Tuesday, August 30, 2011

Sugar Glider: Chika Semakin Baik

Salam Syawal sayang..

Aku dah mula rasa kebosanan pada Syawal kali nih. Hari nih hujan sejak daripada tengah hari sampailah sekarang. Lagilah sempoi tak de budak-budak datang beraya.

Okay kali nih aku nak cerita sedikit tentang Chika. Chika adalah sugar glider aku yang kedua selepas Juju. Mula-mula aku beli Chika sangat garang. Walaupun dia sangat ‘ngam’ dengan Juju tapi dia tak sangat geng dengan aku. Pilih kasih kan!!

Crabbing memang dah wajib bagi Chika kalau aku nak pegang dia. Mula-mula aku agak stress kenapa dia nih macam tuh sekali. Sebab masa aku bela Juju, Juju tersangatlah baik. Tapi Chika macam langit dengan bumi. Minggu pertama aku bela Chika aku biarkan jerk dia dalam cage dengan Juju. Aku memang tak usik langsung. Aku nak dia serasi dengan cage, serasi dengan Juju, serasi dengan persekitaran dan juga serasi dengan aku.

Nak bondingkan sugar glider nih memang ambil masa. Rezeki aku agaknya dapat sugar glider yang agresif dan tersangat mencabar. Bagi aku sugar glider yang manja adalah satu perkara yang subjektif. Tak semua sugar glider boleh manja kan.

Tapi sekarang setelah hampir tiga bulan aku membela Chika Alhamdulillah dah banyak perubahan yang dia tunjuk dekat aku. Dah tak de crabbing lagi. Chika dah mula nak datang kalau aku hulur tangan. Lama kan masa yang aku ambil. Aku tidak pernah kisah kalau sugar glider aku nih gigit ke, berak kencing merata. Itu lumrah binatang. Dan aku memang suka kalau Chika gigit tangan aku. Kalau Juju yang gigit sakit gaklah sebab dia dah besar ;p


*Tengok kekembangan bulu dia. Hari-hari disajikan dengan ayam~

*Auuww chak anak mommy!! Dah besar jangan nakal yer~

Hari Ini Hari Raya

Salam Lebaran sayang..

Alhamdulillah hari ini aku berkesempatan menyambut lebaran. Macam biasa pagi raya. Sediakan apa yang patut, mandi sunat, mandikan budak dua orang tuh, makan ketupat, rendang, lemang, kuih raya, tunggu orang datang.

Angah kerja hari nih. So akulah yang menjaga rumah. InsyaAllah petang nanti kalau tak de aral melintang baru aku berjalan ke rumah jiran tetangga.

Daripada pagi tadi aku tunggu orang datang. Nahhh seorang punya kelibat pon tak de yang datang. Yang ada tadi cuma Umi datang hantar makanan. Umi memang suka hantar makanan dekat aku. Kawan emak semenjak aku kecil sampailah sekarang. Hampir 22 tahun berjiran.

Entah kenapa raya nih aku rasa semakin sunyi. Selalunya raya pertama nih budak-budak dari mana-mana jerk akan datang. Tapi hari nih sunyi sangat. Bunyi kenderaan pon tak berapa nak bunyi. Ramai yang dah balik kampung agaknya. Aku jerk lagi yang belum balik kampung. Tunggulah esok!!

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada sesiapa yang mengenali diri ini. Halalkan segala makan, minum, perbuatan, bahasa dan sebagainya. Buat salah lagi nanti minta maaf lagi. Macam itukah erti raya??

Monday, August 29, 2011

Countdown Raya: 1 Hari Sebelum Raya

Salam Syawal sayang..

Hari nih aku lambat update entry. Banyak kerja nak siapkan dekat rumah. Tambah lagi menjaga dua orang budak kecil nih. Huhhh! Patutlah pon berat aku turun dengan mendadaknya ;p Itu belum lagi aku melayan kerenah si budak dua ekor.

Esok raya. Macam biasa kalau dekat rumah pusaka nih tugas aku adalah memasak. Kali nih aku masak tak banyak. Sebab raya kedua nak balik kampung dah. Jiran tetangga pon ramai yang balik kampung masing-masing. Sekarang nih tinggal jiran tetangga yang non-muslim jerk. Tak lupa juga anjing peliharaan mereka yang masih menyalak tuh!!

