Saturday, December 29, 2012

Sugar Glider: Dior dan Darrel (male WFB 50% leu het)

Assalamualaikum,

Entri untuk mengubat kerinduan terhadap Celia.

Memandangkan sekarang dah ada 11 ekor sugar glider (termasuk Celia) kadang-kadang aku lupa nak update tentang dorang. Bila dah cerita tentang A, lupa plak nak cerita tentang B. 

Dior and Darrel are my not-very-newly-joeys. They are from Ralphie (WFB 100% leucistic het) and Chika (classic grey). Both of Dior and Darrel are male WFB 50% leucistic het.Out of pouch (OOP) date on 21 November 2012. 

Dior means golden gift (lineage), while Darrel means beloved (lineage).


*Day 2 OOP

*Darrel, day 14 OOP

*Dior, day 14 OOP

*Dior, day 35 OOP, 41 grams

*Darrel, day 35 OOP, 40 grams
 


Sugar Glider: Redha Tapi Masih Berusaha

Assalamualaikum,

11 hari dah berlalu. Sepi. Sayu. Pedih. Semua perasaan bercampur. Mulut aku suruh kata redha dengan apa yang terjadi, tapi hati aku berterusan tak nak!!

Beberapa hari lalu, selepas beberapa kali aku buat Yaasin Mubin, solat hajat dan lain-lain, aku mimpi Celia. Aku nampak dia tengok aku dalam mimpi tu. Cumanya tak jelas dekat mana Celia. Sayu pandangan mata Celia. Lepas mimpi Celia terus aku terjaga dari tidur. Masha Allah.

Hari Khamis baru ni aku demam. Demam kerana rindukan Celia. Asyik tengok sangkar kosong dia jer. Kadang cium-cium bonding pouch dia. Konon ambil bau. Lantaklah kalau orang nak kata busuk pun  (=_=)

Walaupun aku mencuba untuk redha, tapi aku tetap teruskan usaha aku. Tetap mencari dia walaupun peratus untuk aku berjumpa balik dengan dia tak pasti. Ya Allah, bantulah aku mencari Celia. Berilah aku peluang untuk menjaga dia. Kau selamatkanlah dia walau di mana dia berada.


Saturday, December 22, 2012

Sugar Glider: Celia Belum Dijumpai

Assalamualaikum,

Hari keempat, Celia belum dijumpai lagi. Sedih. Berjaga sampai pagi tunggu Celia balik. Cari sampai ke bumbung pun tak de juga. 

Hati kecil aku kata mungkin Celia pergi dekat rumah kosong hujung jalan ni. Sebab rumah tu ada pokok tinggi, ada semak rumput tinggi. 

Aku dah pergi tengok tapi tak sampai ke dalam. Rasa terpandang-pandang jer Celia tengok. Sayu hati ni. Ada orang kata, 'sugar glider yang paling mahal plak yang hilang. terbang duit'.

Hello!! This is not about money. Bila kau bela binatang tak kira mahal atau murah, kau tetap akan ada raa sentimental value tu. Binatang yang murah kalau kau dah sayang tetap jadi binatang peliharaan yang berharga.

Aku risaukan keadaan dia. Makan ke tidak, hidup ke mati. Macam-macam bersarang dalam kepala ni. Sampaikan bila orang tanya aku diam membisu jer. Speechless. Sebab memang aku tak jangka dia akan seludup dari sangkar.



*Iklan ni aku dah bagi dekat pet shop yang ada dekat kawasan rumah aku. Depan rumah pun aku tampal. Bila budak-budak tengok, dorang kata ni HAMSTER. Huhuuuu (+_+)



Wednesday, December 19, 2012

Sugar Glider: Celia Hilang!!

Assalamualaikum,

Uuuhuu. Celia hilang! Suspen tak? Suspen tak? Haruslah suspen kan. 

Sebelum pergi meeting pagi tadi Celia hilang. Selalunya pagi-pagi dorang ni (juju, sherley, chad, pino, elma, etsu, ralphie, chika, dior, darrel, celia) akan terkinja-kinja dalam cage. Biasalah nak tengok mummy pergi kerja pakai baju kurung kan.

