2011

Mangsa Kepada Lebuhraya....Ohhh Sweat!! #2

Ingat lagi tak kisah tragis aku dekat lebuhraya hari tuh? Kalau tak ingat meh sini aku kasi refresh balik kepala korang dengan cerita nih. Kali nih adalah aku sertakan sekali gambar untuk tatapan korang. Bukan senang sekarang aku nak ambil gambar. Pemalas terlebih plak ;p


*Di kala sang merah ditimpa musibah. Kesian aku terkontang-kanting tunggu bantuan;(


*Hahaaa. Datanglah si heroin menyelamatkan si hero. Ehh terbalik sudah. Terima kasih encik-encik PLUSRONDA ;p Aku tak sempat call dorang dah ronda-ronda dekat situ.


*Nih encik Botak. Oppss lupalah nama dia. Pak cik gelak-gelak dekat aku. Dia cakap perempuan nih tahu bawa motor jerk. Perghhh ayat!!? Time nih encik botak nih sedang memasukkan cacing getah kat dalam tayar.


*Sibet betul!! Nih kali kedua pancit selepas tak samapi 10 minit  aku tunggang si BJV nih. Macam hampeh kan~~Memang flat terus tayar aku tuh!!




p/s:Jangan buat niaya dekat pengguna lebuhraya terutama dekat aku nih yang menunggang motorsikal. SEKIAN~~

Monday, May 23, 2011

Sugar Glider: Si Juju Hiperaktif

Hari nih aku ponteng kerja. Bukan sengaja tapi terpaksa. Ponteng kerja gara-gara ini. Besok budak dah mula periksa. Sekarang aku tengah siapkan buku rekod. Tiga hari pergi kursus macam-macam benda yang terbengkalai.

Nahh pagi nih aku dikejutkan dengan bunyi keletung keletang daripada jiran di sebelah-sebelah sana. Aisehh! Nih mesti projek nak buat longkang depan rumah. Bukan aku yang kesian. Tapi si Juju nih terlompat-lompat jerk dalam cage. Badan siap shaking plak tuh. Terkencing-kencing lagi.

Juju nih dahlah sensitif dengan bunyi kuat. Aku tak tahulah sampai pukul berapa bunyi gerudi nih akan berhenti. Aku pegang Juju pon dia tak mahu. Lari-lari pusing dalam cage. Bagi makan pon dia tak nak.


*Gaya Juju tengah makan pagi tadi. Comel~~

Mangsa Kepada Lebuhraya....Ohhh Sweat!! #1

Hari paling tak best semalam. Dahlah aku dilanda sakit ABC *siapa perempuan mesti tahu nih. Kena plak lagi menunggang si BJV tuh. Adoii2 sakit pinggang aku. Memang tak sedap duduk. Tak kan plak aku nak stay dekat Pagoh tuh kan. Isnin sekolah kot.

Sampai dekat mana entah tiba-tiba tayar motor jadi gelong. Haii tak kan plak si tayar nih pancit. Jangan buat taik ekh. Nah bila aku turun tengok perghhh. Kempis dah tayar belakang aku!! Oiii dahlah dekat highway Pagoh tuh panas tahu tak. Sibetlah siapa yang letak paku dekat highway!! Nih yang aku benci tahap cipan kalau bawa motor lorong tepi.

Aku pandang depan aku pandang belakang. Kereta, lori, van, motor besar segala kenderaan semua pakat HON! Aku bencilah dengar HON korang tuh. Kalau kau tolong berhenti kejap tanya kenapa bagi bantuan ke tak pe gak kan. Aku lagilah hangin sepoi-sepoi bahasa tahu dengar bunyi hon korang.

Masa nih aku memang melilau cari telefon kecemasan. Tapi nan adoo!! Tak kan plak aku nak menapak ke depan ke belakang cari telefon tuh. Highway kot. Orang semua merempit jerk dekat highway nih. Kang tak pasal-pasal aku jadi mangsa nahas lebuhraya. Ohh nauzubillah.

Nasib aku memang baik sebab ada encik-encik PLUSRONDA tengah meronda dekat seberang jalan tuh. Alhamdulillah. Di saat aku kesusahan Allah memberikan kemudahan kepada aku. Syukur weih. Kalau tak de PLUSRONDA nih memang aku blur sungguh! First time kot tayar aku pancit dekat highway. Jangan tanya kenapa aku tak naik kereta.



p/s:Nantikan sambungannya..Jeng jeng jeng ;p

Thursday, May 19, 2011

Berempitan Meredah Highway!!!!