Aku cuma masak ketupat segera Nona, rendang daging, ayam masak kicap, taufu fa, air kacang soya dan tak lupa juga membuat lemang di kedai tepi jalan. Ehee. Entah apa-apa jerk lauk raya kali nih. Aku suka minum air soya. Sebab tuh aku nak raya kali nih minum air soya. Sedap dan kurang gula ;p

p/s:Menguatkan hati dan perasaan. Sedihnya hati aku mendengar takbir.


Sunday, August 28, 2011

Countdown Raya: 2 Hari Sebelum Raya

Salam Ramadhan sayang..

Dah tak lama masa yang ada untuk Ramadhan. Lusa dah raya insyaAllah. Hari nih hari kedua aku bercuti. Sekolah kan memanglah cuti Sabtu dengan Ahad nih.

Hari nih aku kemas rumah, kemas cage Juju Chika, kemas segala-galanya. Huhh penat! Mana nak kemas mana nak layan budak dua orang dan budak dua ekor tuh lagi. Dahlah aku seorang! Fffttt~

Hari aku berbuka dengan chicken porridge, double GCB, kuih lopez dan coolblog. Nyumm nyumm. Tak larat nak masak. Penat. Bazar pun dah tak ramai orang yang berniaga. Esok pun terfikir nak makan apa lagi ;p


p/s:Ada tak sesiapa yang sudi pinjamkan emak dan abah dia untuk raya pertama nanti??

Saturday, August 27, 2011

Sugar Glider: Ilmu Sangat Penting

Ehemm aku bukanlah pakar dalam hal sugar glider nih. Ini cuma mengikut pandangan mata kasar aku sahaja. Kalau nak bela dan beli apa jenis haiwan peliharaan pon, benda pertama yang perlu kita tahu ialah ilmu. Ilmu itu penting. Kalau tak de ilmu susahlah kan. Mana nak cari ilmu? Dunia sekarang canggih manggih maa. Segalanya di hujung jari. Disusuli dengan usaha. ;p

SEBELUM beli sugar glider, kita kena tahu kemampuan yang kita ada. Sebabnya sugar glider nih bukan murah. Belum lagi itu ini dan sebagainya. Harga dirinya sahaja dah membuatkan orang berfikir banyak kali. Tapi kalau dah minat, kipas susah mati sugar glider, wang tuh tak jadi masalah. Tak bolehlah mula-mula nak terus beli sugar glider yang mosaic ke, WFB ker, ringtail ke kan? Mulakan segalanya daripada asas.


Lagi kita kena banyak research. Aku mula-mula berkenalan dengan sugar glider nih masa pergi uptown damansara. Jinak betul sugar glider dekat gerai orang tuh. Tapi masa tuh aku tak bernafsu sangat tengok sugar glider nih. Sebab aku teruja dengan iguana. Hahaa. Bila kita dah tahu pasal sugar glider nih serba sedikit, kita tambahkan lagi ilmu yang ada. Sebab tuh aku kata ILMU sangat penting. Tak kira apa pon yang kita buat ilmu itu perlu ada.

Kalau kita tak research kita tak kan tahu. Kalau asyik tanya orang jerk parahlah. Itu bukan research dah. Itu namanya spoon feeding. Kalau dah kita research tak jumpa kita tanya orang tak pelah. Ini tak research tanya orang bertubi-tubi. Kalau aku pun hangin~

Hampir dua tahun aku memendam perasaan terhadap sugar glider nih. Sebab masa tuh aku tengah belajar malas nak remehkan kepala mana nak letak sugar glider nanti. Kang tak pasal-pasal kena songlap dengan warden.

Lagi satu kalau kita tengok sugar glider kita tuh macam lain macam jerk, kita bawalah pergi vet. Kalau tak tahu dekat mana ada vet, cari dekat internet. Ini lagi satu kemahiran ilmu yang perlu kita ada. Dengan segalanya di hujung jari, kita kenalah tahu macam mana nak aplikasikannya kan. Membela haiwan peliharaan ini memang memerlukan belanja. Kalau nak murah, kahwinlah dengan doctor vet yang pakar tentang sugar glider ;p Gerenti khidmat yang diberikan adalah percuma.