Tapi pagi ni Celia jer yang tak terkinja-kinja. Ohh dalam hati dia tidur kot ni. Malaslah nak kacau. Tengok-tengok jeling macam tu jer. Yang lain dah senyap sebab dapat makan buah jambu air. 

Tengah syok drive, tiba-tiba adik telefon. Malaslah nak angkat kan sebab tengah drive. Tapi dah banyak kali sangat bunyi, so angkatlah. Dia tanya bawa Celia pergi sekolah ke? Aku pun katalah tak bawa. Dia kata CELIA TAK DE DALAM SANGKAR!!

Ohhh what?! Aku rasa nak patah balik rumah masa tu juga. Tapi sebab aku ni setiausaha HEM, kena catat minit mesyuarat, maka aku pendamlah. Muka memang dah monyok gila. Mata pun dah bengkak. Dalam hati aku berserah kepada Allah. Berprasangka baik. Siang ni, mungkin dia ada tidur dekat siling kot.

Nanti sambung entri lain. Tak dapat berfikir dengan rasional ;(

*betapa aku rindukan pandangan mata Celia~





Monday, December 17, 2012

Alhamdulillah ♥

Assalamualaikum,

Syukur alhamdulillah segala perancangan untuk majlis bertunang selesai dilaksanakan. Ikut perancangan awal sepatutnya Khamis ni aku bertunang. Tapi disebabkan komitmen kerja, aku dan dia awalkan majlis pada Rabu lepas.

7 berbalas 9. Aku cuma buat yang mudah jer untuk majlis. Tapi disebabkan mahu menghormati pak cik mak cik, aku turutkan apa yang dorang suruh. Kalau aku tak perlu nak berkhemah bagai. Cukuplah doa selamat dan jamuan ringan untuk pihak dia.

Banyak masalah untuk aku sebelum majlis ni diadakan. Yatim piatu. Sampai aku rasa majlis tu bukan majlis aku. Aku kena ikut apa Pak Long aku cakap. Nak melawan, dia tu wali utama. 

Terima kasih pada mak cik pakcik sepupu sepapat yang tolong aku dan adik-adik aku hari tu. Meriah dengan macam-macam celoteh! Kalau dorang tak tolong confirm huru-hara ;(













Tuesday, December 04, 2012

Welcome Celia!



Lihat ekorku. gebus kan :p


Assalamualaikum,

Disebabkan aku ni membela sugar glider, maka kebanyakan entri akan berkisar tentang sugar glider. Binatang lain non-mungkin :p

Ini sugar glider terbaru yang aku beli dari Kak Aina, variation breeder. Dah lama targe nak beli mosaic lepas beli WFB dulu. Baru sekarang hasrat tercapai. 

Nama: Celia
OOP: 12/07/2012
Genetik: Masked mosaic ringtail 25% cremeino het female
Harga: Rahsia :p

Comel Celia ni. Ekor putih dan gebu!! Dia ni manja cuma masa mula-mula sampai Johor banyak crabbing. Yerlah kawasan rumah aku ni bising. Pompang pompang kreng kreng motor kereta merempit. Mahulah tak kan si Celia ni crabbing. Pantang bising, dia pun naik bising gak.

Hai my name is Celia.




Sunday, December 02, 2012

Tahniah Sahabat-Siti Fariza dan Khairul Ezry!!

Assalamualaikum,

Selamat pengantin baru,
Semoga kekal abadi bahgia,
Ke anak cucu sentosa,
Murah rezeki.

Tahniah diucapkan kepada sahabat aku, Siti Fariza dan Khairul Ezry selamat diijabkabulkan pada 30/11/2012. Huii aku yang berdebar lebih malam akad nikah hari tu ;)

Dulu tengok kawan-kawan aku yang lain akad nikah, langsung aku tak de perasaan. Aku sengih-sengih jer masa akad dah diucap tanda sahlah menjadi suami isteri. Tapi malam tu tidak!

Sementara nak tunggu pengantin lelaki, aku yang berdebar. Dupdap dupdap jantung ni. Aku tengok bff aku ni tak siap make up lagi. Relax jer muka dia. Padahal nak nikah lepas Isya'. Selamba derk jer muka dia! Geram aku noks. HAHAA! Tengok ni! Orang lain yang nak nikah, aku plak overrrr. 