Hampeh lah kan siapa yang buat jadual Bengkel Pemantapan J.Robik Peringkat Negeri Johor nih. Macamlah tak de hari lain nak buat. Dah tuh dekat Pagoh plak!! Oppa oiii jauh okay. JAUH!!

Dahlah pendaftaran dalam lingkungan masa 8.00 hingga 10.00 pagi. Entah sempat ke tidak aku nak sampai nih. Kenapalah kan tak buat jerk dekat KBS Larkin tuh. Nih dah susah payah aku nak merempit subuh kala plak. Eii sejuk tahu tak! Mengantuk mata aku nanti nak merempit.

Bila aku tengok senarai nama peserta tuh tak de plak orang daripada Muar. Yang meramaikannya cuma daerah JB jerk. Kan ke senang semudah ABC kalau buat dekat KBS Larkin tuh. Uhuuu. Satu hal aku nak meredah highway esok pagi! Bak kata Adnan Sempit kan: Di mana ada jalan, di situ ada highway!!

Nahh dah terkena dekat batang hidung sendiri. kenapa aku tak nak baik bas jerk kan?? Elehh aku nih bukan tahu pun stesen bas Muar tuh dekat mana. Pakatnya lagi jauh nak sampai ke IKBN Pagoh tak ke naya dekat aku nanti. Biarlah aku merempit pun kan *walau aku tahu perempuan tak elok merempit

Aku punya tayar empat tak keluar lagi. Maka berempitanlah esok meredah highway!! Yeahhhh~~

Wednesday, May 18, 2011

Musim Entry Bertulis Tak Bergambar

Sekarang aku punya entry banyak tulisan jerk. Gambar pon kadang macam tak wujud. Bukan sebab aku malas. Tapi sebenarnya adalah sikit malas tuh.

Dulu aku memang camwhoring. Tapi sekarang aku dah tak hairan bin ajaib dengan kamera pon. Sebabnya handphone bapak gajah aku tuh dah jadi slow learner plak. Damn betul!! Nak minta yang barulah tuh kan.

Apa jenih telefon lagi entah yang aku nak guna. Dari si Iphone tuh sampailah yang si Milestone nih. Semua buat perangai. Nih yang buat aku mogok nak guna telefon awam jerk ;p


p/s:Banyak sangat gambar kang orang bosan plak.

Macam Sengal Tapi Best

Hari Isnin hari tuh sambutan hari guru peringkat sekolah. Ohh happening nak mampus. Geli ketiak bila tengok cikgu-cikgu lelaki kena solek ;p Dan yang pasti kumpulan aku JUARA. Hahaa. Adalah dua tiga orang yang tak puas hati.

Sebabnya kita orang banyak main tipu ;o. Barulah best kan sukaneka main tipu sikit. Ada cikgu sorang tuh siap peluk aku guling-guling semata-mata nak pecahkan belon dekat kaki. Lagilah siot kan sampai aku tergolek depan anak murid. Budak-budak apa lagi. Gelak besarlah dorang tengok cikgu comel nih tergolek~~

Kali pertama sambut hari guru. Memang memori yang sangat best. Aku suka.

Malamnya plak si Zukie hantar Juju. Uhuuu. Lama aku tunggu Juju nih. Adalah dalam sebulan lebih. Sekarang umur dia dah tiga bulan. Baru tiga hari duduk dengan aku. Hari pertama dia menyelinap keluar daripada cage pergi nyorok dalam almari baju.

Aku nak menangis jerk bila bangun tidur tengok dia tak de dalam cage kan. Sekali boleh plak bergantungan dengan baju aku. Ish3. Jangan kau kencing sudahlah. Semalam plak asyik barking jerk. Aku tak tahulah dia barking ke crabbing. Aku dah tidur dia bangun. Bila aku kejut dia bangun seboleh-bolehnya dia menggulungkan badan tak nak keluar daripada sarang tuh.

Hampeh kan bila pukul 12 tengah malam dengan 4 pagi aku kena main dengan dia. Tak pasal-pasal aku bangun lambat pergi sekolah hari nih. Nasib Danish tak buat hal nak one lap.

Juju nih kalau dah masuk dalam rumah dia memang tak nak keluar. Sampai makan pun aku kena suap. Ohh melampau kau ekh Juju!! Macam aku nih kuli batak kau kan. Bila aku pegang kau gigit. Tak ke macam sengal. Buah yang aku bagi gigit yang kau beri. Memang dasar anak tak kenang budi ;p

Tadi masa aku bagi makan boleh plak kau kencing kan dekat kaki aku. Ohh sangat beradab sungguh kau yerk Juju. Nih mesti tuan tanah kedaung kau tak ajar kan kencing dekat toilet. Nahh sebagai hukumannya aku sumbat balik kau dalam cage! Tapi kau macam tuhlah. Tidur, tidur dan terus tidur!! Bila aku tidur lena kau pula menyalak bagai.