Itu ajalah yang mahu aku kongsi. Lain kali celoteh lain. Anak-anak aku dua ekor tuh pon tak berapa nak behave sangat. Aku perlukan lagi ilmu menjinakkan mereka.

*Chika, si isteri sekarang dah berusia 4 bulan setengah*

*Juju si suami dah berusia 6 bulan setengah*

Countdown Raya: 3 Hari Sebelum Raya

Salam Ramadhan sayang..

InsyaAllah hari Selasa nanti seluruh umat Islam di Malaysia dan kawasan yangs ewaktu dengannya akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Itu bermakna juga Ramadhan akan meninggalkan kita. Sedih. Diri ini masih lagi tidak pasti akan bertemu Ramadhan sekali lagi.

Sudah tiga hari hujan. Ini pon hujan sedang memuntahkan isinya dengan lebat. Hmmm. Semacam tidak mengizinkan Ramadhan pergi.

Hari ni aku dah mula cuti. Petang nanti nak pergi beli barang untuk masak-memasak. Esok pasti pasar penuh dengan orang. Beli awal senang tak perlu berebut-rebut dengan orang. Kalau membeli di saat-saat akhir nih tak best. Tapi kebanyakan orang macam tuh.

Aku masih berkira-kira buka puasa nanti nak makan apa~ Mungkinkah tat cheese? Kek lapis Sarawak? Kuih raya?? ;p

Friday, August 26, 2011

Countdown Raya: 4 Hari Sebelum Raya

Salam Ramadhan sayang..

Semalam aku kehilangan Juju almost the whole day. Syukur Allah masih panjangkan jodoh aku dengan dia. Pukul 12 lebih malam tadi dia terjun daripada lubang siling dekat loteng.

Alhamdulillah syukur sangat-sangat. Aku semalam memang hilang pedoman kejap. Seriously blank, blur. Aku tunggu dia dekat luar balkoni siap dengan makanan dan minuman bagai. Dah macam panggil apa jerk malam tadi. Pukul 12 aku tercongok dekat balkoni menunggu si Juju tahu!! Juju Chika nih dah macam nyawa aku.

Bila dia terjun daripada siling tuh aku pun giatlah kejar dia dalam gelap. Kalau buka lampu kang sure confirm dia mencicit lari. Nasib dia cuma lompat si katak lompat jerk. Arghhh!! Juju buat hati mommy tak tenteram ;(

Bila dia dah kembali ke pangkal jalan, aku pun bagi upah dekat dia. Cengkerik empat ekor. Huhhh tamak haloba punya anak. Aku tahu dia lapar duduk dekat bumbung tuh. Lain kali jangan nak buat cubaan melarikan diri lagi~

Chika pun sukalah bila hubby dia dah balik. Sampai berebut-rebut cengkerik dengan Juju. Nasib aku tak geli nak pegang cengkerik ;p

Sugar Glider: Juju Hilang



*Juju, my hero*



Ini salah seekor daripada anak kesayangan aku. Aku tersangatlah sedih hari ini. Tadi pagi dekat sekolah aku sangat gembira sebab berjaya menanda kertas periksa BI untuk tiga kelas. Tapi bila balik rumah aku dikejutkan dengan berita tergempar. JUJU HILANGGGGG!!

Arghh. Sepatutnya aku bawa Juju Chika pergi sekolah hari nih. Nak bagi dorang nih pandai kan haruslah bawa pergi sekolah. Lagipun dah lama aku tak bawa dorang nih pergi sekolah. Ramai yang bertanyakan mereka.

Tapi disebabkan kekalutan dan keghairahan aku nak pergi sekolah, aku tertinggalkan dorang nih dalam pouch dekat bilik. Ohh dalam hati aku tak pe dorang duduk dalam pouch siang-siang nih mesti tidur.

Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Hahh memang kena sangat dengan aku. Memang iyer pon tadi petang hujan selebat-lebatnya. Aku tak sangka Juju nih pandai buka zip pouch. Sebab sebelum nih dia pernah sondol-sondol kepala dekat zip tuh sebab nak keluar.