Bab yang buat aku mengalir air mata masa pengantin salam mak ayah. Haihh menderu laju jer air mata. Macam manalah akad aku nanti. Mak abah dah tak de. Hurmm.

Okay mari kita tengok beberapa keping gambar yang dapat aku tangkap ;)

Bersama emak mertua :0. Emak cantik, anak handsome~~

Dah ni jer gambar sekeping. Aku memang menyampah gila bila update blog guna tab! 

Friday, November 30, 2012

Selamat Menjadi Isteri Solehah Sahabat

Assalamualaikum dan salam maghrib,

Beberapa jam lagi, sahabat baik daripada kecil hinggalah sekarang akan menamatkan zaman bujangnya. Whewww nak jadi isteri orang dah noks! 

Syukur rezeki dan jodoh dia datang dulu. Rezeki dan jodoh aku? HAHAA! Mungkin malam ni sampai kot. KUANGKUANGKUANG.

Siti Fariza binti Ghazali-inilah dia sahabat dunia akhirat aku. Gaduh sama, baik sama, nangis ketawa sama, pendek cerita semua benda bersama. Dari umur enam tahun berkawan. Sekarang dah umur 25 tahun. Oiii lama tu!

Ramai dah bff serata alam menamatkan zaman bujang. Yang dah beranak pinak pun ada. Aku pun dah beranak pinak. Anak-anak berbulus sugar glider tu haa ada sebelas ekor. Anak juga kan :p

Okaylah noks. Nak siap-siap solat, mengaji dan bermekap bagai. Nak menyaksikan detik bersejarah sahabat dunia akhirat aku. Semoga menjadi isteri yang solehah kepada suaminya, Ezry.

Aduhai pun! Aku suka pergi kenduri kahwin. Cari inspirasi ;)


Ezry dan Siti masa bertunang. Haii dorang nak nikah malam ni aku yang berdebar lebih ;)

Panggilan Telefon Nak Cari Gaduh! Singsing Lengan Dah Nih~~

Assalamualaikm dan salam Jumaat,

Sejak beberapa hari ni ada jer mak bapak yang telefon aku. Ni dia salah satu sebab kenapa aku tak bagi nombor telefon dekat anak murid, mak bapak.

Semalam hari Khamis. Ada seorang mak budak telefon. Dia minta keputusan peperiksaan setengah tahun anak dia. Kemudian minta plak keputusan akhir tahun. Katanya tempat kerja suami dia minta. 

Begini aku jawab. Ceh!

Puan, anak puan darjah 2. Dah guna sistem KSSR. Mana ada dah exam. Kan saya dah terangkan masa Hari Bertemu Pelanggan bulan 6 dulu. Puan tak ingat? Geram kot! Keputusan akhir band setiap subjek saya dah bagi dekat anak puan sebelum cuti suruh tunjuk dekat mak ayah. Satu kelas saya bagi. Puan dah tanya anak puan?

Puan tu jawab plak:-

Anak saya tak de bagi apa-apa pun.

Ehh ringkas gila jawapan dia. Dah anak kau tak bagi apa-apa jadi kau tak payah tanya? Terus telefon aku marah-marah. Adillllll ke?? Angin sebadan okay!

Entah maa dia dapat nombor telefon aku. Aku memang tak bagi nombor telefon aku walaupun dekat kelas aku sendiri. Ada apa-apa hal, telefon pejabat. Ni mesti orang pejabat yang bagi. Haiii nak singsing lengan sampai ke bahu dah. Geram mak, noks! 

Tak cukup pagi, PUAN tu telefon aku tengahari, petang, malam. Ohh what! Memanglah nak kena sound orang pejabat. Masa cuti aku nak datang sekolah? TOLONGLAHHHHHH AKU TAK KAN DATANG!!!!

Heii sexy baby! Seksilah tu dengan sependa merah tak pakai baju :o

Thursday, November 29, 2012

Sugar Glider: Tentang Anak Berbulus Gebu-Gaban

Assalamualaikum.

Dah lama tak cerita pasal sugar glider. Banyak perangai dorang dan banyak cerita yang boleh diceritakan. Cuma aku lagi suka cerita ikut mulut kot :p

Sehingga ke saat aku menulis entri ni, bilangan sugar glider aku ada sebanyak sembilan ekor dan dua ekor in pouch. Jadi jumlah besar adalah seramai sebelas ekor! Woaa ramaikan rakyat jelata sugar glider aku. 