Jumaat sampai Ahad kang kau tinggallah dengan mak tiri. Aku nak pergi berJrobik plak dekat Muar. Makin slim lah mama comel Juju nih *hak tuihhhh!!


p/s:Minta-mintalah suggie Juju nih cepat bonding~~

Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru untuk aku....

Ohh esok kali pertama aku sambut hari guru. Bangga okay!! Sebelum asyik wish dekat cikgu-cikgi jerk kan. Jadi esok tibalah masanya untuk aku terima ucapan. Dan mungkin juga dapat hadiah!! Hahaaa. Tak ikhlas betul nih ;p

Aku dah pesan dekat lanun-lanun kelas aku. "Siapa tak minta maaf dengan teacher hari guru nanti, markah exam teacher tolak 10 markah sahsiah".

Hehee. Kalau bab mengugut nih aku memang pandai. Terus si lanun-lanun nih cakap "Teacher, nanti kita orang bagi hadiah sekali. Tapi jangan telefon mak bapak kita orang".

Kan tengok! Betapa besarnya kuasa guru. Tapi kuasa mak bapak lagi besar. Ada lagi yang siap saman cikgu sebab rotan anak dia. WTH??

Esok aku pun kena buat persembahan. Menari lagu joget. Oh noo. Dahlah aku kena train budak. At last aku pun kena menari juga. Barulah nak jadi penonton kan. Harap-harap budak geng gedik tuh menari dengan seeloknya. Kalau huduh malu muka aku~~

Tuesday, May 10, 2011

Aloloooo..Comelnya Sampai Keluar Air Liur Basi~

Ingat tengok makanan sedap-sedap jerk ke boleh terliur air basi kan?? Dari mula aku tengok benda nih dah mula nak meleleh air liur *okay ayat tipu. Padahal perut aku lapar minta makan ;p

Aku sesaja jerk usha kad-kad kahwin nih :) Apa orang kata nak ambil feeling kan. Haruslah kan ambil feeling awal sikit. Ramai sangat kawan aku yang nak bina masjid. Makanya aku pun terkenalah tempiasnya.

Meh jom tengok kad kahwin yang aku jumpa. Sangattttt comel *macam aku~bluuerrk










Haaa yang nih kad kahwin bajet punya. Tapi tetap comel kan. Aku suka yang nih ;p






Kenapa aku suka kartun? Sebab aku punya sukalah kan. Lain daripada yang lain kan. Selalu orang buat bunga sana sini. So kalau bakal-bakal pengantin dekat luar sinun nak kelainan silalah berhubung dengan tuan empunya bisnes nih. Harga boleh kawtim punya ;p Siapa lagi nak majukan bisnes orang Melayu kalau bukan Melayu sendiri. Ye dak??

Monday, May 09, 2011

Mencari Reward Untuk Diri

Gaji dah dapat dua kali. Tapi aku masih lagi mencari hadiah untuk diri sendiri. Apa entahnya yang aku nak beli aku pun tak tahu.

Kasut sukan aku tuh dah menunjukkan tanda-tanda TUA. Ohh sengaja kan suruh beli kasut lain. Lama gak aku tak tukar kasut sukan. Beli yang mahal nih memang berbaloi kan ;p

Jam tangan aku nih pon bateri dah nazak. Tuhlah tinggal satu-satunya jam tangan aku. Yang lain semua dah masuk dalam kubur. Ngehh2.

Bila disenaraipendekkan, makin berjela plak benda yang aku kena beli. Kena fikir lagi nih dengan tenang. Membezakan antara kemahuan dan keperluan. Huhhh. Seksa! Akhirnya duit gaji aku banyak disedekahkan kepada orang.

Haaa itu yang paling afdhal kan. Rasa-rasa dalam kepala otak nih nak beli cincin kahwin plak ;p


p/s:I am healing the feelings....

Sunday, May 08, 2011

Kehilangan Demi Kehilangan Semakin Menguatkan Hati.

Kehilangan lagi orang yang aku sayang. Untuk kali yang keempat. Bila dah banyak kali kehilangan orang yang tersayang, aku dah jadi immune. Dah lali. Dah biasa. Sehingga timbul satu perasaan aku jadi tak kisah dengan kematian orang yang tersayang. Kejamkah??