Memang tercenganglah tengok zip pouch terbuka. Bila aku pegang kenapalah pouch nih ringan jerk. Sekali aku tengok nahh tinggal Chika jerk dalam pouch!! Ehhh apa nih? Mana Juju? Air mata tak payah cerita. Even Juju Chika nih binatang tapi aku sangatttt gila kot dekat dorang ;p

Aku tahu siang-siang nih dia tak kan keluar. Jadi, aku nekad tunggu sampai malam. Letak makanan kegemaran dia dekat tempat yang dia tinggalkan hint bahawa dia dah lari. Aku hampa jugalah bila Juju nih hilang. Aku pun cuai juga sebab tak suruh adik aku masukkan dorang dalam cage. My bad~

Sekarang aku memang menanti dengan penuh harapan. Juju sangat istimewa buat aku. Bukan sebab harga dia mahal. Tapi dia adalah sugar glider yang istimewa sangat. Sebab dia sumbing. Hahaa asyen, azie dengan neon jahat suka ejek Juju sumbing. Tapi aku suka sebab Juju is differ than other suggies. Itu yang buat dia sangat mahal untuk diri aku. Nak dengar suara dia pon sangat susah kecuali masa potong kuku.

Ohhh aku dah mula rindukan Juju. Juju sayang, baliklah nak. Mommy tunggu sampai raya pertama yerk nak~

Thursday, August 25, 2011

Countdown Raya: 5 Hari Sebelum Raya

Salam Ramadhan sayang~

Huaaa. Aku rasa nak melalak jerk sekarang nih! Tadi pagi aku dah siap-siap bubuh si Juju dengan Chika dalam bonding pouch. Sebabnya hari nih aku jaga exam satu kelas jerk. Jadinya banyaklah masa aku terluang selan daripada menanda kertas jawapan.

Disebabkan keghairahan aku nak pergi sekolah, dengan tidak sengajanya aku telah TERtinggalkan mereka di luar rumah!! Aghhh aisehh. Aku nak chow jerk balik rumah sekarang pergi ambil dorang tuh.

Semoga Juju dan Chika tidur dengan lena dan tidak membuat percubaan untuk keluar daripada bonding pouch. Uhukk sangat sedih ;(


*Ohh my hero Juju. Tidur enak-enak yerk ;(


*My dearest princes Chika, dont make noisy. Nanti kena culik ;(



*Arghhh kecomelan mereka menggugat hatiku. Harap tiada kucing  berkeliaran dekat rumah. Huaaa mommy sedih ;(

Wednesday, August 24, 2011

Wordless Wednesday #3


Countdown Raya: 6 Hari Sebelum Raya

Salam Ramadhan semua~

Sekarang musim ujian bulan 2. Huhh hampehlah kalau ujian masa nak raya. Clashing masa dan plan aku! Sekarang aku lagi tengah menggigihkan mata dan kepala untuk menanda kertas Bahasa Inggeris 2 Tahun Empat punya. Senang cerita kertas essay.

Adehhh berpinar mata den nih haa tengok jawapan anak murid nih. Baru tanda dua kertas mata aku dah ting tong. Ini nak menghabiskan 40 orang anak murid punya kertas. Fulamak! Memang aku tidur kejap lagi kertas soalan nih jadi selimut.

Tadi aku buka puasa dekat Mama Chop Papa Gril *ke terbalik entah namanya nih* dengan Jaja dan adik aku. Sebab dekat situ tengah buat promosi kan haruslah makan. Nanti dah tak de promosi harga dah tak sama ;p Kita kena pandai rebut peluang~~

Okay itu jerk nukilan dan coretan sebelum raya menjelma. Ohh iya terlupa nak khabar. Kek lapis aku dah tinggal separuh. Ketiga-tiga jenis dah tinggal separuh. Anak buah aku punya pasal. Asal buka peti ais minta kek. Asal nak kek jerk buka peti ais. Memang tak sempat untuk raya kek lapis tuh!! Gggrrrr

Tuesday, August 23, 2011

Countdown Raya: 7 Hari Sebelum Raya

Salam dan selamat sejahtera semuanya ;p

Hari nih kek lapis Sarawak yang aku tempah sudah dapat. Ahh ini gamaknya sebelum raya menjelma kek lapis, kuih-muih aku memang licinlah! Dahlah aku nih sangat HEBAT kununnya nak buat kuih-muih tuh. Yerlah hebat MEMBELI!!