Mari kita imbas semula nama-nama ND Gliders Hut ;)

Family 1:-
Juju
Sherley
Chad
Pino
In pouch 2 ekor

Family 2:-
Ralphie
Chika
Dior
Darrel

Family 3:-
Celia

Jantan ada enam ekor dan betina ada tiga ekor. Aduhai pun. Bila banyak jantan ni memang kena tahan hidung. Lagi-lagi bila waktu matang. Memang akan ada bau yang sangat harum! Niat untuk menjual tu ada. Tapi belum jumpa pembeli yang betul-betul sesuai. Mungkin akan diberi percuma kepada pembeli yang sesuai. Kalau tak de juga, in shaa Allah akan dikembiri. 

Celia-female masked mosaic ringtail 25% cremeino het
Dior dan Darrel-wfb male 50% leucistic het


Cikgu Cemerlang Update Blog. Buahahaaa!

Assalamualaikum dan selamat petang.

HAHAA! Lama gila aku tak update blog. Dah dua bulan kot blog ni bersawang. Apakan daya. Aku kan cikgu cemerlang. Heh! Cemerlanglah sangat kan.

Malas bukan sebab utama. Komitmen kerja yang menyebabkan blog ni bersawang. Bila semua benda kena mengadap laptop dan online. Memang aku tak berkesempatan nak update. Cuti sekolah ni alhamdulillah terasa ringan sikit kepala daripada beban tugas :p

Duduk rumah tak de buat apa sangat. Pergi Legoland, Kip Mart setiap minggu, Mydin setiap bulan, TJ Mart setiap hari. Setiap malam sediakan makan minum untuk anak-anak berbulu. Siapa lagi kalau bukan Sugar Glider!

Heii, sekarang sugar glider aku dah bertambah. Alhamdulillah. Kalau dulu kempunan jer tengok sugar glider orang lain ada joey. In shaa Allah jika berkesempatan aku akan update tentang sugar glider kesayangan jiwa raga aku.

*GK-aku sedikit gila kuasa. HAHAA. Ini masa lawan budak Tahun 6 lepas UPSR.


Wednesday, September 19, 2012

Setelah Sekian Lama Menyepi

Assalamualaikum.

Huhh lama juga blog ni tak de entry baru. Banyak kerja? Yeap banyak jer kerja. Ni kejap lagi nak mengadap buku anak murid plak =_=. Tak de masa? Mustahil. Masa ada cuma kekangan tu yang membuatkan blog tidak diupdate. Hanya menjadi pembaca blog-blog tertentu.

Dalam masa beberapa minggu ni, banyak buat kerja luar. Ingat dunia cikgu dalam sekolah, bilik guru, bilik darjah ke? SILAP besar kalau orang beranggapan begitu.

4 hingga 6 September lalu aku ada Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia or formely known as KISSM dekat Hotel Tropical Inn, JB. Normal kalau cikgu ni kursus dekat hotel. Tak pe cemburu ;)

Tiga hari kursus cukuplah. Slot ceramah hanya ada beberapa yang menarik. Selebihnya aku cuma tadah telinga. Hari ketiga peperiksaan. Alhamdulillah. 50 minit jawab esei aku blah dari dewan. Hari yang sama juga aku ada taklimat pengawas UPSR. Terpaksa tak datang sebab ada KISSM. But no worried. Ketua Pengawas dah maklum.

11 hingga 13 September pula jadi pengawas UPSR dekat SK Taman Sri Pulai, Skudai. Jarak dari rumah ke sekolah tersebut lebih kurang 20km atau lebih kurang 45 minit kalau tak sesak. Jauh juga weih.

Kali pertama jadi pengawas UPSR. Suka dan teruja! Hari pertama juga ada budak kantoi guna kalkulator masa jawab kertas Matematik 2. Hampehhhh! Jaga dekat dewan memang azab. Bertambah azab bila kena eskot budak pergi tandas.