Pemergian nenek ayah tidak memberi kesan yang besar kepada aku. Kami jarang jumpa dan arwah nenek ayah sangat garang. Buat aku gerun bila balik kampung. Cuma bila balik kampung terasa sepi jerk rumah tak dengar suara arwah nenek ayah. Itu masa tahun 1999. Aku baru berumur 12 tahun. Masih mentah lagi dengan makna kematian dan kehilangan.

2004, 17 tahun, SPM. Saat yang memberi kesan paling mendalam dalam hidup aku. Abah tinggalkan aku dan keluarga buat selama-lamanya. Pemergiaan dia yang tidak disangka-sangka. Sedang aku berjuang dengan SPM, abah pula berjuang antara hidup dan matinya. Setelah dua hari koma, abah pergi menghadap yang Maha Esa. Aku??

Aku meredhakan pemergiaan dia. Walau dalam hati aku terasa sangat berat beban yang aku rasa. Perginya seorang ketua keluarga. Perginya orang yang telah membesarkan aku dan adik-adik. Perginya seorang lelaki yang aku cintai. Hanya untuk bertemu Penciptanya.... Dan segala episod duka kehidupan aku bermula. Menjadikan aku semakin kuat dan tabah mengharungi hidup ini. Sehingga menjadikan aku insan yang degil dan hampir tidak punya perasaan.

Lima tahun kemudian nenek menyusuli pemergian arwah abah. Hilang tempat aku bergantung. Duka yang ada belum sembuh, timbul pula luka yang baru. Jiwa aku terus-terusan diragut dengan pemergian orang yang tersayang. Kisah hidup aku menjadi begitu sedih selepas pemergian nenek. Aku bagai tidak punya sesiapa. Saudara-mara hanya gah pada nama. Bila aku ditimpa musibah, semuanya senyap menyepikan diri. Ketika ini aku hanya punya emak. Ya emak yang masih menyayangi aku dan tidak meninggalkan aku lagi.

Tapi tidak sehingga 4 Mei yang lalu. Emak turut mengikut jejak nenek ayah, abah dan nenek. Dunia aku langsung gelap. Tidak nampak apa-apa. Aku mencari cahaya untuk meneruskan hidup yang berbaki ini dengan kekuatan dan ketabahan yang aku ada. Aku menutup telinga mendengar tohmahan-tohmahan insan yang dulunya bermacam janji dengan aku. Insan yang ikhlasnya sukar untuk dimengertikan. Keikhlasannya berubah kerana harta. Yaa aku insan yang tak punya harta....

Hingga sekarang aku masih lagi terngiang-ngiang pesanan emak. Emak nak makan ayam goreng, nak makan buah oren, nak makan buah lai, nak makan kacang kuda. Macam-macam pesanan emak. Bila aku sampai, emak dah tak de. Menitik air mata aku tatkala mengeluarkan pesanan emak daripada beg. Melihat air mata aku menitik, lagilah mengalir deras air mata yang lain. Aku sedekahkan kepada anak-anak kecil pesanan emak itu.

Kata Paman, "Kak Long telat satu hari. Sebelum nyawa emak habis, emak tanya Kak Long dah sampai ke belum."

Pesanan emak, "Kak Long jaga diri elok-elok ekh."

Aku benci pesanan yang itu. Kerana aku tahu pesanan itu menandakan aku bakal ditinggalkan!!

Penyesalan yang tiada ganti. Aku tak dapat tunaikan janji pada emak. Aku dah hilang orang yang telah bertarung nyawa untuk melahirkan aku. Orang yang telah bersusah payah membesarkan aku. Memberikan didikan walau emak cuma sekolah pondok. Merotan tangan aku kalau salah buat kerja. Kerana emak juga aku berjaya mengecapi kejayaan hari ini.

Kepada kawan-kawan yang memberikan sokongan dan ucapan takziah, terima kasih aku ucapkan. Aku menjadi kuat kerana adanya kamu semua di sisi aku.


p/s:Hari Ibu dan Hari Bapa tiada lagi dalam kamus hidup aku....

Wednesday, May 04, 2011

Emak Pergi Jua........

Balik latihan sukan dekat sekolah tadi, aku dikejutkan dengan panggilan yang tak disangka. Paman bagitahu emak telah meninggal dunia....

Kelam. Dunia aku gelap. Emak, kenapa tak tunggu akak?? Akak dah beli macam-macam yang emak nak makan. Kan emak nak rasa gaji pertama akak. Kenapa emak tak tunggu akak?? Emak tipu akak lagi....