Tadi dah tercium-cium bau kek lapis tuh. Aduh sedapnya bau hingga menusuk ke kalbu. Tapi tak delah sampai niat nak buka puasa kan ;p InsyaALLAH kalau tiada aral melintang puasa tahun nih penuh lagi seperti sebelum-sebelum ini. Aminn

Aku cuma beli tiga jenis jerk kek lapis Sarawak tuh. Masam manis, Milo dengan Coklat cheese. Ohh confirm buka puasa karang aku sebat sedikit tiga-tiga jenis kek lapis tuh!! Mumumuuu


*Ohhh sangat berwarna-warni!! Rambang mata jap~

Monday, August 22, 2011

Countdown Raya: 8 Hari Sebelum Raya

Ahh aku nak countdown untuk raya! Dah lama aku tak rasa suasana hari raya sejak abah pergi. Tahun nih emak pergi lagilah hampeh suasana hari raya aku. Ini mulalah aku nak buat kisah air mata plak ;p

Rasanya sejak tujuh tahun yang lalu aku tak pernah beraya dengan emak. Lama kan? Raya pertama aku mesti dengan Eno atau Eken atau nenek. Emak raya dekat kampung. Barulah aku berangan nak beraya dengan emak tahun nih. Tapi Allah lebih sayangkan emak. Nak ziarah pusara emak pon jauh di seberang. Hanya doa yang mampu aku hadiahkan ;)

Ngaa tahun nih tahun pertama aku beraya dengan Juju, Chika dan juga Bobo. Ohh masyuk nih. Minggu nih nak bawa Bobo pergi servis. Aku rasa tayar tuh macam dah lari allignment jerk. Aku kalau bawak kereta tak best mulalah hati rasa tak sedap.

Persiapan raya?? Aku dah ada baju raya sepasang. Warna dirahsiakan sehinggalah aku pakai baju tuh. Budget over noks~ Kuih raya plak tengah menunggu giliran nak pergi ambil. Aku cuma beli berapa jenis jerk sebab raya kedua dah balik Selangor. So, beli sikit-sikit jerk. Tak nak membazir. Best sikit sebab aku beli kek lapis Sarawak. Duit raya Eno yang settlekan. Aku dah settle bab lain, jadi duit raya dia yang sediakan ;o
 
 

 
p/s:Cuti raya nih serabut kepala nak tanda kertas ujian. Arghh stress sedikt yaaa~~


Thursday, August 18, 2011

Microwave dan Juicer Blender Terpakai Tapi Berbaloi

Salam sayang untuk anda-anda semua ;p

Bestlah kan siapa yang cuti Nuzul Quran semalam. Aku pun best juga sebab pergi menggunakan duit bonus ke arah jalan yang lurus ;o Memang masyuk dapat baju raya baru. Siap tak nak buka dah bila pakai.

Semalam adik ipar aku beli mocrowave dengan juicer blender. Ohh ini barang terpakai. Harga dia superbbbb murah. Hahaa aku pun macam tak percaya jerk bila dengar harga barang-barang tuh.

Lepas nih aku sukahati lah boleh masak lasagna, pizza, ayam panggang, kuih-muih. Nak buat jus segar hari-hari pon dah boleh!! Ohh giat-giat. Baru aku semangat nak masak di bulan puasa nih ;p

p/s:Nanti aku update entry untuk letak gambar. Lupa semalam nak snapped gambar sebab ghairah dengan baju raya baru~~

Wednesday, August 17, 2011

Wordless Wednesday #2


Bila Duit Banyak Shopping Sakan!