Aku tak kisah pun kena eskot budak. Yang aku kisah sangat ialah dewan dekat ground floor, tandas dekat tingkat tiga! Arghhh bayangkan betapa kejangnya kaki aku kalau 30 lebih kali kena turun naik tangga dari ground floor ke tingkat tiga? Hari terakhir memang aku terpenyek bila sampai rumah ;(

Dah itu jer berita terkini yang dah basi. Banyak cerita cuma kita tunggu entry yang lain okay ^•^


Tuesday, July 31, 2012

Sugar Glider: Welcome Chad and Pino!

Assalamualaikum.

Sementara nak tunggu waktu berbuka nih, meh nak update sikit pasal binatang sugar glider nih. Lately nih memang aku malas nak update blog. Kasihannn encik blog terabai!

Inilah dia anak Juju Sherley. Kedua-duanya adalah jantan. Yaa mereka adalah jantan! Harapan sedikit punah sebab Aizan, Ain, Azie joey mereka semuanya jantan. Ain plak baru pecah rekod dapat sepasang.

Nama joey nih adalah Chad (abang) dan Pino (adik). Dua-duanya out of pouch (OOP) pada hari yang sama iaitu 15 Julai 2012. Maknanya sekarang hari nih dah 16 hari umur mereka.






Sunday, July 15, 2012

Sugar Glider: Joey Juju dan Sherley

Assalamualaikum.

Sejak beberapa hari yang lalu, joeys Juju dan Sherley dah mula menonjolkan diri masing. Benda pertama yang menonjol adalah ekor! Hahaa. Sangat geli perasaan aku bila tengok ekor dia terkeluar. Bak kata Danish, 'Acik, dekat perut Sherley ada cacing'.

Anak Juju dan Sherley nih ada dua ekor. Yang paling tak berapa nak best jantinanya adalah JANTAN! Kedua-duanya adalah jantan okay. Frust sebenarnya. Kamen punya dua ekor jantan, Azie punya tiga ekor jantan, Ain sekor jantan dan dua in pouch tak tahu jantina. Bila dihitung kesemuanya adalah LAPAN ekor jantan. Menanti joey in pouch Ain. Mudah-mudahan BETINA ;p

Gambar nih diambil masa joeys belum OOP (out of pouch). Jadi, sekejap keluar sekejap lagi masuk dalam pouch Sherley. Yang sekor warna dark grey yang sekor lagi soft grey. 

Come let's see the first batch grand kids from Juju and Sherley....










p/s:Joeys dua ekor nih masih belum ada nama.
p/s/s:Tarikh dorang OOP ialah hari nih 15 Julai 2012.
p/s/s/s:More pictures please view here.

Saturday, July 07, 2012

Manusia Banyak Helah.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah dah menjengah ke bulan Julai. Juga bulan Syaaban. Kurang dari dua minggu kita akan bertemu Ramadhan pula insya Allah.

Kekangan masa dan lambakan kerja punca blog nih sedikit terabai. Terutama KSSR nih. Punyalah lembab sistem nih. Orang atas tahunya nak cepat!

Sepatutnya bila satu-satu organisasi tuh mempunyai kakitangan yang ramai mestilah boleh buat kerja sama-sama kan. Tapi sekarang aku rasa dah terbalik plak. Dulu masa cikgu sikit semua buat kerja sama-sama. Tapi sekarang bila bilangan guru dah bertambah, kerja pun jadi bertambah.

Ada jer yang nak mengelat kerja. Balik-balik orang yang sama buat kerja kan. Gaji banyak tuh mestilah setimpal dengan kerja. Haihhlah manusia. Banyak helahnya kalau tak nak kerja susah.

Thursday, June 14, 2012

Sugar Glider: Sherley Pregnant!!

Assalamualaikum.

Dah lama tak update entry. Maaflah kekangan masa. Hari nih cuma nak kongsi pasal Sherley si sugar glider dracula dah pregnant! Yeayyy

Mula-mula tak tahu pun Sherley preggy. Tapi bila dah setiap hari main dengan dorang, baru tahu Sherley preggy. Itu pun sebab pouch dia tertutup dan ada lump dua biji dekat perut. Ohh ye Sherley nih mengandungkan anak si Juju sumbing :)

Jomlah kita tengok mak buyung Sherley punya gambar.