Kalaulah aku ambil cuti awal sehari.... Aku tahu masa tak akan dapat diundur balik. Aku redha dalam pasrah..

Al-fatihah untuk emak.

Tuesday, May 03, 2011

Aku Mencuba Untuk Kuat....

Aku cuba menguatkan diri untuk menghadapi sebarang kemungkinan..
Walau aku tahu semuanya tak seperti yang kuharapkan..
Aku harap emak sentiasa berada di dalam lindunganNya..
Walau aku jauh di sini dan emak di sana..
Walau aku tak pernah ucapkan sayang padanya..
Tapi aku tak sanggup kehilangannya sekarang..
Aku mencuba untuk menjadi kuat di mata emak..
Walau hati aku luruh mengenangkannya..

Entry Tak Tahu Nak Tulis Tajuk. Sekian

Hari nih aku rasa berterima kasih yang amat kepada Puan GB. Memang aku tak layak lagi nak mohon CRK tuh tapi atas budi bicara beliau maka berjayalah usaha aku nak minta cuti. Baru aku tahu kenapa aku tak layak lagi mohon CRK tuh.

Walaupun aku dah kerja dengan kerajaan aku kena tunggu selama enam bulan perkhidmatan baru boleh mohon CRK tuh. Mati-matilah aku ingat terus lapor diri maka segala cuti, elaun semua akan dapat. Pirahhh otak singkat betul!! Mana ada benda yang cepat dan senang kan??

Patutlah GB berat hati nak luluskan CRK yang aku minta minggu lepas tuh. Nahh hari nih dah terjawab segala. Dan ambil kau tiga hari terus aku CRK.

Hari nih dalam masa tak sampai dua hari aku kena siapkan segala kerja. Renew pasport, renew roadtax plus insurance, beli tiket dan kemas barang segala. Kenapa?? Sebab aku nak pergi ke luar negara ;p


Aku harap emak gembira bila dengar berita nih. dan aku memang tak sabar nak jumpa emak. Ya Allah, permudahkanlah urusanku..Aminnn

Monday, May 02, 2011

Kasih Seorang Emak

Cuti Hari Pekerja yang sangat tak best. Paman call cakap emak sakit teruk. Uhhh apa aku boleh buat sekarang nih?? Aku cuma mampu doa kepada Allah supaya emak sihat dan aku sempat bertemu dengannya.

Emak penipu?? Yee emak tipu aku. Aku tak suka penipu. Aku rasa sangat teruk bila orang tipu aku. Kenapa emak sanggup tipu aku?? Sebab tak nak aku risau pasal dia? Kalau emak tak nak aku risau, aku dah memang sedia risau pasal keadaan emak. Lagilah bila duduk berjauhan dua negara nih. Emak dekat sana, anak dekat sini. Huhhh aku mengeluh~~

"Akak jaga diri baik-baik". Aku tak suka orang sebut ayat tuh dekat aku. Dulu abah cakap macam tuh dekat aku. Sekarang emak plak. Lepas nih siapa yang nak tinggalkan aku lagi? Aku benci kena tinggal!!

Orang yang tak pernah rasa kehilangan sebab kematian memang tak akan tahu perasan kita. "Sabar jerklah banyak-banyak", "Dah ajal dia nak buat macam mana".. Okay aku benci ayat klise macam tuh. Kau tak rasa memanglah kau boleh cakap macam tuh. Orang yang rasa nih tak dapat nak gambarkan apa yang dia rasa. Dan aku lebih suka menangis.

Ye menangis bukan tanda orang tuh lemah. Kuat atau lemahnya seseorang bukan terletak pada air mata dia kan. Kalau kau tak nangis kau tuh hebat sangat ke? Kalau orang yang cengeng asyik-asyik menangis tuh lemah sangat ke jiwa dia?? Menangis tuh kan cara untuk melepaskan tekanan der~

Aku berharap bila aku ngadap muka GB nanti dia akan luluskan permohonan cuti aku. Kalau tak diluluskan juga memang aku dah nekad nak ponteng kerja 3 hari. Aku sayangkan nyawa emak daripada kerja aku. Kerja bila-bila boleh cari dan dapat, tapi nyawa emak siapa yang nak bagi dekat aku?? Kau boleh gantikan nyawa emak kau dengan nyawa emak aku??

Aku harap emak dapat bertahan sampai aku datang dekat dia.. "Emak tunggu akak datang ekh" itu janji aku pada dia. Mudahan janji yang satu itu akan termakbul.


p/s:Entry penuh emosi. Aku rindukan emak~~