Ehhee. Salam sejahtera semuanya. Harap berada dalam keadaan yang sihat walafiat. Aminn

Bagai pucuk dicita ulam mendatang. Ceh berbasa-basi plak bahasa aku hari nih. Mana taknya kan. Tadi lepas sekolah aku, Jaja, Kak Ida dengan Kak Zurina pergi terjah Kota Tinggi shopping baju raya. Kakitangan awam kerajaan kan dapat bonus. Mahulah kan tak shopping ;p

Walaupun bonus aku tak sebanyak yang mereka dapat tapi Alhamdulillah. Di saat-saat kekeringan nih dapatlah aku membeli sepasang baju untuk hari raya. Lima pasang baju yang aku tempah entah tak tahu sempat siap ke tidak. Jadi, aku standby lah dengan sepasang baju yang aku beli tadi.

Ohh syiok habis shopping dekat Kota Tinggi tadi. Almaklum aku dah merantau belajar luar daripada Johor. Bila dah balik semula ke Johor nih macam jakun sikitlah. Apa aku kesah?? Rambang mata aku nak pilih baju. Itu nasib baik pergi bahagian depan. Kalau tak mahu berpasang-pasang aku angkut ;p Ahh kau tamak sangat!! Pergi sekolah pon pakai baju sukan jerk~

Nampak gaya setiap kali dapat gaji kena terjah Kota Tinggi lagi. Harga yang sangat berpatutan dengan kualiti kain yang sangatttttt bagus. Tak rugi aku beli tadi sepasang walaupun harga dia ratus-ratus. Paling penting aku tak menyesal pon tak shopping dekat Kuala Lumpur!!!!

Tuesday, August 16, 2011

Sugar Glider: Little Tiny Nest, Cone Sleeping Pouch, Seeking Hut

Nahh dah sampai pon barang-barang Juju Chika nih. Kali nih aku tak DIY sebab dah ketandusan kain dan mesin jahit tak de. Jadi faham-faham jerklah kalau tak de mesin jahit nih aku memang slow learner nak menjahit guna tangan. Last choice, BELI jerk senang. Lagi plak tengah ada promosi. Ohh beli jangan tak beli~

Aku beli little tiny nest, cone sleeping pouch dan seeking hut nih daripada Suggie Heaven Booth. Kalau dekat FB korang taipkan jerk nama tuh. Kang keluarlah gambar little tiny nest warna merah jambu ;p


*Tadaaa! Balik sekolah jerk tengok parcel dah sampai. Yippee! Juju Chika suka~


*Segar daripada ladang posmen!!


*Tema warna oren. Cuma seeking hut jerk warna lain.

Saturday, August 13, 2011

Sugar Glider: Hari Mencuci Cage dan Segalanya

Ohoo minggu nih aku agak sibuk sikit. Makanya rumah Juju Chika baru dapat bersihkan hari nih. Selalunya seminggu aku cuci 3 kali. Tapi sejak pakai cage baru nih rabu lepas, baru hari nih aku cuci. Ahh sibuk memanjang. Nasib anak-anak tak buang sisa kumbahan dengan banyaknya ;o



*Hahaa cage dah besar kena basuh dekat luar. Comel kan sponge mickey tuh ;p



*Gambar tiada motif. Hanya nak tunjuk kerajinan aku jerk~


*Tadaaa!!Setelah berhempas pulas men-decorate cage Juju Chika. Ohh ya tema kali ini ialah oren. Atas tempat bermain dan membuta bawah ialah tempat melantak~~


*Ini gambar latest. Juju Chika suka plak duduk dalam tiny nest warna orange tuh makanya kena pindah letak depan~

Wednesday, August 10, 2011

Saya Nak Doodle Dari MawarMerah

Anda nak doodle? Ehh bukan NOODLE ekh tapi DOODLE. Alaaa kartun yang comel-comel handsome jelita tuh. Hahaa ayat merapu. Encik Mawarmerah nak bagi free dekat korang. Tak mahu doodle free? Melepaslahhhh

Tak susah pon nak doodle free nih. Anda hanya ikut apa yang dinyatakan oleh Encik MawarMerah seperti:

-buat satu entry
-letak banner dan link dekat post
-details doodle yang anda mahu
-boleh tag kawan kalau rajin
-yang nih paling BEST: TAK DE TARIKH TUTUP DAN SEMUA ORANG DAPAT!!