Tuesday, May 22, 2012

Sugar Glider: Ralphie-WFB with het 100% leucistic (gambar)

Assalamualaikum.

Raff sekarang dah baik sikit. Dulu dengan siapa pun dia tak nak kecuali dengan mummy Noah nih. Itu pun lepas dah bagi gigitan drakula baru dia nak. 

Hari tuh bawa pergi event sugar glider dekat IOI mall. First time kot dia pergi sendiri dekat Sepul. Gigit pun tidak. Padahal tak pernah jumpa abang Sepul. Then next person Ku Lik. Ku Lik pun rasanya dah tiga empat kali dia jumpa. Mungkin dah kenal bau.

Tapi sungguh kalau Raff dekat tangan mummy Noah nih memang takkanlah dia pergi dekat tangan orang lain. Kau paksa ambil dia memang kau kena gigitlah!! Tuh yang ada muka kecewa sebab tak dapat pegang Raff tapi kena gigit ^•^





Kurus Profisiensi Bahasa Inggeris MBI

Assalamualaikum.

Kursus Profisiensi Bahasa Inggeris MBI untuk guru bukan opsyen. Hahh memang layak untuk aku. Majoring in Physical Education (PE) but teaching English more than PE. 

In the morning, teach PE after recess teach English. Can imagine how my body works? Like a robot! Fuhyoooo. I can be a supercikgu!!

9 days of courses in SMK Bandar Putra-one of cluster school in Johor, from 8.00 am until 5.00 pm (in schedule ONLY). Today-day six, lack of motivation to attend the course. Three days left. Then, i am ready for my holidays!!!!

Raff, my sweet and steady boy forever ^•^

Friday, May 04, 2012

Setahun Sudah Emak Pergi....

Assalamualaikum dan salam Jumaat.

Genap setahun hari nih emak kembali ke rahmatullah. Tanpa sempat emak merasa gaji pertama aku. Tanpa sempat aku menatap wajahnya. Yang aku mampu mendengar suaranya sebelum hari-hari pemergiannya. Aku di sini dan dia di sana ketika aku. Jarak memisahkan kami.

Jun 2010, bulan terakhir aku menemui emak. Banyak kali aku ajak emak datang tapi emak enggan. Tak mahu menyusahkan aku katanya. Aku faham isi hati emak yang ketika itu dilanda penyakit mata yang teruk. Dan aku tidak kisah juga berkorban untuk emak. Kerana aku sangat menyayangi dirinya. Sangatttt sayang....

Mac 2011, aku sering menerima panggilan daripada emak. Bertanyakan kesihatan aku dan adik-adik. Tidak lupa juga cucu lelaki yang dikasihi-Danish. Waktu itu Darwish baru sahaja selamat dilahirkan ke bumi Allah. Sayup suara emak. Aku tahu emak menangis apabila bercakap dengan aku. Walaupun dia tahan suaranya tapi masakan emak boleh menipu anak. Anak yang dikandung dan disimpan dalam perut selama sembilan bulan. Aku tahu emak banyak menipu tentang kesihatannya. Aku tahu itu. Emak tak pandai menipu aku....

Aku tak mampu meneruskan taipan. Air mata mengatasi segalanya.... Maafkan akak emak.

Thursday, May 03, 2012

Taktik Tak Nak Makan Ubat

Assalamualaikum.

Nih gara-gara mandi kolam tak ingat dunia. Klorin kolam tuh plak banyak. Habis sakit mata, sakit tekak, selsema semua dapat! Kalau tak kerana netballers tuh ajak terjun kolam, memang aku jadi model tepi kolam jer ;(

Sakit tekak, selsema, demam, sakit kepala. Pakej lengkap! Semua dalam satu. Satu rumah nih dah sok sek sok sek sedut hingus. Eewww!! Danish dengan Darwish sampai meleleh hingus kerana selsema. Macam mana nak mandi laut Sabtu nih??