Encik MawarMerah, ini details doodle yang saya mahukan *tak boleh demand lebih-lebih ekh walaupun free*

-gambar perempuan bertudung shawl *kipas susah mati shawl nih
-berseluar/berskirt pon boleh dan berbaju lengan panjang
-paling penting saya seorang cikgu sukan!!Yeahhh~
-warna??tak kisah pon tentang warna asalkan doodle cantik, cun melecun, comel ;p




Tuesday, August 09, 2011

Sugar Glider: Juju Chika Makan Cengkerik. Eewwww~

Ini kali pertama Mama Gediks Juju Chika bagi dorang makan cengkerik. Erkk cengkerik okay lagi kan daripada Mama Gediks nak bagi ulat roti. Ohh tak sanggup saya nak pegang ulat tuh!! Geli yakksss!! Menggeletis! Ahh cukup!!

Punyalah suka sangat Juju Chika sebab dapat makan cengkerik. Tapi Mama Gediks bagi dua ekor jerk lah untuk setiap orang. ORANG?? Juju dan Chika orang?? Ohh nom nom nom. My babies orang rupanya. Hik3 ;p


*Ohh mama!! Please dont snap my picture!! I am so shyyyyy~*
Hahaa. Ini si Juju. Makan cengkerik dalam suggy lullaby. Suka sangat bawa makanan dekat tempat tidur. Haiyaaa Mama Gediks babab kang kang

*Mama, this cricket is so yummy! You want some? I can share with you ;p*
Wekks wekks wekks!! Kalau Chika nih boleh cakap macam tuh dekat saya, sumpah terguling-guling pengsan!

Dapat makan dua ekor pon tak cukup lagi. Tak boleh bagi banyak-banyak sayang. Mama Gediks tak nak you all berdua obesiti. Biar tak gemuk janji sihat okay~

Dan bila mereka nih dah memerut, omakkkk aii bau taik dia HARUMMMMM gila!! Lepas nih memang confirm sure saya akan bagi makan seminggu sekali dan seekor jerk! Hahahaaa


p/s:Tak sabar nak balik sekarang!! Okay bhai!!!!



Monday, August 08, 2011

Header Blog Baru Sempena Bonus Raya


Nahh sempena bonus raya yang bakal menjelma *aisehh macam confirm dapat!!* nih aku suruh encik tersayang buatkan header blog aku!! Muahahaa. Apa guna ada orang terror-terror nih tak suruh buat kan? Nasib dia bukan terrorist ;p

Laptop kecil nih tak de perisian adobe, so aku suruh jerk Kanda buatkan. Dia buat cepat sikit berbanding aku yang detail tang sana tang situ.


p/s:Aku tak reti buat header. Sekian pengakuan jujur!!

Bonus Setengah Bulan Gaji Untuk Kakitangan Awam Kerajaan

Nahh berita gembira kot hari nih! Erkk tapi aku belum sah jawatan agak-agak dapat ke bonus untuk hari raya nih? Banyak tuh weih setengah bulan gaji. Mahu RM1k lebih sikit gak aku dapat. Kalau dapat kan ;p

Esok nak kena pergi tanya PT nih. Terima kasihlah PM ekh sebab bagi bonus *dengan harapan setinggi gunung akan dapat*

Tahun pertama kerja sebagai kakitangan awam kerajaan dapat bonus sempena Aidilfitri. Uhhh bertuahnya kerja dengan kerajaan, banyak faedah kan ;p


p/s: KALAU DAPAT, aku boleh modify Bobo!! Yeahhh~

Sunday, August 07, 2011

Sugar Glider:Rumah Baru Untuk Juju Chika!

Ahaa. Akhirnya hampir siap juga rumah baru untuk Juju dan Chika nih. Yerlah sebelum nih mereka tinggal dalam cage harmster yang tinggi dan besar sikit tuh. Tapi hari nih mereka dah dapat rumah baru. Yeayy. Aku suka aku suka!!

Agak payah sebenarnya nak cari cage 3 kaki yang harganya berpatutan dekat kawasan aku nih. Dekat petshop yang aku jumpa harganya aku boleh beli dua cage 3 kaki kalau dekat KL. Tak kan aku nak sia-siakan duit untuk harga cage yang aku boleh dapat dua kan?

Rumah baru Juju dan Chika ;p


*Spray cage dengan warna biru. Senang nak nampak taik dorang melekat dekat mana nanti ;p



*Chika tengah observe rumah baru. Juju masuk cage terus tidur. Apadaaa


Saturday, August 06, 2011

Berita Keguguran

Haa ini berita bukan sebarang berita. Juga bukan berita yang luar biasa. Hahaa ada plak yang terkejut nanti tengok tajuk entry aku tuh. BERITA KEGUGURAN. Jeng3~Apakah??

Ini bukan cerita aku keguguran baby ke apa. Nikah pon belum mana nak mengandungnya. Ini berita KEGUGURAN RAMBUT aku!!!! Haiyaaa. Aku benci bila rambut gugur. Gila aku tak suka bila sikat rambut, banyak helai yang luruh dekat sikat tuh.

Punca?? Few years ago, aku pergi Indon kampung atok. Mandi air perigi. Uhuu. Bila balik Malaysia habis luruh bagai rambut aku nih. Sobsobsob. Sedih oo. Bukannya sikit tapi banyak. Aku punyalah berusaha nak bagi rambut nih lebat.

Few months ago, aku pun menggatallah nak cuba syampu BAWANG. Alaaa yang si Jackie Chan tuh dia punya duta tuh. Harga dia RM59.90 kalau tak silap aku dengan perapi siap. Minggu pertama aku pakai okaylah sikit. Masuk minggu kedua perghh makin banyak plak yang gugur!! What?? Biasanya syampu cina nih kan guna herba mesti okay rambut aku. Tapi syampu Jackie Chan nih buat kepala aku botak plak.

Nah terus aku berhenti pakai syampu Jackie Chan tuh. Kembalilah aku kepada syampu Sun Silk yang aku selalu guna. Syampu Rejoice, Clear memang tak boleh sebab rambut aku kejung. Huhh!!



Thursday, August 04, 2011

Babi Hitam

Nahh minggu nih hot betul dekat sekolah. Macam-macam hal jadi dekat sekolah. Adoyaii anak murid ku sayang. Daripada hal bergaduh sampailah hal kutuk mengutuk cikgu dalam surat. Derr sebab nila setitik habis rosak susu sebelanga.

Aku bukanlah salah seorang yang jadi mangsa kutukan budak tuh. Tapi kutukan dia agak melampau dan buat aku gelak jerk bila cikgu-cikgu yang jadi mangsa nih marah dia. Dia kata GPK dah tua, cikgu sipolan sipolan nih ketot, pakai kasut tinggi nak tinggi, cikgu tuh gemuk, budak sekian dan sekian gemuk dan BABI HITAM!

Dahsyat betul budak nih. Nasiblah aku mengajar dia kelas tuisyen. Agaknya lepas nih dia pon mungkin kutuk aku gak ;p

Tuesday, August 02, 2011

Dalam Kepala Lain Dibuatnya Lain

Itulah aku kalau nak tahu. Tadi masa layan budak dua orang tuh main, macam-macam dalam kepala aku ligat buat plan nak masak sekian dan sekian. Tapi bila dah masuk dapur, kelentung kelentang lain plak yang dimasaknya.

Begini, niat asalnya aku nak masak sambal sotong, ayam goreng cili padi dengan kacang botol tumis. Alih-alih aku TERmasak plak si macaroni with spagethi sauce. Perghh mula-mula selera kampung dah bertukar selera western plak!!

Kenapakah? Kerananya aku lambat keluarkan si encik sotong dan puan ayam. Makanya dorang tuh membeku lagi. Si encik daging tuh aku boleh plak keluarkan awal-awal padahal tak plan pon nak masak dia. Itu yang membuatkan aku tukar resepi!

Lagipon masak si western nih sekejap jerk. Plus rice cooker tuh dah bengong-bengong alam tuh yang aku malas nak tanak nasi atas dapur. Kang jadi nasi bau hangit plak.

Monday, August 01, 2011

Bila Aku Tak Mampu

Ya Allah,
aku mohon kekuatan dan kesabaran dariMu,
hendaknya aku berupaya hadapi sebarang kemungkinan,
aku perlukan abah dan emak,
tempat aku berkasih dan bermanja.