Bila demam, kurang sihat nih teringat plak kenangan kena tahan wad tahun 2010. Alaaa masa tuh kan sibuk dengan H1N1. Ane, horlicks 1 nescafe 1!! Hahaa. Aku pun tak terkecuali terkena tempiasnya. Tapi aku bukan saspek H1N1. Cuma ILI. Apa tuh ILI? Influenza Like Illness. Begitulah apa yang doktor bagitahu. Memang hooray hooray masuk hospital sebab masa tuh praktikum dua bulan. Dapatlah ponteng untuk seminggu ;)

Pantang bila aku kurang sihat, aku memang tak makan ubat. Tak rock lah mak jenab makan ubat kan kan. Biarlah dia tertonggeng ke apa ke. Ubat tuh bukan pilihan di hati aku. Aku memang benci dengan ubat!! Nak tahu apa taktik aku bila nurse datang suruh makan ubat??

Taktik paling berkesan aku pernah buat:

  • Tidur-tidur ayam bila dah tahu waktu nak makan ubat. Jadi, nurse akan kejut-kejut gitu jer sambil cakap, 'MASA MAKAN UBAT'
  • Buatlah gaya konon-konon terjaga dan gosok-gosok mata. 
  • Kemudian, cakap macam nih,'KEJAP LAGI SAYA MAKAN. NGANTUKLAH NURSE'
  • Bila nurse dah blah, ambil ubat-ubatan tuh segera dan sorok bawah bantal. Kemudian minum. Buat macam korang baru lepas makan ubat ;p
  • Bila nurse datang, ko cakaplah dah makan ubat.
  • Kemudian, pergi toilet bawa sekali ubat yang ko sorokkan tuh.
  • Lemparlah dengan sukahati ubat-ubatan tuh ke dalam mangkuk jamban dan flush!!!!

Sekian sahaja taktik berkesan yang aku amalkan bila kena tahan dekat wad ;p











*Arghhh aku suka gambar nih!! Lawak~~




p/s: Gambar nih gambar Darwish, anak buah aku yang setiap kali tukar bulan mesti kena tahan wad. Alhamdulillah sekarang tak lagi. 

Wednesday, May 02, 2012

Blaptica Dubia a.k.a Lipas Dubia

Assalamualaikum.

Hari nih nak cerita pasal dubia. Apa itu dubia? Dubia roaches atau nama saintifiknya Blaptica Dubia adalah salah satu spesies lipas. Haa apa kena mengena dubia plak nih?


Ini hasil selepas enam bulan. Ada lagi separuh sebelah sana.

Dubia nih salah satu serangga yang boleh diberi makan kepada sugar glider. Dubia berlainan dengan lipas rumah yang selalu kita nampak tuh. Lipas rumah tuh kotor. Selalu kena serangan ridsect lah, baygon lah. Tapi yang menariknya tentang dubia ini ialah kita bela dia di rumah. Kira macam ternaklah.

Sebab dubia nih harga nih mahal. Nak tunggu dia beranak pinak pun lamaaa. Aku beli bulan November 2011. Sekarang baru ada tujuh generasi. Belum tolak darab bahagi tambah yang dah disumbat ke perut penghuni ND Gliders Hut tuh.

Kenapa bagi dubia? Sebab sugar glider juga perlukan sumber protein. Pemakanan sugar glider kena seimbang antara kalsium, phosforus dan sebagainya. Sekali sekala sugar glider nih perlulah diberi makanan hidup supaya pemakanan dia lebih kurang dengan habitat asal dia di hutan.

Dubia nih lagi comel daripada lipas rumah. Gemuk dan berisi. Yang jantan bentuknya lebih kurang lipas rumah. Yang betina plak lagi chubby dan tak de kepak yang panjang macam dubia jantan.

Nak ternak dubia nih juga mudah kalau kita tahu cara penjagaannya. Aku cuma bagi dia makan buah, sayur, air masak dan kadang kala aku bagi juga makanan kering seperti pallet sugar glider. Itu pun sebab sugar glider aku tak makan pallet. Daripada membazir lebih baiklah aku bagi pada geng dubia tuh kan. Lagi best kalau letak dubia nih dalam bekas yang besar!! Lepas tuh bubuhlah bekas telur dekat dalam tuh.


Ini masa mula-mula beli dubia. Comel kan? Yang gemuk debab tuh dubia betina

Nampak yang kecil comel tuh? Itu namanya baby dubia-juvie ke nymph ekh. Lupalahh

Ini dubia albino. Kihkihkih. Ini dubia salin kulit. Jangan jakun okay!!


Bacaan lanjut: Dubia roach care and breeding